Anda di halaman 1dari 8

ISL 7 Persediaan Tutorial: Mencari maklumat tentang pelbagai kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian, dokumen, temu bual,

soal selidik dan seterusnya. Sumber Pengumpulan Data Sumber data yang dikumpul boleh dikategorikan kepada: data yang dijana sendiri oleh penyelidik, contohnya, data pemerhatian (termasuk pemerhatian turut serta participant observation), penulisan jurnal/ log/diari/catatan lapangan data yang dijana oleh orang lain tetapi dikumpul oleh penyelidik, contohnya, data dari temu bual, soal selidik, artifak orang lain seperti filem, kaset, video, dokumen, surat pekeliling, minit mesyuarat, sukatan pelajaran dan lain-lain.

Pemerhatian Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut: (Altrichter et al., 1993:83; KPM, 1995:22) Siapa dan apakah yang anda akan perhatikan? Mengapakah anda membuat pemerhatian itu? Di manakah pemerhatian akan dilaksanakan? Bilakah anda akan membuat pemerhatian itu dan untuk berapa lama? Bagaimanakah pemerhatian itu akan dicatatkan atau dirakamkan? Semasa mempertimbangkan perkara-perkara di atas, fikirkan apakah prosedur yang patut diikut untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai dan ada kesahan. Data yang dipungut melalui pemerhatian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya ia dilaksanakan secara teratur dalam situasi kajian yang sebenar. Apakah Yang Perlu Diperhatikan? Persekitaran fizikal menerangkan tempat berlakunya situasi yang diperhatikan dan benda-benda fizikal yang ada sekeliling; suasana persekitaran tempat itu; masa berlaku. Persekitaran sosial menerangkan konteks sosial di mana situasi itu berlaku; peranan orang-orang yang terlibat; siapa lakukan apa kepada siapa dan bila; interaksi sosial yang berlaku; bahasa yang digunakan (native language); komunikasi bukan verbal yang ditunjukkan. Aktiviti yang berlaku menerangkan apa yang berlaku ; apa yang dilakukan oleh orangorang yang terlibat; bagaimana aktiviti yang dirancang dan yang tidak dirancang berlaku. Perkara yang nampaknya remeh-temeh tetapi mungkin penting untuk memahami situasi yang diperhatikan seperti masa; keadaan cahaya; keadaan suhu dalam bilik; sudutsudut dalam bilik; kedudukan perabot; aras kebisingan di dalam dan di luar bilik darjah dan lain-lain. Prosedur Pemerhatian Catatkan masa anda menulis nota Gunakan singkatan untuk perkataan yang sering kali digunakan (contohnya, G untuk Guru, P untuk Pelajar, PT untuk Papan Tulis, KK untuk Kerja Kumpulan, dll. Adalah berguna untuk melukis satu gambar rajah pelan bilik darjah berkenaan, ditambah dengan catatan seperti di mana guru dan pelajar berada, ruang yang digunakan dan yang tidak digunakan, pergerakan guru, objek-objek yang penting, dll.

ISL 7 Semak nota yang dicatat selepas pemerhatian untuk membuat pembetulan, menulis komen, atau menulis nota tambahan untuk tujuan menjelaskan sesuatu perkara. Nota tambahan boleh terdiri daripada catatan perasaan, refleksi, atau sesuatu idea baru. Fikirkan tentang; Apakah semua ini bermakna? Apakah yang penting di sini? Kenapakah ia berlaku seperti yang diperhatikan? Apakah yang seharusnya saya siasat selanjutnya? Apakah yang seharusnya saya beri fokus jika saya balik semula ke setting situasi ini? Instrumen Pemerhatian Borang Pemerhatian - Borang pemerhatian adalah satu dokumen yang disediakan untuk merekod apa yang diperhatikan secara sistematik dan teratur. Dalam borang pemerhatian itu, aspekaspek yang tertentu untuk direkodkan semasa pemerhatian dijalankan. Senarai Semak - Senarai semak adalah satu dokumen yang telah disenaraikan aspek-aspek pemerhatian dan penyelidik hanya diperlukan membuat tanda untuk merekod aspekaspek pemerhatian ini. Rakaman Audio - Rakaman audio dapat merekodkan segala perbualan dan bunyi dalam sesuatu situasi untuk dimainkan semula dan dijadikan bukti kajian. - Bahan rakaman ini dapat membantu penyelidik menganalisis semula apa yang berlaku dan membuat interpretasi serta refleksi supaya situasi itu dapat difahami dengan lebih mendalam. Rakaman Video - Rakaman video bukan hanya dapat merekodkan segala perbualan dan bunyi tetapi segala pergerakan juga dapat ditangkap melalui kamera video itu. - Bahan rakaman ini adalah sangat berguna untuk melihat dan mengkaji semula sesuatu situasi yang telah dirakamkan dengan cara yang lebih berkesan dibandingkan rakaman audio. - Konteks situasi lebih jelas dilihat dan pola tingkah laku boleh dikesan di samping mengkaji komunikasi secara verbal dan bukan verbal.

Cara analisis data pemerhatian secara kualitatif Teknik Insiden Kritikal (Critical Incident Technique, Flanagan : 1949) melihat peristiwa spesifik yang dapat menggambarkan aspek tertentu dalam tingkah laku guru, Pemerhati akan mencatatkan insiden kritikal pada borang pro forma. Temu Bual Temu bual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Seringkali dalam kajian, ada banyak maklumat yang tidak dapat diperoleh melalui kaedah pemerhatian, dokumentasi ataupun catatan diari seseorang. Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan face-to-face atau bersua muka secara terus menerus dengan peserta untuk mendapat maklumat secara langsung.

ISL 7 Peserta-peserta yang penting ditemu bual adalah murid-murid sekolah, guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama, rakan sejawat yang bersekolah, pihak pentadbir sekolah (contoh, guru besar, penolong kanan) dan pemerhati yang turut serta dalam kajian. Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian dan tindakan yang diambil. Misalnya, apabila pengkaji ingin mengetahui perasaan pelajar-pelajar secara mendalam atau meneroka idea mereka, maka adalah penting pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk tujuan menyoal jawab, berbualbual ataupun berbincang.

Jenis-jenis teknik temu bual: i. Teknik Temu Bual Berstruktur aktiviti perbualan dan soal jawab di mana bentuk dan kandungan soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu sahaja. Contoh - Adakah anda membetulkan semua kesilapan ejaan pelajar? Adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat kesilapan ejaan? Jika ada, apakah denda yang anda gunakan? Siapakah pelajar yang selalu didenda? ii. Teknik temu bual tidak berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan soal jawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapat fakta-fakta tertentu. Soalan-soalan terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperoleh dari peserta atau responden. Contoh - Adakah apa-apa yang anda hendak beritahu kepada kami? - Apakah perasaan anda pada masa itu? - Mengapa anda rasa begitu? Apakah pandangan atau pendapat anda? Kelebihan Temu Bual Tidak Berstruktur Memberi peluang kepada pengkaji meneroka secara mendalam Memberi kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir, berbual-bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Adakalanya, peserta boleh meminta penjelasan dari pengkaji ataupun menyoal pengkaji. Temu bual ini lazimnya diadakan dalam situasi tidak formal. Pada masa temu bual itu, pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkah laku peserta dan memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah disediakan terlebih dahulu. Merekod Data Temu Bual Cara merekod temu bual: - semasa mengadakan temu bual, adalah penting pengkaji mengambil tindakan merekod dialog atau perbualan melalui caracara tertentu. - boleh menggunakan rakaman audio kalau pita rakaman itu tidak mengganggu aktiviti atau situasi temu bual.

ISL 7 boleh juga mengambil masa membuat catatan ringkas kata-kata atau jawapan peserta dan jika perlu, transkrip temu bual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian temu bual yang lebih teliti. Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan kandungan soalan dan jawapan dalam temu bual eloklah disimpan dalam diari pengkaji.

Dokumen Tujuan Analisis Dokumen untuk mengutip data atau maklumat berguna dari dokumen-dokumen yang dikaji. Dokumen boleh membekalkan maklumat berkaitan dengan isu atau masalah yang diselidiki. Ia merupakan bahan penting untuk memahami tujuan, rasional dan sejarah sesuatu program atau dasar. Dalam pelaksanaan analisis, kita dapat tahu tentang data yang sudah ada dan data yang mesti dikutip. Contoh Bahan Analisis Dokumen Sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran Kertas peperiksaan dan ujian Laporan kurikulum Minit mesyuarat panitia Contoh kerja pelajar Bab-bab dalam buku teks yang dikaji Bahan-bahan dokumen bergambar/foto: gambar-gambar dapat memberi gambaran sesuatu situasi dengan jelas, contohnya gambar-gambar dapat menunjukkan; Gambar/foto cara-cara pelajar menjalankan sesuatu tugasan dalam bilik darjah; apa yang berlaku di bilik darjah tanpa pengetahuan atau mendapat perhatian dari guru Susunan meja kerusi di bilik darjah Corak organisasi sosial dalam bilik darjah, contohnya: adakah pelajar-pelajar bekerja dalam kumpulan atau berseorangan? Kedudukan guru dan sikapnya semasa bercakap atau bekerja dengan pelajar-pelajar. (Sesetengah daripada bukti bergambar hanya boleh dikutip dengan bantuan seorang pemerhati tetapi sesetengah daripadanya hanya boleh dikutip oleh guru sendiri.)

Diari Membuat Catatan Diari Catatan mengenai pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan penyelesaian sesuatu situasi boleh dibuat. Boleh menggunakan cara tersendiri untuk catatan diari.\ Terdapat dua (2) jenis catatan diari: - diari guru - diari murid.

ISL 7 Panduan Mencatat Diari Catatan diari harus sentiasa dilakukan. Contohnya, selepas sesuatu pengajaran yang mana satu strategi khas telah digunakan atau selepas bermesyuarat dengan kelas yang bermasalah. Dalam amalan catatan diari, tinggalkan margin yang luas untuk merekodkan segala perubahan, tambahan nota atau rujukan kepada bahagian lain di diari Catatan Diari Setiap catatan diari mesti ada; - Tarikh peristiwa berlaku dan tarikh catatan dibuat - Maklumat tentang masa, lokasi, responden, fokus kajian dan lain-lain yang penting kepada kajian - Terdapat tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting untuk menyenangkan silang rujukan - Bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja pelajar dan lain-lain boleh dilekat dalam diari untuk rujukan - Dari semasa ke semasa, analisis catatan diari harus dilakukan untuk mengetahui sama ada isu kajian itu dapat dijawab melalui data yang dikutip dan apakah data yang masih perlu dikutip - Analisis catatan yang dilakukan akan membantu dalam rancangan tindakan susulan - Perbincangan catatan diari dengan seorang rakan kajian akan membolehkan kita mendalami situasi/isu yang dikaji

Soal Selidik Tujuan: Kebanyakan soal selidik digunakan untuk persepsi, sikap, motivasi, perasaan dan nilai-nilai afektif. soal selidik biasanya menggunakan soalan (terbuka) di mana, orang yang menjawabnya hanya memberi jawapan dengan menandakan salah satu daripada jawapan tersebut.

ISL 7 Audio dan Video Tape Rakaman Tujuan: Membantu penyelidik untuk merakam situasi yang sebenar iaitu dari segi interaksi, perbualan, atau apa sahaja aspek yang berlaku dalam bilik darjah dan boleh menganalisis data tersebut.

Rakaman Video & Kaset Dapat mengkaji semula situasi yang dirakam Rakaman video lebih berkesan berbanding audio konteks situasi lebih jelas dilihat dan pola tingkah laku boleh dikesan dengan mudah.

Log / Laporan Jurnal Digunakan untuk kerja-kerja eksperimen. Penyelidik catat apa yang telah dilakukan. Rekod yang mudah dan ringkas mencatatkan perkembangan kanak-kanak setiap hari. Membantu penyelidik membuat refleksi bagi tindakan yang lalu dan membuat keputusan bagi masa akan datang. Log & jurnal berfungsi untuk merekod pemikiran & pemerhatian bagi semua aspek yang dikaji-membantu rancang tindakan seterusnya.

Perkara yang dimasukkan ke dalam log: Soalan yang hendak dicari jawapannya Lakaran & nota Pengurusan grafik Mencatat data

ISL 7 Nota Lapangan Penulisan dilakukan berdasarkan apa yang didengar, dilihat, pengalaman lalu & pemikiran yang timbul semasa mengumpul dan membuat refleksi data. mengandungi catatan peristiwa yang berlaku pada lokasi yang diperhatikan pada situasi yang dipilih penyelidik. Turut mengandungi refleksi. Biasa ditulis semasa/ selepas P&P dalam bentuk tulisan tangan.

Kegunaan Nota Lapangan: Guru dapat fokus pada isu-isu tertentu sepanjang masa pengajaran. Guru dapat mereflek reaksi pelajar dan suasana dalam bilik darjah. Guru dapat menyediakan maklumat tentang apa yang sedang berlaku terhadap seseorang pelajar yang boleh digunakan dalam kajian kes. Guru boleh merakam perkembangan guru-guru lain.

Foto Merekodkan situasi dalam keadaan statik / tidak bergerak seperti rakaman video. Sebagai bukti dalam sesuatu pemerhatian Rekod berguna penyelidik melihat peristiwa/situasi dengan lebih jelas Kelemahan: t/ laku yang diperhatikan dalam keadaan statik. Tetapi boleh menerangkan situasi ketika rakaman dilakukan. Pemerhatian: dicatatkan secara naratif/ penerangan ke atas apa yang diperhatikan.

Portfolio Koleksi hasil kerja kanak2; tunjukkan usaha, kemajuan & pencapaian kanak2 dalam pelajaran. (Arter & Spandel, 1991 dalam Surayah & Haslinda, 2009) Rekod proses pembelajaran (b/mana belajar, berfikir, menyoal, analisis, sintesis, hasil & cipta sesuatu dalam menyiapkan tugasan). Rekod penyimpanan maklumat (folder/ fail), mengandungi bahan-bahan hasil kerja, dikumpulkan dalam 1 tempoh, untuk terangkan perkembangan kanak2.

Kandungan p/folio yang boleh dinilai: i. Perkembangan kemahiran menulis, membaca, mengira ii. Kemahiran mendengar iii. Keupayaan motor halus, penggunaan warna & kreativiti (hasil lukisan) iv. Kemahiran motor halus, keseimbangan & kreativiti membuat binaan tertentu (Lego)

ISL 7 Jurnal Catatan mengenai peristiwa, masalah pencapaian yang perlu diberi perhatian Ada cadangan penambahbaikan kepada masalah/isu Membantu penilaian asas tindakan susulan

Rekod Anekdotal Catatan bertulis berkenaan a) pencapaian dan tindakan b) hasil pemerhatian penyelidik Kelebihan a) maklumat adalah dari punca sebenar b) tidak bias

Slaid Disediakan menggunakan foto Dianalisis menggunakan: a) senarai semak b) bentuk naratif c) gambaran

Anda mungkin juga menyukai