Anda di halaman 1dari 9

Utusan Malaysia 17.1.2013 Jangan anaktirikan tingkatan 6.

Hari ini saya nak cerita pasal tingkatan 6 . Ramai juga lah yang tak tahu pasal format baru tingkatan 6 ni dan ramai juga yang nak tahu apa kebaikan/keburukan tingkatan 6 . Disebabkan saya memilih tingkatan 6 dan bukannya Matriks or Asasi or Diploma . Saya rasa boleh lah saya cerita serba serbi tingkatan 6 . Saya masih lagi di peringkat orientasi so saya tak boleh beritahu secara menyeluruh lagi . Saya akan list kan mengikut pengetahuan saya . Keburukan :

Kena pakai baju sekolah jadi tak boleh lah nak bergaya sakan Bangun awal pagi *haha Suasana yang masih sama mcm sekolah dulu Tidak mendapat pengalaman baharu Kurang glamer . *masih ramai yg menganggap Ting 6 ni tak berapa glamer berbanding Matriks dan Asasi . Alah , korang nak belajar ke nak glamer ? Gila bapak banyak presentation , ada tu siap kena guna powerpoint . *Mungkin sesetengah org tak kisah tapi saya penakut sikit . Kerap diadakan presentation utk membiasakan diri kita bila masuk U nanti . Kena berdikari sikit cikgu dah tak nak tolong lagi . Katanya dah besar . Kalau dah biasa kena suap mmg susah lah hidup korang . Cikgu tolong sikit2 , bagi kata kunci dan teknik utk menjawab soalan je . *senang cakap dah mcm peringkat universiti lah . Bila ada PBS , agak menyusahkan sikit sebab nanti bila buat presentation orang selain dari cikgu kita akan judge kita . Org tu sama ada cikgu dari sekolah lain or org PPD . *So kena ada confidence level yg tinggi Sekarang guna sistem Semester mcm dekat U tau , jadi setiap sem kena buat bersungguh-sungguh kalau tak dia akan menjejaskan CGPA korang . *cgpa ni markah keseluruhan awak . kalau sem 1 awak subjeknya gagal tapi sem 2 dan 3 awak bagus , tak boleh juga tau . benda tu tetap akan jejaskan cgpa . so , nak tak nak kena ulang . Kena bayar RM50 utk ulang setiap 1 subjek . Bukunya setebal buku rujukan atau buku teks untuk setahun dan bezanya ialah sebelum ni kita baca buku rujukan tebal2 utk setahun kan ? Kita kena dlm baca 5 bulan je. Wow , "senang" gile kan . Nampak mcm ambil 4 or 5 subjek je . Macam sikit kan . Tapi dia punya detail nya tu jgn cakap lah tebalnya . Format tingkatan 6 yg baharu ni , setiap 6 bulan ada peperiksaan . Rajin-rajin kan lah diri !

Kebaikan :

Senang memasuki ke Universiti sebabnya pelajar form 6 tidak perlu pointer yang tinggi , hanya 2.8 ke atas tak spt Matriks dan Asasi untuk masuk Universiti . Ada juga kuota khas yg disediakan khas utk pelajar Ting 6 di U . Cikgu yang dipilih khas utk pelajar ting 6 . Jadi tak ade lah lagi kes cikgu yang tak option mengajar kita. Banyak aktiviti yang menarik disediakan khas untuk FORM 6 . *kelab , persatuan dan badan beruniform lagsung tak sama mcm tingkatan yg lain . Agak senang masuk iaitu perlu dapat sekurang-kurangnya BM kepujian dan 3 subjek lain pun kena kepujian *kepujian tu C Yuran yang lebih murah , paling mahal pun RM 600 campur dgn buku rujukan . Kalau yuran sekolah paling mungkin 200 . *sekolah saya yurannya RM 111.00 tetapi tak campur buku rujukan lah. Sesuai juga untuk orang yang kurang pasti masa depannya apa . Mungkin mereka belum tentukan apa cita-cita mereka . Jadi dgn masuk Form 6 dorang boleh berfikir minat mereka yang sebenar . Tingkatan 6 standard nya sama seperti mendapat Diploma (A-level) . *kalau korang pergi Sgpore cari kerja (selalu orang Cina suka pergi) , seorang ada STPM seorang ada sijil Matriks . STPM yg akan menang sebab STPM tarafnya lagi tinggi daripada sijil Matriks . Diiktiraf tarafnya hampir seluruh Universiti di seluruh dunia . Senang dapat jawatan di sekolah sebab kita dianggap senior jadi markah KOKO kita pun tinggi . *jadi senanglah sikit nak masuk universiti kan . Sekarang ada PBS mcm kerja kursus . Akan tolong kita sikit dlm menyumbang markah STPM . Form 6 , korang akan belajar setahun setengah je (1 1/2) . So masa yang diambil agak cepat . Sijil STPM korang boleh buat cari kerja or sambung belajar di luar negara. Pelajar Ting 6 selalu didahulukan terlebih dahulu oleh mana-mana Universiti .

STPM atau exam From 6 juga dikategorikan exam paling susah di Asia . Pro or Contra ? Nak kata Pro pun boleh coz susah tau exam yg pelajar form 6 ambil , bukan calang2 orang . Ahaks . Haha . Tapi jgn risau . Sebab tu pointer rendah pun senang masuk U . Jujur cakap , masuk tingkatan 6 atau nama glamer nya pelajar Pra-U ni agak berbeza dari apa yang saya fikirkan . Ada juga yg tak suka ambil tingkatan 6 ni sebab kurang glamer , dan ada juga kata ting 6 ni utk budak yg tak dapat U baru pergi ting 6 . Tak juga ! Sebab saya amek form 6 mmg saya yg nak . Jujur ckp saya tak mohon pun UPU tu sebab kos mahal , saya sendiri tak nak dan saya suka duduk rumah . Haha . Emm , saya fikir ting 6 macam SPM dulu . Yelah kita just belajar apa yang cikgu ajar . Rupa-rupanya tidak ! Jangkaan saya meleset sama sekali . Takde buku teks dah . Awak kena beli sendiri buku rujukan di kedai . Cikgu akan tolong awak utk lulus sahaja , dan kalau nak cemerlang kena lah datang dari diri awak sendiri . Lepastu saya tak suka presentation lah ! Sikit2 kena buat presentation . Kalau awk tak pandai guna komputer macam mana ? Haa , kena lah belajar . Cikgu juga cakap yang bila awak masuk je STPM . Dalam kepala hotak korang semua mesti dah TARGET A utk STPM . Jgn terdetik sekali pun nak dapat B . Aim high ! Sebab

kalau korang aim dapat B pun kire ok lah . Mmg habislah result STPM korang . Disebabkan B korang tu nt akan effect CGPA korang . CGPA tu apebende ? CGPA tu kira markah keseluruhan lah . Contoh mcm pointer korang masa penggal 1 + penggal 2 + penggal 3 pastu dibahagikan sama rata . Lepastu dapatlah hasilnya . Tak paham gak . Gi google ! Konklusinya , bagi saya setiap tempat yang korang nak belajar ada kebaikan dan keburukan . Ramai yang kata Form 6 ni susah sangat sampai nak meletup kepala , belum cuba belum tau kan ? Biaselah belajar memang lah ada susahnya . Mana ade yang tak susah . Cuba tengok lepasan-lepasan STPM yg berjaya kat luar sana tu , kalau dorang boleh buat , takkan korang pun tak boleh buat gak kan ? Bukannya sebab dorang mmg extreme pandai ke hape , just usaha , rajin dan fokus masa cikgu mengajar . Bagi org Islam plak jangan lupa selalu berdoa Allah SWT . Insyallah boleh berjaya . Kpd yg tak dapat pula. Sila mengemukakan surat rayuan kpd pengetua sekolah yg korang nak masuk . Ambil borang di PPD dan hantar ke pengetua sekolah yang diingini . Kepada sesiapa yang nak bezakan Form 6 dgn Matriks dan Asasi or Diploma. Sila pergi ke : Blog The Other Khairul (Digalakkan baca) SINI SINI Actually macam-macam lagi nak tulis . Tapi mcm dah panjang sangat je . So terpakse cakap yg penting-penting je . Goodluck ye . Nak tanya apa-apa , just komen . Insyallah saya bantu .

Kelebihan Tingkatan 6
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia. Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah. Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok la tuu.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.

Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek laaa. Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, entahlah tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.

Taraf Sijil STPM

Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuuuuuu Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.

Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level setaraf tu yang diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.

Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.

STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita. Aku ni bekas pelajar STPM 2005 dapat 5 prinsipal tuuu cayalahpointer pun ok dapat apply kerja kat kerajaan.

Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau

Kelayakan Bekerja Dengan Kerajaan


Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan 1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU 2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat keduadua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU 3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU 4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturutturut. Senang cerita dapat 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain tu 3 atau 4 subjek pun mestilah gred C. Itu paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan.

Kelebihan Ambil 5 Subjek


Kelebihan ambil 5 subjek ni boleh beri banyak pilihan untuk pilihan bidang di universiti nanti, di samping boleh backup pointer contohnya budak dapat 5 principal C tak sama dengan budak dapat 4 principal C. Pointer budak 5 principal lebih tinggi berbanding budak dapat 4 principal. Pointer lebih tinggi lebih senang masuk universiti atau minta kerja dengan kerajaan yang mensyaratkan pointer STPM 3.00 dan ke atas. Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), budak dapat 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4 = 3.00 (CGPA). Cuba lihat jauh betul perbezaan pointer nyakan. Tapi bebanlah sikit ambil 5 subjek ni, antara 3.75 3.00 = 0.75 jauh tuu

Penggantian Subjek

Untuk menjelaskan lagi tentang STPM nih, bagi kemasukan ke IPTA atau kerja, berdasarkan penggantian subjek; ok macam nie Katakan orang tu ada SPM dan ada STPM dalam masa yang sama, katakan subjek ekonomi di peringkat SPM dia tak dapat kredit (kepujian), tapi dia dapat prinsipal (lulus penuh) dalam subjek ekonomi diperingkat STPM. Waktu nak apply atau masuk u nanti, katakan ada kursus syaratkan mesti dapat kredit dalam subjek ekonomi pada peringkat SPM tapi dia tak kredit. Oleh itu bolehlah digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM tadi untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi diperingkat SPM tadi. Maksudnya apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yg sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau cover nilai subjek yang sama diperingkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit. Kiranya orang prinsipal subjek yang sama diperingkat STPM dikira dapat kredit (kepujian) juga bagi subjek yang sama di peringkat SPM pula. Sebenarnya dapat lulus sebahagian (subsid) bagi subjek yang sama di peringkat STPM sudah memadai atau dikira dapat taraf kepujian (kredit) bagi subjek yang sama diperingkat SPM pula. Syaratnya hanya subjek yang sama ada pada 2 peringkat iaitu SPM dan STPM. Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM. Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level. A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh. O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran Di Tingkatan 6
Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.

Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak. Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satu-satunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu. Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar. Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni. Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah. Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.

Gred STPM
Ini gred STPM bagi yang saja nak tau, Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal A : 4.00 A-: 3.67 B+: 3.33 B : 3.00 B-: 2.67 C+: 2.33 C : 2.00 Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid C-: 1.67 D : 1.33 D-: 1.00 F : 0.00

Sukatan Pelajaran

Form six ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar. Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu form six yang pakar dalam bidangnya. Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge. Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

Anda mungkin juga menyukai