Anda di halaman 1dari 6

Permainan Traditional: Ketinting

Senarai Peralatan: 1. 2 bungkus 1kg tepung putih 2. 10 kon kecil

Sejarah Permainan Menurut sumber rujukan dari internet, terdapat dua tempat yang dipercayai permainan ketinting dicipta. Tempat pertama ialah Empayar Rom. Permainan ketinting dicipta sebagai latihan askar untuk melatih kekuatan fizikal dan daya tahan mereka. Askar-askar Rom akan memakai perisai dan melompat melalui luas petak ketinting yang berukuran lebih daripada 100 kaki.

Dengan meningkatkan kekuatan fizikal mereka, mereka dapat bertahan lebih lama di medan peperangan. Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut, mereka mula meniru latihan askar-askar mereka. Mereka mengubahsuai latihan askar-askar tersebut menjadi permainan ketinting. Struktur latihan askar-askat tersebut berubah wajah menjadi sejenis permainan yang menarik di kalangan kanak-kanak. Mereka mengubahsuai latihan tersebut dengan mengurangkan jumlah keluasan petak dan memudahkan permianan dengan sistem pemarkahan mereka sendiri. Tempat kedua ialah China. Variasi awal permainan ketinting di China ialah dengan melukis petak-petak di atas tanah dan satu bebola ais yang mewakili jiwa pemain yang meruapakan objek permainan untuk mencapai syurga. Permainan ini melambangkan seseorang mengatasi segala rintangan yang diwakili dengan garisan petak untuk mencapai buaian kucing atau pot yang mewakili syurga. [Sumber rujukan : Hopscotch History :http://stepup4change.com/hopscotch4hope/hopscotch-history/] Pelbagai variasi permainan ketinting terhasil dari segi jumlah dan saiz petak, cara bermian dan alat-alat yang digunakan berdasarkan Negara masing-masing. Walau bagaimanapun, semua variasi permainan ketinitng mempunyai dua ciri asas iaitu petak segi empat dan teknik melompat. Walaupun pelbagai teori dan sumber mengatakan bahawa ketinting berasal dari tempat-tempat yang berbeza namun masyarakat di setiap Negara menganggap permainan tersebut sebagai permainan tradisional warisan tradisi nenek moyang mereka.

Berdasarkan rujukan internet, permainanan ketinting mempunyai pelbagai nama. Di negara Malaysia, permainan ketinting juga dikenali sebagai ciak tingting dan teng teng. Di negara-negara lain pula, permainan ketinting dikenali seperti di bawah : 1. Alaska Alaskan Hopscotch 2. Argentina Rayuela 3. Aruba Pele 4. Bolivia La Thunkuna 5. India Ekaria Dukaria 6. Indonesia One Leg Jump 7. Jerman Templehupfen 8. Netherlands Hinklebaan 9. New York Potsy 10. Perancis Marelles / Escargot 11. Vietnam Pico

[Sumber rujukan : http://www.albany.edu/~sw7656/]

Hopscotch. (t.t). Didapatkan Mac 11, 2013, daripada University of http://www.albany.edu/~sw7656/

Albany:

Sarah Taylor. (t.t). Hopscotch History. Didapatkan Mac 11, 2013, daripada Children supporting history/ children: http://stepup4change.com/hopscotch4hope/hopscotch-

Peraturan Permainan Ketinting 1. Pemain hanya boleh melompat secara ketinting ke dalam petak seterusnya setelah lontarannya masuk ke dalam petak 1. 2. Lontaran buah(batu) ini perlu dilaksanakan dengan cara membelakangkan petak. 3. Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan cara ketinting iaitu menggunakan satu kaki sahaja kecuali terdapat petak yang bersebelahan dengan petak yang lain. 4. Pemain ini dikira mati jika lontarannya terkeluar dari petak-petak atau terkena garisan petak. 5. Pemain juga akan dikira mati jika terpijak memijak garis petak atau melompat ke dalam petak-petak yang tidak bersebelahan. 6. Untuk memungut buah, pemain mestilah berdiri sebelah kaki di dalam petak yang berhadapan dengan petak di mana buahnya berada. 7. Pemain lain tidak boleh memijak petak yang telah dijadikan rumah. 8. Pemain yang mengumpul paling banyak rumah dianggap sebagai pemenang.

Cara Bermain:

Pelan A 1. Setiap murid akan diberikan seketul batu sebagai buah. 2. Semua murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. 3. Setiap kumpulan membuat undian dengan menggunakan kedah la la li tam plong untuk menentukan giliran. 4. Pemain pertama akan mencampakkan buah ke dalam petak 1 dengan cara membelakangkan petak di hadapan garisan penentu. Jika gagal, dia dianggap mati dan hilang giliran, pemain kedua akan pula bermain. 5. Pemain dikehendaki melompat dengan sebelah kaki sahaja dari petak kemudian melompat ke petak 9 dengan menggunakan kedua belah kaki. 6. Setelah beberapa saat di petak 9, pemain hendaklah melompat kembali semula ke petak 1 dari petak 9. Namun, apabila pemain sampai di petak 3 dan 4, pemain itu perlu meletakkan kaki kanan di petak 3 dan kaki kiri ke petak 4. Seterusnya, pemain perlu melompat ke petak 2 dengan menggunakan sebelah kaki sambil memungut buah di petak 1.

7. Permain meneruskan bermain sehingga buah dapat dicampakkan ke dalam semua 9 petak dan dia akan melakukan acara timbang untuk menentukan rumah sendiri. 8. Timbang dilakukan dengan cara meletakkkan buah di atas kepala kemudian berjalan melintasi setiap petak mengikut urutan Setiap petak hanya boleh dipijak dengan satu kaki sahaja kecuali petak 9. 9. Apabila tiba di petak 9, pemain akan melangkah ke petak 7 dengan membelakangkan semua petak. Pemain akan menggugurkan buah dengan tunduk kepala dan menangkap buah. Jika pemain gagal menangkap buah, dia dianggap mati. 10. Pemain hendak melontar buah ke belakang dan petak yang buah dijatuhkan adalah rumah pemain. dianggap mati. 11. Apabila mempunyai rumah, pemain hendaklah memijak dengan kedua-dua belah kaki semasa tiba di rumahnya. Jika tidak, rumah tersebut dianggap terbakar dan pemain akan menghilangkan rumahnya. 12. Pemain tidak boleh memijak rumah pemain lain, jika tidak dianggap mati. 13. Pemain yang mempunyai paling banyak dikira menang. Jika buah gagal dijatuh ke dalam petak, pemain

Anda mungkin juga menyukai