Anda di halaman 1dari 2

Khamis

Tafsir

10/1/2013

Kelebihan Al-Quran kepada manusia: 1) Isi kandungannya adalah benar dan kekal. Firman Allah dalam surah AlBaqarah:2. Maksud; kitab Al-Quran ini tiada sebarang syak dan ianya menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa 2) Menyelamatkan manusia dari kesesatan (kegelapan) kepada Islam (cahaya). Firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim:1 Maksud: kitab yang kami turunkan padamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap-gelita kepada cahaya yang terang-benderang menuju jalan yang perkasa dan maha terpuji 3 ) Membicarakan pelbagai cabang ilmu. Firman Allah S.W.T dalam surah Yunus101 Maksud; Katakanlah perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi. 4) Menjadi kitab bacaan dan rujukan utama dalam kehidupan harian. Serta mampu menjadi petunjuk arah disamping berupaya menangani halangan dan ancaman keruntuhan akhlak dan moral masyarakat. 5) Isi kandungan al-quran secara umumnya mempunyai prinsip dan dasar yang dapat mengatur keseluruhan kehidupan bermula dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan. 6) Mengajar manusia tentang pengEsaan kepada Allah dalam bidang ilmu tauhid dan akidah.

Kelebihan membaca dan mendengar Al-Quran: 1. Mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. Diriwayatkan dari ibnu masud bahawa rasulullah S.A.W. bersabda: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-quran, maka dia akan memperolehi kebaikan. Kebaikan itu berlipat 10 kali ganda. Aku tidak mengatakan alif, lam, mim satu huruf akan tetapi alif adalah satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (riwayat tarmizi) 2. Menjadikan umat Islam berasa aman di dunia dan di akhirat. Sepertimana firman Allah dlm surah Al-Baqarah:121 Kami berikan Al-kitab padanya dan mereka membaca kitab dengan sebenarnya dan mereka pula beriman dengannya. 3. Allah akan melimpahkan rahmatnya kepada orang-orang yang membaca dan mendengar Al-Quran

Khamis

Tafsir

10/1/2013

4. Sebagai pengubat hati dan penghilang keresahan. 5. Memahami intisari dan isi kandungan Al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai