Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan Hari Guru 2009

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Yang Berbahagia, Tn. Hj. A. Aziz bin Abu Bakar, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Hussein Onn

Yang Dihormati Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Hussein Onn Tn. Hj. Nasir bin Abdullah Yang Berusaha, En. Rousliluddin bin Ambia, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar;

Ketua-ketua jabatan; Ketua-ketua Unit; Para pensyarah; Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar; Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru 2009; rakan-rakan guru pelatih yang dikasihi; seterusnya sidang hadirin hadirat yang dimuliakan.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, dapatlah kita sama-sama berkumpul di dalam Dewan Budiman yang indah pada hari yang berbahagia ini, bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat IPGM Kampus Tun Hussein Onn bagi tahun 2009. Guru Pembina Negara Bangsa, demikian indah dan padunya tema sambutan Hari Guru pada tahun ini. Jelas terpapar pada tema ini, tugas seorang guru bukan setakat mengajar tulis dan baca, tapi membina negara bangsa. Tugas yang bukan mudah dan tidak boleh diperlekehkan.

Sambutan Hari Guru peringkat IPGM Kampus Tun Hussein Onn pada tahun ini diraikan

sedikit lewat daripada tarikh asal, iaitu 16 Mei pada setiap tahun, di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan seperti peperiksaan dan program wajib untuk memenuhi kursus seperti Bina Insan Guru dan seumpamanya. Namun pada saya, setiap hari adalah hari penghargaan buat seorang guru. Setiap hari, guru akan mendapat ucapan terima kasih daripada murid-muridnya, pelajar-pelajarnya atau mereka yang diajar oleh seorang guru, bukan seorang tapi berpuluh-puluh orang atau mungkin beratus-ratus orang dalam sehari. Hal ini jelas menunjukkan betapa mulianya pekerjaan seorang guru.

Justeru, di kesempatan ini, saya sebagai mewakili seluruh warga guru pelatih IPGM Kampus Tun Hussein Onn, ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala tunjuk ajar serta bimbingan yang telah diberikan oleh para pensyarah kepada kami, dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang mampu membina negara bangsa. Ilmu yang dicurahkan oleh seorang guru kepada anak muridnya tidak akan membawa berkat atau hasil yang memuaskan andaikata tidak direstui oleh guru tersebut. Oleh yang demikian, sebagai mewakili rakan-rakan yang lain, kami ingin menyusun sepuluh jari, memohon berbanyak-banyak ampun dan maaf andai kata sepanjang kami menuntut ilmu di IPGM Kampus Tun Hussein Onn ini, kami pernah mengguris hati para pensyarah yang dikasihi dan disayangi sekalian. Mohon ilmu yang kami terima selama ini dihalalkan untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Selaras dengan tema sambutan hari guru tahun ini iaitu Guru Pembina Negara Bangsa saya mewakili para guru pelatih IPGM Kampus Tun Hussein Onn dengan ini melahirkan harapan dan impian untuk melihat jalinan kerjasama antara pensyarah, pihak pentadbir dan para guru pelatih sendiri dalam usaha meralisasikan misi IPGM Kampus Tun Hussein Onn iaitu seluruh warga IPTHO beriltizam untuk melahirkan guruguru yang berilmu, berketrampilan, berfikiran reflaktif, berakhlak mulia dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini hanya akan tercapai melalui usaha gigih para pensyarah, pihak pentadbir, dan pelajar dalam mengaplikasikan setiap ruang dan peluang yang ada

tanpa menoleh ke belakang. Saya percaya dengan misi dan visi serta azam yang membudayai jiwa setiap tenaga pengajar dan pelajar di sini, matlamat tersebut pasti akan terus meniti kejayaan.

Akhir kata dari saya, dalam tempoh yang tidak lama lagi, kita semua, rakan-rakan guru pelatih sekalian, akan bergelar seorang guru. Justeru, persiapkan diri kita dengan pelbagai ilmu dan kemahiran untuk menjadi seorang guru yang berkualiti yang akan menggembleng tenaga membina negara bangsa. Harus diingat, di dalam Kampus Tun Abdul Razak ini, terlalu banyak ilmu dan kemahiran yang boleh kita ketahui dan kuasai. Kalau hanya berbekalkan tugasan di dalam kelas yang disiapkan dengan baik, belum tentu kita boleh menjadi seorang guru yang betul-betul berkesan. Kadang-kadang, apalah salahnya kita berkorban sedikit tenaga yang kita ada untuk berkhidmat kepada tempat di mana kita menuntut ini, iaitu IPGM Kampus Tun Abdul Razak, yang mana sebenarnya boleh menjadi medan pengajar kepada diri kita yang mana saya kira lebih luas dan membantu memberikan pengalaman bererti kepada diri kita. Banyak medan yang boleh kita jadikan sebagai ruang untuk kita belajar, seperti penganjuran aktiviti, mewakili institut, membantu membantu menaikkan nama institut dan banyak lagi. Pasti kita akan merasa cukup bertuah dan berbaloi, apabilakita mempunyai pengalaman yang mungkin orang lain tidak pernah ada.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah wassamualaikum w.b.t. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai