Anda di halaman 1dari 1

Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran menyingkap perubahan dan inovasi yang berlaku pada abad ke-21 yang

memberi kesan pada profesion pendidikan yang masih terikat dengan ideologi pedagogi yang konservatif dan pendekatan pengurusan pendidikan yang kurang responsif terhadap perubahan yang berlaku. Profesion keguruan di Malaysia yang sedang melangkah ke alaf baharu berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran, krisis, harapan dan jangkaan, isu profesionalisme, kualiti dan prestasi guru, kecemerlangan pendidikan dan dorongan bekerja, dan budaya cemerlang dalam pendidikan. Secara umum, buku ini memberi ulasan dan analisis yang kritikal tentang cabaran dan prospek profesionalisme keguruan dalam konteks agenda pendidikan negara. Idea yang dikemukakan dalam buku ini amat berguna untuk menyediakan guru-guru yang berdaya maju dan progresif bukan sahaja dari segi kemampuan menjalankan tugas hakiki sebagai pendidik yang kreatif dan inovatif, tetapi juga sebagai pemimpin pendidikan yang boleh mencorakkan perubahan sosial, moral dan intelektual dalam masyarakat yang sedang menghadapi perubahan pembangunan yang pesat. Kekuatan profesionalisme keguruan amat penting untuk membentuk guru-guru yang bertanggungjawab, komited dan berdedikasi bagi mendidik generasi pelajar masa kini agar menjadi warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai