Anda di halaman 1dari 4

http://mewahilmu.blogspot.com/2012/10/kaedah-induktif-dan-deduktif.

html Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon Sang, 2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda Taba mempercayai bahawa pelajar membuat generalisasi hanya setelah maklumat dapat diorganisasi dengan sempurna. Taba adalah lebih dikenali dengan model pengajarannya yang melibatkan pemikiran induktif. Menurut beliau, dengan menggunakan pelbagai strategi, pelajar boleh dibantu menyelesaikan masalah dengan jayanya. Strategi induktif ini mengalir dalam proses kognitif dan memerlukan pelajar menggunakan teknik soalan-soalan ringkas (Hilda Taba, 1962). Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduktif adalah satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus (Mok Soon Sang, 2003). Seperti dalam pendekatan induktif, ia juga menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek matter, pendekatan deduktif melibatkan pelajar-pelajar mempelajari peraturan-peraturan atau diberi maklumat tertentu sebelum mereka diminta melakukan penganalisisan bahan yang hendak dipelajari itu. Kaedah ini menjadi pilihan, kerana pelajar terlibat secara aktif dalam kumpulan dan dapat melatih mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar lemah dapat berinteraksi dengan pelajar pandai. Selain itu mereka dapat melatih diri untuk berkomunikasi dan bergaul dengan pelajar yang pelbagai latar belakang. Pendekatan Induktif Pendekatan Induktif memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep ataupun benda. Ianya mengutamakan contoh-contoh pada awal pengajaran dan dibuat generelisasi daripadanya. Pendekatan Induktif ini juga tidak digalakan memberi definisi penerangan dan kandungan pelajaran dan ianya lebih mengutamakan mengemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh serta kesimpulan diberikan kemudian.

Konsep Induktif Antara Konsep Induktif ialah:1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum 2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman. 3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu. 4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.

5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum. 6. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan. 7. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan pengetahuan. 8. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untu menguasai sesuatu kemahiran. 9. Menekankan pengajaran berbentuk konkrit. 10. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan guru. 11. Menekankan penglibtan murid secara aktif. 12. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan. 13. Banyak menekankan aspek lisan.

Kelebihan Pendekatan Induktif Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus. Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar.Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaranakan menjadi lebih hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan juga muridmurid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan kebosanan mereka

Kelemahan Pendekatan Induktif Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga dengan pendekatan induktif. Antara kelemahaan pendekatan ini adalah pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai jumlahnya, penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat yang diberikan. 2

Model Deduktif Dalam pengajaran yang bermodelkan pendekatan ini guru memainkan peranan penting untuk menerangkan atau mengajarkan dan diasaskan kepada hoskut tertentu, manakala murid hanya mendengar dan mengikutinya. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka dinilai melalui aktivitiaktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi. Untuk menentukan bahawa pengajaran ini mendatangkan kesan yang lebih mendalam, guru haruslah memastikan bahawa generalisasi yang hendak diajarkan itu dihuraikan dengan jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi dan benar-benar menepati rumus-rumus tersebut. Guru tidak digalakkan untuk dimasukkan contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan, terutamanya pada awal pengajaran. Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh juga diminta daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru dikemukakan. Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka jenis dan dalam konteks yang bermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid menerapkan rumus dalam situasi yang baru. Pendekakatan menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh AplikasiContohRumus/Generalisasi

Konsep Deduktif 1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum. 2. Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum. 3. Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi. 4. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.

Kelebihan Pendekatan Deduktif. Kelebihan pendekatan deduktif adalah ianya memudahkan tugas guru yang mana guru mengemukakan prinsip asas manakala murid menggunakan prinsip berkenaan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan induktif kerana pendekatan ini cara ini cepat dan menjimatkan masa pengajaran kerana rumus-rumus disediakan dan dihuraikan terus oleh guru. Murid tidak perlu mengambil masa untuk memikirkan atau mengesan rumus. Pendekatan ini juga boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang memuaskan kepada pelajar-pelajar dewasa. Apa yang lebih penting ialah ianya tiada risiko mendapat hasil yang salah atau tidak sempurna.

Kelemahan Pendekatan Deduktif 3

Manakala kelemahan menggunakan pendekatan ini adalah pengajaran mungkin membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhi. Pendekatan ini boleh mengongkong kreativiti mereka kerana mereka terlalu terikat kepada rumus. Selain itu, pemikiran murid tidak tercabar untuk mengesan dan menentukan rumus kerana rumus-rumus diberikan oleh guru. Justeru itu, penglibatan murid tidak begitu aktif kerana guru lebih banyak memainkan peranan, khususnya dalam hal menghuraikan rumus. Melihat dari segipsikologi, sesuatu yang dapat dikesan atau dijumpai sendiri oleh murid dalam sesuatu pembelajaran dapat menjamin ingatan yang lebih kekal, berbanding dengan sesuatu yang diberitahu terus oleh guru. Dengan demikian, pendekatan ini tidak begitumenjamin ingatan yang berkekalan dalam kalangan murid tentang rumus-rumus yang diajarkan itu.

Anda mungkin juga menyukai

  • Rrra
    Rrra
    Dokumen1 halaman
    Rrra
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Mutiara Kata
    Mutiara Kata
    Dokumen5 halaman
    Mutiara Kata
    Anis Raizuli
    Belum ada peringkat
  • Nama Udang
    Nama Udang
    Dokumen1 halaman
    Nama Udang
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Seee
    Seee
    Dokumen5 halaman
    Seee
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Ssss
    Ssss
    Dokumen20 halaman
    Ssss
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Ahad
    Ahad
    Dokumen1 halaman
    Ahad
    Cikgunazrisksac Basirun
    Belum ada peringkat
  • AAAAAAAAAAAAAAA
    AAAAAAAAAAAAAAA
    Dokumen16 halaman
    AAAAAAAAAAAAAAA
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • 3114
    3114
    Dokumen4 halaman
    3114
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen15 halaman
    1
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • MNNMBNMB
    MNNMBNMB
    Dokumen1 halaman
    MNNMBNMB
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • 3114
    3114
    Dokumen4 halaman
    3114
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Soalan 1
    Soalan 1
    Dokumen1 halaman
    Soalan 1
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Aaasss
    Aaasss
    Dokumen17 halaman
    Aaasss
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • AAAAAAAAAAAAAAA
    AAAAAAAAAAAAAAA
    Dokumen16 halaman
    AAAAAAAAAAAAAAA
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • RPH Tahun 3
    RPH Tahun 3
    Dokumen3 halaman
    RPH Tahun 3
    Ahmad Asyraff Al-Rasyid
    Belum ada peringkat
  • Ciri
    Ciri
    Dokumen2 halaman
    Ciri
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Ciri
    Ciri
    Dokumen2 halaman
    Ciri
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Yoyoyo
    Yoyoyo
    Dokumen2 halaman
    Yoyoyo
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Nota PJM 3110
    Nota PJM 3110
    Dokumen15 halaman
    Nota PJM 3110
    Hikarri Wai Rai
    Belum ada peringkat
  • Ciri
    Ciri
    Dokumen2 halaman
    Ciri
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Awannaooo
    Awannaooo
    Dokumen5 halaman
    Awannaooo
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Soalan 3
    Soalan 3
    Dokumen1 halaman
    Soalan 3
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • 5 Jakajka
    5 Jakajka
    Dokumen1 halaman
    5 Jakajka
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Ciri
    Ciri
    Dokumen2 halaman
    Ciri
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Soalan
    Soalan
    Dokumen1 halaman
    Soalan
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Bnnncai
    Bnnncai
    Dokumen1 halaman
    Bnnncai
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • Kontekstual
    Kontekstual
    Dokumen76 halaman
    Kontekstual
    Ali Mohd
    100% (66)
  • Pqe 3111
    Pqe 3111
    Dokumen1 halaman
    Pqe 3111
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat
  • SK Gand
    SK Gand
    Dokumen8 halaman
    SK Gand
    cikgunazribasirun
    Belum ada peringkat