Anda di halaman 1dari 6

Merekodkan Jarak

Dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan ditentukkan oleh jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan ialah pita pengukur. Pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga peringkat antarabangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan penggunaan pita pengukur.

Merekodkan Jarak
Dengan alat pengukur elektronik, setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat. Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru. Bagi setiap lemparan yang sah,jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan.

Merekodkan Jarak
Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garisan bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

Merekodkan Jarak
Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh memberikan kelebihan atau menjarakkan jarak lemparan cakera.

Pita Pengukur

Pegawai pertandingan
Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulatan lemparan, atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang dicapai oleh peserta.

Anda mungkin juga menyukai