Cinta kepada berlawanan jenis itu kurniaan Allah ke lubuk hati hamba-Nya, sebagai ujian
di saat kau belum bernikah. Ah, lemahnya iman dalam soal ini. Namun, aku paling
kagum dengan mawar berduri yang kukenali sekitarku. Andai kubisa menjadi seperti
mereka...Ya Allah, kuatkan aku..tinggal beberapa hari, bulan dan tahun sahaja lagi
mungkin, lelaki yang ditakdirkan Allah untukku akan muncul juga menemui ibu dan
ayah. lnsya Allah. Namun, siapa gerangannya? Ataukah mungkin di Syurga? Seorang
Syahid melamarku sebagai Ainul Mardhiyahnya? Indahnya. Pernikahan di dunia atau
Syurga dalam redha Allah.
Sedang jodoh telah tertulis sejak azali. Tidak akan berubah ketentuan jodoh ini walau
dengan siapa kita bercinta pun akhirnya kan terpisah juga. Dua takdir Allah yang tidak
akan berubah iaitu MATI dan JODOH. Beruntunglah insan yang mengenali cinta Allah
di saat dia diuji cinta manusia-Bisakah ditolak tepi cinta ini? Tepuk dada tanya iman.
Usia hidupmu di dunia sementara cuma, di akhirat kekal abadi. Layakkah kita untuk
Syurga-Nya? Sahabat, andai kau bisa menepisnya sepertiku, esok, kita ketemu di Syurga
ALLAH! Insya Allah.
Yakinlah, kataku ini, usah berdalih lagi, sebelum nantinya kau menangis di bahuku.
Anggaplah si dia yang tertulis untukmu sedang mempersiapkan diri menjadi lelaki soleh
sebelum menyuntingmu menjadi bidadari penyeri dunia dan akhirat.
Percayalah, tidak akan ada yang bisa memilikinya, jika dia memang tertakdir untukmu,
dan yakinlah tidak akan bisa kau milikinya andai dia tertulis untuk gadis yang lain.
Lepaskan cinta itu dari ikatan hatimu..Cinta yang tidak halal bagimu walau akhirnya kau
bernikah dengannya...Dosa berpacaran (ber'couple') itu tetap kau pikul sebelum
pernikahanmu. Lupakan segalanya..siapkan dirimu, duhai calon bidadari, Hurrun 'Ain, ya
Ainul Mardhiyyah.....bekalan amal dan dosamu akan ditimbang di neraca
mizan...Ingatlah, sayangi dirimu..moga kita dalam peliharaan-Nya sentiasa..amiin.
Sahabatku, Jika dah jatuh, bangun semula. Dah patah balik, maju semula ke
hadapan..hampir nak terjatuh, mari kusambut tanganmu..sahabatku sayang..kembalilah ke
pangkuan Tuhan kita..bertaubatlah..janganlah kerana dosa sedikit itu kau tambah lagi
kerana bimbang tiada pengampunan dari-Nya, Dia Maha Pengampun dan Maha
Penyayang...Asal sahaja kau tidak mensyirikkanNya, semua bisa terampun. Percayalah..
Pergilah…pergilah cinta manusia! Aku tak perlukan cintamu.Ya Allah, hanya Kau yg
kudambakn bkn sesiapa di kalangan makhlukMu.Hatiku hy milik-Mu.Ku yakin akan
hadir cinta idaman,ketika diriku teraba2 mencari jalan pulang.cinta yg m'bw aku kpd
mencintaiMu..
Aku takkan selamanya rebah dalam kemelut rasa.Aku akan bangkit kembali memikul
beban tarbiyyah dan da’wah yg sarat perjuangan ini.
Aku takjub dengan kuasa iman.Iman mengubah hati insan,menjadikn pemikiran
seseorang tunduk pd kebenaran.Jln tarbiyyah & da’wah inilah yg banyak memberi
bekalan iman..(Cinta tarbiyyah da’wah,hatiku milikMu!)