Anda di halaman 1dari 3

4/17/13

Agama: Pencerahan Surah Al-Mulk (1) Langit Ilahi

Agama: Pencerahan Surah Al-Mulk (1)


Posted by: Mukhlis Nasri Posted date: February 20, 2013 In: Agama | comment : 4

Lihatlah Langit, Ia cuba mengajar kita sesuatu: Menjadi Hamba Ilahi ~ Pictured by Umar Mita Muqadimah: Pada penulisan pada kali ini, suka untuk saya kongsikan berkenaan tafsir surah Al-Mulk, saya akan rungkaikan dan perbincangkan akan surah ini serta kesannya dalam membentuk peribadi muslim yang ideal. Penulisan ini berbentuk santai dan bersiri agar pembaca mendapat input positif lantas mampu menpraktiskan dalam alam kehidupan. Allah SWT menurunkan surah ini kepada Rasulullah SAW melalui Jibril AS sebelum hijrah ke Madinah dan para ulamak sepakat mengkatogerikan surah ini sebagai Makkiyah iaitu surah yang turun sebelum hijrah. Surah-surah yang dikatogerikan sebagai Makkiyah ini mempunyai signifikannya yang tersendiri, berbeza dengan surah-surah yang dikatogerikan sebagai Madaniyah. Ia lebih kepada pembentukkan aqidah dan pembangunan keimanan para sahabat malah mencantas segala pemesongan dalam mentauhidkan Allah SWT berbeza dengan Madaniyah yang lebih berfokus kepada permasalahan hukum-hakam. Surah ini mempunyai banyak nama selain Al-Mulk yang bermaksud kerajaan, antaranya Maniah (Penghalang), Al-Waqiah (Pelindung), Al-Mannaah (Penghalang yang benar-benar menghalang), Tabarakalmulk dan sebagainya, pada sisi pandang masyarakat Arab, sesuatu yang mempunyai banyak nama menunjukkan akan kepentinggannya dan kemuliannya. Jika dilihat kepada sejarah nama kepada Abdul Mutolib juga mempunyai banyak nama kerana menunjukkan akan kemuliannya. Maka surah ini yang juga mempunyai pelbagai nama seolah-olah mengkhabarkan manusia akan kepentinggannya dalam kehidupan seharian manusia. Hadis Berkenaan Surah Ini: Ada beberapa hadis yang menerangkan tentang surah ini terutama dari sudut kelebihan membaca serta menghafal surah ini, antaranya: Hadis yang direkodkan oleh Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya sebuah surah dalam quran (yang mempunyai) 30 ayat akan mensyafaat pemiliknya sehinggalah ia diampunkan oleh Allah : ( ).

langitilahi.com/11919

1/3

4/17/13

Agama: Pencerahan Surah Al-Mulk (1) Langit Ilahi

Daripada Tsabit, daripada Anas telah berkata: Rasullah SAW telah bersabda: satu surah dalam Al-Quran akan membela pemiliknyasehinggalah ia memasukkannya ke dalam syurga: ( ) Melalui pemahaman kepada hadis di atas menunjukkan bahawa surah ini banyak fadhilat kepada yang membacanya dan menghafalnya malah kepada sesiapa yang membumikan dalam kehidupan seharian. Rasulullah SAW dan para sahabat RA akan membaca surah ini setiap malam sebelum tidur. Sekilas Pandang Terhadap Surah Ini: Surah ini 30 ayat, secara ringkasnya, permualaan surah ini Allah memulakan dengan memuji diriNya yang Maha Kuat dan memiliki segala-galanya, Allah mengarah para hambanya agar melihat penciptaan Allah, adakah ada keburukan di sana?, kemudian Allah menceritakan tentang orang kafir yang datang kepada mereka cahaya hidayah dan balasan buat mereka, lalu Allah membandingkan dengan orang-orang mukmin dan balasan bagi golongan ini. Soalan-soalan padu yang meruntun jiwa ditanya oleh Allah buat hambanya, sedikitnya yang bersyukur sedangkan nikmat yang diberi terlalu banyak, akhir surah ini juga ditutup dengan pertanyaan-pertanyaan yang membuatkan manusia akan berfikir dan bermuhasabah diri. Hasil Tuaian Siapa Yang Lebih Hebat di Dunia: Maksudnya: Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Permulaan surah dengan Allah SWT memuji dirinya yang maha agong yang menguruskan segala-galanya dengan kehendaknya, seolah-olah ayat ini cuba merendahkan keegoan manusia yang menyangka diri mereka maha hebat sedangkan ada sesuatu yang lebih hebat dari mereka iaitu Allah Azza Wa Jalla. Lalu Allah berfirman lagi: Yang bermaksud: Dia lah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Ayat ini menambahkan lagi kesedaran kepada kita bahawa Allah SWT yang menciptakan kematian dan kehidupan yang menunjukkan kepada terhasilnya segala makhluk, sama ada manusia, binatang, tumbuhtumbuhan, bintang-bintang dan segala-galanya bermula dengan tiada. Selari dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah: 28 Maksudnya : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu Penciptaan manusia adalah untuk menguji siapa yang lebih baik amalannya, selepas Allah swt menerangkan bahawa Dia menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa manusia ada misi dan visi dalam fatrah hidup mereka di dunia. Kesemua perbuatan yang
langitilahi.com/11919 2/3

4/17/13

Agama: Pencerahan Surah Al-Mulk (1) Langit Ilahi

dilakukan semua tanpa ada kecuali akan diperhitungkan lalu manusia akan melihat adakah hasil tuaian mereka yang paling terbaik. Penciptaan Bukti Allah Hebat: Allah SWT menambah lagi dalam ayat seterusnya: Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu) dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kehebatan dan keagungan Allah Azza Wa Jalla jelas terang lagi bersuluh tampak pada penciptaan-Nya, antaranya tujuh petala langit yang berlapis-lapis, berdiri teguh tanpa tiang dan terhias indah, lalu Allah memberi jaminan bahawa tiada kecacatan dan ketidakseimbangan dalam penciptaan tersebut. Malah Allah SWT mengarahkan untuk lihat semula langit dan menyoal hambanya sama ada kelihatan keaiban dan kekurangan atau sebaliknya. Kemudian Allah SWT sekali lagi memerintahkan para hambanya untuk melihat penciptaannya, pasti sia-sia kepenatan, kerana Maha Hebat menciptakan sesuatu yang hebat yang tiada kurang pada penglihatan kita: Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

Konklusi: Ayat-ayat dibincangkan di atas benar-benar merawat hati dan jiwa manusia yang sedia menerima arahan dan perubahan yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Ia membuatkan diri kita tertunduk hina sebagai hamba yang dicipta oleh Allah SWT, punya misi dan visi dalam kehidupan ini. Jika kita masih bongkak dan mengangkat dada kesombongan telitilah ayat-ayat quran ini serta rasailah bahawa segala sesuatu adalah milik Allah SWT dan bila-bila sahaja dan di mana sahaja kita boleh dipanggil pulang olehNya. Mari Menjadi Hamba. Nantikan sambungan ayat seterusnya.

langitilahi.com/11919

3/3

Anda mungkin juga menyukai