Anda di halaman 1dari 17

Disediakan oleh:

Amjad Radhi
Hakim Sham
Amir Aminuddin
Ariff Nordin
Afiq Saat
Qisty Mohd
 Sistem Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
 Sistem ini diamalkan sejak tahun 1957.
 Raja dikekalkan sebagai pemerintah tertinggi negara yang disebut Yang di-
Pertuan Agong dan timbalannya, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
 Kedua- dua jawatan ini diisi secara bergilir- gilir melalui pemilihan daripada
kalangan sembilan raja Melayu yang memerintah sembilan negeri Melayu.
 Dalam melaksanakan pemerintahan negara, Yang di-Pertuan Agong tidak
boleh membuat keputusan secara sendirian. Segala keputusan berdasarkan
peruntukan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri
 Majlis Raja- raja Melayu ditubuhkan pada tahun 1948.
 Majlis Raja- raja dianggotai oleh semua Sultan Negeri- negeri Melayu, Yang
Dipertua bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak serta Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
 Majlis Raja- raja bersidang 3 atau 4 kali setahun.
 Mesyuarat ini dipengerusi oleh salah seorang raja Melayu secara bergilir-
gilir.
 Dalam sesuatu mesyuarat yang berkaitan dengan dasar negara, Yang di-
Pertuan Agong diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-
masing. Dalam mesyuarat tentang hal yang lain, Perdana Menteri, Menteri-
menteri Besar dan Ketua- ketua Menteri tidak perlu hadir.
 Memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong melalui pengundian
 Menimbangkan perkara- perkara yang berkaitan dengan dasar negara,
contohnya perubahan dalam dasar imigresen.
 Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan dengan
adat istiadat Melayu serta agama Islam.
 Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang- undang yang menurut
Perlembagaan memerlukan persetujuannya, misalnya yang berkaitan
dengan persempadanan semula negeri, kedudukan Raja- raja, pindaan
perlembagaan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta Kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak.
 Majlis Raja- raja harus juga dibawa berunding tentang hal yang
berkaitan dengan pelantikan Ketua Hakim Negara, Ketua Audit
Negara, ahli Suruhanjaya- suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pilihan
Raya, Pendidikan dan kereta api.
 Majlis Raja- raja mempunyai seorang setiausaha yang dikenal sebagai
Penyimpan Mohor besar Raja- raja. Pelantikannya dilakukan sendiri
oleh Majlis Raja- raja.
 Setiausaha ini merupakan jurucakap rasmi yang mengumumkan
sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Raja- raja.
 Melantik Perdana Menteri
 Melantik dan melucutkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri
atas nasihat Perdana Menteri
 Mengampunkan, meringankan dan menangguhkan hukuman atas
nasihat Jemaah Pengampunan Negara
 Memelihara keistimewaan orang Melayu dan kaum bumiputera di
Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perlembagaan
 Memanggil, menangguhkan dan membubarkan Parlimen atas
nasihat Perdana Menteri
 Melantik Ketua Hakim dan semua Hakim
 Memperkenankankan undang- undang yang diluluskan oleh
parlimen
 Menganugerahkan gelaran dan bintang kebesaran
 Ketua Negara
 Panglima Tertinggi Angkatan Tentera
 Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak
bersultan atau tidak beraja.
 Tiupan Nafiri menandakan keberangkatan masuk Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah ke balairung seri.
 Keberangkatan Duli- duli Yang Maha Mulia didahului oleh Seri Maharaja Lela. Duli- duli
Yang Maha Mulia diapit oleh pegawai- pegawai yang membawa Cogan Agama dan
Cogan Alam dan di belakang mereka ialah pegawai- pegawai yang membawa cokmar
dan pedang. Di belakang Duli- duli Yang Maha Mulia ialah Juruiring dan Dang Perwara.
 Selawat dilafazkan sebaik sahaja tiupan nafiri berakhir dan seterusnya nobat “Raja
berangkat” dipalu. Duli- duli Yang Maha Mulia bersemayam di singgahsana.
 Seri Maharaja Lela memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk
memulukan istiadat.
 Pegawai- pegawai meletakkan alatan pertabalan mengikut tertib di atas meja khas di
hadapan astaka.
 Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri melafazkan ayat- ayat Al- Quran.
 Menteri Besar membaca surat Pengisytiharan Pertabalan.
 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan membaca surat Titah Diraja.
 Seri Maharaja Lela mengangkat sembah dan mempersembahkan keris kebesaran
negeri kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
 Duli Yang Maha Mulia Sultan menerima keris kebesaran negeri yang
menghunusnya, kemudian menyarungkannya semula.
 Sekalian hadirin berdiri dan seterusnya Seri Maharaja Lela menyebut
“Daulat Tuanku” tiga kali berturut- turut, diikuti oleh para hadirin.
 Nobat “Raja Bertabal” dipalu dan diikuti tembakan meriam 21 das sesudah
seruan “Daulat Tuanku” yang pertama dan payung obor- obor
dikembangkan.
 Lagu “Allah Selamatkan Sultan” dinyanyikan oleh kumpulan koir.
 Menteri Besar membawa surat Ucapan Taat Setia dan mengucapkan
tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
 Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri diapit oleh Kadi Besar dan Imam
Besar Masjid Zahir melafazkan doa selamat.
 Seri Maharaja Lela menghadap memohon limpah perkenan Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan untuk menamatkan istiadat.
 Nobat “Raja Berangkat” dan Duli- duli Yang Maha Mulia berangkat turun
dari singgahsana meninggalkan majlis dengan diiringi pengiring- pengiring
diraja mengikut tertib dan disusuli oleh Wakil Raja- Raja dan Ketua – ketua
Negeri yang lain.
Jawatan Yang Di- Pertuan Agong akan digilirkan dalam kalangan
sultan
dan raja negeri- negeri melayu. Penggiliran jawatan Yang di- Pertuan
Agong ini dibuat menurut urutan yang berikut:
 Negeri Sembilan
 Selangor
 Perlis
 Terengganu
 Kedah
 Kelantan
 Pahang
 Johor
 Perak

Apabila seseorang sultan atau raja sesebuah negeri dilantik


menjawat
jawatan Yang di- pertuan Agong, seorang kerabat baginda akan
dilantik
sebagai pemangku sultan atau pemangku raja di negeri berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai