Anda di halaman 1dari 2

Instrumen Pengujian Kemahiran Mendengar menggunakan paragraf. Tahun: Arahan: 1.

Guru meminta murid untuk mendengar dengan teliti petikan yang akan dibacakan oleh guru. 2. Guru membacakan sebuah petikan dengan kuat dan jelas kepada murid. 3. Murid menceritakan semula petikan yang telah dibacakan oleh guru. 4. Untuk aras yang lebih tinggi, guru meminta murid untuk memberikan respon dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru. Bahan Ujian: Seorang budak bernama Jamal sedang berjalan menuju ke sebuah pasar mini untuk membeli coklat kegemarannya. Rafiq, seorang pembuli ternampak Jamal, lalu berkata kepada rakannya, Budak Jamal tu adalah budak yang paling bodoh di kampung kita ini. Nanti aku tunjukkan kepada kau, memang menyeronokkan! Rafiq kemudiannya meletakkan syiling 50 sen di tangan kiri dan 20 sen di sebelah kanannya, lalu memanggil Jamal dan berkata, Hei, Jamal, yang mana satu pilihan kau? Jamal memilih syiling 20 sen lalu pergi dari situ. Rafiq tertawa sambil berkata kepada rakannya, Bukankah aku sudah katakan tadi, dia sentiasa akan memilih 20 sen. Pada suatu hari, rakan Rafiq tadi ternampak Jamal sedang menikmati coklat kegemarannya. Dia mendekati Jamal dan bertanya, Jamal, boleh saya tanya satu soalan? Kenapa kamu selalu ambil syiling 20 sen dan bukan 50 sen? Jamal menjawab, Jika saya mula ambil syiling 50 sen, Rafiq akan berhenti ajak saya bermain permainan syiling itu! Soalan2 pemahaman: 1. Berapakah bilangan budak lelaki dalam cerita ini? 2. Apakah makanan kegemaran Jamal? 3. Mengapakah Rafiq selalu ketawa apabila Jamal mengambil syiling 20 sen? 4. Siapakah yang lebih bijak antara Jamal dan Rafiq?

Set jawapan: 1. Berapakah bilangan budak lelaki dalam cerita ini? Jawapan: Bilangan budak lelaki dalam cerita ini ialah 3 orang 2. Apakah makanan kegemaran Jamal? Jawapan: makanan kegemaran Jamal ialah coklat 3. Mengapakah Rafiq selalu ketawa apabila Jamal mengambil syiling 20 sen?\ Jawapan: Rafiq selalu ketawa apabila Jamal mengambil syiling 20 sen kerana Jamal dikatakan bodoh kerana memilih syiling 20 sen yang nilainya lebih rendah dari syiling 50 sen. 4. Siapakah yang lebih bijak antara Jamal dan Rafiq? Jawapan: a. Jamal lebih bijak kerana dapat bermain permainan itu lagi dengan Rafiq dan mendapat 20 sen setiap kali bermain. b. Rafiq lebih bijak kerana dapat 50 sen dan bukannya 20 sen.

Anda mungkin juga menyukai