Anda di halaman 1dari 2

Guruh yang menggegar langit dipetang hari menggusarkan sebatang tubuh yang termenung dipintu sebuah pondok usang,memikirkan

bagaimana untuk dia terus menghadapi malam sekiranya guruh yang bertandang ini diekori hujan.Dia menghela nafas yang hampa sambil mendongak ke atap pondok yang disokong kayu yang mereput.Sudah berbelas tahun dia mendiami pondok usang yang ditinggalkan itu,panas mahupun hujan,inilah tempat dia berteduh.Laut yang terbentang dihadapan pondoknya seolah-olah turut bersimpati dengan keadaan dia dan pondok usang itu yang menunggu waktu untuk menyembah bumi.Namun apakah daya,bukannya dia tak mahu mencari tempat perlindungan lain tetapi pondok ini sahajalah yang ditinggalkan arwah datuknya yang telah meninggal ! tahun yang lalu. "assalamualaikum mat mari kita ke surau,maghrib dah dekat ni ",laung bilal ali dari jauh yang menyentak dia yang selang leka dibuai perasaan. "waalaikumsalam kamu pergilah dulu aku baru nak bersiap ",jawab mat ringkas. Dia bingkas bangun mencapai kain pelikat yang tergantung pada sebatang paku ditiang pondok lalu turun ke telaga di belakang pondok.Di saat orang lain sudah mengecapi kesenangan dengan menggunakan air paip dia masih lagi menggunakan air telaga,dia menimba air telaga yang dinginnya meresap hingga ke tulang dengan pantas,badannya yang tegap mungkin terhasil daripada perbuatannya yang menimba air ditelaga setiap hari.Suara bilal melaungkan a#an maghrib menjalar ke segenap penjuru langit dikampung nelayan dihujung tanjung yang sepi.penduduk kampung berpusu-pusu menuju ke masjid lama yang dibina ratusan tahun dulu sewaktu kawasan tanjung itu didiami orang.$at juga tidak ketinggalan menuju ke masjid,sudah menjadi rutinnya ke masjid setiap waktu maghrib dan pulang selepas isyak. %%%%%

&au ikan masin bercampur asap dapur untuk merebus keropok menusuk ke dalam hidung setiap manusia melalui kedai yang diusahakan 'ak Su,datuk saudara kepada mat.(am sudah menunjukkan jam )*+! pagi tapi mat masih belum sampai di kedai 'ak Su."ke mana pula mat ni merayap,biasanya belum aku buka kedai dia dah tercegat dipintu",'ak Su bersungut kepada isterinya,$ak Su."awak pun,dia dah besar tak perlu awak bimbangkan,.",belum sempat $ak Su menghabiskan ayatnya mat sudah sampai di kedai."mat kenapa kamu lewat pula hari ini,mari sini jamah dulu pulut kelapa dengan ikan masin sebelum kamu buat kerja",kata $ak Su kepada mat."Saya tolong -bg .amid angkut barang-barang dia ke bot tadi",jawab mat.Sambil dia menjamah sarapan pagi 'ak Su memberitahu bahawa hari ini ada tempahan dari kuala lumpur nak /!!! batang keropok lekor.$emang tugasnya untuk mengambil bekalan ikan diperlabuhan,biasanya tak pernah 'ak Su menerima tempahan sampai /!!! batang keropok.bermakna banyaklah bekalan ikan mentah yang mesti diambil pada hari ini

Anda mungkin juga menyukai