Anda di halaman 1dari 1

Zack Enterprise menganggarkan jualan dan belian bagi 3 bulan akan datang iaitu dari bulan Februari hingga

bulan April 2013. Pengalaman lalu menunjukkan bahawa jualan tunai perniagaan adalah 20%, manakala selebihnya adalah jualan kredit yang dipungut sebulan kemudian. Apabila membuat belian inventori, Zack biasanya membayar 50% pada masa pembelian dan bakinya dibayar pada bulan yang berikutya. Belanja upah setiap bulan yang dijangkakan adalah 10% daripada jualan bulan yang sama. Belanja pengangkutan sebulan ialah RM 4000 dan belanja pentadbiran dianggarkan sebanyak RM25000 sebulan En Zack bercadang untuk membeli sebuah lori kecil yang berharga RM60000 secara sewa beli pada bulan Februari. Perjanjian sewa beli tersebut memerlukan bayaran muka sebanyak 20% pada masa pembelian dengan ansuran bulanan sebanyak RM2000 bermula pada bulan Mac. Setelah mendapat lori baru, En Zack akan menjual lorinya yang lama dengan serta merta. Beliau mengganggarkan aliran tunai bersih daripada jualan lori itu adalah berjumlah RM5000. Baki tunai ada akhir bulan Januari ialah RM10000. Jualan dan belian untuk bulan Januari masing-masing ialah RM100000 dan RM70000. Anggaran jualan dan belian untuk tiga bulan akan datang adalah seperti yang berikut: BULAN Februari Mac April JUALAN 120000 160000 100000 BELIAN(RM) 80000 60000 60000

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan yang berakhir 30 April 2013.

Anda mungkin juga menyukai