Anda di halaman 1dari 3

Pengertian atau maksud falsafah bolehlah diertikan sebagai satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum

dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab iaitu falsafah yang juga berasal daripada perkataan yunani philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna mencintai) dan Sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Secara umumnya, falsafah juga boleh dimengertikan sebagai satu usaha pemikiran yang tuntas,bertujuannya untuk mendapatkan kebenaran. Sebagai seorang guru kita juga perlu mempunya falsafah untuk dijadikan pegangan atau pedoman serta sebagai prinsip semasa menjalankan tugas. Falsafah seseorang guru di Malaysia tidak boleh lari atau menyimpang dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat sendiri berkaitan FPK ini. Sebagai seorang guru di Malaysia , saya telah menggariskan falsafah pendidikan saya sendiri yang sudah tentulah merangkumi tujuan pendidikan itu sendiri , kehendak

masyarakat, kehendak pelajar dan kehendak guru. Saya sentiasa berazam untuk menjadi seorang guru yang baik dan dihormati oleh para pelajar. Saya percaya apabila seorang guru baik dan sentiasa menghormati pelajarnya InsyaAllah para pelajar juga turut akan menghormati guru tersebut. Saya turut berazam akan menjadi seorang guru yang tegas kepada pelajarpelajar, memandangkan situasi atau iklim pendidikan sekarang yang penuh dengan cabaran . Globalisasi telah mengubah corak pendidikan di Malaysia. Tegas di sini bukanlah bermaksud garang dan sentiasa memarahi pelajar-pelajar tetapi tegas sewaktu mengajar dan dalam masa yang sama menggunakan gaya pengajaran yang mudah diterima oleh pelajar agar pelajar tidak main-main ketika di dalam kelas . Diharap dengan ketegasan saya maka pelajar dapat menerima apa yang diajar dengan mudah kerana tiada tekanan diberikan. Ini akan

memudahkan lagi saya mencapai objektif pengajaran. Sebagai seorang pendidik, saya amat yakin serta berpendapat bahawa setiap individu mempunyai potensi mereka yang tersendiri . Jika kaedah serta teori pengajaran yang sesuai dan betul diaplikasi oleh guru ,mereka akan mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi Jasmani, Emosi,Rohani,Intelekdan sosial. Jika ini dapat direalisasikan maka tanpa disuruh pelajar akan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Saya juga akan menggalakkan pertumbuhan minda dengan menggalakkan mereka menggunakan kreativiti, menekankan kepentingan pendidikan serta memberi pelajar saya kebebasan untuk berfikir dan mencari pengetahuan. Ini bersesuaian dengan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Guru boleh mencabar kebolehan serta keupayaan berfikir seseorang pelajar . Mereka akan berasa dihargai kerana mereka diberi peluang untuk meluahkan idea yang bernas . Guru harus tahu bahawa setiap individu itu berbeza dan unik serta mempunyai pelbagai idea, pendapat, kritikan dan cadangan. Setiap idea yang dilontarkan yang perlu diambil kira. Pelajar akan berasa diri mereka dihargai oleh guru. Saya juga percaya bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna apabila menghubungkan kandungan pengajaran dengan perkara yang pelajar tahu atau mempunyai nilai kepada mereka. Proses ini akan menjadi lebih mudah dan bermakna. Untuk itu sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna , saya perlu mengetahui keperluan serta minat pelajar, latar belakang, stail pembelajaran mereka dan sebagainya. Ini akan memudahkan lagi saya untuk merancang dan menghasilkan bahan bantu mengajar supaya objektif pengajaran yang ditetapkan akan tercapai. Tidak guna jika saya membuat sesuatu bahan bantu mengajar tetapi ia tidak memberikan sebarang manfaat kepada pelajar. Jika kita dapat memberi ransangan yang positif maka pelajar akan lebih bermotivasi untuk turut serta dalam proses pembelajaran. Perubahan tingkah laku yang berlaku ke atas diri pelajar akan menjadi kayu pengukur terhadap apa yang dirancang. Saya juga melihat bahawa pengajaran adalah satu proses untuk menggalakkan pelajar menghubungkan perkara yang dipelajari dengan pengalaman dunia sebenar. Oleh itu, aktiviti berupa hands-on perlu disediakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna. Saya juga sentiasa perlu menambahkan pengetahuan dengan pelbagai maklumat tidak hanya subjek yang

diajar malah mengenai pengetahuan am yang berkaitan. Pendedahan dengan peranti terkini serta kebolehan untuk mengakses maklumat yang tidak terbatas menjadikan pelajar zaman sekarang lebih berfikiran jauh malah ada juga yang lebih bijak dari gurunya. Saya akan sentiasa berusaha dan mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan sebagai persiapan sebelum masuk ke kelas agar apabila para pelajar menyoal sesuatu maka saya dapat menjawab dengan menggunakan fakta yang tepat. Apabila kita dapat menjawab sesuatu dengan yakin, saya percaya pelajar akan lebih menghormati kita dan yakin dengan kerjaya kita sebagai seorang guru tanpa mempersoalkannya.

Anda mungkin juga menyukai