Anda di halaman 1dari 32

INI BUKANNYA SOALAN RAMALAN TETAPI SEKADAR PANDUAN BERDASARKAN

ANALISIS TEMA DARIPADA BUKU TEKS )

TEMA : PENGANGKUTAN AWAM


TUGASAN : Faedah-faedah pengangkutan awam
FORMAT : Tiada
Isi-isi penting :
Memudahkan urusan seharian
Dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas
Mengurangkan pencemaran
Mewujudkan peluang pekerjaan
Membantu menjanakan pendapatan Negara
CONTOH KARANGAN :
Pengangkutan awam merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
Sebagai contoh bas, kereta api, teksi, dan kapal terbang. Kemudahan itu disediakan di
kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Kemudahan tersebut boleh digunakan oleh
semua orang. Pelancong juga boleh menggunakan pengangkutan awam untuk menuju ke
sesuatu tempat. Terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam.
Pengangkutan awam penting bagi memudahkan urusan seharian masyarakat.
Murid-murid menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke sekolah. Orang ramai
pula menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke pasar. Pengangkutan awam juga
digunakan untuk pergi ke tempat kerja. Orang ramai menggunakan pengangkutan awam
kerana tambangnya murah.
Selain itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Keadaan ini berlaku terutamanya di kawasan bandar. Hal ini adalah kerana orang ramai
kurang menggunakan kenderaan persendirian. Kesannya, jumlah kenderaan yang ada di
jalan raya akan berkurangan. Hal ini juga dapat menjimatkan masa untuk menuju ke
sesuatu tempat. Oleh itu, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan.
Di samping itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan masalah pencemaran
udara. Hal ini adalah kerana asap kenderaan kurang dilepaskan ke udara. Udara yang
tercemar dapat menjejaskan kesihatan.Di dalam asap yang tercemar itu terdapat
berbagai-bagai jenis gas beracun. Kesihatan yang terjejas akan menganggu aktiviti
harian seseorang. Oleh itu, pencemaran udara boleh dikurangkan melalui penggunaan
pengangkutan awam.
1

Seterusnya, pengangkutan awam dapat mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini


adalah kerana pemandu diperlukan bagi mengendalikan kenderaan awam tersebut.
Contohnya seperti pemandu bas. Begitu juga dengan kereta api yang memberikan
peluang pekerjaan di setesen-setesen kereta api yang ada. Peluang pekerjaan ini
mengurangkankan kadar pengangguran. Oleh itu, orang ramai boleh mencari sumber
pendapatan.
Pengangkutan awam juga dapat menjanakan pendapatan negara. Hal ini kerana
pengangkutan awam juga turut digunakan oleh pelancong. Kos hidup masyarakat boleh
ditingkatkan. Hal ini demikian kerana perbelanjaan untuk petrol telah dikurangkan.
Kadar pengangguran juga boleh dikurangkan. Pendapatan negara boleh dijanakan
melalui pengangkutan awam.
Kesimpulannya, terdapat berbagai-bagai kepentingan pengangkutan awam. Oleh
itu, semua pihak hendaklah memanfaatkan penggunaan pengangkutan awam yang
disediakan dengan sebaik mungkin. Semoga dengan cara yang demikian kehidupan kita
akan menjadi lebih sejahtera.
TEMA : ORANG KURANG UPAYA
TUGASAN : PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG
UPAYA
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Ibu bapa mendidik anak-anak supaya tidak menghina Orang Kurang Upaya (OKU)
Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan dan memberikan kemahiran
Pihak swasta menjaga kebajikan OKU
Media massa menyampaikan maklumat tentang OKU
Setiap individu menunjukkan nilai murni
CONTOH KARANGAN :
Orang Kurang upaya merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka tidak
dapat menjalani kehidupan yang sempurna seperti kita. Mereka perlu dibantu untuk
melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan
untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU).
Antara peranan untuk membantu OKU ialah ibu bapa hendaklah mendidik anakanak mereka supaya tidak menghina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga
mempunyai perasaan seperti kita. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak
2

mentertawakan golongan tersebut. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak


supaya menghormati OKU.
Selain itu, pihak kerajaan boleh menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan
memberikan kemahiran kepada golongan ini. Hal ini demikian kerana .pendidikan dan
kemahiran

sangat

penting

demi

masa

depan

mereka.

Langkah

pihak

kerajaan

mewujudkan Kelas Pendidikan Khas patut dipuji..Jelaslah bahawa, pihak kerajaan


memainkan peranan penting dalam membantu OKU.
Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan ini
menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan.
Sebagai contoh, pengusaha pusat beli-belah perlu menyediakan kemudahan untuk
golongan ini seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan. Oleh itu, pihak
swasta perlu menunjukkan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang
bernasib baik ini.
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan
menyebarkan maklumat tentang OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan
disebarkan kepada orang ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh
pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Kesannya, orang
ramai akan mendapat maklumat tentang OKU. Jelaslah, nasib OKU akan terbela
dengan adanya peranan media massa.
Akhir sekali, setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan
kerana setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh,
mereka perlu membantu golongan ini semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika
OKU memerlukan bantuan. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilainilai murni bagi membantu golongan ini.
Kesimpulannya,

sudah

terang

lagi

bersuluh

bahawa

pelbagai

pihak

perlu

memainkan peranan untuk membantu OKU. Setiap pihak perlu berganding bahu, bak
kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
TEMA : KELUARGA BAHAGIA
TUGASAN : PERANAN ANAK-ANAK UNTUK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING
Menghormati ibu bapa
Mendengar nasihat
Belajar bersungguh-sungguh
3

Membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah


Mendoakan kesejahteraan ibu bapa
CONTOH KARANGAN :
Setiap orang di dunia ini ada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang penting
dalam kehidupan anak-anak. Tanpa ibu bapa, anak-anak tidak akan lahir ke dunia.
Mereka juga tidak dapat melihat keindahan alam ini. Terdapat pelbagai peranan yang
perlu dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa.
Salah satu peranan anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa adalah dengan
menghormati ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapalah orang yang
membesarkan kita sejak kecil. Anak-anak perlu berbudi bahasa apabila bercakap
dengan ibu bapa mereka. Sebagai contoh, anak-anak tidak meninggikan suara apabila
bercakap dengan ibu bapa. Tegasnya, ibu bapa perlu dihormati oleh anak-anak demi
membahagiakan mereka.
Selain itu, anak-anak perlu mendengar nasihat ibu bapa mereka. Hal ini
demikian kerana tujuan mereka adalah untuk kebaikan anak-anak. Anak-anak mestilah
mematuhi segala pesanan yang diberikan oleh orang tua mereka. Sebagai contoh,,jika
ibu bapa menasihati kita supaya berbuat baik kepada orang lain, kita perlulah
mentaatinya. Jelaslah bahawa, anak-anak dapat membahagiakan ibu bapa apabila
mendengar nasihat mereka.
Di samping itu, peranan anak-anak bagi membahagiakan ibu bapa adalah dengan
belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa akan berasa gembira apabila anak-anak mereka
berjaya. Anak-anak perlu rajin membaca dan membuat ulang kaji setiap hari. Sebagai
contoh, anak-anak menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru tanpa dipaksa.
Oleh itu, anak-anak perlu belajar bersungguh-sungguh demi membahagiakan ibu bapa
mereka.
Seterusnya, anak-anak hendaklah membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja di
rumah. Jika anak-anak membantu ibu bapa, segala tugas dapat dilakukan dengan
mudah. Anak-anak membantu ibu bapa mengemas rumah, memasak, menjaga adik,
menyiram pokok bunga dan kerja-kerja rumah yang lain. Kesannya, rumah akan bersih
dan ceria. Jelaslah, ibu bapa akan bahagia apabila anak-anak membantu mereka.
Akhir sekali, anak-anak mestilah mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka.
Hal ini demikan kerana ibu bapa akan mendapat kebaikan daripada doa yang dipohon.
Sebagai contoh, ibu bapa akan dilindungi Tuhan daripada keburukan seperti ditimpa
sakit atau sebarang masalah lain. Pendek kata, anak-anak dapat membahagiakan ibu
bapa dengan mendoakan kesejahteraan mereka.
4

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh anak-anak


untuk membahagiakan ibu bapa mereka. Anak-anak tidak seharusnya melupakan jasa
ibu bapa mereka seperti kacang lupakan kulit Anak-anak perlu ingat bahawa syurga itu
terletak di bawah telapak kaki ibu.
TEMA : KARYA SASTERA / KOMSAS
TUGASAN : FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERA
FOTMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Menambahkan ilmu pengetahuan
Memupuk nilai-nilai urni
Memberikan kesedaran/dapat dijadikan teladan
Meningkatkan kemahiran berbahasa
Meningkatkan semangat cinta akan negara
CONTOH KARANGAN:
Membaca merupakan amalan yang mulia. Pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa membaca jambatan ilmu. Membaca karya sastera perlu dipupuk dalam kalangan
pelajar. Antara contoh karya sastera ialah novel, puisi, cerpen dan prosa tradisional.
Oleh itu, terdapat banyak faedah membaca karya sastera.
Faedah pertama membaca karya sastera ialah dapat

menambahkan

ilmu

pengetahuan. Dengan membaca karya sastera, pelajar dapat mengetahui perkaraperkara baharu. Secara tidak langsung, mereka dapat membuka minda dan meluaskan
pengetahuan. Mereka tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelaslah
bahawa membaca karya sastera meningkatkan ilmu pengetahuan.
Seterusnya, membaca karya sastera dapat memupuk nilai-nilai murni. Banyak
nilai murni yang terkandung dalam sesebuah karya novel. Antara nilai murni yang
terdapat dalam karya sastera ialah nilai kasih sayang, tolong-menolong dan hormatmenghormati. Sebagai contoh, dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz menghormati orang
yang lebih tua daripadanya. Tegasnya, nilai-nilai murni dapat dipupuk sekiranya
pelajar membaca karya sastera.
Selain itu, membaca karya sastera dapat memberi kesedaran kepada pembaca.
Hal ini adalah kerana pengarang banyak memasukkan unsur pengajaran dalam karya
sastera. Sebagai contoh, dalam cerpen Menatap Wajahnya, Muliati seorang pelajar
yang gigih berusaha walaupun dia cacat. Jadi, pembaca dapat mengambil pengajaran
5

daripada peristiwa yang berlaku. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, yang baik
jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Oleh itu, membaca karya sastera
akan menimbulkan kesedaran kepada pelajar.
Di samping itu, membaca karya sastera dapat meningkatkan penguasaan
berbahasa. Karya sastera banyak menggunakan bahasa yang menarik. Pemilihan kata
yang indah dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis pelajar dan dapat
memberikan

impak

positif kepada

pelajar.

Sesungguhnya,

karya

sastera dapat

meluaskan kosa kata dan kemahiran berbahasa pelajar pelajar.


Faedah terakhir, membaca karya sastera meningkatkan semangat cinta akan
negara.Melalui novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu mempunyai semangat cinta
akan negara dengan mempertahankan puncak Gunung Tahan. Kesannya, semangat cinta
akan negara dapat dipupuk dalam jiwa pelajar. Jelaslah, semangat cinta akan negara
dapat ditingkatkan melalui karya sastera.
Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa karya sastera penting
dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu,semua pihak perlulah bekerjasama memupuk
minat membaca karya sastera dalam kalangan pelajar. Kerjasama yang erat umpama
aur dengan tebing dapat membantu pelajar menghayati karya sastera dengan baik.
Karya sastera sebenarnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. [369 patah kata]
TEMA : SEMANGAT KEJIRANAN
TUGASAN : COGAN KATA JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Memupuk hubungan baik antara jiran
Memupuk nilai kerjasama
Membantu jiran yang menghadapi kesusahan
Menjamin keselamatan masyarakat
Mengenali adat budaya kaum yang lain
CONTOH KARANGAN :
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita. Jiran sangat penting
kerana mereka menjadi sahabat dan orang yang rapat dengan kita. Mereka akan
membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan. Oleh itu, jiran sepakat membawa
berkat perlu diamalkan oleh masyarakat hari ini.
6

Jiran penting untuk memupuk hubungan baik antara jiran. Hubungan baik dapat
dipupuk melalui aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti ini, mereka dapat berkenalan
dan bertanya khabar antara satu sama lain. Kesannya, hubungan sesama jiran semakin
erat. Kerjasama yang erat ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan
tebing. Jelaslah, kerjasama penting untuk memupuk hubungan yang baik antara jiran.
Selain itu, jiran juga dapat memupuk nilai kerjasama sesama jiran. Nilai kerjasama ini
penting untuk melahirkan masyarakat yang sepakat. Setiap individu akan membantu
jiran mereka semasa mengadakan majlis seperti kenduri-kendara. Aktiviti akan
menjadi mudah kerana muafakat membawa berkat. Oleh itu, nilai kerjasama penting
dalam amalan kejiranan.
Di samping itu, jiran yang baik akan membantu orang lain yang menghadapi
kesusahan. Mereka akan menziarahi jiran yang sakit. Mereka juga akan memberi
bantuan wang ringgit untuk meringankan beban jiran. Mereka dapat menyelesaikan
banyak masalah. Sesungguhnya, amalan baik ini seperti kata pepatah, ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni.
Seterusnya, jiran juga dapat menjamin keselamatan masyarakat. Jiran akan
bersama-sama menjaga kawasan kediaman daripada kejadian pecah rumah. Mereka
boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian yang tidak
diingini. Selain itu, mereka akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Jelaslah, jiran dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat.
Akhirnya, jiran dapat mengenali adat dan budaya kaum yang lain. Pada musim
perayaan, kita dapat mengenali pakaian tradisional kaum yang lain seperti sari, baju
kurung dan lain-lain. Mereka juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan tradisi.
Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum.
Oleh itu, kita perlu mengenali adat dan budaya jiran.
Kesimpulannya, jiran sepakat membawa berkat penting dalam masyarakat.
Semua pihak hendaklah mengamalkan semangat kejiranan. Amalan ini perlu diteruskan
demi memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat. (355 patah perkataan)
TEMA : SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
TUGASAN : FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Membina disiplin diri
7

Menyihatkan tubuh badan/ kecerdasan minda


Mempertahankan diri daripada ancaman
Memupuk nilai murni
Membentuk hubungan baik dengan orang lain
CONTOH KARANGAN
Sejak kebelakangan ini, kegiatan jenayah yang semakin memuncak seperti kes
ragut, rogol, rompak dan bunuh di negara kita mendorong rakyat Malaysia untuk
mempelajari seni mempertahankan diri terutamanya dalam kalangan golongan remaja.
Hal ini menyebabkan pusat seni mempertahankan diri semakin banyak ditubuhkan di
negara kita bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Seni mempertahankan diri dapat membentuk disiplin diri. Disiplin yang terbentuk
ini akan menjadikan remaja lebih rasional iaitu dapat menilai sesuatu perkara dengan
lebih baik dan menerima perkara-perkara yang baik sahaja. Hal in seterusnya dapat
mengelakkan diri mereka daripada terjebak ke dalam lembah kehinaan. Selain itu,
akidah yang baik juga terbentuk daripada disiplin diri yang kukuh. Jelasnya, perkaraperkara yang tidak bermoral tidak mungkin dilakukan oleh remaja yang menguasai seni
mempetahankan diri.
Selain itu, seni mempertahankan diri mampu melindungi seseorang daripada
sebarang ancaman. Hal ini amat penting terutamanya kepada golongan remaja
perempuan yang terdedah kepada pelbagai ancaman yang melanda. Sebagai contoh silat
bagi orang Melayu, wushu bagi orang Cina, silamban bagi orang India dan sebagainya.
Justeru,

remaja

perempuan

patut

menyediakan

payung

sebelum

hujan

dengan

menguasai kemahiran ini. Sesungguhnya seni mempertahankan diri merupakan satu


perlindungan daripada sebarang ancaman.
Di samping itu, seni mempertahankan diri juga menyihatkan tubuh badan
individu. Seni mempertahankan diri ini melibatkan aktiviti senaman yang banyak. Badan
seseorang yang mempelajari seni ini akan menjadi cergas, kuat dan bertenaga.
Contohnya,dalam seni silat, mereka akan membuat aktiviti memanaskan badan, berlatih
menggunakan peralatan dan bersenam. Selain itu, seni mempertahankan diri juga akan
mencerdaskan minda..Jelaslah, seni memepertahankan diri boleh menyihatkan badan
dan mencerdaskan minda seseorang kerana badan cergas minda cerdas.
Tambahan lagi, seni mempertahankan diri juga akan membentuk hubungan baik
antara seseorang remaja dengan orang lain. Mereka dapat berjumpa dan berkenalan
dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Di samping itu, mereka dapat mengenali
budaya bangsa mereka. Hal ini membentuk kerjasama dan hubungan yang erat antara
8

kaum. Oleh itu, hubungan baik antara satu sama lain dapat dijalin seperti aur dengan
tebing.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan mempelajari seni mempertahankan
diri. Oleh itu setiap individu harus mempelajari seni mempertahankan diri. Oleh itu,
seni mempertahankan diri perlulah dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.
TEMA : BELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN
TUGASAN : KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
menjimatkan perbelanjaan
Industri tempatan semakin berkembang
Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang.
Imej negara dapat ditingkatkan
Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan
CONTOH KARANGAN:
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' bertujuan menggalakkan rakyat membeli
barangan tempatan. Rakyat perlu menyokong kempen tersebut. Kini, sudah tiba
masanya rakyat mengubah sikap dan menerima barangan tempatan. Rakyat perlu
menjadi pengguna yang bijak. Terdapat pelbagai kepentingan dalam menggunakan
barangan tempatan.
Kita dapat menjimatkan perbelanjaan jika kita membeli barangan tempatan.
Harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import. Sebagai contoh
harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal import.
Oleh itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menjimatkan
perbelanjaan untuk membeli barangan lain. Dalam hal ini, kita dapat menabung untuk
masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Industri tempatan semakin berkembang. Banyak industri desa muncul seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagai contoh, industri batik, kraf tangan, songket
dan tembikar. Industri ini dapat membantu rakyat hidup selesa. Dengan cara itu,
industri tempatan dapat terus berkembang maju.
Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang. Rakyat
mendapat peluang pekerjaan dan pengangguran dapat dikurangkan. Masalah sosial

dapat dikurangkan. Rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa. Oleh itu, rakyat
dapat membantu perkembangan industri tempatan.
Imej negara dapat ditingkatkan. Negara dapat mengeluarkan barangan yang
bermutu. Mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import.
Sebagai contoh barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dan dompet. Barangan ini
menjadi buah tangan pelancong yang datang ke negara kita. Malaysia dikenali dalam
kalangan pelancong kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti.
Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan. Wang tersebut dapat
digunakan untuk membantu rakyat. Sebagai contoh, kerajaan dapat menyediakan
pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan kesihatan dan
pendidikan. Rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera. Oleh itu, ekonomi negara
menjadi lebih stabil.
Kesimpulannya, industri barangan tempatan memberi banyak kebaikan kepada
pelbagai pihak. Kita perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan.
Kita bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama
tinggi dengan negara-negara maju. Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang
buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.
TEMA : BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA
TUGASAN : USAHA-USAHA MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANG
BUATAN TEMPATAN
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Membeli dan menggunakan barangan tempatan
ibu bapa juga berperanan menggalakkan ahli keluarga membeli barangan buatan
Malaysia
guru boleh menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia
Media massa sama ada media elektronik atau media cetak perlu menyiarkan iklan-iklan
berkaitan barangan buatan Malaysia
kerajaan sepatutnya mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia secara
berterusan
CONTOH KARANGAN:
Slogan Belilah Barang Buatan Malaysia merupakan slogan yang sering kita
dengar sama ada di televisyen atau di radio. Barang buatan Malaysia ialah barang
10

yang dihasilkan di dalam negara. Antara barang buatan Malaysia ialah kereta Proton
Saga, barangan tembikar, batik lukis dan perabot rotan. Banyak kilang yang didirikan
untuk menghasilkan barangan tempatan. Pelbagai usaha yang boleh dilakukan untuk
menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia.
Kita membeli barangan buatan Malaysia dan menggunakannya. Barangan buatan
Malaysia berkualiti dan setanding dengan barangan import. Kita harus berbangga
dengan barangan buatan Malaysia, contohnya kereta nasional Myvi, dan kasut Bata.
Kita perlu menggunakan barang buatan Malaysia dalam kehidupan seharian. Oleh itu
sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dan menyokong barangan keluaran
Malaysia.
Selain itu, ibu bapa juga berperanan menggalakkan ahli keluarga membeli
barangan buatan Malaysia. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak dengan
menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah, contohnya perabot, pakaian,
makanan dan barangan elektrik. Kesannya, anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu
bapa, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa
perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak.
Guru-guru di sekolah juga seharusnya memupuk perasaan cinta akan negara.
Guru-guru boleh menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh dalam mata pelajaran bahasa
Melayu dan kemahiran hidup. Guru juga boleh menjadi teladan kepada pelajar dengan
menggunakan barangan buatan Malaysia seperti kereta nasional, bak kata peribahasa
kepimpinan melalui teladan. Oleh hal yang demikian, guru adalah suri teladan kepada
pelajar.
Media massa sama ada media elektronik atau media cetak perlu menyiarkan
iklan-iklan berkaitan barangan buatan Malaysia. Media massa boleh menjadikan iklan
barangan buatan Malaysia sebagai selingan semasa menayangkan sesuatu rancangan.
Sebagai contoh iklan-iklan yang kreatif ini mampu menarik minat rakyat untuk membeli
barangan buatan Malaysia. Rakyat akan dapat maklumat terkini berkaitan barangan
buatan Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa media massa bertanggungjawab
menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia.
Akhir sekali, kerajaan sepatutnya mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan
Malaysia secara berterusan. Hal ini dapat menggalakkan rakyat membeli barangan
buatan Malaysia dan seterusnya memupuk perasaan cinta akan negara, bak kata
peribahasa tak kenal maka tak cinta. Sehubungan dengan itu, kerajaan boleh
mengadakan promosi barangan buatan Malaysia melalui Karnival Barangan Tempatan.

11

Oleh itu, kerajaan memainkan peranan penting dalam menggalakkan rakyat membeli
barangan buatan Malaysia demi Kerana Mu Malaysia.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh pelbagai usaha boleh dilakukan untuk
meningkatkan penggunaan barangan tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia. Semua
pihak memainkan peranan dalam menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan barangan
buatan Malaysia. Marilah kita menyokong barangan buatan Malaysia kerana produk
kita kebanggaan kita.
TEMA : KEMALANGAN JALAN RAYA
TUGASAN : USAHA-USAHA UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN
DI JALAN RAYA.
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Pengguna perlu mematuhi peraturan jalan raya.
Ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak ketika berada di jalan raya.
Sekolah memperkenalkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Media massa menyiarkan dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya untuk memberi
kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Kerajaan menjalankan kempen-kempen secara berterusan.
CONTOH KARANGAN.
Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Setiap hari, kita boleh
membaca berita berkaitan kemalangan di surat khabar. Kebanyakan kemalangan jalan
raya berlaku pada musim perayaan. Banyak nyawa yang telah terkorban dalam
kemalangan tersebut. Terdapat pelbagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan
jalan raya.
Antara usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah pemandu
mesti memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Mereka perlu sentiasa
menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis. Kenderaan yang baik boleh
menjamin keselamatan pemandu dan penumpang ketika di jalan raya. Sebaliknya,
kenderaan yang tidak diservis boleh mengakibatkan kenderaan tidak dapat dikawal
semasa berlaku kecemasan. Sebagai contoh, kenderaan yang rosak breknya tidak
dapat diberhentikan dengan selamat..Oleh itu,keadaan kenderaan yang baik dapat
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

12

Selain itu,ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya. Ibu bapa boleh menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya
seperti memakai topi keledar ketika menunggang motosikal. Ibu bapa juga perlu
memandu kenderaan mengikut had laju yang ditetapkan. .Dengan itu,anak-anak akan
mencontohi amalan yang baik itu. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sememangnya
berperanan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Sekolah juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.
Sekolah boleh melaksanakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Para pelajar akan
diberi pendedahan tentang hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya
sejak kecil lagi

kerana kalau

hendak melentur

buluh

biarlah

dari

rebungnya.

Seterusnya, mereka akan menggunakan ilmu yang dipelajari di sekolah dan menjadi
pengguna

jalan

raya

yang

berhemah.

Oleh

itu,

pendidikan

di

sekolah

boleh

mengurangkan

kadar

mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.


Di

samping

itu,media

massa

juga

boleh

membantu

kemalangan jalan raya. Media massa seperti televisyen boleh menyiarkan dokumentari
berkaitan kemalangan jalan raya. Penonton akan menjadikan peristiwa kemalangan yang
ditonton sebagai pengajaran. Dengan itu,mereka tidak akan melakukan kesalahankesalahan jalan raya seperti memandu dengan laju dan menggunakan telefon ketika
memandu. Tindakan ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara
kita.
Seterusnya, kerajaan boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah
dengan mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya secara berterusan..
Antara kempen yang telah diadakan ialah Kempen Berhati-hati di Jalan Raya. Kempen
ini sangat penting untuk mengubah sikap pemandu agar lebih berhati-hati di jalan
raya. Kempen ini boleh dijalankan di sekolah dan disiarkan melalui televisyen. Oleh
itu,melalui kempen yang berterusan yang dijalankan oleh kerajaan dapat mengurangkan
kemalangan jalan raya.
Kesimpulannya,kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja. Kadar kemalangan jalan raya boleh dielakkan dengan wujudnya
kerjasama daripada pelbagai pihak. Setiap pihak bertanggungjawab melaksanakan
usaha-usaha tersebut dengan bersungguh-sungguh. Dengan ini, kemalangan sifar dapat
dijadikan kenyataan. Hal ini bertepatan dengan slogan,Pandu Cermat Jiwa Selamat.

13

TEMA : USAHA MENGEMBANGKAN BAKAT SEBAGAI


PENULIS
TUGASAN : CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
rajin membaca
mempunyai minat yang mendalam
berpengetahuan luas
tabah / tidak mudah putus asa
berwawasan / bermotivasi tinggi
Penutup
CONTOH KARANGAN GALUS
Pada masa ini kerjaya sebagai penulis semakin diminati. Kerjaya ini meliputi
bidang seperti kewartawanan, novelis dan penyajak. Bidang ini menjanjikan pulangan
yang lumayan kepada sesiapa yang menceburinya. Sebagai contoh tokoh penulis yang
berjaya di Malaysia ialah A.Samad Said, Shahnon Ahmad dan Nisa Haron. Seseorang
itu memerlukan pelbagai ciri positif untuk menjadi penulis yang berjaya.
Ciri pertama yang perlu ada ialah seseorang itu perlu rajin membaca. Dengan
membaca, kita akan mendapat banyak pengetahuan yang berguna. Pengetahuan tentang
ekonomi, masyarakat ,pertanian, sukan dan antarabangsa dapat membantu kita untuk
menulis bahan yang berkualiti. Hal ini demikian, kerana membaca jambatan ilmu.
Sesungguhnya, hasil penulisan yang diolah daripada bahan bacaan bermutu dapat
menjadikan seseorang, penulis yang berjaya.pada masa hadapan.
Selain itu, minat yang mendalam juga merupakan ciri yang perlu ada untuk
menjadi penulis berjaya. Apabila kita berminat dalam sesuatu bidang maka kita akan
suka melakukannya secara bersungguh-sungguh. Minat yang mendalam juga akan
mendorong kita untuk terus mendalami bidang tersebut tanpa unsur paksaan. Oleh
yang demikian, kita akan terus mengasah bakat sedia ada dalam menghasilkan pelbagai
karya. Jelaslah bahawa minat yang mendalam penting untuk kita menjadi penulis yang
berjaya.
Berpengetahauan luas juga menjadi ciri penting untuk kita menjadi penulis yang
berjaya. Pengetahuan dapat diperoleh dengan melakukan pemerhatian, perbincangan
dan menimba pengalaman orang lain. Pengetahuan juga boleh dipelajari daripada orang
yang pakar dalam bidang tertentu. Sebagai contohnya, kita boleh mengikuti kursus ,
14

seminar atau perbengkelan yang berkaitan dengan aspek penulisan. Oleh itu, kita
dapat menggunakan pelbagai pengetahuan yang diperoleh untuk menjadi penulis yang
berjaya.
Di samping itu, seseorang itu juga haruslah memiliki sifat tabah untuk menjadi
penulis yang berjaya. Perkara ini penting kerana kejayaan tidak boleh dicapai dalam
masa yang singkat. Kejayaan juga memerlukan usaha yang berterusan tanpa sifat jemu
dan tidak mudah berputus asa. Pelbagai dugaan dan cubaan akan ditempuh sebelum
kita mencapai kejayaan. Nyatalah, bahawa jika kita ingin menjadi penulis yang
berjaya, maka sifat tabah dan tidak mengenal putus asa perlu ada.
Seterusnya, motivasi diri juga amat penting untuk kita menjadi penulis berjaya.
Motivasi penting untuk mendorong dan menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu
perkara. Motivasi boleh dibahagikan kepada motivasi dalaman dan motivasi luaran.
Akan tetapi motivasi dalaman yang paling penting untuk mendorong kita melakukan
sesuatu. Dengan motivasi yang tinggi kita akan mampu menjadi penulis yang berjaya.
Kesimpulannya, pelbagai sifat dan sikap positif perlu ada dalam diri kita untuk menjadi
penulis berjaya. Ciri-ciri ini dimiliki secara semula jadi atau dipelajari dari semasa ke
semasa. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Oleh itu,bakat dan minat dalam
bidang penulisan perlu disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjadi
penulis yang berjaya.
TEMA : PERPADUAN KAUM
TUGASAN : KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING
dapat hidup dalam keadaan harmoni
dapat menyelesaikan masalah
dapat mengekalkan keamanan negara
dapat meningkatkan eknomi negara
dapat menjaga nama baik negara
CONTOH KARANGAN
Perpaduan kaum berkaitan dengan cogan kata bersatu kita teguh bercerai kita
roboh.

Perpaduan

kaum

membolehkan

masyarakat

hidup

secara

bersatu

hati.

Pergaduhan antara kaum memberikan banyak kesan kepada negara. Banyak usaha perlu

15

dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum di negara kita. Pelbagai kepentingan dapat
diperoleh melalui perpaduan kaum dalam masyarakat.
Perpaduan kaum menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan yang harmoni.
Keadaan yang harmoni membolehkan masyarakat bergerak secara bebas di negara ini.
Hal ini demikian kerana masyarakat tidak berasa takut dan tidak terikat dengan
mana-mana undang-undang darurat. Sebagai contoh rusuhan kaum 13 Mei 1969
menyebabkan negara menjadi tidak aman. Oleh itu, semua pihak perlu menjaga
keharmonian negara.
Selain itu, perpaduan kaum dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku.
Masalah yang berlaku lebih mudah diatasi melalui usaha dan idea pelbagai pihak.
Orang Melayu, Cina dan India yang tinggal di sesuatu kawasan perlu bermesyuarat
untuk membuat sesuatu keputusan. Sebagai contoh mereka bergotong- royong untuk
mengatasi masalah nyamuk aedes. Tanpa masalah yang dihadapi, negara menjadi
semakin maju.
Keamanan negara juga dapat dikekalkan melalui perpaduan kaum. Keamanan
negara penting bagi membolehkan negara maju dalam pelbagai bidang. Masyarakat
pelbagai kaum perlulah memisahkan perbezaan politik ketika menghadapi masalah yang
dihadapi. Sebagai contoh, kita perlulah bersatu hati mengatasi masalah kemasukan
pendatang tanpa izin ke negara kita. Keamanan negara dapat memastikan kemerdekaan
negara terus terpelihara.
Perpaduan kaum juga, membantu meningkatkan ekonomi negara. Kemajuan
ekonomi negara dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada penduduk. Dengan adanya
perpaduan kaum penduduk dapat bekerja dan menambah pendapatan diri, keluarga dan
negara. Sebagai contoh, semua kaum bekerjasama dalam bidang perniagaan yang
memberikan banyak keuntungan. Kemajuan ekonomi negara membolekan negara kita
terus maju.
Seterusnya, perpaduan kaum dapat menjaga nama baik negara. Nama baik
negara penting bagi memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Masyarakat perlu
bekerjasama

dan

tidak

menimbulkan

masalah

kepada

negara.

Sebagai

contoh,

pertunjukan budaya pelbagai kaum dan aktiviti rumah terbuka merupakan aktiviti yang
baik. Nama baik atau imej negara perlu dipelihara oleh generasi muda.
Kesimpulannya,

perpaduan

kaum

mendatangkan

pelbagai

kebaikan

kepada

masyarakat dan negara. Kita perlulah bersikap bagai aur dengan tebing untuk menjaga
perpaduan kaum. Semua pihak perlulah menyokong segala usaha yang dilakukan

16

kerajaan untuk mengekalkan perpaduan kaum. Sesungguhnya, tanpa perpaduan kaum,


negara akan musnah.
TEMA : PERPADUAN KAUM
TUGASAN : USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN KAUM
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Peranan ibu bapa
Peranan sekolah
Peranan masyarakat
Peranan media massa
Peranan kerajaan
CONTOH KARANGAN
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Cogan kata ini menggambarkan
kepentingan perpaduan kaum di Malaysia. Hal ini kerana negara kita mempunyai rakyat
yang berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan dan lain-lain lagi.
Mereka mengamalkan cara hidup yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain .
Oleh sebab itu pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mewujudkan perpaduan kaum di
Malaysia.
Ibu bapa ialah orang yang berperanan penting memupuk perpaduan dalam
kalangan kaum di Malaysia. Mereka perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak
agar nilai perpaduan dapat dipupuk sejak kecil lagi. Hal ini kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh ibu bapa perlulah berbaik-baik dengan jiran
yang berlainan kaum dan agama. Mereka juga boleh mengajar anak-anak agar
menghormati kaum dan agama orang lain. Jika hal ini dilakukan oleh ibu bapa kepada
anak-anak tidak mustahil perpaduan kaum akan dapat diwujudkan di Malaysia.
Pihak sekolah juga dapat membantu mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.
Melalui pendidikan di sekolah, guru-guru dapat menerapkan nilai-nilai perpaduan.
Sebagai contoh, mata pelajaran Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral, Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan, murid-murid dapat diajar nilai-nilai menghormati kaum lain. Di
samping itu, aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan dan permainan dapat
dilakukan bagi menyemai nilai perpaduan dalam kalangan pelajar. Jelaslah aktiviti
pendidikan dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu.

17

Nilai perpaduan juga dapat disemai melalui aktiviti kemasyarakatan. Masyarakat


yang tinggal di kawasan kampung dan taman-taman perumahan perlu mengadakan
pelbagai aktiviti yang memupuk perpaduan. Antaranya ialah aktiviti bergotong royong
membersihkan kawasan kediaman, hari keluarga dan menyambut perayaan secara
bersama-sama. Dengan cara ini mereka dapat bekerjasama dan mengenali antara satu
dengan lain. Apabila aktiviti ini diamalkan sudah pasti mereka akan dapat hidup dalam
suasana yang harmoni. Hal ini kerana muafakat membawa berkat.
Di samping itu, media massa turut membantu dalam usaha memupuk perpaduan
kaum. Media massa seperti televisyen, radio, surat khabar dan majalah ialah alat
yang penting pada masa ini. Media massa ini perlu menyiarkan rancangan dan iklan
yang menggambarkan perpaduan kaum. Jika rancangan dan iklan tersebut disiarkan
berulang kali, sudah pasti nilai perpaduan dapat diterapkan. Hal ini kerana masyarakat
akan

mudah

mengikuti

teladan

yang

dipaparkan

di

media

massa

tersebut.

Sesungguhnya, media massa memainkan peranan yang penting bagi memupuk perpaduan.
Usaha memupuk perpaduan kaum oleh pihak kerajaan perlu dilakukan dari
semasa ke semasa. Melalui konsep Satu Malaysia setiap kaum perlu menghormati kaum
yang lain. Selain itu, kempen-kempen perpaduan hendaklah dilancarkan di seluruh
negara. Aktviti Bulan Kemerdekaan . Bulan Bahasa dan Rukun Tetangga yang
dijalankan oleh pihak kerajaan amat penting dalam membentuk perpaduan rakyat.
Justeru,

kerajaan

perlukan

bersungguh-sungguh

dalam

memupuk

perpaduan

dan

janganlah bersikap hangat-hangat tahi ayam.


Sudah terang lagi bersuluh, sekiranya tiada langkah-langkah dilakukan untuk
memupuk perpaduan kaum, tidak mustahil masyarakat Malaysia akan berpecah belah.
Jika hal ini dibiarkan, sudah tentu generasi akan datang tidak akan hidup dengan
aman. Apabila keadaan ini terjadi, usahlah kita sesalkan kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya.
TEMA : PENDIDIKAN/ ILMU PENGETAHUAN
TUGASAN : KEPENTINGAN MENCARI ILMU PENGETAHUAN.
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING
Ilmu pengetahuan dapat meluaskan kosa kata seseorang
Ilmu pengetahuan dapat menjamin masa hadapan seseorang
Seseorang akan mengetahui pelbagai bidang ilmu
Seseorang mampu menyelesaikan masalah
18

Ilmu pengetahuan mampu melahirkan insan bermoral


Seseorang tidak mudah terlibat dalam gejala social
CONTOH KARANGAN
Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China merupakan ungkapan yang amat sinonim
dengan kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan sesuatu maklumat
yang diperoleh melalui pelbagai sumber. Antara sumber untuk memperoleh pelbagai
jenis ilmu pengetahuan ialah daripada media cetak dan media elektronik. Ilmu
pengetahuan mempunyai pelbagai kepentingan kepada semua anggota masyarakat.
Antara kepentingan memiliki ilmu pengetahuan ialah seseorang boleh meluaskan
kosa kata. Hal ini demikian kerana kosa kata seseorang boleh bertambah jika mereka
banyak membaca. Bahan bacaan yang boleh membantu untuk meluaskan kosa kata ialah
seperti majalah, akhbar,novel,dan cerpen. Jelaslah bahawa penguasaan kosa kata yang
luas merupakan kepentingan ilmu yang harus dimanfaatkan oleh seseorang.
Selain itu, kepentingan ilmu pengetahuan juga boleh menjamin masa hadapan
yang

cemerlang.

Jika

seseorang

berusaha

bersungguh-sungguh,

mereka

akan

memperoleh ilmu yang dipelajari kerana usaha tangga kejayaan . Sebagai contoh,
mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata pelajaran
sejarah di sekolah. Menerusi mata pelajaran ini mereka dapat mengetahui sejarah
kejayaan seseorang tokoh. Secara tidak langsung mereka akan menjadikan tokoh
tersebut sebagai idola dalam usaha mencapai cita-cita.
Kepentingan ilmu pengetahuan lain yang boleh dimanfaatkan ialah seseorang
dapat mengetahui ilmu dalam pelbagai bidang yang dipelajari. Hal ini demikian kerana
mereka boleh mendapat ilmu dalam pelbagai bidang melalui mata pelajaran yang
dipelajari di sekolah seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi dan sastera.
Ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Sudah terang
lagi bersuluh seseorang akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang
yang dipelajari.
Seterusnya, seseorang juga mampu menyelesaikan masalah jika mereka memiliki
ilmu pengetahuan yang berguna. Dalam menjalani kehidupan seharian kita akan
mengalami pelbagai masalah. Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah dengan
berkesan,mereka harus memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup. Contohnya,
jika seseorang pelajar mempunyai ilmu agama yang tinggi, mereka akan dapat
menyelesaikan

masalah

tanpa

tindakan

yang

terburu-buru.

Oleh

itu

kemahiran

menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai jika kita mempunyai ilmu
pengetahuan.
19

Dengan memiliki ilmu pengetahuan, kita juga boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah
terpuji. Hal ini demikian kerana kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu
pengetahuan yang dimiliki. Sebagai contoh, seseorang yang berilmu akan dapat
memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Antara nilai
murni yang boleh diamalkan ialah saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang
rasa dan menghargai. Sesungguhnya, kita akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika
kita berilmu pengetahuan.
Kesimpulannya, setiap anggota masyarakat perlu menuntut ilmu pengetahuan bagi
memastikan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan.
Hasrat ini perlu direalisasikan agar rakyat dapat menyumbang ke arah kemajuan
negara menjelang tahun 2020.
TEMA : MEMUPUK BUDAYA ILMU MELALUI AMALAN
MEMBACA
TUGASAN : PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM
KALANGAN ANAK-ANAK
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Ibu bapa sebagai suri teladan
Ibu bapa membeli bahan bacaan secara tetap
Ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku,
Ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak dengan menghadiahkan buku
Ibu bapa menyediakan perpustakaan mini
CONTOH KARANGAN
Dewasa ini amalan membaca amat kurang dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun.
Amalan membaca amat penting dalam melahirkan rakyat Malaysia yang cemerlang
selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju, bak kata pepatah Cina
bacalah sehingga tua, belajarlah sehingga akhir hayat. Oleh sebab itu, ibu bapa
memainkan peranan penting memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak.
Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa memainkan peranan sebagai suri
teladan untuk menarik minat anak-anak membaca buku. Ibu bapa perlu membaca buku
bersama-sama anak-anak semasa berada di rumah, seperti pepatah melayu, melentur
20

buluh biarlah dari rebung. Anak-anak akan lebih mudah untuk mengikut apa-apa yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka. Aktiviti membaca boleh dilakukan pada hari cuti
sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah.
Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap setiap
bulan. Secara tidak langsung anak-anak akan tertarik untuk membaca buku yang baru
dibeli oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, anak-anak dapat menambah ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang. Misalnya ibu bapa boleh membeli buku-buku terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka serta majalah Dewan Siswa.
Keluarga bahagia akan dapat dibentuk jika ibu bapa selalu bersama-sama anakanak ke pesta buku. Anak-anak dapat memilih sendiri buku-buku yang mereka minat.
Hal tersebut secara tidak langsung dapat.memupuk minat membaca dalam diri anakanak. . Sebagai contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak ke Pameran Buku
Antarabangsa kerana di pameran buku tersebut terdapat pelbagai pilihan buku.
Ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sebagai ganjaran kepada anakanak yang berjaya dalam pelbagai bidang. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri
anak-anak. Mereka akan belajar lebih bersungguh-sungguh, bak kata peribahasa
Melayu membaca jambatan ilmu. Misalnya ibu bapa membelikan buku cerita atau buku
motivasi sempena hari lahir anak-anak.
Amalan

membaca

boleh

dipupuk

kepada

anak-anak

dengan

menyediakan

perpustakaan mini di rumah. Masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca
tanpa mereka perlu keluar rumah. Perpustakaan mini boleh disediakan oleh ibu bapa
tanpa modal yang banyak. Buku-buku yang dibeli setiap bulan dapat disimpan dalam
perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku yang berulang kali dapat menguatkan
minda seperti peribahasa Melayu bangsa membaca bangsa berjaya.
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk memupuk
amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Hal in adalah untuk melahirkan generasi
yang cemerlang. Amalan membaca amat penting dalam hidup kita. Marilah kita
membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu.
TEMA : KELESTARIAN ALAM SEKITAR
TUGASAN : PUNCA-PUNCA KEJADIAN TANAH RUNTUH
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Aktiviti pembangunan / ekonomi di lereng-lereng bukit
Penebangan pokok / hutan yang tidak terkawal
21

Aliran air bawah tanah.


Kerja-kerja penarahan bukit.
Faktor semula jadi seperti gempa bumi dan hujan lebat yang berterusan.
CONTOH KARANGAN
Belakangan ini, isu berkaitan kejadian tanah runtuh pernah menggemparkan
negara kita. Kejadian tanah runtuh bermaksud kawasan tanah di lereng bukit dan
gunung jatuh atau menggelongsor. Tanah runtuh mengakibatkan kemusnahan dan
mengancam keselamatan. Kejadian tanah runtuh misalnya pernah berlaku di Bukit
Antarabangsa yang telah mengorbankan nyawa penduduk di situ. Terdapat pelbagai
punca berlakunya kejadian tanah runtuh di negara ini.
Kejadian

tanah

runtuh

berpunca

daripada

aktiviti

pembangunan

yang

dilaksanakan di lereng-lereng bukit. Aktiviti pembangunan tersebut seperti mendirikan


rumah kediaman atau kegiatan pertanian. Aktiviti ini menyebabkan pokok-pokok di
lereng bukit ditebang dan tumbuhan tutup bumi dibersihkan. Kesannya, air hujan akan
mengalir

dengan

deras

di

kawasan

lereng

bukit

tersebut.

Keadaan

ini

akan

menyebabkan tanah dengan mudah dibawa oleh arus air yang mengalir deras dan
mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku.
Kejadian tanah runtuh juga berlaku apabila pokok-pokok hutan ditebang dengan
tidak terkawal. Perbuatan ini dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan terutama
yang dijalankan oleh pembalak haram. Penebangan yang tidak terkawal menyebabkan
berlakunya tanah runtuh semasa hujan turun dengan lebat. Kejadian tanah runtuh
telah menyebabkan sebuah perkampungan orang asli di Kuala Dipang, Perak musnah.
Kerakusan manusia untuk mendapat kekayaan telah mengakibatkan penderitaan kepada
manusia yang lain.
Seterusnya, kegiatan ekonomi juga boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh.
Sebagai contoh semasa masyarakat menjalankan kegiatan melombong pasir khususnya
di kawasan sungai. Pasir-pasir sungai dikaut dengan banyaknya untuk mendapatkan
keuntungan yang berganda. Apabila pasir sungai dikorek tanpa kawalan, aliran air
sungai akan menjadi lebih deras. Aliran air yang deras menyebabkan tebing sungai
runtuh.

Kesannya,

rumah-rumah

yang

dibina

berhampiran

tebing-tebing

sungai

terdedah kepada bahaya tanah runtuh.


Selain kesan daripada aktiviti manusia, tanah runtuh juga berlaku disebabkan
oleh aliran air bawah tanah. Hujan lebat yang menakung air bawah tanah akan
membentuk aliran menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Struktur tanah yang
longgar akan memudahkan tanah runtuh dengan sendirinya. Perkara ini biasanya
22

berlaku di kawasan-kawasan yang bercerun. Kita selalu terbaca berita tentang tanah
runtuh di kawasan-kawasan lebuh raya yang diakibatkan kewujudan aliran air bawah
tanah.
Kejadian tanah runtuh yang lebih besar terjadi akibat kejadian gempa bumi.
Walaupun Malaysia tidak mengalami kejadian gempa bumi, negara jiran seperti
Indonesia telah mendapat akibatnya. Gempa bumi akan mengakibatkan gegaran di muka
bumi. Gegaran ini menyebabkan struktur bumi menjadi lemah. Gegaran yang kuat,
walaupun dalam masa yang singkat telah menyebabkan kejadian tanah runtuh yang
besar. Gempa bumi telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan .
Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah mengakibatkan banyak kemusnahan
harta benda dan kehilangan nyawa. Oleh itu, kita perlu bersiap sedia untuk mengatasi
masalah ini. Pihak berkuasa perlu mengawal kegiatan-kegiatan manusia yang boleh
menyebabkan

kejadian

tanah

runtuh.

Pihak

yang

melakukan

kegiatan

yang

memungkinkan berlakunya tanah runtuh perlu diambil tindakan yang tegas supaya tidak
mengulangi perbuatan mereka. Sebaik-baiknya kita hendaklah mencegah kegiatan ini
kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubat.
TEMA : MENGHARGAI WARGA TUA
TUGASAN : CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Peranan keluarga menyayangi warga tua
Peranan masyarakat mengambil berat warga tua
Peranan media massa memaparkan kisah hidup/penderitaan warga tua
Peranan guru mengingatkan pelajar menghormati warga tua
Peranan kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan untuk warga tua
CONTOH KARANGAN
Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka
telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun,
pada hari ini warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan
jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.
Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu
melahirkan kita dan bapa pula mencari rezeki untuk membesarkan kita. Pengorbanan

23

mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu
bapa kita ketika mereka tua dan tidak menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.
Di sekolah,guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua.
Warga tua yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Anakanak perlu bertutur dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka kerana
syurga teletak di telapak kaki ibu.
Kerajaan juga perlu menghargai warga tua. Kerajaan boleh menyediakan
pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua akan mendapat
rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di hospital atau
klinik swasta.
Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan ceritacerita berkaitan penderitaan hidup warga tua. Hal ini menyedarkan kita tentang
pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga
tua.
Pihak swasta perlu membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untuk
mengurangkan beban warga tua manakala kunjungan ke rumah orang tua-tua dapat
mengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan
pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah
yang melahirkan kita dan membesarkan kita
TEMA : AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG
TUGASAN : KEPENTINGAN AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Menjadikan pembesaran manusia lebih sempurna daripada aspek fizikal
Menggelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu
Memberi vitamina yang cukup kepada badan seseorang
Mampu mengawal kadar obesiti
Mengelakkan penyakit
CONTOH KARANGAN
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh
badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga
kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang
24

dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, makanan seimbang mendatangkan banyak


kebaikan.
Kepentingan

pemakanan

seimbang

yang

utama

ialah

sikap

ini

menjadikan

pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh
badan yang kuat kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh
tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium.Fizikal yang kuat membolehkan
seseorang manusia itu menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran fizikal manusia.
Selain itu,

pemakanan

yang seimbang

boleh

mengelakkan

perkembangan

mental

seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan
mental seseorang itu tidak cukup cerdas.Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah
berasa letih. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapinya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia
lebih stabil dan berdaya tahan bersesuaian dengan cogan kata badan sihat otak
cerdas.
Di samping itu, pemakanan seimbang juga dapat memberi vitamin yang cukup
kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia
itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan
kulit. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buahbuahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini
menjadikan manusia lebih sihat.
Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada
dijangkiti

penyakit.

Dengan

cara

ini,seseorang

itu

tidak

mudah

dijangkiti

penyakit.Penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini
bersesuaian

dengan

peribahasa

mencegah

lebih

baik

daripada

mengubati.

Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat sejahtera.


Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti
(kegemukan) dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan
seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi
cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu
tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti
terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu
diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
Sudah terang lagi bersuluh,makanan seimbang amat penting kepada setiap
orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita
terjamin. Jika kita masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit
25

penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk
kita semua mengambil langkah pencegahan.
TEMA : MASYARAKAT PENYAYANG
TUGASAN : PERANAN IBU BAPA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
Ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anak
Ibu bapa perlu menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak-anak
Ibu bapa menjadi contoh teladan yang baik
Ibu bapa mengadakan aktiviti kekeluargaan
CONTOH KARANGAN
Pada alaf baru ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan
masyarakat penyayang. Dalam hal ini, media cetak mahupun media elektronik turut
berperanan penting untuk menyedarkan masyarakat. Oleh itu, terdapat pelbagai
langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang
secukupnya kepada anak-anak mereka seperti menatang minyak yang penuh. Namun
begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini
demikian kerana ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan dan kekayaan. Oleh itu, ibu
bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka. Sebagai
contoh, mereka boleh makan dan menonton bersama-sama anak-anak. Jelaslah aktiviti
ini dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga.
Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama yang secukupnya kepada
anak-anak semenjak kecil lagi, bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah ibu bapa yang mengabaikan
didikan agama. Mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam kehidupan
seharian. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak
mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak menghadiri kelas agama supaya anak-anak
akan menjadi insan yang berakhlak mulia. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan
masyarakat penyayang akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
Malahan, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan yang sempurna kepada anakanak mereka.Sebagai contoh,ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah untuk
26

mendapat pendidikan yang sempurna. Ringkasnya, sikap ibu bapa yang sebegini mampu
melahirkan generasi muda yang bersifat penyayang .Tegasnya, pendidikan yang
sempurna membolehkan anak-anak membezakan antara perkara yang baik dan buruk
dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada anak-anak, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Namun
demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk dan tidak menunjukkan
teladan. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anakanak sejak kecil lagi. Umpamanya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke
rumah anak yatim atau ke rumah orang tua-tua. Ringkasnya, ibu bapa wajar
menunjukkan contoh teladan yang baik agar dapat melahirkan masyarakat yang
penyayang.
Seterusnya, ibu bapa juga boleh mengadakan aktiviti kekeluargaan dalam
melahirkan masyarakat yang penyayang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti
mengadakan Hari Keluarga dan membawa anak-anak mereka menziarahi datuk, nenek
atau saudara mara di kampung untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Secara
tidak langsung, aktiviti ini mampu membentuk masyarakat yang penyayang.
Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan
masyarakat

penyayang.

Namun,

semua

pihak

turut

bertanggungjawab

mewujudkan budaya masyarakat penyayang.


TEMA : MEMANTAPKAN DISIPLIN DI SEKOLAH
TUGASAN : CARA BADAN PENGAWAS MEMBANTU MENINGKATKAN
DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Menjadi suri teladan kepada pelajar lain
Berperanan sebagai mata dan teliga kepada pihak sekolah
Menjadi pembimbing rakan sebaya berkesan
Bersikap tegas ketika menjalankan tugas
Penonjolan imej seorang pelajar yang baik

27

dalam

CONTOH KARANGAN
Disiplin sangat penting kepada setiap pelajar. Pelajar yang berdisiplin akan
berjaya dan menjadi insan yang cemerlang. Bagi meningkatkan disiplin pelajar, badan
pengawas memainkan peranan yang penting di sekolah.
Pengawas akan menjadi suri teladan kepada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.
Mereka haruslah sentiasa mematuhi peraturan ketika datang ke sekolah atau
menyertai aktiviti kokurikulum. Mereka juga perlu rajin belajar dan gigih menyertai
pelbagai aktiviti di sekolah. Jelaslah bahawa pengawas akan sentiasa diperhatikan
sama ada dari segi tingkah laku dan pencapaian akademik.
Pengawas juga berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak sekolah dalam
menguruskan masalah disiplin. Mereka perlu bertanggungjawab untuk menyalurkan
pelbagai maklumat salah laku pelajar. Maklumat yang diperoleh perlulah dilaporkan
dengan

segera

jika

melibatkan

kes

disiplin

yang

serius.

Mereka

juga

boleh

menyampaikan cadangan-cadangan bernas daripada pelajar demi kebaikan sekolah.


Jelaslah bahawa pengawas boleh menjadi pembantu yang cekap kepada pihak sekolah
untuk menguruskan masalah disiplin.
Pengawas juga dapat menjadi pembimbing rakan sebaya yang berkesan untuk
mengatasi masalah disiplin di sekolah. Pengawas boleh menasihati rakan-rakan mereka
yang mempunyai masalah disiplin supaya tidak mengulangi salah laku mereka. Sebagai
rakan sebaya yang berpengaruh, pengawas tersebut amat mudah menarik perhatian
rakan-rakan yang bermasalah agar menjadi pelajar yang mematuhi peraturan dan
disiplin sekolah. Jelaslah seorang pengawas juga menjadi pembimbing rakan sebaya
yang berkesan.
Pengawas yang dilantik juga perlu bersikap tegas. Ketegasan pengawas ketika
menjalankan tugas tanpa pilih kasih akan membuka mata pelajar Mereka perlu tegas
menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang sekolah menyebabkan pelajar berasa
gerun

untuk

berhadapan

dengan

mereka.

Hal

ini

secara

tidak

langsung

akan

mengurangkan kes pelanggaran masalah disiplin secara terbuka Jelaslah ketegasan dan
keberanian pengawas dalam menjalankan tugas akan mengurangkan masalah disiplin
dalam kalangan pelajar.
Pengawas juga berperanan untuk menonjolkan imej yang baik kepada pelajarpelajar di sekolahnya. Mereka harus berbudi bahasa dan mengawal emosi agar tidak
mencetuskan pergaduhan dengan pelajar lain. Mereka juga perlu bersifat simpati dan
memahami masalah pelajar. Keikhlasan mereka membantu rakan yang teraniaya
menjadikan kes-kes salah laku ini ditangani dengan berkesan dari masa ke masa. Imej

28

yang baik sebagai pengawas akan membantu mengurangkan masalah disiplin sekolah
dalam jangka masa panjang.
Kesimpulannya, pengawas mampu melaksanakan peranan yang diberikan untuk
mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Mereka perlu dilatih dari masa ke masa agar
mempunyai pengetahuan tentang batas tugas dan kuasa yang diberikan. Dalam jangka
masa panjang, pengawas dapat membantu mewujudkan iklim sekolah yang sejahtera
serta selamat kepada pelajar.
TEMA : HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG AKRAB
TUGASAN : USAHA-USAHA UNTUK MEMANTAPKAN HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Memberitahu ibu bapa sebelum keluar dari rumah
Ibu bapa menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga
Peranan masyarakat
Peranan media massa
Peranan kerajaan melalui dasar tertentu
CONTOH KARANGAN
Hubungan kekeluargaan sangat penting. Hubungan ini penting bagi melahirkan
keluarga bahagia. Hal ini sekali gus dapat menangani gejala sosial. Pelbagai usaha
perlu diambil untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Antara usahanya ialah anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum keluar
rumah. Hal ini demikan supaya anak anak mendapat keizinan daripada ibu bapa
sebelum keluar rumah terutama dalam menuntut ilmu. Hal ini memudahkan ibu bapa
mengetahui

apa-apa

yang

dilakukan

oleh

anak-anak

dan

dengan

siapa mereka

berkawan. Oleh yang demikian anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum mereka
keluar dari rumah.
Selain itu, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
pemimpin keluarga. Mereka hendaklah sentiasa berbincang bersama anak-anak jika ada
sebarang masalah. Sebagai contoh, jika akan-anak berhadapan dengan masalah
pelajaran, mereka perlu berbincang bersama-sama bagi mengatasinya. Amalan makan
bersama-sama dengan ahli keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

29

Tegasnya, ibu bapa perlu menjalankan tangunggjawab mereka dalam merapatkan


hubungan kekeluargaan.
Masyarakat turut memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan
kekeluargaan. Antaranya, adalah dengan mengadakan hari keluarga dan temasya
sukan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan kerjasama
antara ahli keluarga semasa pertandingan. Dengan ini, jelaslah bahawa masyarakat
penting dalam usaha merapatkan hubungan kekeluargaan.
Di samping itu, peranan media massa juga penting untuk merapatkan hubungan
kekeluargaan. Hal ini boleh dilakukan melalui iklan di televisyen dan surat khabar.
Sebagai contoh, terdapat iklan yang menggalakkan ahli keluarga berhubung melalui
telefon bimbit. Terdapat juga iklan yang mempengaruhi orang ramai supaya balik ke
kampung pada hari-hari perayaan. Oleh itu jelaslah bahawa media massa memainkan
peranan penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Kerajaan pula telah memperkenalkan dasar bahawa setiap hari sabtu sebagai
cuti umum. Hal ini bertujuan agar ibu bapa dapat meluangkan masa bersama-sama
dengan ahli keluarga. Langkah ini akan menjadikan hubungan kekeluargaan lebih erat.
Sebagai contoh, ibu bapa membawa ahli keluarga pergi melancong ke tempat yang
menarik di negara ini. Hal ini bertepatan dengan Kempen Cuti-Cuti Malaysia.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam merapatkan hubungan
kekeluargaan . Usaha ini penting kerana hubungan kekeluargaan yang baik dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga. Seterusnya, mewujudkan
masyarakat yang sejahtera dan melahirkan rakyat yang penyayang.
TEMA : PERMAINAN TRADISIONAL
TUGASAN : CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
FORMAT : TIADA
ISI-ISI PENTING :
Individu mencari maklumat berkaitan permainan tradisional
Ibu bapa beri sokongan kepada anak-anak
Peranan pihak sekolah yang menubuhkan kelab permainan tradisional
Peranan kerajaan melalui media massa
Peranan pihak swasta

30

CONTOH KARANGAN
Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan oleh masyarakat dahulu
pada masa lapang. Antara permainan tradisional yang mendapat sambutan masyarakat
ialah

layang-layang,

congkak

dan

batu

seremban.

Namun

demikian,

permainan

tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu
dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional ini.
Antara cara mempopularkan permainan tradisional ini ialah kita perlu mencari
maklumat tentang permainan tradisional tersebut. Setelah maklumat diperoleh , kita
perlu mencuba permainan tersebut dengan ahli keluarga. Kita juga boleh mengambil
bahagian dalam pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan oleh mana-mana
pihak. Sebagai contoh pertandingan permainan congkak. Dengan ini, jelaslah bahawa
generasi muda perlu mempopularkan permainan tradisional negara kita.
Ibu bapa pula, perlu memberi sokongan kepada anak-anak dengan cara
membelikan peralatan permainan tradisional. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
menyaksikan pertandingan permainan tradisional ini. Selain itu, ibu bapa boleh
membawa anak-anak melawat ke muzium dan galeri seni untuk melihat dengan lebih
dekat peralatan permainan tradisional ini di samping memahami cara-cara permainan
ini dimainkan. Usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa ini dapat mempopularkan
permainan tradisional.
Pihak sekolah juga boleh menubuhkan kelab permainan tradisional. Dengan
tertubuhnya kelab permainan tradisional ini, ahli-ahli kelab dapat menganjurkan
pertandingan.

Sekolah

juga

boleh

menghantar

ahli-ahli

kelab

mengikuti

kursus

permainan tradisional bagi menarik minat pelajar melibatkan diri dalam permainan ini.
Peserta yang mengikuti kursus hendaklah diberi sijil penyertaan dan penghargaan. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa pihak sekolah berperanan penting untuk mempopularkan
permainan tradisional.
Kerajaan perlu mempromosikan permainan tradisional melalui televisyen dan
surat khabar. Usaha ini boleh dilakukan melalui kempen yang berterusan. Sebagai
contoh, kerajaan mengadakan karnival pertandingan tradisional seperti Pesta Layanglayang yang diadakan di Pasir Gudang, Johor setiap tahun. Melalui Kementerian Belia
dan Sukan kerajaan boleh mengadakan kursus permainan tradisional ini untuk golongan
belia. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan
remaja. Usaha kerajaan ini dapat menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita
sekali gus dapat mempopularkan permainan tradisional ini.

31

Sementara pihak swasta pula boleh menganjurkan pertandingan permainan


tradisional ini. Pihak swasta boleh menjadi penaja bagi pertandingan yang dianjurkan
dengan menyediakan hadiah yang lumayan. Sebagai contoh, penganjur menyediakan
hadiah berbentuk tiket pelancongan ke luar negara kepada para pemenang. Hal ini
dapat menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertainya. Pendek
kata,

jelaslah

bahawa

pihak

swasta

juga

memainkan

peranan

penting

dalam

mempopularkan permainan tradisional negara ini.


Kesimpulannya,

pelbagai

pihak

perlu

bekerjasama

dalam

mempopularkan

permainan tradisional ini . Usaha yang berterusan penting supaya generasi akan datang
dapat mengenali dan meminati permainan tradisional. Kesannya, permainan tradisional
ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

32

Anda mungkin juga menyukai