Anda di halaman 1dari 4

5 komponan negetif yang ada dalam diri seorang guru. 1. Garang.

Garang merupakan sifat yang terdapat dalam diri individu. Perkataan ini bersinonim dengan bengis, pemarah, perengus, cenge, barak, judas,dan kereng dan bergan. Sifat ini perlu ada dalam diri individu, namun perlu dikawal dengan betul dengan emosi yang stabil. Jika tidak dikawal dengan stabil, sikap ini boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Antara bahayanya pada individu ialah risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi adalah tinggi, kurang kawan, dibenci oleh masyarakat dan banyak lagi. Bagi masyarakat pula, sikap garang yang tidak dapat dikawal boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Jadi, sebagai seorang guru, sikap garang tidak bertempat seharusnya dihindarkan bagi memastikan para pelajar tidak tertekan dan apa-apa yang diajar dapat diterima. Berdasarkan artikel yang telah dipetik daripada Berita Harian bertarikh 26/05/2010 bertajuk murid pecah gegendang ditampar guru, guru tersebut seharusnya bertanya masalah pelajar tersebut. Jika ada perasaan tidak puas hati, guru tersebut seharusnya menyelesaikan dengan bijaksana bukannya menghukum dan lebih-lebih lagi memukul pelajar tersebut. Sebaliknya, Jika pelajar melakukan kesilapan dan kesalahan, para guru seharusnya menegur dengan baik dan menasihati terlebih dahulu. Kesan sifat garang guru tersebut bukan sahaja telah merosakkan nama baik profesion perguruan, bahkan menyebabkan pelajar tersebut mungkin mengalami tekanan.

2. Tidak berfikiran rasional. Sebagai seorang manusia yang hidup bermasyarakat, kita seharusnya berfikiran rasional dalam semua perkara yang kita lakukan. Segala tindakan yang diambil seharusnya difikirkan dengan lebih teliti agar tidak berlaku kesilapan, kecuaian dan musibah kelak. Sebagai seorang guru pula, berfikiran rasional amatlah diperlukan dan dititikberatkan. Hal ini kerana, profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang memerlukan tahap pemikiran yang tinggi iaitu seseorang guru perlu membuat pelbagai keputusan tepat. Segala keputusan ataupun tidakan seseorang guru akan mempengaruhi

kelakuan pelajarnya. Dalam membuat keputusan, seseorang guru perlu memikirkan baik buruk kesan yang diambil terhadap diri mereka dan juga orang lain. Berdasarkan artikel yang telah dipetik daripada Berita Harian bertarikh 26/05/2010 bertajuk murid pecah gegendang ditampar guru, guru tersebut seharusnya berfikir secara rasional tentang kesan yang bakal berlaku terhadap tindakan yang diambilnya. Tindakan guru tersebut menampar pelajar menunjukkan bahawa guru tersebut tidak berfikiran rasional dan telah mengundang malapetaka dan musibah kepada pelajar dan juga nama baik profesion perguruan. Tindakan tersebut bukan sahaja menyebabkan pelajar tersebut cacat pendengaran, bahkan mungkin menyebabkan trauma dalam diri pelajar tersebut.

3. Ego. Ego merupakan perasaan yang perlu kita elakkan dalam kehidupan kita. Sikap ego tidak membawa apa-apa faedah kepada individu, masyrakat dan negara. Sebaliknya, perasaan ini boleh memecah belahahkan perpaduan dan hilang sikap bertimbang rasa dalam diri. Sebagai seorang guru, sikap ego perlulah dijauhi. Hal ini kerana, para guru bakal berdepan dengan pelbagai situasi berkaitan emosi dan perasaan. Ego yang tinggi dalam diri guru akan menyebabkan guru susah untuk mengalah, sentiasa berasa diri hebat di depan murid-murid. Sebab itulah, banyak kes-kes guru pukul pelajar, guru maki pelajar dan sebagainya. Sepatutnya, sebagai seorang guru, kita tidak perlu menunjukkan kekuasaan yang kita ada, tetapi mendidik pelajar-pelajar dengan sebaik mungkin. Kita pembentuk peribadi mereka. lebih-lebih lagi pelajar sekolah rendah. Berdasarkan artikel yang telah dipetik daripada Berita Harian bertarikh 26/05/2010 bertajuk murid pecah gegendang ditampar guru, guru tersebut telah menunjukkan egonya dengan menampar pelajar berkenaansehingga kepala pelajar tersebut terhantuk didinding. Kuasa yang kita miliki ini sepatutnya digunakan sebaiknya mengikut keredaan Allah, bukan ikut perasaan geram, marah dan sebagainya. Jika pelajar melakukan keslahan, bimbinglah mereka dengan cara yang betul, bukan dengan menggunakan kuasa yang ada.

4. Terburu-buru dalam melakukan tindakan. Sikap terburu-buru membawa padah merupakan kata-kata yang sering diungkapkan. Hal ini dapat dibuktikan bahawa, apabila kita terburu-buru, kita sentiasa tidak memikirkan kesan dan akibat terhadap tindakan kita. Kebiasaannya, terburu-buru dalam melakukan sesuatu hanya akan mengundang bencana padah dan perkara buruk. Dalam islam, amalan terburu-buru tidak digalakkan kerana tidak membawa sebarang faedah. Kita perlu melihat baik buruk sesuatu terlebuh dahulu dalam melakukan sebarang tindakan. Berdasarkan artikel yang telah dipetik daripada Berita Harian bertarikh 26/05/2010 bertajuk murid pecah gegendang ditampar guru, guru tersebut telah membuat tindakan terburu-buru. Guru tersebut telah menampar pelajar berkenaan. Jika guru itu sabar, dan berfikiran logik, keadaan ini tidak mungkin terjadi. Kerana sifat terburu-buru melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati menyebabkan perkara yang tidak sepatutnya telah terjadi. Jadi, sebagai seorang guru yang sejati dan mementingkan pendidikan murid-murid, kita perlu sabar dan pandai menangani maslah yaang dihadapi. 5. kurang memahami pelajar. Pelajar merupakan aset penting negara. Mereka merupakan penyambung kepempinan negara pada suatu masa nanti dan menentukan corak dan keadaan negara. Jadi, didikan yang sempurna perlu diberikan kepada pelajar. Sebagai seorang guru sekolah rendah, kita seharusnya mengetahui bahawa para pelajar tidak cukup matang untung berfikir secara baik dan betul. Maka, para guru hendaklah memahami para pelajar lebih-lebih lagi palajar sekolah rendah kerana mereka biasanya menerima apa-apa yang diajar. Sikap nakal para pelajar perlu diatasi dengan betul, bukan dengan menghukum. Apabila guru kurang memahami para pelajar, maka akan timbul perasaan geram dan sakit hati terhadap pelajar. Seharusnya guru tahu bahawa lumrah kanakkanak itu nakal dan suka bermain-main. Jadi, guru perlu memainkan peranan dan mengajar mengikut pedagogi yang telah diajar semasa di universitiuniversiti ataupun Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Berdasarkan artikel yang telah dipetik daripada Berita Harian bertarikh 26/05/2010 bertajuk murid pecah gegendang ditampar guru, guru tersebut telah menampar

seorang pelajar darjah lima. Tindakan guru tersebut menunjukkan guru tersebut kurang memahami sikap pelajar. Mungkin, pelajar itu hanya menuruti kata-kata guru perempuan kelasnya yang memintanya berpindah ke kelas guru lelaki tersebut.

Anda mungkin juga menyukai