Anda di halaman 1dari 4

4.0 Menganalisis perlaksanaan dan kebolehtadbiran Penilaian PAFA di sekolah. 4.

1 Pengenalan Perkara asas fardu ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang penting yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam . PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid benar-benar mengetahui, memahami dan boleh

mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan syarak. 4.2 Tujuan PAFA Ianya bertujuan untuk mengenalpasti pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain . ianya juga bertujuan memastikan tidak terdapat keciciran dalam perkara asas Fardu Ain. PAFA juga dapat menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari. 4.3 Berdasarkan analisa saya terhadap perlaksanaan PAFA terutama di sekolah saya, perlaksanaan PAFA boleh di gabungkan dengan perlaksanaan Kem Bestari Solat untuk j-QAF. Perlaksanaan Kem Bestari Solat dan PAFA bagi kod 06 dan 10 adalah sama sahaja. Oleh yang demikian, guru boleh mengambil peluang penilaian ketika KBS dijalankan. Bagi kod-kod yang lain, perlaksanaan yang saya dan rakanrakan lakukan adalah berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan Islam bidang ibadah. Selepas guru mengajar pelajaran ibadah, guru akan membuat penilaian PAFA. Bagi kod 01 mengucap dua kalimah syahadah, guru boleh melaksanakannya sebagai amalan selepas membaca doa belajar sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid hendaklah membaca dua kalimah syahadah. Sekiranya ia menjadi amalan, murid telah dapat menguasai kod 01 dengan baik. Guru juga boleh bekerjasama dengan guru kelas agama petang untuk melaksanakan PAFA di sekolah memandangkan masa yang diperuntukkan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran waktu pagi tidak memadai. Dengan kerjasama ini, perlaksanaan PAFA akan lebih menyeluruh bagi setiap murid.
51

4.4 Kelemahan dan kekuatan perlaksanaan PAFA di sekolah 4.4.1 Kelemahan perlaksanaan PAFA di sekolah dan cara mengatasinya. Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti di sekolah saya dalam melaksanakan PAFA. Antara kelemahan tersebut ialah, kesuntukan masa dalam menghabiskan kod penilaian. Dengan kengkangan dan tugasan-tugasan di sekolah guru tidak mempunyai masa melaksanakan PAFA secara berterusan. Oleh yang demikian, saya merasakan perlunya diperuntukkan satu masa seminggu dalam waktu pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam khusus untuk melakukan penilaian PAFA. Dengan ini, insyaallah masalah kesuntukan masa dapat di atasi. Kelemahan yang kedua ialah tiadanya pemantaun di peringkat sekolah mahupun jabatan khusus untuk membuat pemantaun PAFA. Dengan ini, guru-guru terleka untuk mengisi rekod penilaian PAFA. Oleh yang demikian, pihak sekolah dan jabatan pelajaran perlu menekankan perlaksanaan PAFA di sekolah. 4.4.2 Kekuatan perlaksanaan PAFA di sekolah Dengan perlaksanaan PAFA di sekolah akan melahirkan murid-murid yang dapat mengamalkan ibadah Islam dalam kehidupan seharian. Kekuatan perlaksanaan PAFA di sekolah saya ialah setiap guru disediakan fail PAFA bagi setiap kelas yang diajar. Guru yang berkenaan bertanggungjawab untuk mengisi penilaian bagi tahun yang diajar. Pada akhir tahun, fail itu akan dikumpulkan oleh ketua pentaksir sekolah. Fail tersebut akan dibawa sehingga murid tersebut tahun 6. Guru yang mengajar tahun 6 akan membuat penilaian bagi kod yang belum dilaksanakan. 4.5 Rumusan

Penilaian PAFA adalah satu proses bimbingan dan penilaian berterusan sehingga murid sekurang-kurangnya mencapai tahap minima. Guru perlu memulakan penilaian bermula tahun satu lagi. Ianya boleh dijalankan secara lisan, amali dan pemerhatian. Di harapkan dengan perlaksanaan PAFA ini, dapat melahirkan murid-

51

murid yang mempunyai kefahaman yang mendalam tentang agama Islam dan menjadi amalan mereka hingga akhir hayat.

51

5.0 Refleksi Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya melaksanakan tugasan ini dengan kemampuan daya usaha yang saya miliki. Dalam tugasan pertama menghasilkan ithink pengujian, pengukuran dan penilaian saya dapat mengetahui jenis-jenis i-think yang selama ini tidak saya ketahui. Sebelum ini saya hanya mengetahiu tentang peta minda. Rupa-rupanya i-think terdapat dalam tujuh jenis mengikut kesesuaian tajuk yang hendak dibina. Dengan menghasilkan tugasan ini juga, saya dapat meningkatkan pemahaman tentang pengujian, pengukuran dan penilaian. Dalam tugasan kedua menghasilkan jadual spesifikasi ujian dan soalan peperiksaan. Ia member sedikit cabaran bagi diri saya, namun setelah mendapat tunjuk ajar daripada Ustazah Norlela dalam interaksi kedua. Alhamdulillah saya dapat menghasilkan JSU dan soalan. Tugasan ini telah membuka minda saya tentang kepentingan JSU dalam pembinaan soalan agar kita dapat membina soalan mengikut spesifikasi yang betul dan bersesuaian dengan aras murid. Tugasan terakhir ialah menganalisis perlaksanaan PAFA di sekolah. Tugasan ini membuatkan saya menilai kembali tentang perlaksanaan PAFA yang telah di laksanakan di sekolah dari sudut kelemahan dan kekuatannya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya melaksanakan tugasan ini. Diharap tugasan ini dapat member input yang berguna dalam meningkatkan lagi mutu profesionalisme perguruan saya.

51

Anda mungkin juga menyukai