Anda di halaman 1dari 1

Kelemahan (Weakness) Sepanjang program BIG Fasa 3 dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian bagi

tujuan penambahbaikan aktiviti yang akan datang. Secara keseluruhan program berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki seperti pengurusan masa. Sebelum bertolak lagi perkara telah berlaku masalah berkaitan masa. Bas yang dijangka tiba pada jam 8.00 pagi telah lewat 2 jam iaitu pada jam 10.00 pagi. Perkara seperti ini sangat menjejaskan perjalanan program yang dijangkakan boleh tiba lebih awal. Sebarang kepastian lebih awal perlu dibuat dengan pegawai yang bertanggungjawab. Berkenaan pergerakan peserta kelihatan seperti bersantai sebelum datang ke tapak berkumpul. Dalam program seperti ini masa adalah perkara yang paling berharga kerana aktiviti yang padat dan perlu dijalankan. Terdapat beberapa peserta berlengah-lengah apabila di panggil untuk berkumpul. Faktor kesuntukan masa juga menyebabkan aktiviti tidak dapat dijalankan secara menyeluruh. Masa yang diberi singkat jika dibandingkan dengan input yang ingin disampaikan oleh jurulatih kepada peserta. Terdapat peserta juga tidak mematuhi etika dalam pemakaian yang telah ditetapkan dan terpaksa diarahkan untuk mengambil topi atau sebagainya. Perkara seperti ini akan mengganggu keseluruhan perjalanan program. Kelemahan lain adalah berkaitan pengurusan resort. Sepatutnya dewan telah dibersihkan terlebih dahulu oleh pekerja mereka sebelum kami menggunakannya. Kumpulan bertugas terpaksa membersihkan dewan sebelum aktiviti dimulakan. Kelemahan dari segi kemahiran tentang perkhemahan juga membawa masalah kepada peserta semasa dalam persiapan untuk memasang khemah masing-masing. Masalah ini timbul di kalangan beberapa orang peserta yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam perkhemahan. Masalah ini dapat diatasi dengan bantuan dan sikap kerjasama ahli kumpulan lain. Persembahan malam kebudayaan peserta juga kelihatan kurang impak kerana tidak bersedia. Ini terjadi kerana kesuntukan masa untuk mereka berbincang akibat dari jadual aktiviti yang padat. Setiap peserta perlu bijak dalam mencari masa yang sesuai dalam merancang persembahan mereka ini kerana ada kumpulan yang berjaga malam semata-mata untuk berbincang berkaitan malam kebudayaan. Terdapat beberapa lain seperti kesediaan untuk menjalankan aktiviti lasak. Terdapat peserta yang terlalu memanjakan diri untuk menjalankan aktiviti rekreasi sedangkan mereka mampu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Anda mungkin juga menyukai