Anda di halaman 1dari 4

USAHA ANDA BAGI MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONALISME DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN / BIDANG YANG DIPOHON.

(Tidak melebihi 500 patah perkataan)

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan Negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat keguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi nasional kerajaan. Pada masa kini, mata pelajaran bahasa Melayu merupakan mata pelajaran utama yang mesti dikuasai oleh semua murid. Kini, kerajaan menjalankan program Memartabatkan Bahasa Melayu untuk memastikan bahasa ini terus bertahan di jiwa setiap rakyat Negara ini. Sememangnya guru bahasa Melayu dapat meletakkan bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran yang penting dalam system pendidikan Negara. Apakah usaha saya bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu? Saya akui sememangnya sukar bagi seorang guru yang berbangsa Melayu mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sebuah sekolah jenis kebangsaan. Masalah utama yang saya hadapi ialah kesukaran untuk membuat murid faham pertuturan atau penerangan saya berkaitan topik bahasa terutama bagi murid-murid kelas terakhir yang terlalu lemah dalam bahasa Melayu. Justeru, saya telah melaksanakan beberapa usaha untuk mendidik dan mempertingkat penguasaan bahasa Melayu murid-murid di sekolah saya. Perkara pertama yang selalu saya amalkan ialah mengenal pasti tahap penguasaan dan kelemahan murid-murid saya. Setelah saya mengumpul maklumat tersebut, saya akan merancang dan menjalankan p & p yang bersesuaian dengan tahap mereka. Kita sering lehat, guru-guru akan menolak jika diberi tanggungjawab mengajar murid di kelas yang lemah. Tetapi bagi saya, ia merupakan satu cabaran yang saya terima dengan tangan terbuka. Saya amat gembira jika dapat membuat walau sedikit perubahan dalam pencapaian anak murid saya. Perkara utama yang saya akan atasi ialah penguasaan bacaan murid-murid saya. Alhamdulillah, setakat ini semua murid saya di kelas yang terakhir telah menguasai bacaan. Murid hanya akan berminatuntuk belajar sekiranya mereka boleh membaca apa sahaja yang diberikan kepada mereka. Minat mereka dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu boleh diasah dan digilap setelah mereka menguasai bacaan. Dedikasi ketika menjalankan tugas merupakan cirri penting seorang guru bahasa Melayu yang professional. Bagi saya dedikasi membawa maksud pengabdian diri, masa dan lain-lain sepenuhnya terhadap sesuatu yang dipertanggungjawabkan. Tidak dapat disangkal bahawa

kecemerlangan seseorang semasa bertugas dikenal pasti dengan kesungguhan untuk melakukan sesuatu kerja yang ditugaskan kepadanya. Bagi saya sebagai seorang guru yang mengajar bahasa Melayu, saya perlu bersungguh-sungguh semasa mendidik dan menunjukkan personaliti guru yang boleh diteladani. Ini termasuklah dengan memntingkan aspek ketepatan masa, pengajaran berkualiti, kemahiran interpersonal dalam berkomunikasi yang baik, boleh diharapkan dalam menjalankan sesuatu tugas yang diamanahkan, menjadi rujukan dalam masalah dan kekeliruan penggunaan bahasa dan ciri terpuji yang lain. Semua aspek tersebut dianggap sebagai unsure yang akan menunjukkan wujudnya sifat kesungguhan dalam membentuk guru bahasa Melayu yang professional. Dalam menjalankan p & p, saya lebih berminat jika melibatkan semua murid saya secara aktif sepanjang proses tersebut dijalankan. Oleh itu, saya sering menjalankan p & p berbentuk aktiviti kumpulan dan simulasi. Apa yang sering saya lihat setiap kali menjalankan aktiviti kumpulan, murid-murid di kelas saya sering berlumba-lumba untuk melakukan yang terbaik. Ini secara tidak langsung telah melatih murid saya agar berani bertutur dalam bahasa Melayu. Selain itu, saya bersama-sama guru bahasa Melayu yang lain, berusaha untuk meningkatkan prestasi bahasa Melayu di sekolah ini. Antara usaha yang kami laksanakan ialah membantu guru bahasa menjalankan p & p terutama di kelas yang bermasalah. Cara ini didapati berkesan kerana rakan guru dapat mempelajari teknik baharu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kami, guru-guru bahasa Melayu juga sering menyediakan bahan yang dipamerkan di tempat-tempat tertentu di kawasan sekolah agar murid dapat menambah pengetahuan mereka. Saya berharap agar segala usaha yang saya laksanakan dapat meningkatkan prestasi bahasa Melayu di sekolah saya. Saya juga terus berusaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu saya dan mengaplikasikannya dan pembelajaran dan pengajaran.

HARAPAN DAN WAWASAN ANDA SEBAGAI SEORANG GURU CEMERLANG. (Tidak melebihi 500 patah perkataan)

Kerjaya sebagai guru sememangnya impian saya sejak kecil. Justeru, setelah berjaya menjadi seorang guru sudah tentu saya amat berbangga lebih-lebih lagi setelah berjaya menjadi Guru Cemerlang bahasa Melayu DGA32 mulai 2009. Pada masa kini, dunia pendidik semakin mencabar dengan pelbagai perubahan terkini untuk meningkatkan prestasi murid-murid. Terkini, kerajaan telah memperkenalkan satu program baru iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Sebagai seorang guru bahasa Melayu adalah menjadi tanggungjawab saya merealisasikan hasrat kerajaan ini. Selain memastikan murid-murid saya berjaya dalam pelajaran, saya juga bertanggungjawab melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan dan wawasan saya sebagai seorang guru cemerlang adalah mempertingkatkan tahap penguasaan murid dalam bacaan, tulisan dan juga lisan bahasa Melayu. Dalam kajian tindakan yang dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Melayu sekolah saya, penekanan diberikan dalam aspek bacaan. Harapan saya dan guru-guru bahasa Melayu yang lain ialah sifar buta huruf di sekolah ini menjelang 2013. Selain itu, saya juga berusaha untuk mempertingkatkan peratus kelulusan mata pelajaran bahasa Melayu di kalangan murid terutamanya UPSR. Usaha yang berterusan diperlukan untuk memastikan harapan dan wawasan yang saya tetapkan ini tercapai. Saya sentiasa berusaha terutamnya di kelas yang terakhir untuk memastikan murid-murid di kelas ini lulus walaupun dengan gred C dalam peperiksaan UPSR. Pelbagai perancangan dan aktiviti bahasa Melayu telah saya jalankan dengan kerjasama guruguru bahasa Melayu yang lain. Perancangan utama ialah memupuk minatsuka membaca bahasa Melayu walau hanya satu ayat sehari. Jika murid berminat untuk membaca bahasa Melayu, secara tidak langsung mereka juga dapat menguasai kemahiran menulis. Penguasaan dalam bacaan dan menulis pasti dapat menjadikan harapan dan wawasan saya satu kenyataan. Guru Cemerlang merupakan salah satu platform untuk saya mempertingkatkan lagi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam profesion perguruan saya. Saya sentiasa membuat penilaian kendiri untuk memperbaiki kelemahan diri dalam menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, saya juga berpeluang berkongsi ilmu dengan guru-guru yang lebih berpengalaman dalam profesion perguruan ini. Saya juga berharap dapat menerapkan penggunaan IT dalam p & p. Ini kerana, murid-murid pada masa ini lebih cenderung dan mahir dalam menggunakan kemudahan computer dan internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran. Jadi, penggunaan IT dalam proses p & p saya pasti akan menarik minat murid untuk mempelajari bahasa Melayu.

Selain itu, sebagai guru cemerlang, saya berharap dapat berkongsi ilmu dan pengalaman berhubung p & p dengan rakan-rakan setugas di sekolah ini dan juga dari sekolah-sekolah yang lain. Dalam perjumpaan dengan guru cemerlang, saya dapat berkongsi teknik-teknik yang memudahkan murid saya menguasai bahasa Melayu. Segala maklumat yangdiperoleh dapat saya gunakan untuk menghasilkan modul bahasa Melayu untuk kegunaan guru-guru dan murid-murid di sekolah saya. Harapan saya sebagai guru cemerlang ialah mengadakan seminar dan bengkel untuk para guru dan murid-murid untuk mempertingkatkan diri dengan mempelajari teknik pengajaran yang lebih positif dan efektif . Saya berharap dapat menganjurkan bengkel secara lebih kerap membabitkan portal-portal pendidikan yang terkenal seperti Akhbar Dalam Darjah. Penggunaan akhbar dalam darjah dapat mempertingkatkan pencapaian murid. Saya berharap segala perancangan saya sebagai guru cemerlang dapat saya laksanakan dengan jayanya. Dengan kerjasama pihak pentadbir dan guru-guru bahasa Melayu di sekolah ini, saya akan laksanakan tugas dan tanggungjawab saya dengan lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai