Anda di halaman 1dari 17

1

Pendidikan dan Pertumbuhan Ekonomi Satu Kajian Model Pertumbuhan Endorgen MD. NAZRI RAHIM nr_1974@yahoo.com.my MUHAMMAD HUSSIN banting99@hotmail.com Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak Teori pertumbuhan ekonomi menyatakan dan membuktikan terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Faktor tersebut boleh berpunca dari dalam (endorgen) dan faktor luaran (eksogen). Kajian ini memilih teori pertumbuhan endorgen untuk melihat peranan pendidikan dalam mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.Berdasarkan tiga dasar iaitu pertama, perubahan teknologi bersifat endorgen melalui pengumpulan pengetahuan, kedua, wujudnya idea penciptaan baru kerana wjudnya mekanisme limpahan dan belajar dengan melakukan dan ketiga,pengeluaran barang yang dihasilkan oleh pengetahuan tanpa batas. Mengikut teori pertumbuhan endorgen( Endogenues Growth Theory), pelaburan dalam modal manusia iaitu ilmu pengetahuan dan , inovasi (teknologi) merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi. Berdasarkan model Pertumbuhan Endorgen telah membuktikan pertumbuhan ekonomi dipacu oleh limpahan pengetahuan dan inovasi industri yang membawa kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya peningkatan dalam jumlah output benar atau perkapita dalam jangka panjang. Kata kunci : Pertumbuhan ekonomi, pendidikan, model pertumbuhan endorgen.

Education and Economic Growth. A Study Endorgen Growth Model Abstract Economic theory stating and proving there are many factors that can affect a country's economic growth. These factors can result from the (endorgen) and external (exogenous). This study chose endorgen growth theory to see the role of education in influencing economic growth. Based on the first three policies, technological change is endorgen through the accumulation of knowledge, second, there is the creation of new ideas for wjudnya mechanism 'spillover' and 'learning by doing' and third, the production of goods produced by the knowledge without limits. According to the theory of growth endorgen (Endogenues Growth Theory), investment in human capital and knowledge of, innovation (technology) is an important contributor to the growth ekonomi. Based on Endorgen growth model has shown economic growth driven by knowledge and innovation industry spillover leading to increased productivity and thus an increase in the number of real or per-capita output in the long term. Keywords: economic growth, education, endorgen growth model.

PENGENALAN Secara konsepnya pertumbuhan ekonomi sesesebuah negara menunjukkan suatu

perkembangan

kegiatan ekonomi dari suatu jangka masa ke suatu jangka masa yang

berikutnya. Kegiatan ekonomi yang dimaksudkan ialah penghasilan output (pendapatan). Oleh itu pertumbuhan ekonomi merupakan suatu proses kenaikan output per kapita dalam jangka masa panjang yang dihasilkan oleh ekonomi. Terdapat tiga aspek yang perlu diperhatikan dalam pertumbuhan ekonomi iaitu proses pertumbuhan yang menekankan pertumbuhan ekonomi yang berlangsung secara dinamik dan berterusan dan bukan gambaran ekonomi pada jangka masa tertentu, manakala output per kapita menunjukkan jumlah output dibandingkan dengan jumlah penduduk dan suatu pertumbuhan ekonomi terjadi bila kenaikan output per kapita terjadi dalam jangka waktu yang cukup lama (Boediono,1999:12).

Untuk mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi seperti yang diharapkan, maka tiga pekara perlu diberi perhatian iaitu pengumpulan modal, pertumbuhan penduduk yang mampu bekerja dan kemajuan teknologi (Todaro,2000:115). Teori pertumbuhan ekonomi mengikut Stren(1991:123) menjelaskan mengenai pengumpulan modal fizikal, kemajuan teknologi, adanya inovasi dan idea baru, pertumbuhan penduduk dan bagaimana faktor pengeluaran digunakan sebaiknya.

Terdapat pelbagai teori pertumbuhan ekonomi yang membincangkan penentu-penentu dalam mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara antaranya :

i)

Teori Pertumbuhan Klasik yang dipelopori oleh Adam Smith, David Ricardo, Robert Maltus dan John Mills menyatakan pengkhususan buruh dan produktivit buruh merupakan dua penentu penting pertumbuhan ekonomi.

ii)

Teori Pertumbuhan Mantap yang di kemukan oleh Edward Domar (1947) dan Roy F.Harrod (1939) menyatakan pembentukan modal sebagai perbelanjaan untuk meningkatkan pengeluaran dan menambahkan permintaan berkesan seluruh masyarkat.

iii)

Teori Pendekatan Tolakan Besar yang dikemukan oleh Rosenstein-Rodan (1902) mengutamakan modal dan pelaburan secara besar-besaran diperlukan supaya

ekonomi boleh mewujudkan rantaian/faedah kepada firma lain dan pertumbuhan ekonomi akan berlaku. Teori Pertumbuhan Neo Klasik (1950) menekankan kombinasi faktor faktor pengeluaran secara cekap melalui sistem harga dan kuasa permintaan dan

iv)

penawaran sebagai sumber penentu pertumbuhan ekonomi.

v)

Teori Pertumbuhan Solow (1957) berpendapat perkembangan teknologi penting untuk meningkatkan produktiviti dan seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi.

TEORI PERTUMBUHAN ENDORGEN

Teori ini merupakan suatu teori pertumbuhan yang menjelaskan bahawa pertumbuhan ekonomi merupakan suatu proses yang bersumber dari dalam suatu sistem

(Romer,1994;Barro dan Martin,1999:38). Teori ini berpendapatan bahawa pelaburan dalam modal insan ( pengetahuan ) dan teknologi (inovasi) merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi. Teori pertumbuhan endorgen muncul sebagai kritikan kepada teori pertumbuhan Neoklasik mengenai penurunan daya pengeluaran modal dan perbezaan pendapatan setiap negara. Mengikut teori ini ia menjelaskan mengapa mengumpulkan modal tidak mengalami pulangan yang menurun dan terus mengalami pulangan yang malar dan meningkat dengan adanya pakar dan pelaburan dalam bidang sumber manusia

(Mier,2000:75). Teori pertumbuhan endorgen memiliki tiga eleman dasar iaitu : i) perubahan teknologi yang bersifat endorgen melalui proses pengumpulan pengetahuan. ii) wujudnya penciptaan idea baru oleh pengusaha kesan dari mekanisme limpahan ilmu dan pembelajaran dari melakukan. iii) pengeluaran barang-barang pengguna yang dihasilkan oleh fungsi pengeluaran pengetahuan yang tumbuh tanpa batas.(Rivera Butiz dan Romer 1991,530) Teori pertumbuhan endorgen ini dipelopori oleh Romer (1986) dan Lucas (1988) yang memberi pemahaman baru mengenai faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang (Pack,1995:55) . Hal ini seiring dengan perkembangan ekonomi dunia di mana teknologi moden banyak digunakan dalam proses pengeluaran .

Ramuan Asas Model Pertumbuhan Endorgen Ciri biasa model pertumbuhan endorgen ini ialah pertumbuhan ekonomi tanpa had kerana pulangan pelaburan ke atas kedua-dua modal iaitu fizikal dan manusia tidak akan menurun apabila ekonomi berkembang. Munculnya teori pertumbuhan endogen dapat dinyatakan dalam suatu persamaan : Y = AK, dimana Y merupakan tingkat output, A menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi teknologi, sedangkan K merupakan stok modal fizikal dan sumber daya manusia. Dalam model pertumbuhan endorgen tidak terjadi penurunan hasil yang menurun dari modal (diminishing marginal of capital) seperti pada teori neoklasik. Ini kerana adanya berbagai kesan iaitu sumber daya manusia dan kemajuan teknologi yang dapat mengimbangi berbagai kecenderungan terjadinya penurunan hasil dari modal (Pack, 1994:56:Romer dan Martin, 1999:40). Dengan model pertumbuhan Y=AK dimana =l, maka model pertumbuhan endogen menunjukkan bahwa pengumpulan modal, pengetahuan dan pengalaman (learnig by doing) tidak akan mengalami pertambahan hasil yang menurun. Sekiranya terdapatnya peningkatan dalam nisbah modal kepada buruh (K/L), maka akan dapat meningkatkan nisbah pendapatan per kapita (Y/L) secara proporsional. Kemudian nisbah modal kepada pendapatan (K/Y) atau Capital Output Ratio(COR) akan tetap meskipun terjadi penurunan hasil.

IMPLIKASI TEORI PERTUMBUHAN ENDORGEN Pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh limpahan pengetahuan Pertumbuhan yang dipacu oleh limpahan pengetahuan sering dikaitkan dengan pertumbuhan modal manusia. Pelaburan dalam modal manusia mampu menerbitkan limpahan pengetahuan (knowledge spillover) yang mana secara langsung dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Ini bererti dasar kerajaan diperlukan untuk membangunkan model manusia melalui dasar pembangunan sumber manusia (human resource development policies) dan akhirnya dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. Penekanan model ini (Romer, 1986) adalah pengetahuan persendirian (private knowledge) ialah satu bentuk input modal yang tak-tampak (intangible capital input) dalam proses pengeluaran dan ianya mempunyai kesan limpahan luaran. Kerajaan, melalui dasar pembangunan modal manusia boleh mempastikan supaya peningkatan dalam tahap pendidikan faktor boleh meningkatkan produktiviti mereka dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Hasil wujudnya limpahan luaran stok pengetahuan awam
7

maka firma yang membuat pelaburan dalam pembangunan modal mansuaia akan dapat meningkatkan produktiviti pelaburan - pelaburan lain. Sebuah ekonomi yang berasaskan pengetahuan, kreativiti dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan untuk menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Pengetahuan kini menjadi faktor utama dalam menjana pertumbuhan dengan mewujudkan nilai tambah serta meningkatkan produktiviti dan daya saing. Sumber manusia merupakan teras ekonomi berasaskan pengetahuan dengan keupayaan untuk mencipta, memperbaharui dan mengkomersilkan pengetahuan maklumat, sementara ICT adalah alat penggerak utama bagi memudahkan peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Pada amnya, kesemua sektor ekonomi semakin berasaskan pengetahuan melalui strategi yang didorong oleh produktiviti bagi menggalakkan penggunaan pengetahuan berbanding strategi yang didorong oleh input yang melibatkan peningkatan modal atau buruh.

Pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh Inovasi dalam Pengeluaran. Pendekatan inovasi terhadap teori pertumbuhan endogen menjelaskan kemajuan teknologi sebagai satu kesudahan (outcome) daripada keputusan-keputusan pelaburan yang bersungguhsungguh oleh firma yang memaksimumkan untung. Firma-firma membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) bila mereka melihat peluang untuk mendapat untung daripada usaha penyelidikan mereka. Dalam konteks ini firma yang cuba membuat untung akan menumpukan strategi penyelidikan mereka kepada memperbaiki kualiti produk yang sedia ada (Grossman and Helpman, 1991,Chapter 4), memperbaiki kaedah pengeluaran (Aghion and Howitt, 1992), dan memperbanyakkan kepelbagaian produk (Romer, 1990, Grossman and Helpman, 1991,Bab 3 and Bab 9). Katakan pengeluaran output q(t) memerlukan satu unit input utama andaikan buruh, bilangan rekacipta input (n(t)) maka jumlah guna tenaga ( ( = n(t)q(t). Produktiviti buruh purata akan meningkat bila n(t) meningkat jika 1<. .Ini menggambarkan aktiviti R&D yang pelbagai akan dapat merekacipta input yang lebih berkualiti dan meningkatkan produktiviti buruh dan seterusnya boleh menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi pengeluaran, pengeluar-pengeluar

akan melaksanakan dua tugas untuk

memaksimumkan keuntungan, iaitu mengeluarkan input dan membangunkan rekacipta baru. Perkembangan rekacipta input baru boleh mengambil beberapa bentuk modal pengetahuan. Berdasarkan modal pengetahuan (knowledge capital) yang dapat dicipta melalui penyelidikan, modal pengetahuan dapat bezakan berdasarkan tiga iaitu modal pengetahuan sebagai barang
8

persendirian, modal pengetahuan sebagai barang awam negara, dan modal pengetahuan sebagai barang awam antarabangsa.

Peranan teknologi dalam proses pertumbuhan secara umum telah diperlihatkan dalam Model Solow. Pertumbuhan ekonomi berkaitan dengan kenaikan tingkat produktiviti. Secara singkat dapat dikatakan bahawa tingkat pengembangan teknologi akan meningkatkankan tingkat produktiviti dan akhirnya akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Pengembangan teknologi dapat dilakukan melalui penyelidikan dan pembagunan (R&D). Pengembangan teknologi di negara membangun masih sangat minimum bila dibandingkan dengan di negara maju seperti digambarkan dari jumlah pengeluaran dan pertambahan dalam jumlah sarjana ilmu kemanusian dan teknikal. Negara membangun masih ketinggalan dari segi jumlah tenaga mahir dalam R&D mahu pun dalam memperoleh hak reka cipta(paten)

PERANAN MODAL MANUSIA TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI Modal manusia dapat menjadi sumber manusia yang penting dalam pembangunan apabila kualitinya tinggi. Dalam hal ini sumber manusia berperanan penting untuk meningkatkan kualiti pembangunan dan petumbuhan ekonomi. Krugman (1994) mengatakan bahwa pelaburan sumber daya manusia menjadi lebih penting peranannya dalam pertumbuhan ekonomi kerana kegiatan dalam pengumpulan modal fizikal dapat mengakibatkan penambahan hasil yang menurun dalam penggunaan modal (marginal diminishing return of capital), sedangkan pembangunan memerlukan proses yang berterusan dalam jangka panjang. Dengan adanya pelaburan sumber manusia ia dapat meningkatkan kemajuan teknologi yang pada akhirnya dapat menimbulkan kenaikan produktiviti penduduk (Deolalikar, 1997:13). Sumber manusia yang berkualiti bagi negara sedang membangun merupakan faktor penting dalam usaha untuk mengejar pembangunan berbanding negara lain. Era informasi dan teknologi yang berkembang pesat kini, semakin membuktikan bahawa penguasaan teknologi yang baik akan memberi kesan pada kualiti maupun kuantiti pertumbuhan itu sendiri. Untuk memastikan teknologi dapat dikuasai, keperluan sumber daya manusia yang berkualiti amat diperlukan. Dalam proses pengeluaran, dengan adanya penguasaan teknologi yang baik, maka akan mendorong terjadinya inovasi dalam teknologi. Inovasi dalam teknologi tersebut akhirnya dapat menyebabkan penemuan dan penghasilan produk- produk baru dan cara pengeluaran yang lebih cekap dan efisien (Barro, 1991:408 ; Mankiw, dkk, 1992:92 Romer, 1994:36).

Schultz mengemukakan beberapa cara untuk mengembangkan sumber daya manusia, diantaranya adalah terdapatnya pendidikan secara formal pada peringkat rendah, menengah dan pendidikan pada peringkat tinggi (Jhingan, 1996:521 522). Dalam jadual 1 di bawah menunjukkan enrolemen pelajar mengikut pendidikan di Malaysia bagi bilangan penduduk kohort 17-23 tahun, tahun 2003-2020. Dalam usaha negara untuk merealisasikan hasrat negara melahirkan lebih ramai penduduk berpendidikan tinggi, berpengetahuan dan berkemahiran memang wajar unjuran ini dilakukan. Perkara yang perlu diperhatikan ialah peranan yang Institut Pendidikan Tinggi Swasta dalam menyediakan akses pendidikan tertiari. Didapati sehingga akhir Disember 2010, IPTS memberi peluang kepada 408,034 orang pelajar mengikuti pengajian pada pelbagai peringkat pengajian (PTPTN, 2011205). Jika diteliti bilangan ini adalah lebih rendah daripada unjuran peluang pengajian di IPTS pada tahun 2010 iaitu 465,700 orang. Ini menunjukkan bahawa IPTS mampu

menyediakan akses alternatif pendidikan tertiari kepada pelajar-pelajar berkelayakan dan berpeluang meneruskan pengajian seperti mana yang diunjurkan atau disarankan oleh kerajaan. Daripada jumlah tersebut seramai 24,468 orang (6 peratus) merupakan pelajar di peringkat sarjana dan PhD daripada keseluruhan enrolmen di IPTS.

Jadual 1 : Enrolmen Pelajar Mengikut Peringkat Pendidikan di Malaysia bagi tahun 2003-2020
Tahun Peringkat pengajian ****Lepasan Menengah Kolej Awam Universiti (IPTA) IPTS Penuntut di Luar Negara JUMLAH Bilangan Penduduk 17-23 tahun *** Peratus 2003 (orang) 2005* (orang) 2007* (orang) 2010* (orang) 2015** (orang) 2020** (orang)

158,459

235,740

296,900

351,700

388,300

428,700

140,999 280,037

200,100 310,500

234,200 336,900

250,500 371,700

304,800 458,300

370,800 552,600

337,949 62,301

336,900 56,800

371,100 50,000

465,700 50,000

567,800 50,000

685,800 50,000

979,745 3,277,338

1,140,040 3,399,200

1,289,100 3,510,200

1,485,600 3,628,300

1,759,200 3,840,900

2,087,900 4,147,000

29

33

36

40

45

50

Nota : *Unjuran UPU; ** Unjuran KPT; ***Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia; ****Lepasan menengah termasuk pelajar STPM/Matrikulasi, A-Level dan setaraf Kolej Awam termasuk Politeknik, Kolej Komuniti di bawah KPT , kolej dan institusi latihan di bawah Kementerian/Jabatan/Agensi lain. Institut Pendidikan Swasta di bawah Akta IPTS 1996 (Akta 555) Sumber : Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

10

Terdapat pelbagai pengukur perkembangan kualiti sumber daya manusia antaranya berdasarkan angka indek guna pendidikan (Bank Dunia, 2000:206) ; angka celik huruf, kesihatan dan pendidikan ( Deolalikar, 1997:134 137 ). Dari aspek pendidikan menunjukkan bahwa perkembangan kualiti sumber daya manusia dapat dilihat dari nisbah penyertaan sekolah (enrolment ratio), iaitu nisbah jumlah pelajar pada usia bersekolah terhadap jumlah penduduk umur yang bersekolah , bilangan pelajar sekolah rendah, menengah mahupun peringkat tinggi (Ghatak dan Siddiki, 1999:1 33 ; Siddiki dan Daly, 2002:1 30: Mankiw, Romer dan Weil 1992:407 437). Semakin besar nisbah penyertaan pendidikan di sekolah penduduk terhadap semakin tinggi peningkatan dalam kualiti sumber manusia dan

semakin tinggi peningkatan kualiti daya sumber manusia semakin meningkat kualiti dan kuantiti pertumbuhan sesebuah negara. Didapati dengan terdapat faedah dari pelaburan pendidikan bagi pertumbuhan ekonomi Todaro (2000:343), iaitu : 1. Dapat menciptakan tenaga kerja yang lebih produktif kerana wujud peningkatan pengetahun dan bilangan tenaga kerja mahir. 2. Mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas dari pelbagai bidang. 3. Terciptanya suatu kelompok pemimpin yang berpengetahuan sebagai pentadbir dan pembuat dasar. 4. Tersedianya berbagai macam program pendidikan dan latihan dan dapat mengurangi kadar buta huruf dan meningkatkan kemahiran buruh.

PERANAN PENDIDIKAN DALAM PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA Dalam arus global ekonomi dunia, perkembangan pesat teknologi memerlukan sistem

pendidikan terbaik untuk melatih sumber manusia yang berpengetahuan dan mahir menggunakan teknologi tinggi. Sistem pendidikan yang baik dan berkesan diringi dengan perancangan pembangunan sumber manusia yang berterusan boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Antara peranan pendidikan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ialah:

Melahirkan Tenaga Kerja Mahir dan Separuh Mahir Perubahan teknologi dan perkembangan perusahaan berasaskan pengetahuan dan industri berteknologi tinggi memerlukan kemahiran baru yang tidak dapat dipenuhi segera oleh indutsri latihan dan pendidikan yang sedia ada. Selaras dengan anjakan ke arah K-ekonomi
11

dan peningkatan automasi, majikan memerlukan pekerja mahir, inovatif dan kreatif di samping mudah menyesuaikan diri dengan perubahan pantas teknologi. Peruntukan skim perantis di bawah majlis Pembagunan Sumber Manusia (MPSM) telah ditambah daripada RM 15 juta kepada RM 35 juta akibat permintaan pekerja terlatih yang semakin meningkat.

Meningkatkan produktiviti buruh Peningkatan pembangunan sumber manusia melalui pendidikan akan dapat meningkatkan daya pengeluaran sesebuah negara.Ini disebabkan pekerja yang pernah melalui sistem pendidikan formal sudah pasti akan mempunyai kualiti dan kemahiran yang tinggi. Oleh itu pengeluaran akan bertambah akibat produktiviti buruh yang tinggi. Peningkatan produktiviti ini akan mengatasi masalah kekurangan buruh melalui peningkatan penggunaan buruh yang cekap( Nur Annizah Binti Ishak.2001).

Strategi Mencapai Matlamat Dasar Ekonomi Baru(DEB) Pendidikan telah dijadikan strategi utama untuk mencapai matlamat serampang dua mata DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Namun begitu,

keberkesanan peranan pendidikan dalam pencapaian penyusunan semula masyarakat masih belum memuaskan. Agihan pekerjaan mengikut kaum masih tidak seimbang dan masih jaun dari matlamat DEB.Masalah keseimbangan ini lebih nyata jika melihat bidang pekerjaan profesional di mana kaum Bumiputera masih jauh ketinggalan.( Abu Sufian Abu,Hasan Hj Ali &Rizaudin Sahlan.2000).

Mengurangkan Kemiskinan Pendidikan akan menjadi alat untuk meningkatkan taraf dan kedudukan sosioekonomi masyarakat.Pendidikan juga merupakan satu langkah jangka panjang untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan.Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memastikan golongan miskin mendapat faedah daripada sistem pendidikan.Pelajar dari keluarga miskin akan diberi bantuan kewangan sehingga ke peringkat universiti.Prestasi pelajar dari keluarga miskin akan ditingkatkan melalui program pendidikan.Kemudahan pendidikan akan diutamakan dari luar bandar yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi,misalnya membina sekolah berasrama penuh. Bantuan pendidikan yang diperolehi oleh keluarga miskin ini membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik dan dapat mengurangkan masalah kemiskinan.

12

Melahirkan Insan Yang Seimbang dan Harmonis Menurut pernyataan FPN, pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.

PERANAN TEKNOLOGI DALAM PERTUMBUHAN EKONOMI DI Malaysia

Sejarah telah membuktikan bahwa penemuan dan kemajuan teknologi terus berlangsung sehingga dapat meningkatkan kemungkinan pengeluaran (production possibility) baik di Eropah, Amerika Utara maupun di Jepun. Kemajuan teknologi diukur dengan adanya perubahan proses pengeluaran, penghasilan produk baru, ataupun peningkatan besarnya output dengan menggunakan input yang sama.

Teknologi boleh dihasilkan melalui pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pewujudan teknologi boleh dilakukan secara domestik dengan negara itu memperuntukkan sebahagian perbelanjaan untuk R&D. Namun, jika negara tersebut mengalami kekangan belanjawan semasa, penghasilan teknologi baru akan terbantut. Kaedah kedua ialah melalui pemindahan teknologi. Pemindahan teknologi boleh berlaku melalui perdagangan kerana barang yang didagang mempunyai ciri teknologi tertentu untuk menghasilkannya.
13

Perdagangan bebas akan menarik lebih banyak barang diimport. Sekadar mengimport tidak cukup, tetapi negara pengimport perlu mempunyai kapasiti untuk menyerap teknologi yang terdapat dalam barang yang diimport untuk digunakan oleh pengeluar tempatan.Pemindahan teknologi juga berlaku melalui pelaburan terus asing yang dilakukan oleh MNC asing dan perlesenan (untuk tujuan pengeluaran) yang diberikan kepada syarikat tempatan. Pemindahan buruh terutama buruh mahir dari satu negara ke negara lain juga boleh memindahkan teknologi. Kerajaan juga turut berperanan dalam menarik teknologi baru melalui dasar-dasar menggalakkan inovasi dan kreativiti untuk menarik kemasukan teknologi luar dan menggalakkan pembangunan teknologi tempatan.

Penguasan dan kemahiran dalam teknologi penting supaya teknologi yang ada dan permindahan teknologi dari negara lain ke dalam negara akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti hidup. Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkan pemprosesan data-data dan jentera-jentera dapat mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian ataupun hasil perkilangan. Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan menwujudkan pertumbuhan industri baru dalam negara misalnya, industri berat membuat kereta nasional . Selain itu dapat membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui pembaikan atau pengubahsuaian teknologi yang diimport misalnya melalui teknologi pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation (melalui projek Proton Saga) dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu (melalui projek kereta nasional kedua), anak Malaysia mungkin muncul menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai industri automobil di rantau ini kelak. Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentah keluaran negara dieksplotasikan dengan lebih cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi barang siap. Ini bukan sahaja membebaskan negara dari pergantungan kepada barangan siap dari negara asing malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan mengeksportnya. Selain itu ia dapat membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, lebuhraya, jalan keretapi, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan sebagainya. Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai positif seperti pertumbuhan sektorsektor ekonomi lain dan membuka peluang eksport yang baru kepada negara. Dalam bidang pertanian teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam penghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian negara. Demikian juga penggunaan teknologi canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam perindustrian. Pengimportan teknologi rumahtangga akan mempermudahkan
14

kerja suri rumahtangga dan membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif manakala pengimportan alat rawatan perubatan boleh meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

Menurut laporan Indeks Pencapaian Teknologi (TAI) oleh United Nation Human Development Report 2001, telah meletakkan Malaysia di kalangan peneraju yang berpotensi dalam bidang teknologi dengan menduduki tangga ke-30 daripada sejumlah 72 buah negara. Manakala, Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (KDI) yang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi meletakkan Malaysia di tangga ke-17 di kalangan negara maju dan membangun. KDI menunjukkan Malaysia menunjukkan prestasi baik dari segi infrastruktur telekomunikasi dan tahap celik huruf tetapi perlu meningkatkan usaha untuk memperbaiki enrolmen pendidikan tinggi, R&D dan penggunaan komputer, khususnya sambungan Internet. Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan pembangunan yang besar kepada program dan projek berkaitan ICT dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Dengan adanya peruntukkan yang besar ini secara tidak langsung dapat membantu negara untuk terus mencapai pembangunan yang mapan. Jadual 3: Perbelanjaan & Peruntukan Pembangunan utk program dan Projek yang berkaitan ICT, (2001-2010) Program Pengkomputeran Agensi Kerajaan Merapatkan Jurang Digital Sekolah Program Penyediaan Kemudahan Infrastruktur Komunikasi Telecenter Latihan/Perkhidmatan ICT Tabung ICT Aplikasi Multimedia MSC Kerajaan Elektronik Sekolah Bistari Telekesihatan Kad Pelbagai Guna Kerajaan Pembangunan MSC Penyelidikan dan Pembangunan ICT JUMLAH
Sumber: Rancangan Malaysia Ke 9 (2006-2010)

RMK 8 (RM J) 2125.0 2433.1 2145.1 254.0 18.1 15.9 1,125.6 1,153.1 537.7 363.9 91.8 159.7 320.8 727.5 7,885.1

RMK 9 (RM J) 5,734.2 3,710.0 3,279.2 150.0 101.0 180.0 1,493.0 1,100.5 572.7 169.8 60.0 298.0 377.0 474.0 12,888.9

15

Pengkaji -pengkaji ada mengatakan perdagangan antarabangsalah merupakan saluran yang utama dimana perdagangan antarabangsa menggalakkan pembelajaran kaedah-kaedah pengeluaran, rekacipta produk dan kaedah-kaedah pengurusan organisasi dari negara luar. Selanjutnya perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara memperoleh teknologi yang terkandung (embodied) dalam input, dan seterusnya meniru teknologi asing tersebut bagi menjadikan industri-industri mereka lebih cekap.

RUMUSAN Satu sumbangan penting model pertumbuhan endogen ialah penendogenan perubahan teknologi. Bagaimana perubahan teknologi berlaku dan bagaimana ia mempengaruhi produktiviti negara adalah penting bagi proses ini. Banyak keputusan teoritikal menekankan kaitan di antara pertumbuhan, pelaburan dalam R&D dan kadar novasi,kebanyakannya berkisar di sekitar sama ada usaha-usaha penyelidikan itu merupakan pengetahuan persendirian, pengetahuan awam atau pengetahuan asing. Bukti-bukti empiris menunjukkan wujudnya kesan limpahan yang besar sama ada di dalam negeri dan di luar negeri. Bukti yang menunjukkan bahawa limpahan itu berlaku dari satu negara ke negara lain .Untuk menggalakkan perkembangan industri berteknologi tinggi (hightech industries), harus diubahsuai dengan mengambil kira kemampuan dan kesediaan negara atau firma untuk

menggunakan teknologi tersebut dan mendapat manafaat daripada R&D sesebuah negara. Walaupun hasil-hasil kajian empirikal tidak memberi maklumat yang mencukupi mengenai mekanisma perubahan kesan limpahan daripada inovasi, kewujudan limpahan pengetahuan tersebut adalah konsisten dengan trend semasa apa yang penting perlua ada dasar perlindungan yang lebih berkesan ke atas hak cipta intelektual (intelectual property rights).

16

RUJUKAN Abu Sufian Abu,Hasan Hj Ali &Rizaudin Sahlan.2000. Teknologi ,Modal Manusia dan Pertumbuhan Ekonomi.Kertas Kerja Seminar Kebangsaan . Aghion, P. and Howit.P.1998. Endorgenous Growth Theory.Cambridge,MA:MIT Press. Barro, Robert J., 1998, Human Capital and Growth in Cross Country Regressions, Journal of Economics, Jurnal of Economics Harvard University No. Bowen, Harry P., Abraham Hollander and Jean-Marie Viaene. 2001. Applied International Trade Analysis. Ann Arbor: University of Michigan Press. Barro,Rj.1992 .Convergence.Journal Of Political Economy 100,223-251. Grossman, Gene M. dan Elhanan Helpman, 1994. Endogenous Innovation in The Teheory of Growth, Journal of Economic Perspective, Vol.8, No.1 : 23-44 Heijdra, Ben J. 2002. The Foundations of Modern Macroeconomics, Oxford: Oxford University Press. Jones, Charles I. 2002. Introduction to Economic Growth, 2nd ed. London: W.W. Norton Nur Annizah Binti Ishak.2001..Pendidikan dan Pertumbuhan Ekonomi. Tesisi Sarjana Ekonomi UKM Unit Perancang Ekonomi (Rancangan Malaysia Ke-7 dan Ke-9 (2005-2010)) Romer, David. 2001. Advanced Macroeconomics, 2nd ed. New York: McGraw-Hill Romer ,P.M.1990.Endogenues technological change.Jurnal of Political Economy 98,s71s102. Schultz,T.W, 1961. Education and Economic Growth, In N.B.Henry ed.,Social Forces Influencing American Education,Chicago:University of Chicago Press.

17

Anda mungkin juga menyukai