Anda di halaman 1dari 2

Saidina Abu Bakar ketika menceritakan satu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Masud: Aku pernah mengunjungi

seorang tua di negera Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan banyak mengajar murid. Dia berkata kepadaku: Aku kira tuan datang dari Tanah Haram? Aku menjawap: Benar. Dia berkata lagi kepadaku: Aku kira tuan berbangsa Quraisy Ujarku lagi: Benar. Orang tua itu berkata lagi: Dan apa yang aku lihat, tuan dari keluarga Bani Taiyim. Benarlah begitu, ujarku lagi. Orang tua itu menyambung lagi: Ada satu lagi yang ingin aku tanyakan kepada tuan. Iaitu tentang diri tuan sendiri. Jika tidak keberatan, bolehkan aku melihat perutmu? Maka ketika itu Abu Bakar berkata: Aku keberatan untuk menunjukkannya selagi engkau tidak memberitahu apakah tujuanmu yang sebenarnya. Maka orang tua itu berkata: Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa ada seorang Nabi Allah yang akan diutus dari Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabatnya, seorang yang masih muda dan seorang yang yang sudah separuh umur. Sahabatnya yang muda itu sungguh berani berjuang dalam segenap lapangan dan akan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus. Ada tahi lalat diperutnya dan ada suatu tanda dipaha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan memperlihatkannya kepadaku Lalu Abu Bakar membuka pakaiannya dan memperlihathat perutnya. Lalu selepas orang tua itu melihat tahi lalat di perutnya, maka dia berkata: Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orang itu ! Dan kemudian orang tua itu telah memberikan beberapa nasihat kepada Abu Bakar. Abu Bakar terpaksa tinggal di Yaman beberapa hari kerana terdapat urusan perniagaan. Sebelum pulang, orang tua itu telah mengirimkan beberapa untaian syair kepada Abu Bakar. Apabila Saidina Abu Bakar pulang ke Mekah, para pemuda bergegas datang kepada Abu Bakar. Mereka memberitahu tentang Nabi Muhammad yang telah mengaku menjadi Nabi. Mereka berkata kepada Abu Bakar bahawa jika tidak kerana Rasulullah itu adalah sahabat kepada Abu Bakar, sudah lama mereka menyelesaikannya. Kemudian, Abu Bakar telah meminta mereka pulang dahulu semetara Abu Bakar telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad. Kemudian aku berkata: Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan

dan aku mendapat tahu tentang tuan terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek moyang kita. Maka Rasulullah berkata: Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan sekalian umat. Abu Bakar bertanya tentang buktinya dan Baginda memberitahu tentang orang tua yang Abu Bakar temui di Yaman tempoh hari. Abu Bakar bertanya tentang orang tua yang manakah. Lalu Baginda menjawap orang tua yang telah mengirimkan untain syair itu. Abu Bakar terkejut lalu bertanya dari manakah Rasulullah mengetahui tentang itu. Maka dijawapnya oleh Rasulullah bahawa dia mendapat tahu dari malaikatmalaikat yang pernah menemui nabi-nabi terdahulu. Akhirnya Saidina Abu Bakar berkata: Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan(Muhammad) adalah pesuruh Allah.

Demikianlah kisah indah yang meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada Rasulullah S.A.W.

Anda mungkin juga menyukai