Anda di halaman 1dari 46

Penghargaan Assalamualaikum Bersyukur saya kepada Allah S.W.

.T kerana dengan rahmatnya saya berjaya menyiapkan tugasan BMM 3103 ini. Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk merakamkan penghargaan setulus hati kepada rakan-rakan serumah yang banyak memberi sokongan, dorongan dan sumbangan, tenaga serta idea yang tak terhingga. Juga tidak lupa kepada bapa dan adik-beradik tersayang yang turut sama menyumbang tenaga dan banyak memberi galakan dan nasihat agar tidak mudah berputus asa dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Saya juga amat terhutang budi pada pensyarah yang berkenaan iaitu Dr Aziz bin Md Sabill kerana secara tidak langsung saya dapat pendedahan yang mendalam mengenai jadual spesifikasi ujian untuk membuat ujian Bahasa Malaysia yang biasa dilakukan oleh guru-guru di sekolah demi mendidik anak bangsa apabila saya bergelar seorang guru kelak. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya dapati dari kelas beliau yang dapat saya gunakan untuk meningkatkan tahap pengajaran saya.Banyak idea-idea beliau amat berguna yang boleh saya aplikasikan semasa di sekolah nanti. Sekali lagi, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih dari saya kepada semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menjayakan serta menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Akhir sekali, sebagai penutup bicara, terimalah mutiara kata penghargaan dari saya :

KEGAGALAN BIASANYA MERUPAKAN LANGKAH AWAL MENUJU KEJAYAAN, TAPI KEGAGALAN ITU SENDIRI SESUNGGUHNYA BARU MERUPAKAN JALAN TIDAK BERKETENTUAN MENUJU PUNCAK KEJAYAAN .

1.0 PENGENALAN

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak ditaksir, diuji dan dinilai. Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ujian penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ujian juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar.

Pentaksiran pembelajaran pelajar merupakan aktiviti yang penting dalam pendidikan. Kubiszyn dan Borich (1996) telah mentakrifkan pentaksiran pembelajaran pelajar sebagai suatu proses pengumpulan data-data pembelajaran pelajar untuk tujuan mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar, serta untuk membuat keputusan mengenai pelajar. Shambaugh dan Magliaro (1997) pula menyatakan bahawa pentaksiran pembelajaran pelajar boleh dilaksanakan atas pelbagai tujuan, seperti untuk mengesan penguasaan pelajar, mengesan kemajuan, menentukan penempatan, mengesan kelemahan pelajar (diagnosis), memberi gred, membuat klasifikasi, pensijilan dan pemilihan.

Oleh yang demikian, di dalam tugasan ini fokus perbincangan akan menjelaskan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian berdasarkan teori Taksonomi Bloom Jenis-jenis ujian dan penilaian juga akan disentuh secara ringkas yang biasanya dijalankan dalam konteks dunia pendidikan khususnya berkait dengan pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah. Selain itu, penghasilan JSU mengikut item objektif dan item subjektif Bahasa Malaysia sekolah rendah Tahap Dua dengan format peperiksaan terkini juga dijelaskan di dalam tugasan ini.

2.0 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN Pentaksiran

Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

2.1 Pentaksiran,pengujian dan penilaian Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian.

Menurut Gay (1985) dipetik daripada Ee Ah Meng (2002), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini membolehkan guru membuat keputusan tepat berhubung dengan pengajaran dan pembelajarannya.

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Menurut Cronbach

(1970), Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan suatu proses yang merangkumi penyediaan dan perlaksanaan ujian (Pengujian), penyemakan dan memberi skor (Pengukuran) dan menterjemah maklumat atau jawapan (Penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran dan penilaian mempunyai definisi dan makna yang tersendiri namun keempat-empat konsep ini adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan.

Rajah 2.1 Penilaian,Pentaksiran dan Pengujian

3.0 Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl 3.1 Taksonomi Bloom Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu, menurut kamus Dewan Edisi Keempat, (2005). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti

pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas. Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan. Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan. Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang

abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan

maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi. Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu. 3.2 Domain Krathwohl Domain Krathwohi diasaskan oleh, David R. Krathwohl iaitu merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan

menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Hal yang demikian supaya pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

Domain Krathwohl dibahagi kepada 5 peringkat atau aras : 1. Penerimaan Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. 2. Gerak balas Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. 3. Menilai Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. 4. Organisasi Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. 5. Perwatakan Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup

mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.

4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu. Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian) Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Kepentingan JSU

Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) JSU mengandungi maklumat tentang:

Bentuk dan panjangnya ujian Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.

Langkah pertama 1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji 2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua 1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format) 2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga 1. Menentukan aras kesukaran 2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat 1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji. 2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima 1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen 2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah) 3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam 1. Menyatakan matapelajaran 2. Tingkatan atau kelas 3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

5.0 Analisis Item 5.1 Definisi Analisis item membolehkan kita mengkaji ciri-ciri item supaya item-item yang tertentu dapat dipilih untuk memenuhi tujuan ujian yang dibina itu. Menganalisis item hendaklah berpandu kepada tujuan sesuatu ujian itu dibina.

kaedah analisis item perlu berpandukan kepada tujuan sesauatu ujian itu dibina. Sekiranya syarat ini tidak dipatuhi, maklumat yang dihasilkan daripada proses analisis item mungkin tidak dapat membantu pembina ujian dalam usaha membina ujian yang bersesuaian dengan tujuannya.

5.2

Indeks Kesukaran

Sesuatu item itu sukar sekiranya kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab item itu dengan betul. Sebaliknya item itu senang sekiranya kebanyakan pelajar dapat menjawabnya dengan betul. Indeks kesukaran item dihitung dengan

membahagikan bilangan pelajar yang menjawab item itu dengan betul oleh jumlah pelajar yang mengambil ujian yang mengandungi item itu. Secara am, indeks kesukaran (p) dapat dihitung dengan formula berikut:

Indeks Kesukaran

Dalam formula di atas, B ialah bilangan pelajar yang menjawab item dengan betul, J ialah jumlah pelajar yang mengambil ujian itu. Secara teori, indeks kesukaran mempunyai nilai antara 0.00 dan 1.00. Indeks kesukaran yang bernilai besar bermakna item itu senang. Manakala nilai yang kecil menunjukkan item itu sukar. Konsep dan cara untuk menganggarkan indeks diskriminasi yang berkait rapat dengan konsep korelasi akan dibincangkan selepas konsep mengenai korelasi di antara item dan kriteria dijelaskan. 5.3 Indeks Diskriminasi

Indeks diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan pencapaian di antara pelajar kumpulan atas dengan pelajar kumpulan bawah. Diskriminasi yang

positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan atas tetapi ramai pelajar kumpulan bawah yang tidak dapat menjawabnya dengan betul. Diskriminasi yang negatif pula menunjukkan bahawa item tersebut tidak boleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan atas tetapi pelajar kumpulan bawah pula yang boleh menjawabnya. Jika jumlah bilangan skrip untuk kumpulan atas dan kumpulan bawah adalah sama, NT = NR, formula untuk indeks diskriminasi adalah

ID

T R NT

6.0 Jadual Spesifikasi Ujian Topik-Aspek Bahasa Objektif Topik Kata Ganti Nama Kata Adjektif Kata Nama Khas Kata Kerja Tanda Baca Kata Nafi Peribahasa Ayat yang Betul Ayar sama maksud Topik/Tema 1 / / / Petikan 1 / / / Jumlah soalan 2 3 4 5 6 Jum. Item 1 1 1 1 1 1 18 / / / / 1 // / / / / / / 2 3 4 5 6 2 1 1 1 2 1 2 1 1 Aras Jum. Item

Petunjuk : 1 2 Pengetahuan Kefahaman

3 4 5 6

Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

7.0 Ujiam BAHASA MELAYU Bahagian A (Soalan Objektif) Isi tempat kosong dengan jawapan yang palin sesuai 1 "Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya. A kita B kami C saya D mereka [ Jawapan : C, Aras 1(Pengetahuan 2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung. A Dia B Kita C Kami D Mereka

[ Jawapan : C, Aras 1(Pengetahuan) Jawab soalan peribahasa tersebut. 3. Kak Laila menghayati irama muzik melalui radio sebagai ________semasa

menyiapkan kerja sekolahnya. A pencuci telinga B buah mulut C halwa telinga

D alas perut [ Jawapan : C, Aras 1(Pengetahuan) Jawab soalan peribahasa tersebut. 4. penghulu menyelesaikan masalah rakyat dengan berhati-hati supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak. A. B. C. D. bagai melepaskan batuk di tangga bagai menarik rambut dalam tepung bagai buluh ditarik songsang bagai aur dengan tebing [ Jawapan : B, Aras 3(Aplikasi)

Jawab soalan kata adjektif tersebut. 5.Razak terpesona melihat sepasang burung merak yang _______ di Zoo Negara. A lawa C anggun B cantik D jelita [ Jawapan : C, Aras 2(Kemahiran)

Jawab soalan kata nama khas tersebut.

6. Negeri ________ juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia A Sabah B Kelantan C Pahang D Kedah [ Jawapan : D, Aras 1(Kemahiran) Jawab soalan kata kerja tersebut. 7. Dia berjaya kerana dia__________menghadapi cabaran yang Mendatang .A cekap B tabah C tahan D tuntas [ Jawapan : C, Aras 1(Kemahiran) Pilih ayat yang betul menggunakan tanda baca. 8. AWah, besarnya Stadium Negara, kata Rina. BWah! Besarnya Stadium Negara, kata Rina. CWah. Besarnya Stadium Negara, kata Rina. DWah, besarnya Stadium Negara! kata Rina.

[ Jawapan : D, Aras 3(Aplikasi) Jawab soalan kata nafi tersebut. 9. A Ini tidak kali pertama Zaiton melarikan diri dari rumah. B Warung yang terletak bukan jauh dari jalan raya itu, warung Pak Ali. C Bukan begitu caranya untuk menyukat kedalaman sungai,kata Zuli kepada Mahat. D Saidin tidak abang ipar Iqbal [ Jawapan : C, Aras 4(Analisis) Pilih ayat yang mempunyai tanda baca yang betul 10. A Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik

Yatim itu, tanya Hanim. B Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik

Yatim itu. tanya Hanim. C Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik

Yatim itu! tanya Hanim. D Apakah yang dicari oleh pihak polis di rumah Encik

Yatim itu? tanya Hanim. [ Jawapan : D, Aras 4(Analisis)

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat tersebut. 11. Rosli dimarahi oleh ibu kerana selalu menconteng

tempat itu dengan sesuka hatinya. A Rosli memarahi ibu kerana selalu menconteng tempat

itu dengan sesuka hatinya. B Ibu memarahi Rosli kerana selalu menconteng tempat

itu dengan sesuka hatinya. C Rosli dimarahi kerana ibu selalu menconteng tempat

itu dengan sesuka hatinya. D Ibu dimarahi oleh Rosli kerana selalu menconteng

tempat itu dengan sesuka hatinya. [ Jawapan : B, Aras 5(Sintesis)

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul. 12. I Pinggan mangkuk itu disusun rapi oleh pembantu rumah. II Bangunan itu disusun antara buku-buku bank. III Buku-buku itu telah disusun oleh pustakawan sekolah. IV Murid-murid disusun sebelum pulang ke rumah. A.I dan II sahaja B.II dan III sahaja

C.III dan IV sahaja D.I dan III sahaja [ Jawapan : D, Aras 6Penilaian()

Jawab soalan subjektif berdasarkan prtikan berikut. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim,guru-guru serta hadirin yang dihormati. Pada hari ini, saya akan menyampaikansebuah syarahan yang bertajuk Membaca Kunci Kejayaan . Membaca merupakan kegiatan yang berfeadah bagi mengisi masa lapang. Kini, pelbagai bahan bacaan boleh didapati dengan mudah di pasaran seperti majalah ,surat khabar, dan buku cerita. Melalu pembacaan, kita akan memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Pada masa kini, bahan bacaan bukan sahaja terhad kepada bahan cetak malahan melalui media elektronik seperti internet. Kegiatan membaca bukan sahaja digalakkan kepada golongan kanak-kanak malahan juga golongan dewasa. Para hadirin, Sesiapa yang suka membaca pasti akan beroleh kejayaan . Ini kerana melalui pembacaan kita akan memperolehi pelbagai maklumat dan informasi yang dapat menjana pemikiran. Kita juga dapat meningkat ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Banyak tokoh ilmuan yang berjaya berpendapat bahawa membaca adalah kunci kejayaan. Dewasa ini amalan membaca semakin berkurangan disebabkan pelbagai faktor. Kita sebagai manusia yang inginkan kejayaan haruslah menghidupkan semula amalan membaca. Kempen membaca patut digiatkan untuk menjamin masyarakat berilmu pengetahuan tinggi dan dapat bersaing dalam era globalisasi. Selain itu, pameran buku jualan buku hendaklah sentiasa diadakan untuk memudahkan masyarakat mendapat bahan bacaan yang berkualiti. Sebelum saya mengundur diri, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa membaca adalah kunci kepada kejayaan. Jadikanlah amalan membaca sebahagian daripada kehidupan kita. Saya akhiri syarahan saya dengan ucapan terima kasih Soalan pengetahuan

13.Apakah kegiatan yang berfaedah untuk mengisi tersebut. Jawapan; Membaca, Aras 1(Pengetahuan). 14. Siapakah yang sepatutnya membaca ?

masa lapang di dalam petikan

Jawapan: Kanak-kanak dan orang deawasa, Aras 1 (Pengetahuan)

15. Mengapakah amalan membaca dikatakan dapat menjamin kejayaan ? Jawapan: Kita akan mendapat pelbagai maklumat dan informasi dan dapat menjana pemikiran. Aras 2 (Kemahiran) 16. Berikan satu contoh bagaimana harus dilakukan untuk menghidupkan semula amalan membaca yang terdapat di dalam petikan tersebut dan terangkan bagaimana untuk melakukannya? Kempen membaca. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen membaca dari sekolahsekolah, menggunakan media massa untuk mempromosikan kempen membaca dengan melibatkan tokoh-tokoh ternama untuk menarik minat orang ramai membaca. 17. Mengapakah pameran buku hendaklah sentiasa diadakan? Jawapan: Pameran buku perlu sentiasa diadakan untuk menarik minat murid membaca buku baru dan lama supaya murid sentiasa mencari bahan bacaan yang baru. (Aras 4 :Analisis) 18. Cadangkan bagaimana amalan membaca dapat diterapkan di dalam sekolah? Amalan membaca di sekolah boleh diterapkan dengan merancakkan program nilam yang ada di sekolah. Sekolah boleh menyediakan hadiah setiap bulan kepada murid yang membaca paling banyak mengikut kategori jantina. atau

Amalan membaca di sekolah boleh diterapkan dengan mengadakan minggu membaca. Murid-murid boleh membawa bahan bacaan di rumah untuk diletakkan di dalam kelas untuk sudut bacaan dan boleh bertukar dengan kawan untuk membaca bahan bacaan baru. Aras 6 ( Penilaian)

8.0 Analisis Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Aras Soalan

ARAS

0 Penilaian Sintesis Analisis Aplikasi Kefahaman Pengetahuan

3 ARAS 2 1 3 3 4 5

Jadual 8.0: Graf Jadual Spesifikasi Ujian Graf Jadual Spesifikasi Ujian di atas menunujukkan bilangan soalan mengikut aras. Terdapat 18 item soa;an bagi satu set kertas ujian yang telah saya bina mengikut aras iaitu, 5 soalan pada aras pengetahuan, 4 kefahaman, 3 aplikasi, 3 analisis, 1 sistesis dan 2 soalan pada aras penilaian. Jadual Spesifikasi Ujian ini di bentuk mengikut topik Bahasa Melayu Tahun 5. JSU yang telah saya bina mengikut topik yang sudah di ajar oleh guru Bahasa Melayu Tahun 5. Aras yang ditetapkan bagi setiap soalan mengikut standard Taksonomi Bloom.

9.0 Laporan Pengujian 9.1 LATAR BELAKANG PROSES PENGUJIAN DAN PENILAIAN Pembinaan Instrumen Ujian Sebelum menhasilkan soalan dan mentadbir ujian di kelas, saya telah membentuk satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mengikut topik dan sukatan Bahasa Melayu Tahun 5. JSU telah di bina untuk memudahkan saya menyediakandan menyusun soalan mengikut aras .saya telah membina satu set ujian yang mengandungi 18 item soalan. Kertas ujian ini teah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Terdapat 12 bentuk soalan objektif pada bahagian A manakala 6 bentuk soalan subjektif berdasarkan petikan pada bahagian B. Saya telah merujuk kepada buku latihan Tahun 5 dan internet semasa menjelmakan soalan berdasarkan JSU yang telah saya bina. Setelah saya selasai membina satu set kertas ujian Bhasa Melayu, saya telah mentadbir satu ujian di kelas Tahun 5 untuk melakukan ujian saya. Pemilihan Responden Responden yang telah saya pilih merupakan murid-murid Tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs. Terdapat tiga kelas Tahun 5 di sekolah tersebut. Responden dari kelas tersebut mempunyai latar belakang kaum yang berbeza berikutan kedudukan sekolah yang dipenuhi dengan kaum Melayu dan India. Saya telah memilih seramai 15 orang responden semasa mentadbir ujian ini. Tempat dan Tempoh Masa yang Diperuntukkan Tempat ujian yang dijalankan ialah di kelas Tahun 5 itu sendiri dan masa yang diperuntukkan ialah selama 30 minit. Selepas 30 minit ujian dimulakan saya mengutip semula kertas ujian. Secara keseluruhannya kesemua responden yang telah dipilih dapat menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan. .Proses Penilaian

Proses menyemak jawapan telah dilakukan sendiri oleh saya selepas ujian selesai. Proses ini telah mengambil masa selama dua hari dan saya telah menanda semua jawapan seterusnya memberikan markah dalam peratus. Markah yang paling tinggi dicapai oleh salah seorang murid dari kelas ini ialah Nur Aqilah Saedah binti Adnan sebanyak 88 . Cara pengiraan markah murid yang saya gunakan adalah seperti berikut:

Jumlah jawapan betul ______________________ Jumlah keseluruhan soalan x 100

Setelah menyemak semua kertas jawapan, saya telah merekod segala data pemarkahan dan membuat analisis terhadap bilangan murid yang menjawab dengan betul bagi setiap soalan yang diberikan. Bagi memudahkan saya untuk membuat analisis, saya telah menterjemahkan segala data yang diperoleh ke dalam bentuk jadual ,carta dan graf. Secara keseluruhannya, data yang dianalisis adalah berkaitan dengan gred pemarkahan murid, peratus jawapan betul bagi soalan objektif dan subjektif serta analisis terhadap semua soalan dan bilangan murid yang menjawab setiap soalan dengan betul.

9.2 Analisa Gred Markah Bagi proses penggredan, saya telah merujuk gred markah mengikut Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Berikut adalah jadual gred bagi sekolah rendah: Gred A B C D E Jadual Gred Markah Gred Pemarkahan Bilangan Murid Bilangan murid A 6 B 7 C 2 D 0 Markah 80 100 60 79 40 59 20 39 01 19 Status Cemerlang Kepujian Baik Lulus Gagal

: 15 orang

8 7 6 5 4 3 2 1 0 GRED A GRED B GRED C GRED D

Jadua; 9.2 Graf Gred Markah Semasa menjalani praktikum fasa kedua saya yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs, saya telah menjalankan ujian Bahasa Melayu terhadap murid tahun 5 di sekolah itu. Murid yang dipilih untuk mengambil ujian ini ialah dari murid kelas 5 Bijak. 5 Bijak adalah kelas yang pertama daripada tiga kelas. Kelas 5 Bijak terdiri daripada 28 orang murid keseluruhannya yang terdiri daripada murid berbilang bangsa iaitu kaum Melayu dan India.. Saya telah memilih hanya 15 orang murid untuk menjawab soalan ujian yang telah saya sediakan yang terdiri daripada 15 murid dari kaum Melayu dan seorang dari kaum India dan kaum Cina. Hasil ujian mendapati seramai 6 orang murid telah mendapai keputusan A manakala 7 orang murid mendapat B dan 2 orang murid mendapat C . Tiada murid yang mendapat D dalam ujian yang telah saya dijalankan.

MURID

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN SUBJEKTIF

MARKAH DIPROLEHI

PERATUS

GRED

MARKAH M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 10 10 9 9 8 10 10 11 7 5 7 10 8 11 9 4 5 5 5 4 6 6 5 3 3 4 6 3 5 5 14 15 13 14 14 16 16 16 10 8 13 16 11 16 14 80 55 44 72 80 61 88 77 77 83 72 77 77 88 B A B A B A A A c B B A B A B

Jadual 9.3 : Jadual Permakahan Murid

Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

BILANGAN Betul 15 8 6 5 6 5 4 4 7 6 6 7

Salah 0 7 6 7 6 7 8 8 5 8 8 5 J

adual 9.3 : Jadual Bilangan Murid dalam Soalan Objektif untuk Betul dan Salah
16 14 12 10 8 6 4 2 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 BETUL SALAH

Graf 9.3 : Graf Bilangan Murid dalam Soalan Objektif untuk Betul dan Salah

Soalan Subjektif Bilangan Soalan 1 2 3 4 5 6 Bilangan Betul 15 15 6 10 12 9 Bilangan Salah 0 0 7 5 3 6

Jadual 9.4: Jadual Bilangan Murid untuk soalan Subjektif


16 14 12 10 8 6 4 2 0 1 2 3 4 5 6 BETUL SALAH

Graf 9.4 : Graf Bilangan Murid untuk Soalan Subjektif untuk Betul dan Salah

Rumusan Pengujian dan penilaian

Saya telah menjalankan ujian Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs. Saya telah memilih Kelas 5 Bijak sebagai respoden untuk ujian saya. Kelas 5 Bijak terdiri daripada 28 murid iaitu 11 murid lelaki dan 17 nmurid perempuan. Kelas iini terdiri daripada dua kaum iaitu kaum Melayu dan kaum Cina. Saya telah mengambil 15 orang respoden terdiri daripada 6 murid lelaki dan 9 murid perempuan. Sebelum melakukan ujian, saya telah merangka JSU yang ingin diluji kepada murid-murid ini. Saya telah membuat soalan-soalan yang dirasakan sesuai mengikut JSU yang telah ditetapkan. JSU ini terdiri daripada 12 soalan objektif dan 6 soalan subjektif. Soalan objektif terdiri daripada enam soalan senang, empat soalan sederhana dan dua soalan susah. Manakala soalan subjektif adalah soalan yang berpandukan petikan. Terdapat empat soalan senang, dua soalan sederhana dan satu soalan susah. Mengikut hasil yang telah diprolehi daripada ujian yang telah dilakukan, terdapat enam murid mendapat gred A, tujuh murid mendapat gred B dan dua murid mendapat gred C. Melalui analisa yang saya lakukan, murid lemah dalam tatabahasa dan peribahasa untuk soalan susah dan mahir dalam memahami petikan untuk soalan senang dan soalan sederhana manakala soalan mudah untuk soalan objektif.

Soalan pertama dan kedua dalam soalan objektif adalah topik kata ganti diri. Soalan ini adalah soalan jenis mudah dan berbentuk pengetahuan.Untuk soalan objektif yang pertama, semua murid dapat menjawab soalan dengan betul. Ini membuktikan murid memahami konsep kata nama ganti diri pertama saya untuk mewakili diri sendiri dan orang pert ama. Untuk soalan kedua, terdapat lapan murid yang betul dan enam murid yang salah. Ini membuktikan terdapat segelintir murid yang keliru dalam kata ganti diri pertama dalam bilangan banyak. Murid keliru dalam membezakan perkataan kami dan kita untuk kata ganti diri pertama melibatkan dua

orang. Murid juga kurang arif dalam mengunakan kata ganti diri yang sesuai mengikut ayat yang dinyatakan. Soalan ketiga dan keempat adalah berpandukan topik peribahasa. Soalan ketiga adalah soalan berbentuk pengetahuan. Terdapat hanya dua murid yang betul dan 13 murid yang salah. Bagi saya, murid kurang dalam pengetahuan mereka untuk peribahasa. Ramai murid tidak tahu defimisi halwa telinga iaitu membawa maksud sesuatu perkara yang baik di dengar atau sesuatu yang menyedapkan telinga (seperti lagu dan lain-lain). Soalan keempat adalah berbentuk aplikasi. Terdapat tujuh murid menjawab dengan betul manakala lapan murid menjawab dengan salah. Kesilapan murid dalam menjawab soalan ini adalah murid kurang memahami maksud setiap peribahasa dan keliru dengan peribahasa yang hamper sama iaitu bagai menarik rambut dalam tepung dan bagai buluh ditarik sonsang. Soalan kelima adalah topik adjektif berbentuk kefahaman. Tujuh murid betul dalam menjawab soalan ini dan lima orang menjawab salah dalam soalan ini. Kesemua jawapan membawa maksud dan erti yang sama tetapi murid haruslah tahu menggunakan kata adjektif ini tepat pada sifat seseorang tersebut. Murid perlu tahu bahawa lawa,anggun, dan jelita adalah untuk manusia manakala cantik adalah untuk semua hidupan dan benda. Soalan keenam adalah soalan berbentuk aplikasi. Murid perlu mengenal pasti nama gelaran negeri yang sesuai dengan nama gelarannya. Lima murid menjawab dengan betul manakala tujuh murid menjawab dengan salah. Ini menujukkan hampir setengah murid kurang penetahuan dalam nama gelaran untuk negeri yang terdapat di Malaysia ini..

Soalan ketujuh adalah topik kata kerja bagi aras aplikasi. Terdapat lima murid betul dan tujuh murid salah menjawab soalan ini. Walaupun terdapat dua jawapan yang hampir sama erti iaitu tahan dan tabah. Murid perlu tahu penggunaan kata itu perlulah sesuai dengan sesuatu ayat. Dalam soalan ini, tabah lebih sesuai kerana tabah digunakan untuk manusia yang gigih berusaha menempuh kesukaran berbanding tahan yang sesuai dengan ayat yang menujukkan kesabaran manusia itu .

Soalan lapan hingga soalan sepuuluh adalah soalan aras sederhana. Untuk soalan lapan. adalah mengenal pasti tanda bacaan dengan betul. Terdapat empat menjawab dengan betul

manakala lapan murid menjawab dengan salah. Penggunaan tanda baca bagi murid mungkin masih dalam keadaan sederhana dan masih boleh dibaiki. Terdapat satu faktor juga murid kurang meneliti atau terlepas pandang penggunaan tanda baca yang perlu ada dalam sesuatu ayat tersebut. Soalan sembilan adalah soalan mengenai kata nafi. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Terdapat empat murid menjawab betul manakala lapan murid menjawab dengan salah. Kesalahan yang dilakukan oleh murid adalah salah memahami penggunaan bukan dan tidak untuk sesuatu ayat tersebut.

Soalan sepuluh adalah untuk topik tanda baca aras analisis. Soalan ini menguji murid mengenal pasti tanda baca yang betul dan sesuai digunakan di dalam ayat dengan lebih terperinci. Terdapat enam murid menjawab betul dan enam murid menjawab salah. Kesilapan atau kecuaian murid mungkin antara faktor menjawab dengan salah selain kurang pengetahuan dalam penggunaan tanda baca.

Soalan sebelas adalah untuk topik ayat yang sama maksud bagi soalan aras sintesis.Ini menguji murid untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman dalam ayat tersebut untuk membina ayat yang baru. Terdapat enam murid menjawab betul dan enam murid menjawab dengan salah. Sesetengah murid masih lagi kurang mahir dengan penggunaan kata yang sesuai dan kurang memahami maksud dan situasi yang berlaku di dalam ayat tersebut.

Soalan terakhir adalaah untuk topik ayat yang betul bagi aras penilaian. Soalan ini menguji penilaian murid dalam menentukan penggunaan kata yang sesuai debgan ayat yang ingin dinyatakan. Terdapat tujuh murid menjawab soalan dengan betul manakala empat murid menjawab dengan salah. Antara kebiasaan murid menjawab dengan salah adalah murid kurang memahami penggunaan perkataan susun dalam menjelaskan situasi atau ada kaitan dengan perkataan lain.

Soalan subjektif mempunyai enam soalan yang terdiri daripada tiga soalan senang, dua soalan sederhana dan satu soalan susah. Soalan subjektif yang dilakukan adalah soalan subjektif berdasarkan petikan yang diberi. Soalan t13 dan 14 belas adalah aras pengetahuan. Semua murid dapat menjawab dengan tepat soalan ini kerana murid hanya diuji dengan pengetahuan dan imbas kembali maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut. Bagi soalan 15 adalah soalan aras kefahaman. Ini menguji kefahaman murid dalam mengetahui faedah membaca ini dalam kehidupan manusia. Terdapat lapan murid dapat menjawab dengan betul manakala 7 menhawab dengan salah. Terdapat murid yang tidak memberikan jawapan yang tepat dengan soalan yang diberikan menjadikan murid itu salah dalam menjawab soalan ini. Murid-murid didapati masih lemah dalam memikirkan kesan positif apabila melakukan sesuatu yang berfaedah. Soalan 16 adalah soalan aras aplikasi. Murid-murid perlu memahami akan kepentingan dan cara melakukan sesuatu yang telah dirancang menjadi kenyataan. Contohnya murid sudah tahu kempen membaca adalah salah satu cara mengajar murid mengamalkan amalan membaca tetapi bagaimanakan mengadakan kempen itu adakah mengadakan program nilam di sekolah-sekolah atau dengan mengedarkan risalah dan ceramah tentang faedah amalan membaca. Terdapat sepuluh murid betul dan lima murid salah menjawab soalan ini. Kesalahan murid dalam menjawab soalan ini adalah contoh dan caara perlaksanaan yang diberikan tidak sesuai dengan kempen amalan

membaca. Murid-murid perlu lebih berfikir dengan kreatif akan cara menarik murid lain mengetahui akan kebaikan amalan membaca. Soalan 17 adalah soalan aras analisis. Ini menguji akan kognitif murid untuk berfikir akan sesuatu perkara seperti soalan ini adalah murid berfikir kenapakah pameran buku perlu diakan dengan lebih kerap. Oleh itu, murid perlu berfikir dengan menganalisa akan faedah-faedah yang mendorong akan minat murid untuk mengamalkan amalan membaca di dalam kehidupan seharian. Terdapat dua belas murid menjawab dengan betul berdasarkan contoh dan penerangan yang baik manakala tiga murid menjawab dengan salah. Kesalahan yang dilakukan oleh murid adalah daripada faktor kurang memahami soalan dan jawapan yang diberikan adalah jawapan yang kurang tepat dengan kehendak soalan. Murid perlu lebih berusaha memahami dan memekirkan sesuatu perkara itu sentiasa mempunyai kesan positif atai kesan negatif. Soalan terakhir untuk penutup ujian ini adalah18 adalah soalan aras sintesis. Dalam soalan ini, murid perlu memikirkan ssessuatu yang lain daripada yang terdapat di dalam petikan tersebut. Ini menguji kognitif murid untuk berfikir dan memberikan idea baru yang sesuai dan perlu sesuai dengan masa dan keadaan sekeliling. Soalan ini terdapat Sembilan murid menjawab dengan betul manakala enam murid menjawab dengan salah. Soalan ini menguji murid untuk lebih berfikir dengan kreatif dan rasional. Antaara jawapan yang diberikan aadalah jawapan yang sama di dalam petikan dan ada jawapan yang kurang sesuai dijalankan di dalam sekolah contohnya beberapa waktu belajar diganti dengan waktu murid membaca buku di dalam pusat sumber. Ini akan memberikan kesan buruk kepada waktu belajar murid dan khuatir objektif murid membaca kurang tercapai kerana murid mungkin melakukan aktiviti yang lain.

Refleksi Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus bagi subjek BMM 31O3 yang dibimbing oleh Dr Aziz. Saya sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah Berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku sekiranya tanpa bantuan rakan-rakan seperjuangan , pensyarah dan ibu bapa yang dikasihi sekalian. Semoga tugasan yang saya lakukan ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada sesiapa yang membaca dan mengkaji tugasan ini.

Tugasan BMM 3103, (Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah diberikan tanggungjawab kepada PISMP Semester 6 untuk melaksanakan tugasan ini. Taklimat mengenai tugasan ini telah diberikan oleh Dr Aziz iaitu Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu merangkap pensyarah yang turut membimbing saya dan rakan-rakan seperjuangan untuk tugasan ini. Taklimat yang diberikan oleh Dr. Aziz adalah berkaitan dengan soalan tugasan yang perlu dilaksankan oleh guru pelatih semester 6 semasa berpraktikum selama dua bulan di sekolah masing-masing. Antara yang perlu dilaksanakan oleh saya dan rakan-rakan yang lain ialah mendapatkan Sukatan Pelajaran KBSR Tahun 5. Seterusnya menyenaraikan tajuk berkaitan system bahasa dan kemahiran membaca dan menulis bagi menyediakan JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian) untuk menghasilkan 12 soalan objektif sistem bahasa dan 6 soalan subjektif berdasarkan satu petikan pemahaman mengikut aras Taksanomi Bloom bagi murid kelas cerdas. Saya juga perlu pastikan maklumat tentang JSU harus difahami dan ketepatan soalan-soalan yang disediakan serta kebolehan murid dengan menjalankan pengujian penilaian kepada murid di dalam kelas.

Tugasan ini bagi saya adalah sesuatu yang baru kerana kami dikehendaki untuk membina Jadual Spesfikasi Ujian dan item ujian Bahasa Melayu . Tajuk tugasan ini banyak memberi faedah dan input-input terkini kepada guru pelatih. Antaranya ialah pengalaman dan pendedahan kepada guru pelatih kerana ianya sebagai langkah persediaan kepada guru pelatih untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak. Guru perlulah kreatif dalam pengajaran supaya ianya dapat mengelakkan daripada murid

mengalami kebosanan. Ini kerana mata pelajaran Bahasa Malaysia amatlah penting dan merupakan mata pelajaran kegemaran murid-murid sekolah rendah.

Kekuatan Antara kekuatan yang dapat saya ketahui adalah saya dapat menghasilakn JSU yang sesuai dengan kehendak kerja kursus ini. Saya telah memilih dahulu topik yang sesuai dengan KBSR Tahun 5 sebelum membuat soalan. Soalan yang dihasilkan adlah untuk menguji murid-murid untuk melihat tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini adalah hasil daripada penerangan dan taklimat yang diberikan oleh pensyarah juga sedikit sebanyak membantu saya dalam merangka JSU dan membuat soalan yang sesuai dengan mengikut kehendak JSU. Tampa pengajaran dan pembelajaran beliau yang dilakukan di dalam kelas Bahasa Melayu sebelum ini, mungkin saya akan mendapat kesukaran dalam membuat kerja kursus ini.

Saya juga sangat berterima kasih dengan pihak sekolah kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk melakukan ujian terhadap kelas 5 Bijak. Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs ini sangat mesra dan sudi bekerjasama dengan saya untuk berkongsi ilmu mengenai membut soalan untuk murid-murid. Di samping itu juga saya amat berterima kasih dengan respoden iaitu murid-murid yang sudi mengambil ujian ini. Mereka telah menujukkan respon yang baik semasa menjawab ujian ini. Murid-murid di sini sangat baik dan sentiasa ingin menabur jasa kepada sekolah dengan memnabntu guru dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah ini sepanjang saya berpraktikum selama dua bulan di sekolah ini.

Selesai sahaja praktikum selama dua bulan saya perlu mengumpul data-data semua yang diperlukan bagi menganalisis soalan-soalan yang sukar dijawap oleh murid tersebut. Sesungguhnya tugasan ini begitu mencabar bagi saya. Walaupun saya bukanlah guru sebenar di sekolah, tapi saya dapat merasakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik anak bangsa ini merupakan satu tugas yang amat berat dan mencabar. Saya sebagai bakal guru kelak perlu menyahut cabaran ini supaya pada masa hadapan tugasan ini dapat dilaksanakan dengan mudah dan

tersusun.Semasa melaksanakan keja khusus ini juga, saya telah belajar sesuatu yang baru dan tidak penah saya belajar sebelum ini. Jadual spesfikasi ujian adalah sesuatu yang baru dan saya tidak mengerti apakah maksudnya. Tetapi setelah melakukan kerja khusus ini, barulah saya memahami maksud JSU ini. Selain itu, saya juga dapat belajar cara-cara membuat soalan tatabahasa mengikut JSU yang sesuai. Semua perkaraperkara ini wajar kita fahami dan laksanakan dengan baik. Oleh itu, sebagai persediaan kita ke alam perguruan, eloklah kita membuat persediaan untuk diri kita sendiri dalam menghadapi alam perguruan suatu hari nanti. Semoga apa yang terdapat dalam kajian tugasan ini dapat diambil pengajarannya dan semoga ianya menjadi sesuatu yang berguna kepada kita suatu hari nanti.

Kelemahan

Antara kelemahan yang saya sedari adalah kekangan masa dalam menghasilkan JSU kerana banyak masa diperuntukkan untuk menghasilkan rancangan pengajaran harian,mengemaskini fail dan aktiviti-aktiviti sekolah. Masa menjawab untuk murid Kelas 5 Bijak ini juga tidak sesuai kerana dilakukan selepas mereka menjalani waktu pendidikan jasmani dan sebelum waktu rehat. Ini membuatkan mereka letih untuk menjawab dan hanya beberapa bilangan murid sahaja yang sudi menjawab soalan ini. Masa juga kurang sesuai dengan ujian yang dilakukan kerana mereka memerlukan masa untuk mereka bersedia untuk menjawab ujian tersebut selepas penat dengan kelas Pendidikan Jasmani.. Saya hanya dapat menjalankan ujian ini kurang daripada masa yang ditetapkan iaitu 30 minit.

Terdapat juga gangguan daripada sistem suara sekolah yang mengudarakan lagu hari raya sebelum rehat dan selepas sesi sekolah tamat. Ini menjadikan murid kurang menumpukan perhatian da nada yang menjawab dengan laju tampa memberikan perhatian untuk ujian tersebut.

Kelemahan lain adalah kesilapan susunan pada kertas ujian. Oleh itu, saya perlu mengambil masa yang lama untuk menyusun semula kertas-kertas tersebut sebelum

memberikan ujian kepada murid tersebut. Arahan-arahan di dalam ujian itu juga kurang difahami oleh murid-murid. Saya telah menjelaskan arahan yang tidak difahami oleh kelas tersebut bagi mengatasi maslah ini.

Penambah baikan

Terdapat banyak penambah baikan yang saya perlu lakukan bagi mengatasi kelemahan ini. Antaranya adalah meminta waktu yang sesuai dengan pihak pentakbir sekolah untuk membuat ujian Bahasa Melayu ini. Masa yang sesuai adalah waktu pagi selepas perhimpunan pagi kerana waktu itu murid sedia untuk belajar. Saya juga perlu meminta masa yang lebih untuk murid bersedia sebelum melakukan ujian iaitu paling kurang 60 minit. Ini dapat menghindarkan gangguan daripada perkara-perkara yang tidak dijangka contohnya gangguan bunyi bising.

Saya juga perlu memberitahu murid lebih awal untuk melakukan ujian ini supaya mereka bersedia dengan ujian yang akan mereka lakukan. Saya boleh mengadakan beberapa sesi suai kenal supaya mereka bersedia dan sudi untuk menjadi respoden saya dengan masuk di dalam kelas itu sebanyak dua kali.

Saya juga boleh meminta pihak pentakbir untuk menyediakan tempat yang lebih selesa untuk murid sesuai menjawab ujian supaya mereka selesa dan sedia menjawab ujian. Tempat hendaklah sesuai dengan pencahayaan, udara yang baik dan luas tidak seperti di dalam suasana bilik darjah mereka yang kurang selesa dan sempit. Tempat yang sesuai adalah di dalam dewan ataupun di dalam surau yang jauh daripada murid lain dan cukup selesa untuk mereka menjawab soalan.

Bagi mengatasi susunan kertas, saya perlu sentiasa melakukan semakan sebanyak tiga kali atau lebih sehingga susunan itu betul-betul baik. Selain itu, saya boleh meminta rakan praktikum saya untuk membuat semakan atas susunan kertas ujian saya. Dalam membaiki arahan di dalam ujian yang saya hasilkan itu, saya perlu terlebih dahulu merujuk guru Bahasa Melayu atau berjumpa dengan pensyarah untuk

memeriksa dan berbincang mengenai arahan dan soalan yang saya hasilkan untuk Kelas 5 Bijak.

Pada masa hadapan, saya berharap cadangan penambah baikan ini akan saya laksanakan sekiranya saya terlibat lagi dalam mengadakan ujian dengan menghasilkan soalan-soalan berdasarkan JSU yang telah dirangka.

BIBIOGRAFI Kamarudin Hj Husin , Pedagogi Bahasa, Longman Malaysia Sdn Bhd, 1988.

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement: Classroom Application and Practice, (5thEd). New York: HarperCollins.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

http://adamayu.blogspot.com/2010/04/ciri-ciri-pentaksiran.html http://gurumanikha05.blogspot.com/2010/01/interaksi-minggu-1-pengertian-konsep.html

Anda mungkin juga menyukai