Anda di halaman 1dari 24

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

Pengenalan Pertumbuhan ekonomi menerangkan atau mengukur prestasi dari

perkembangan suatu ekonomi. Dalam kegiatan ekonomi yang sebenarnya pertumbuhan bererti perkembangan fisikal produksi barang dan perkhidmatan yang berlaku di suatu negara, seperti pertambahan dan jumlah produksi barang industri, perkembangan infrastruktur, pertambahan jumlah sekolah,

perkembangan produksi sektor perkhidmatan dan pertambahan produksi barang modal. Tetapi dengan menggunakan berbagai jenis data produksi adalah sangat sukar untuk memberi gambaran tentang pertumbuhan ekonomi yang di capai. Oleh sebab itu untuk memberikan suatu gambaran kasar mengenai pertumbuhan ekonomi yang dicapai suatu negara, ukuran yang selalu digunakan adalah tingkat pertumbuhan pendapatan nasional yang dicapai. Pertumbuhan selalu digunakan sebagai suatu ungkapan umum yang menggambarkan tingkat perkembangan suatu negara yang diukur melalui presentasi pertambahan pendapatan nasional. Istilah pembangunan ekonomi (economic development) biasanya di kaitkan dengan perkembangan ekonomi di negara negara berkembang.Pendapatan perkapita sebagai pengukur

kemakmuran. Banyak informasi perlu digunakan untuk secara lengkap menunjukkan taraf kemakmuran dan taraf hidup yang dicapai masyarakat suatu negara,kemakmuran ditentukan pula oleh infrastruktur untuk mendapatkan keperluan asas dan taraf kesihatan Dalam membicarakan mengenai pertumbuhan ekonomi dua hal penting perlu di perhatikan, iaitu faktor faktor yang menentukan pertumbuhan ekonomi suatu negara dan teori- teori yang menerangkan penting menentukan pertumbuhan.Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi adalah sumber daya alam (SDA). Suatu negara yang sumber daya alamnya melimpah akan mempunyai kesempatan yang besar untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat. Selain itu, modal dan teknologi serta sumber daya manusia sangat pentingnya ertinya bagi pertumbuhan ekonomi.

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

2.0 Sektor Pertanian Perancangan sektor pertanian secara sistematik dan terarah telah bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan telah diperkemaskan lagi selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB).Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK menunjukkan tren yang semakin menurun daripada 31.5% pada tahun 1965 kepada hanya 12.2% pada tahun 1997 dan 10.5% pada tahun 2000. Sektor pembuatan pertumbuhan yang memberangsangkan daripada 10.4% pada tahun 1965 kepada 35.5% pada tahun 1997 dan 37.5% tahun 2000. Sumbangan sektor utama ialah 40.5% pada tahun 1965 menurun kepada 19.0% pada tahun 1997.Sumbangan kepada peluang pekerjaan atau guna tenaga, tren yang sama iaitu daripada 52.1% pada tahun 1965 merosot kepada hanya 15.2% pada tahun 1997 dan 13.1% tahun 2000. Sebaliknya sektor pembuatan menunjukkan peningkatan daripada hanya 8.3% pada tahun 1965 kepada 27.5% pada tahun 1997 dan 28.9% pada tahun 2000. Eksport pertanian pada tahun 1970 eksport barangan pertanian merupakan 60.2% daripada jumlah eksport kasar negara (di mana getah merupakan hasil eksport utama iaitu sebanyak 33.4%). Eksport barangan pertanian telah menurun kepada 22.3% pada tahun 1990 dan 13.1% pada tahun 1995. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-6 (1996-2000) eksport barangan pertanian dijangka tumbuh pada kadar purata tahunan 6.5% berbanding dengan 25.8% oleh sektor pembuatan.Dari segi penggunaan tanah pertanian di Malaysia, sebahagian besar diperuntukkan kepada tanaman kelapa sawit, sayur-sayuran, nenas dan buah-buahan. Penggunaan tanah pertanian meningkat daripada lebih kurang 5.5 juta hektar kepada tahun 1990 kepada 5.8 juta hektar pada tahun 1995 tetapi menurun kepada 5.4 juta hektar pada tahun 2000. Komoditi pertanian industri iaitu kelapa sawit terus menjadi komoditi pertanian utama yang melibatkan penggunaan tanah daripada 2.0 juta hektar pada tahun 1990 kepada 2.6 juta hektar pada tahun 2000. Peningkatan ini disebabkan oleh pembangunan tanah baru dan penukaran tanah tanaman getah kepada kelapa sawit. Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur yang
2

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

berlaku kepada ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh meningkatnya sumbangan dari sektor perindustrian dan perkhidmatan. Perhatian dan penekanan yang diberikan terhadap pembangunan sektor perindustrian

terutamanya, menunjukkan seolah-olah sektor pertanian telah dipinggirkan. Kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 telah mengakibatkan kenaikan harga barangan makanan akibat daripada kenaikan harga barang import. Keadaan ini telah meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya mendesak harga makanan untuk terus meningkat.

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

2.1 Perkembangan Sektor Pertanian di Malaysia

Sektor pertanian Malaysia mengalami pembangunan agak pesat sepanjang tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971-1990). Perkembangan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, pembangunan sektor ini sebahagian besarnya dihasilkan melalui pembukaan tanah-tanah baru oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), agensi-agensi di peringkat negeri dan syarikat-syarikat swasta. Keduanya, melalui pembangunan in-situ seperti Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP), Lembaga Pemulihan dan

Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebun Kecil Getah (RISDA) dan Lembaga Pembangunan Wilayah (LPW). Kesemua agensi yang terlibat telah meningkatkan daya pengeluaran melalui penggunaan teknologi baru dan tanaman bermutu tinggi. Tidak ketinggalan juga pertumbuhan dalam subsector perikanan dan penternakan melalui penggunaan teknik penangkapan ikan yang lebih baik dan pengurusan ternakan yang seba moden. Pada tahap awal pembangunan sehingga akhir 1970an pencapaian sector pertanian sangat menggalakkan. Kerajaan telah membuat banyak pelaburan untuk membangunkan sector berkenaan. Program yang memberi sumbangan kepada ekonomi negara dalam tempoh tersebut termasuk pembukaan tanah baru untuk aktiviti pertanian, program penanaman semula getah, pelbagaian tanaman serta pembinaan dan pembaikan sistem pengairan dan saliran.

Walaubagaimanapun,

sejak

tahun

1980,

sektor

pertanian

mula

memperlihatkan aliran menurun dan kemerosotan ini menimbulkan keresahan kepada kerajaan dan golongan yang terlibat dalam pembangunan pertanian. Kelembapan prestasi sektor ini disebabkan beberapa faktor seperti kejatuhan dalam harga eksport komoditi utama dan kenaikan harga import keperluan ladang. Sebagai contoh, harga komoditi pertanian mula menurun pada tahun 1982 dan akibatnya akaun dagangan Malaysia mencatatkan deficit sebanyak RM 1.926 bilion iaitu nilai deficit tertinggi yang pernah dialami negara ini (Malaysia,
4

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

1998). Akan tetapi, dalam tempoh 1983-1994, akaun dagangan mencatatkan prestasi bertambah baik dengan pertambahan lebihan kerana harga eksport dan harga pasaran kelapa sawit yang tinggi. Lebihan akaun dagangan tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh tersebut ialah pada tahun 1987 dengan lebihan sebanyak RM 14,703 bilion. Walaupun lebihan akaun dagangan menjunam pada tahun 1995 ke paras RM 233 bilion sahaja, ia meningkat semula pada tahuntahun berikutnya. Pada tahun 1997, akaun dagangan dijangka mencatat lebihan sebanyak RM 10 bilion. Arah aliran yang menurun dalam sektor pertanian ini mendesak kerajaan untuk menggubal Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN) pada tahun 1984 dan DPN kedua (DPN II; 1992-2010). Umumnya, tujuan utama DPN ialah untuk memaksimumkan pendapatan petani serta meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada perkembangan ekonomi melalui

penggunaan sumber sedia ada dan sumber baru secara lebih cekap. Teras DPN adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran, kecekapan dan daya saing dengan sektor pertanian. Untuk mencapai tujuan itu, perlu digunakan kaedah pembangunan tanah baru serta memperbaiki segala khidmat sokongan seperti belakan input, pemasaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta pemberian subsidi dan kredit.

DPN juga menggalakkan penglibatan pihak swasta secara lebih aktif dengan menggunakan kepakaran mereka untuk mempercepatkan pembangunan sektor tersebut dan meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri KAsar (KDNK) serta kadar pertumbuhannya. Namun sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara menunjukkan arah aliran yang menurun dari tahun ke tahun. Terutamanya, fenomena ini dapat dibuktikan melalui sumbangan sektor pertanian kepada KDNK, guna tenaga dan nilai ditambah. Jelas sekali arah aliran sumbangan yang menurun dari tahun ke tahun. Terutamanya, fenomena ini dapat dibuktikan melalui sumbangan sektor pertanian kepada KDNK, guna tenaga dan nilai ditambah. Jelas sekali arah aliran sumbangan yang menurun tidak mungkin dapat diperbaiki lagi. Jadi kadar perkembangan ekonomi yang lebih memihak kepada pembangunan yang berterusan dalam sektor
5

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

perindustrian dan perkhidmatan, seperti yang dialami ketika ini, ia akan hanya menanti saat-saat apabila keseluruhan sektor pertanian tidak lagi mempunyai apa-apa pengaruh dalam ekonomi negara. Keadaan ini telah lama dialami kebanyakan negara Barat yang telah mencapai status negara perindustrian sehinggakan dalam proses tersebut sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi mereka secara relatifnya menjadi semakin tidak bererti lagi. Dalam kata lain, kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian ini mencerminkan suatu

perubahan struktur yang berlaku kepada sumbangan ekonomi Malaysia yang diiringi peningkatan relative yang pesat dalam sumbangan dari sektor perkilangan dan perkhidmatan.

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

2.2 Masalah yang dihadapi oleh Sektor Pertanian Sektor pertanian, perternakan dan perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sector) selain daripada perlombongan dan kuari. Merupakan aktiviti peringkat awal yang tidak atau kurang melibatkan aktiviti pemprosesan.Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan

perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asean Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.Prestasi sektor pertanian sejak beberapa dekad yang lalu menunjukkan pola yang berbeza-beza di antara negara membangun. Output pertanian telah meningkat lebih daripada 60% sejak awal tahun 1970an, pengeluaran padi meningkat 2 kali ganda, eksport bahan dan tanaman industri juga meningkat dengan pesat. Peningkatan yang signifikan ini berlaku disebabkan oleh kepelbagaian dalam sistem pertanian.Namun demikian, dikebanyakan negara di Asia Tenggara dapat dilihat syer tenaga kerja di sektor pertanian dan sumbanganya kepada KDNK semakin merosot jika dibandingkan dengan sumbangan oleh sektor pembuatan. Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur yang berlaku dalam ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh meningkatnya sumbangan oleh sektor perindustrian dan perkhidmatan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turuntemurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih bermaruah dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian.Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor
7

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

pertanian tidak stabil.Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Malah, bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat tahun demi tahun.Kekurangan tenaga buruh yang mendesak menyebabkan ramai pekerja asing dibawa masuk. Di antara tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Lebih parah, petani asal yang tinggal adalah terdiri daripada petani yang sudah tua dan uzur. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian pada tahun 2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun.

Selain daripada faktor penghijrahan ini, antara masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian kini ialah saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik. Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi.Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz kurang dari satu hektar. Sub-sektor pengeluaran makanan pertanian juga terpaksa bersaing dengan sektor perladangan untuk

mendapatkan tanah yang baik. Umpamanya, sektor perladangan sahaja menguasai 83% daripada 6.36 juta hektar tanah yang bertanam.

Di samping saiz tanah yang kecil dan tidak ekonomik, terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi daya pengeluaran yang rendah dan kos purata yang tinggi di sub-sektor pekebun kecil. Pertama ialah kekurangan tenaga buruh yang berpelajaran, produktif dan cekap.Kekurangan ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak dapat dilaksanakan. Juga, petani yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah kekurangan modal kerana mereka sukar memperolehi kredit daripada institusi kewangan. Untuk mendapatkan kredit, mereka terpaksa memenuhi syarat dan keperluan yang kompleks yang ditetapkan oleh institusi berkenaan.

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

Kekurangan modal pula merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden, terutamanya menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau klon yang tinggi daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk menanam semula, petani terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk mendapatkan hasil. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu, walaupun teknologi moden berpotensi memberikan manfaat yang besar, mereka tidak berkemampuan untuk menerimanya.Disebabkan

kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden, kebanyakan petani tidak mengguna baka benih atau klon yang berdaya pengeluaran tinggi yang terkini, tidak menggunakan baja dan bahan kimia secara optimum dan betul, tidak melaksanakan pembaik pulih tanah dan mengamalkan adat dan budaya tradisi yang tidak mendorong ke arah memperoleh daya pengeluaran yang tinggi.

Selain daripada itu, negara juga menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu. Bagi sektor sayur-sayuran umpamanya, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia dan lainlain lagi. Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula perlu djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran. Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.Dari segi pelaburan swasta dalam sektor makanan, ianya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan di dalam sektor pembuatan atau sektor perladangan. Ini kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain.

Selain daripada itu, sektor pengeluaran makanan juga memerlukan usaha lebih intensif berbanding dengan sektor-sektor lain. Sebagai usaha untuk memodenkan sektor pertanian dan meningkatkan ladang sedia ada kepada ladang berskala komersil, Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak syarikat swasta yang besar untuk menceburi sektor pengeluaran makanan.Liberalisasi
9

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil pertanian negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang rendah. Lambakan hasil pertanian dijangka akan berlaku apabila sekatan bukan tarif di negaranegara ahli yang mempunyai kos pengeluaran lebih tinggi dihapuskan.

Import makanan negara turut meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (JanuariOktober) importnya adalah RM9.1 bilion.

Kenaikan permintaan makanan membawa kepada kenaikan harga makanan. Pada 1996, kenaikan harga makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan Indeks Harga Pengguna. Kejatuhan ringgit sejak Julai 1997 sebanyak 40% (RM2.6 kepada RM3.6 sedolar) telah meningkatkan kos import makanan dan input pertanian.Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.Krisis kewangan telah menyedarkan Malaysia akan perlunya peningkatan dalam aspek keselamatan makanan negara melalui pengeluaran makanan sendiri dan menyusun strategi bagi mengurangkan pergantungan makanan dari negara lain.

10

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

2.3 Prospek Sektor Pertanian di Malaysia

Walaupun sektor pertanian boleh berkembang tetapi perluasan dari segi ruang semakin terhad pada masa hadapan. Di kebanyakan negara kekurangan tanah yang boleh ditanami semakin diberikan perhatian dan langkah-langkah mengatasi mula dilaksanakan. Intensifikasi pengeluaran boleh dipertingkatkan melalui pembangunan kaedah pengeluaran yang baru bagi menggantikan amalam tradisional yang menggunakan tanah secara ekstensif. Prospek untuk ini masih menjadi tanda tanya terutamanya dalam menjayakan sistem pertanian yang lebih mampan.Kekangan sumber akan semakin meningkat dan ini akan membawa kepada perlunya membentuk sistem pertanian yang lebih efisien dan sustainable pada masa hadapan. Bagaimanakah kekangan kesediaan tanah untuk pertanian dapat diatasi ? Masyarakat terbesar (hampir 70%) populasi miskin dunia mendiami kawasan luar dan terlibat dalam pertanian sara diri. Sekiranya pembangunan hendak dilakukan dan menjadikan masyarakat ini self -sustaining ia perlu bermula di kawasan luar bandar umumnya dan sektor pertanian khususnya.Tradisionalnya, peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral). Pengalaman barat pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan struktur daripada sektor pertanian keapda sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lebih moden dan kompleks. Akibatnya, peranan utama sektor pertanian hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang. Sekarang, ahli perancang pembangunan mula menyedari bahawa sektor pertanian dan ekonomi bandar luar seharusnya menjadi elemen yang dinamik dan maju bagi membawa pembangunan secara keseluruhannya kepada majoriti masyarakat di Negara Dunia Ketiga Pembangunan sektor pertanian seharusnya memainkan peranan

11

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

penting

atau

dapat

memberi

kesan

langsung

terhadap

usaha-usaha

pembasmian kemiskinan. Dengan ini, transformasi ladang boleh dilaksanakan untuk memajukan sektor pertanian.Hal ini kerana, saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini, Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program Plantation Integration Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan

perladangan bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan lembu.

Selain itu, transformasi tenaga buruh kepada penggunaan mekanisasi, otomasi dan teknologi juga merupakan salah satu penyelesaian. Hal ini disebabkan, negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat post harvest. Di samping itu, pengurusan ladang yang moden mempertingkatkan perkembangan sektor ekonomi.Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala pakar-pakar dan pekerja yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat

12

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

tani. Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal.Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.Negara kita juga perlu meningkatkan daya saing .Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara. Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen kuarantin dan setiap pintu masuk ke dalam negara.Selain itu, kita perlu mempelbagaikan pulangan pelaburan. Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan,

intercropping, mixed farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk, pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage) diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan dan kawasan integrasi ladang (TAC). Perlaksanaan zon-zon ini akan
13

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu, ia juga membolehkan kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.Kerajaan juga menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya.Pusat Latihan Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani yang berpengetahuan dan berkemahiran. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang membina Kolej Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada golongan sasar.Sebagai usaha untuk

meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian, kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan di sektor pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selain daripada itu, kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga disediakan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran.

Walaupun peruntukan yang besar diperlukan oleh sektor pertanian, kedudukan dan sumbangannya terhadap ekonomi negara tidak dapat disangkal. Justeru, mengekal dan memeliharanya merupakan langkah yang sangat bijak oleh kerajaan disamping dapat memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi bagi umat warganegara khasnya dan warga dunia amnya yang semakin bertambah.
14

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

3.0 Isu Globalisasi

Pada dasarnya globalisasi adalah pembebasan ekonomi dunia daripada sebarang sekatan dan herotan dalam perdagangan antara bangsa. Kadangkala globalisasi dimaksudkan juga sebagai satu sistem kapitalisme yang

diterjemahkan dalam skel ekonomi dunia ataupun laissez-faire globalism. Kononnya, faedah positif daripada sistem kapitalisme dapat direplikasikan, malah dalam skel yang lebih besar jika ia mencakupi dunia (Kuttner, 1998). Model globalisasi tulin atau nave merangkumi rasional-rasional berikut;

Kebebasan pergerakan barang dan perkhidmatan memaksimumkan kecekapan ekonomi, lantas kebajikan manusia sejagat. Andaiannya, jika persaingan untuk sesebuah negara, maka persaingan juga baik untuk seantero dunia. Kapitalisme yang liberal tidak memerlukan peraturan tegar tetapi teratur kendiri ( selfregulating). Situasi ini dimungkinkan oleh kewujudan beberapa peraturan yang minimum iaitu terbatas kepada etika menghormati hak milik harta dan akses kepada pasaran yang sama kepada semua; Sistem kapitalisme memerlukan campur tangan yang minimum daripada kerajaan. Sering dihujahkan bahawa polisi campur tangan seperti percukaian dan peraturan masing-masing akan menyekat pilihan pengguna dan mengherotkan pasaran; Pasaran adalah telus dan harga adalah tertakluk kepada faktor fundamental penawaran dan permintaan. Implikasinya, pelabur adalah bebas untuk membeli/jual saham daripada mana-mana institusi daripada mana-mana negara di dunia sama ada untuk tujuan spekulasi dan pelaburan. Ada yang menuduh bahawa globalisasi adalah agenda negara Barat terutama Amerika Syarikat untuk meningkatkan kekuatannya dengan memerah ekonomi yang lemah. Sama ada agenda ini disengajakan atau merupakan satu perkembangan natural ekonomi dunia adalah persoalan akademik dan empiris satu bidang diluar daripada ruanglingkup penulisan ini. Namun pengalaman 18 bulan krisis di Asia baru-baru ini sudah cukup menyangkal kesahihan model globalisasi nave ini kerana dalam realiti, pasaran dicirikan oleh pelbagai

15

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

ketidaksempurnaan struktur dan ketidakseragaman gelagat dan persepsi institusi ekonomi. Ada dua aspek utama globalisasi yang mempengaruhi ekonomi nehara membangun seperti Malaysia iaitu : perdagangan bebas barang dan

perkhidmatan dan aliran bebas modal antara bangsa. Ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pasaran kewangan global. Pasaran kewangan global pula mempengaruhi secara langsung pembolehubah seperti kadar faedah, kadar pertukaran dan harga saham. Maka apabila pasaran kewangan dunia menjadi bebas, bermakna modal juga bergerak bebas. Memang tidak dapat disangkal bahawa modal jika dilaburkan dengan bijak adalah satu usaha produktif. Bukan sahaja ia meningkatkan kecekapan pengeluaran, menggalakkan inovasi dan memperbaiki kesejahteraan hidup dan meningkatkan kebebesan kepada manusia. Dalam pasaran modal dunia yang bebas, modal akan bergerak ke kawasan yang dapat memberi pulangan yang tertinggi. Kesan pertama globalisasi adalah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia. Iaitu penarikan/pengumpulan modal ke pasaran dan institusi kewangan ternama dunia dan agihan modal ke negara persekitaran dalam bentuk kredit, pelaburan portfolio ataupun secara tidak langsung melalui MNC atau korporat multi-nasional dan juga kegiatan spekulasi dalam pasaran kewangan. Perkembangan ini membesarkan saiz pasaran kewangan, penawaran modal melimpah-limpah memudahkan negara lain terutama negara kecil dan yang membangun menyumber modal dan kredit. Pada tahun 1994, kemuncak pasaran dana ini, lebih separuh daripada dana mutual Amerika mengalir masuk dalam pasaran dana yang baru muncul ini.

16

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

3.1 Persediaan yang perlu dihadapi dalam menangani isu ini

Globalisasi merupakan salah satu isu utama abad ke-21. Globalisasi adalah satu proses perubahan kesan daripada peningkatan pelbagai aktiviti manusia sejagat merentasi sempadan geo-politik yang dipacu oleh kemajuan pesat teknologi maklumat di seluruh dunia.Ini bermakna segala bentuk idea, kegiatan serta interaksi ekonomi, sosial dan politik berkembang tanpa mengambil kira persempadanan politik sesebuah negara.Kemajuan teknologi komunikasi dan pemerosesan maklumat menjadi semakin canggih membolehkan kita

mengetahui segala peristiwa dan kejadian yang telah dan sedang berlaku di seluruh penjuru dunia dalam tempoh yang singkat sahaja. Ia menyebabkan batasan geografi dan sosial juga turut mengecil.Kesan globalisasi terhadap mana-mana negara adalah besar.Globalisasi dikatakan membawa pelbagai peluang kepada masyarakat dunia (negara). Namun, di sebalik itu timbul pelbagai cabaran yang harus dihadapi dan ditangani dengan bijaksana.Bentuk globalisasi yang paling menonjol ialah globalisasi ekonomi, manakala ciri dan sifat utama globalisasi ialah persaingan . Bagi negara yang mahu terus maju maka ia harus bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam keseluruhan ekonomi antarabangsa. Ini adalah kerana globalisasi ekonomi menjadikan persaingan, pengeluaran, kawalan pasaran, pengurusan, teknologi dan modal insan turut menjadi global. Proses ini menyebabkan faktor-faktor pengeluaran bergerak mudah

merentasi sempadan geo-politik negara lantaran persempadanan pasaran dan ekonomi dunia yang semakin mengecil itu.Semuanya ini mempunyai kesan terhadap pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Corak dan aliran ekonomi dunia hari ini mempamerkan suatu keadaan di mana wujudnya peningkatan terhadap pergantungan pasaran asing bagi pemasaran barangan domestik, pergerakan pesat aliran modal yang merentasi batasan geopolitik dan pergerakan migrasi buruh (modal insan) daripada sebuah negara ke negara yang lain.Pertumbuhan dan kemajuan ekonomi di era globalisasai ini

17

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

juga mengutamakan elemen-elemen kreativiti dan inovasi yang tinggi.Hakikatnya, globalisasi ekonomi menuntut kita melakukan perubahan berubah dari masa ke semasa. Negara perlu memiliki kelebihan bersaing (competitive edge) dalam pasaran antarabangsa.Daya saing kita mesti dipertingkatkan melalui

pembangunan modal insan. Kepemimpinan dan pengurusan, sama ada di sektor awam atau pun swasta mestilah bersifat dinamik dan akomodatif. Ini penting bagi memastikan negara mampu berhadapan dengan cabaran persaingan ekonomi sejagat yang semakin meningkat.Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa juga memerlukan kita berinteraksi dengan pelbagai pihak dan pelbagai latar belakang budaya. Oleh itu, penguasaan dan kemahiran dalam bahasa-bahasa asing tertentu akan memberi kelebihan kepada kita untuk berpartisipasi dengan berkesan di arena antara bangsa.Negara seharusnya sedia membuat pelaburan besar dalam bidang pendidikan dan pembangunan pengurusan. Modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berinovasi, kreatif, beretika dan kompetitif merupakan aset penting buat negara.Para pengurus dan pemimpin organisasi yang dinamik, bertenaga dan berwawasan pula diperlukan untuk melonjak prestasi organisasi berasaskan standard atau piawai antarabangsa. Pengurus dan pemimpin yang memiliki ciri-ciri tersebut akan berupaya membina dan membangun suasana koporat yang dapat menggalakkan penghasilan yang berkualiti serta prestasi yang cemerlang.Rakyat juga mesti bersedia dan menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam senario ekonomi dunia hari ini. Tiada mana-mana negara pun yang mampu mengasingkan diri daripada globalisasi ekonomi. Justeru, rangka pembangunan ekonomi nasional mestilah terus bersifat dinamik, kreatif dan inovatif bagi memastikan ekonomi negara dapat bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif sifatnya.Justeru, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) merupakan tindak balas kerajaan terhadap senario dan cabaran ekonomi global hari

ini.Pelancaran Pelan Hala Tuju ETP yang dilancarkan Datuk Seri Najib Tun
18

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

Razak

di PWTC pada 25 Oktober lalu membuktikan kesungguhan dan

komitmen kerajaan untuk membawa perubahan dan kemajuan ekonomi negara setanding dengan ekonomi negara-negara maju negara maju berpendapatan tinggi. Kesimpulan, kita perlu menyedari bahawa kejayaan atau kegagalan negara adalah bergantung kepada keupayaan dan kemampuan kita merencanakan agenda transformasi ekonomi dan pengurusan serta perkhidmatan yang dinamik dan peka kepada perkembangan domestik dan antarabangsa dapat

menggerakkan organisasi ke satu tahap kecemerlangan melalui usaha-usaha konkrit bagi memupuk sikap yang positif ke arah budaya kerja dan pengurusan yang cemerlang.

19

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

Rumusan

Dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia telah lama diberi penekanan. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan , kesan penjajahan British ke atas Tanah Melayu yang mewujudkan keadaan dualisme ekonomi dari segi wilayah dan kelompok etnik masih tetap dirasai. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia mengalami perkembangan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicapai menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau ASEAN. Namun, pertumbuhan ekonomi semata-mata belum tentu boleh menjamin faedahnya dapat disebarkan secara adil dan saksama di kalangan masyarakat. Dalam pendekatan pembangunan bersama pertumbuhan ekonomi, proses pembangunan ekonomi bukan hanya terhad kepada pertumbuhan di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau KDNK per kapita, tetapi perlu mengambil kira aspek penyebaran faedah dari pertumbuhan tersebut kepada semua golongan. Matlamat pengurangan kemiskinan mutlak dapat dicapai dalam tempoh hampir 35 tahun. Kerajaan terpaksa bekerja keras untuk mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang di kalangan etnik. Kejayaan yang dicapai tidak mampu bertahan apabila berlaku perubahan radikal di peringkat ekonomi global sedangkan idea globalisasi yang berpaksikan Barat menolak sama sekali campur tangan kerajaan. Dalam konteks ini, cabaran utama yang harus dihadapi ialah untuk memastikan tuntutan globalisasi tidak menjejaskan matlamat negara untuk mencapai pembangunan seimbang secara lebih menyeluruh. Matlamat pembangunan ekonomi seimbang ini hanya boleh dicapai melalui campur tangan dan sokongan padu dari pihak kerajaan. Justeru pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan ekonomi yang cekap dan berkesan adalah perlu. Kewujudan keseimbangan di antara pertumbuhan dengan kesejahteraan ekonomi yang merangkumi aspek keadilan sosial, isu kemiskinan dan agihan seimbang, persekitaran hidup harmoni dan alam sekitar serta pembentukan modal insan berkualiti perlu dibari perhatian yang serius kerana ianya akan menentukan kejayaan pembangunan negara pada masa hadapan.
20

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

Refleksi Nama No. I.C : : Koong Li Wen 901204-14-6000

Dalam tugasan ini, saya memilih tajuk sektor pertanian dan isu globalisasi untuk menjalankan penulisan esei ini. Saya telah mengumpul banyak maklumat dan data mengenai tajuk ini. Dengan ini, saya dapat menganalisis bahan maklumat yang saya kumpul untuk memilih bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan penulisan esei ini. Selain itu, saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan dan maklumat tambahan melalui pembacaan maklumat yang saya perolehi. Melalui pembacaan saya dan penghasilan esei ini, saya dapati bahawa sektor pertanian mengalami kemerosotan yang ketara dengan pesatnya era perindustrian bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Ia juga banyak dipengaruhi oleh isu yang paling hangat pada zaman ini iaitu globalisasi. Isu globalisasi memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekonomi negara dan juga memberi impak yang besar apabila ekonomi dunia mengalami kemelesetan kepada negara kita. Krisis kewangan yang melanda Asia dan Malaysia khususnya merupakan lumrah lazim kitaran sesuatu ekonomi, cuma krisis kali ini adalah terlalu padah yang pernah direkodkan dalam sejarah ekonomi negara ini mahupun di negara Asia yang lain. Kesan krisis ekonomi tidak terbatas kepada pembolehubah ekonomi sahaja, tetapi melampaui politik dan sosial sebagaimna yang terbukti di Korea, Thailand, Indonesia dan Malaysia sendiri. Punca utama kepada krisis kewangan ini adalah proses globalisasi yang mula bertapak dalam pasaran antara bangsa. Salah satu ciri utama globalisasi yang mempengaruhi ekonomi dunia adalah perdagangan bebas dan aliran modal dan dana yang liberal merentasi dunia. Rasional kepada pensejagatan adalah; kapitalisme atau laissez faire seantero dunia akan menghasilkan faedah kapitalisme sebagaimana yang dicapai oleh sesebuah negeri secara berasingan. Aliran modal yang bebas telah mendorong spekulator mata wang mengaut keuntungan daripada mata wang
21

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

ekonomi negara membangun yang lemah fundamental ekonominya seperti Malaysia. Struktur ekonomi dalaman Malaysia pula seperti di Indonesia dan Korea dicirikan oleh sektor perbankan yang tidak telus, kawalan bank yang longgar, pinjaman wang asing tanpa lindung nilai, dan amalan kronisme mendedahkan gabungan "ahli politik-peniaga-bank" serentak kepada risiko ketidakpastian. Jumlah pinjaman yang besar dan tidak dilindung nilai mengheret gabungan "ahli politikpeniaga-bank" tadi dan seluruh negara ke kancah deflasi mata wang yang serius. Globalisasi adalah fenomena yang terpaksa kita depani dalam alaf yang akan datang. Krisis ini memberi pengajaran pengajaran bernas walaupun kosnya tinggi kepada negara. Pemerhatian tentang sektor pertanian menyarankan beberapa implikasi polisi ke atas sektor ini. Pertama, pelbagaian ekonomi adalah strategi mapan dalam menghadapi sistem ekonomi global tanpa sempadan dan liberal ini. Kecekapan kos dan teknikal adalah pra-syarat utama untuk bersaing dalam sistem ini. Bermaksud, sektor pertanian masih mempunyai tempat yang strategik dalam ekonomi dari segi pendapatan eksport di samping menyediakan gunatenaga, tapak untuk agro-industri dan sekuriti makanan. Kedua, sektor makanan Malaysia memerlukan pembaharuan untuk mengurangkan

pergantungan pasaran import yang tidak menentu. Ketiga, kenaikan harga input pertanian yang menjejaskan daya saing pertanian negara menyarankan bahawa sektor ini masih belum mencapai tahap kecekapan teknologi yang sepatutnya untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan import. Dalam persekitaran ekonomi global dan tidak bersempadan ini, mempertahankan kecekapan dan daya saing adalah satu kemestian.

22

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

Rujukan Buku : Ishak Yussof, Nor Aini Idris & Basri Abdul Talib. (2006). Ekonomi Malaysia: Ke arah pascaindustri. Bangi : Penerbit UKM. Mohd. Rosli Mohamad & Mohamed Aslam Gulam Hassan. (2004).

Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi. Penerbit Universiti Malaya.

Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (suntingan). (2004) (cetakan kedua). Teori pertumbuhan ekonomi dan pembangunan. Bangi : Penerbit UKM.

Internet : Arkib. (2011). Sektor Pertanian Penyumbang transformasi negara. Diakseskan daripadahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0423&pu b=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Dato' Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor. (n.d). Transformasi dalam sektor pertanian dan industri asas tani. Diakseskan daripada

http://banktani.tripod.com/abimusa.htm

Farid bin Asparada. (2012). Tenaga Kerja Sektor Pertanian Berkurangan. Diakseskan daripada http://farid108.blogspot.com/2012/02/tenaga-kerjasektor-pertanian-malaysia.html

Ibrahim, Abd Latif (2003) Pertanian mapan: cabaran dan strategi pembangunan dalam sektor pertanian di negeri Perlis. Diakseskan daripada http://eprints.utm.my/5024/

Tan

CL.

(2009).

Kepentingan

Sektor

Pertanian.

Diakseskan

daripada

http://cikgutancl.blogspot.com/2009/02/kepentingan-sektor-pertanian.html

23

PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

PSS 3112

Lampiran

24

Anda mungkin juga menyukai