Anda di halaman 1dari 23

Metod Penyusunan Ayat Dan Surah Dalam Al-Quran

Tertib Ayat: Tertib ayat dan urutan ayat adalah taufiqi (petunjuk Rasulullah saw) daripada Rasulullah saw. Ini berdasarkan hadith riwayat Ahmad daripada Uthman Ibn Abul As:

katanya: Aku duduk di samping Rasulullah SAW. Tiba-tiba ada seseorang melihat beliau lalu meluruskan sesuatu di hadapan beliau.Kemudian beliau bersabda: Jibril telah datang kepadaku lalu memerintahkan kepadaku untuk meletakkan ayat ini di tempat ini dari surah ini

Tertib Surah: Terdapat 3 pendapat ulama:

1) Ia adalah tauqifi (ketetapan Rasulullah saw) dan taufiqi (petunjuk Rasulullah saw).
2) 3) Berpandukan ijtihad para sahabat. Sebahagian tauqifi dan sebahagian ijtihad para sahabat.

Pendapat pertama Ia adalah tauqifi (ketetapan Rasulullah saw) dan taufiqi (petunjuk Rasulullah saw).
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Masud yang mengatakan tentang surah Bani Israil, al-Kahfi, Maryam, Taha dan al-Anbiya. Surah-surah ini diturunkan di Mekah dan yang mula-mula aku pelakari. Kemudian dia menyebut urutan surah tersebut sebagaimana tertibnya sekarang ini. Daripada Ibn Wahab dari Sulaiman bin Bilal dia berkata, Aku mendenagr Rabiah ditanya orang mengapa surah Al-Baqarah dan ali Imran didahulukan, padahal sebelum kedua surah itu telah diturunkan lapan puluh surah Makkah, sedang keduanya diturunkan di Madinah? Rabiah menjawab, Kedua surah itu memang didahulukan dan Al-Quran dikumpulkan menurut pengetahuan dari orang yang mengumpulnya. Ini adalah sesuatu yang mesti terjadi dan tidak perlu dipersoalkan.

Pendapat kedua Berpandukan ijtihad para sahabat.


Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelum datang Mashaf Uthman. Mashaf Ali ibn Abi Talib dimulai dengan tertib nuzul: surah alAlaq al-Muddathir- al-Muzammil al-Masad al-Takwir dan seterusnya. Mashaf Ibn Masud bermula dengan al-Baqarah al-Nisa Ali Imran. Mashaf Ubay ibn Kaab bermula dengan al-Fatihah al-Baqarah al-Nisaa Ali Imran.

Pendapat ketiga Sebahagian tauqifi dan sebahagian ijtihad para sahabat.


Berdasarkan hadith daripada Huzaifah al-thaqafi katanya: Rasulullah saw berkata kepada kami Telah datang kepadaku waktu untuk membaca hizb daripada al-Quran maka aku tidak mahu keluar sebelum selesai membacanya. Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah saw: Bagaimanakan kamu membahagikan Al-Quran? Mereka menjawab: Kami bahagikan menjadi tida surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelah surah, tiga belah surah dan bahagian al-Mufassal sampai kami khatam.

CARA MEGENALI AYAT-AYAT MAKKIYAH DAN MADANIYYAH

MAKKIYAH DAN MADANIYAH

PENGERTIAN

CIRI-CIRI

PENGERTIAN
TEMPAT PENURUNAN AYAT PENGKHUSUSAN PENURUNAN AYAT

MASA PENURUNAN AYAT

TEORI ISI KANDUNGAN


MAKKIYAH DAN MADANIYYAH

ASPEK MASA PENURUNAN AYAT


MAKKIYAH Mana-mana ayat Al-Quran yang diturunkan sebelum hijrah sama ada di turunkan di Mekah ataupun Madinah. MADANIYYAH Ayat yang diturunkan selepas penghijrahan Rasulullah ke Madinah

Bersandarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Amr dan Uthman bin Said al-Darimi yang bermaksud:Al-Quran yang diturunkan di Mekah dan yang diturunkan dalam perjalanan hijrah ke Madinah adalah termasuk Makki. Dan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam perjalanan beliau setelah tiba di madinah adalah termasuk Madani.

Pendapat yang paling tepat jika dilihat daripada segi kesyumulan dan pengkhususannya. Pendapat yang mashur dan majoriti sarjana muslim:a) Menyeluruh dan tepat b) Tidak mempunyai percanggahan antara satu sama lain. c) Mendapat sokongan ulama yang mashur seperti Imam Bukhari dan lain-lain ulama.

Bukti asas pendapat berdasarkan pengertian ini:a) Ayat 3 Surah Al-Maidah yang diturunkan di padang Arafah tetap di kira sebagai ayat Madani. b) Ayat 58 Surah An-Nisa yang diturunkan di dalam Kabah semasa penaklukan Kota Mekah di kira sebagai ayat Madani.

ASPEK TEMPAT PENURUNAN AYAT


MAKKIYAH Mana-mana ayat yang diturunkan di Mekah dan kawasan sekitarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah walaupun diturunkan selepas Hijrah. MADANIYYAH Mana-mana ayat yang diturunkan di kota Madinah dan sekitarnya.

Kelebihan pendapat ini adalah hasil rumusan pengertiannya yang jelas dan tegas.

Pendapat ini kurang tepat berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di kawasan Al-Asfar, Tabuk dan Baytul Maqdis yang tidak dapat dimasukkan dalam mana-mana kategori. Pendapat ini menimbulkan beberapa persoalan:a) Hanya menghadkan takrifan kepada sesuatu tempat. b) Terdapat sebahagian ayat yang tidak diturunkan di Mekah dan Madinah atau sekitarnya. c) Terdapat sebahagian ayat diturunkan ketika Nabi sedang bermusafir.

ASPEK PENGKHUSUSAN PENURUNAN AYAT


MAKKIYAH Mana-mana ayat al-Quran yang ditujukan khusus untuk penduduk Mekah. MADANIYYAH Mana-mana ayat al-Quran yang ditujukan khusus untuk penduduk Madinah.

Merujuk kepada firman Allah s.w.t:a) Yang bermula dengan sebagai Makkiyah. b) Yang bermula dengan sebagai Madaniyyah.

Teori ini adalah berdasarkan kepada hadith yang diriwayat dari Abu Ubaid dari makmun bin Mihran yang bermaksud: Bahagian dalam al-Quran yang dimukan dengan ya ayyuhannas dan Ya bani Adam adalah Makki. Dan yang dimulakan dengan Ya ayyuhallazina amanu adalah Madani.

Kekuatan teori ini ialah rumusan yang senang difahami. Kekurangannya pendapat ini tidak menyeluruh dan mempunyai keraguan padanya:a) Banyak ayat yang tidak dimulakan dengan sighah yang ditentukan tadi. b) Ada sebahagian ayat madaniyyah yang diturunkan mempunyai sighah ayat makki.

Contoh: Ayat 1 Surah Al-Nisa yang bermula dengan Ya ayyuhannas tetapi diturunkan di Mekah.

TEORI ISI KANDUNGAN


MAKKIYAH Surah atau ayat yang memuatkan cerita-cerita umat dan para Rasul terdahulu. MADANIYYAH Surah yang memuatkan hukum-hukum hudud, faraid dan seumpamanya.

Kelebihan Kelemahan

: kriteria yang jelas dan khusus serta mudah untuk difahami. : pada tanda-tanda yang membezakan jenis surah-surah tersebut. Perlu terlebih dahulu memahami isi kandungan yang terdapat dalam surah.

CIRI-CIRI MAKKI DAN MADANI


Sheikh Abd Fattah Qadhi berkata tidak ada diterima apa-apa pesanan daripada Rasulullah s.a.w dan khabar yang sah (sabit) yang menentukan ciri-ciri ayat Makki dan Madani. Para ulama menetapkan 2 kaedah atau metod bagi mengenalpasti ayat makkiyah dan Madaniyyah:1. Metod al-Naqli :Sandaran melalui riwayat-riwayat yang sahih daripada kalangan para sahabat Nabi dan Tabiin. 2. Metod al-Ijtihadi :Sandaran melalui penelitian terhadap garis panduan ayat Makikiyah atau Madaniyyah yang telah ditetapkan olehy para sarjana Al-Quran.

CIRI-CIRI AYAT MAKKIYAH


Tanda (al-Dawabit)
Setiap surah yang mengandungi sajadah. Contoh dalam surah al-Sajadah ayat 15:-

Setiap surah yang mengadungi lafaz disebut sebanyak 33 kali dalam 15 surah.

Setiap surah yang mengandungi kisah-kisah para nabi dan umat-umat yang terdahulu kecuali surah Al-Baqarah.

Tanda (al-Dawabit)
Setiap surah yang mengandungi kecuali surah al-Haj, bermula dengan ciri-ciri ayat Madaniyyah.
Setiap surah yang mengandungi kisah nabi Adam dan Iblis kecuali surah al-Baqarah.

Surah yang dimulakan dengan huruf Hijaiyyah melainkan surah al-Baqarah dan Ali Imran serta ikhtilaf pada surah al-Rad.

Gaya Bahasa dan Topik ayat Al-Makkiyah.

Mengandungi seruan kepada mengesakan Allah, mengakui nabi, hari kebangkitan dan pembalasan, hari kiamat, api neraka dan azabnya, kenikmatan syurga, perbalahan kaum mushrikin dan menyebut tentang tanda-tanda kekuasaan Allah.

Menceritakan tentang keistimewaan akhlak Islam dan kemuliannya di samping meletakkan asas-asas syariah Islamiah.

Menceritakan kisah-kisah para perutusan Allah dan perihal umat-umat yang terdahulu sebagai satu paparan pengajaran.

Menggunakan lafaz sumpah (Qasm) bagi menguatkan sesuatu makna.

CIRI-CIRI AYAT MADANIYYAH


Tanda (al-Dawabit)
Menjelaskan keizinan berjihad, berperang serta peraturan yang berkaitan kedua-duanya. Mengemukakan dialog dengan ahli kitab, termasuklah ajakan mereka memeluk dan menerima ajaran Islam.

Mengutuk dan menghentam sifat-sifat dan watak-watak orangorang munafiq kecuali pada al-Ankabut. Menjelaskan persoalan hukum-hukum seperti jenayah, hudud, faraid, sivil kemasyarakatan dan kenegaraan.

PERSELISIHAN PENDAPAT BERKAITAN AYAT AL-QURAN


Jumlah ayat-ayat al-Quran, jumhur ulama telah sepakat mengatakan jumlah ayat al-Quran ialah 6,200 ayat lebih. Tetapi ulama berselisih tentang jumlah tepat atau berapa jumlah sebenarnya yang dikatakan lebih 6,200 itu. Kekeliruan ini disebabkan rasullulah berhenti membaca dan menarik nafas. Pada saat itu timbul keraguan pada sebahagian orang bahwa ketika Nabi menarik nafas, di situlah ayat itu berhenti dan habis. Sementara yang lain berpandangan bahwa nabi SAW hanya sekedar berhenti menarik nafas dan tidak ada kaitannya dengan berhentinya suatu ayat.

Menurut pendapat ulama Madinah, jumlah ayat alQuran ialah 6,217 ayat. Pendapat ini disokong olah Nafi Menurut pendapat ulama Madinah lain yang disokong pendapat Syaibah, jumlah ayat al-Quran ialah 6,214 ayat. Menurut pendapat ulama Madinah lain lagi yang disokong pendapat Abu Jaafar, jumlah ayat al-Quran ialah 6,210 ayat. Menurut pendapat ulama Mekah yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir, jumlah ayat al-Quran ialah 6,220 ayat. Menurut pendapat ulama Basrah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Asim, jumlah ayat al-Quran ialah 6,205 ayat. Menurut ulama Kufah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hamzah, jumlah ayat al-Quran ialah 6,236 ayat.

Menurut pendapat ulama Syria sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya Ibn al-Harith, jumlah ayat alQuran ialah 6,226 ayat. Sebagai kesimpulan yang dapat dirumuskan di sini, faktor lahirnya perselisihan di dalam menentukan jumlah ayat tersebut ialah terdapat sesuatu ayat yang selalu Nabi membaca dengan wakaf pada akhir tiap-tiap ayatnya sebagai pertunjuk dan memberitahu kepada para sahabat yang mana lafaz yang Baginda baca dengan wakaf itu adalah fashilah. Dalam keadaan lain pula, Baginda membaca wasal ayat yang sama untuk menyempurnakan maknanya setelah Baginda tahu yang para sahabat telah pun arif ayat yang Baginda baca itu memang satu ayat atau fashilah.

Anda mungkin juga menyukai