Anda di halaman 1dari 2

KOID CIN KANG

Refleksi Setelah saya belajar topik yang berkaitan dengan pengalaman kanakkanak saya telah mendapat beberapa implikasi mengenai topik ini. Kita perlu tahu bahawa sejak lahir lagi, kanak-kanak berkembang melalui proses

melalui sesuatu perkara yang mereka alami. Oleh itu sebagai seorang guru kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kanak-kanak yang kita ajar kerana tahap ini merupakan tahap yang amat penting bagi mereka untuk menguasai kemahiran baru. Pertama sekali, alam belajar amat memberi kesan dalam

perkembangan pengalaman kanak-kanak. Satu persekitaran pembelajaran yang sesuai boleh mengubah tahap minat, tahap penyerapan belajar kanakkanak. Alam belajar ini akan dapat membantu memperkembangkan fizikal dan mental mereka. Oleh itu, sebagai seorang guru kita haruslah berusaha untuk membentuk satu alam belajar yang sesuai dengan murid-murid. Guru boleh menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik untuk menarik perhatian tumpuan kanak-kanak. Dengan mewujudkan pelbagai aktiviti yang berbagai dan sesuai dengan kank-kanak maka mereka akan mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik. Seterusnya, pengalaman langsung juga membawa kesan kepada kanak-kanak. Pengalaman langsung merupakan belajar melalui proses membuat, mengalami atau melalui sendiri apa yang hendak dipelajari.Oleh itu, apabila mereka terdedah kepada persekitaran yang merangsangkan minda, mereka akan dapat belajar sesuatu dengan sendirinya dengan baik. Di sebaliknya, jika kanak-kanak tidak mempunyai pengalaman langsung yang mencukupi mungkin mereka menghadapi kekangan untuk menguasai ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan oleh guru. Penglibatan aktif juga membawa implikasi terhadap kanak-kanak. Penglibatan mereka terhadap aktiviti seharian akan membawa kesan kepada kehidupan mereka pada masa akan datang. Sebagai contoh, seorang kanakkanak yang sangat aktif dalam aktiviti sukan. Dalam proses penglibatan mereka terhadap aktiviti ini, kanak-kanak tersebut akan memperoleh pengalaman dari segi komunikasi,bahasa ,kemahiran fizikal,dan disiplin. Oleh

KOID CIN KANG

itu, ia adalah terpulang kepada kanak-kanak itu sendiri. Jika mereka kurang aktif dalam aktiviti mereka akan memperoleh lebih kurang kemahiran. Oleh demikian, sebagai seorang guru kita haruslah sentiasa murid-murid supaya bersikap aktif terhadap aktiviti yang dijalankan di dalam sekolah. Guru haruslah menggunakan pertuturan yang sesuai terhadap kanak-kanak jika mereka telah melakukan sebarang kesalahan. Di sebaliknya, jika kanakkanak telah melakukan sesuatu dengan baik guru seharusnya memberi peneguhan yang baik supaya mereka dapat mengekalkan perbuatan atau sikap yang baik tersebut. Akhirnya, kebebasan belajar juga membawa implikasi terhadap kehidupan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai kebebasan mereka sendiri untuk belajar. Mereka mempunyai gaya belajar yang berlainan. Kemungkinannya ada kanak-kanak yang lebih suka untuk belajar dengan sendiri, ada pula yang suka belajar dalam aktiviti kumpulan. Selain itu,semua minat kanak-kanak juga adalah berbeza. Minat mereka akan terbentuk berdasarkan kehidupan seharian mereka ataupun ikut jejak minat ibu bapa mereka. Kanak-kanak yang dapat mencari kesesuaian gaya pembelajaran ataupun minat yang betul semasa belajar akan lebih cemerlang dalam kehidupan mereka kelak. Oleh demikian, guru sepatutnya lebih memberi

perhatian terhadap kelebihan kanak-kanak supaya dapat mencungkil bakat mereka. Selain itu, guru haruslah tahu bahawa mereka amatlah penting dalam menentukan arah kanak-kanak yang belajar. Oleh itu, segala pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan di sekolah haruslah menarik dan berbagai iaitu melibatkan pelbagai aktiviti yang menarik dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai