Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

NAMA NO KP : : SABARIAH BINTI HUSIN 730612-11-5066 PPG SAINS 2 AMBILAN FEB 2012

KUMPULAN :

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat juga saya dan rakan-rakan menyempurnakan tugasan BIG fasa 2 (Bengkel Frog VLE) dan aktiviti kemasyarakatan ini dengan jayanya. Setelah mendapat taklimat tugasan dan merangka ahli jawatankuasa yang terlibat dan kata sepakat antara rakan-rakan mempersetujui untuk menjalankan aktiviti ini di SK Kg Serdang, Perlis. Program ini dijalankan pada 14 September 2013 bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah, guru-guru dan muridmurid SK Kg Serdang. KEKUATAN 1) Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengelola dan mengendalikan pelbagai program semasa di sekolah agar kerjaya keguruan dapat dipertingkatkan di mana program seperti ini dapat membina pemikiran positif guru agar sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran masa kini. Program ini amat membantu saya untuk mengelola program semasa di sekolah. 2) Bengkel Frog VLE yang dijalankan ini saya dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT serta menimba ilmu pengetahuan tentang membina laman untuk diaplikasikan dalam pengajaran. Sebelum ini, saya hanya didedahkan asas dalam taklimat di sekolah berkaitan program Frog VLE ini. Namun begitu, dalam program ini saya telah mempelajari membina laman dan perkongsian laman antara rakanrakan dan murid boleh diaplikasikan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini menyedarkan saya bahawa pendidikan Negara telah berada di arus perubahan yang perlu kita terokai. 3) Selain itu juga, Program ini dapat memupuk semangat bekerjasama dalam

kumpulan agar program berjalan dengan lancar. Saya dan ahli kumpulan yang datang dari pelbagai daerah dan sekolah membolehkan kami bersama-sama berkongsi pendapat dan idea untuk melaksanakan program ini dengan lebih baik.

REFLEKSI

4) Penceramah yang diundang Encik Mohd Isran B Wahi dari PKG Tambun Tulang dan Encik Azwan B Azmi dari PKG Tunjung telah menyampaikan ceramahnya dengan berkesan dan banyak memberikan tunjuk ajarnya sepanjang program ini berlangsung. 5) Dalam aktiviti kemasyarakatan iaitu gotong-royong pula dapat memberi kefahaman kepada saya tentang peranan dan komitmen seorang guru di dalam masyarakat. Guru perlu menunjukkan kemahiran berhubungan baik dengan komuniti pendidikan lain dan juga masyarakat setempat tidak kira di mana berada. Semasa aktiviti ini, semangat kerjasama, tolong-menolong dapat dipupuk diantara guru-guru dan muridmurid disamping mengeratkan hubungan silaturrahim. KELEMAHAN 1) Masa yang diperuntukkan tidak mencukupi menyebabkan pembelajaran tentang membina laman dan perkongsian laman yang dibina terpaksa dipercepatkan. Ini menyebabkan tidak semua ilmu tentang Frog VLE dapat dikongsi oleh penceramah. 2) Persediaan awal membawa bahan seperti sukatan pelajaran, kata laluan, buku rujukan dan lain-lain bahan untuk membina laman tidak dilakukan menyebabkan gangguan semasa program ini. 3) Semasa aktiviti gotong royong diadakan terdapat sebahagian murid tidak memahami arahan yang diberikan guru menyebabkan penyusunan buku mengikut pengkelasan tidak berjalan lancar. Manakala ada juga murid tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya. PELUANG 1) Berpeluang bekerjasama dengan guru-guru SK Kg Serdang dan rakan-rakan PPG Sains 2 untuk melaksanakan program ini disamping dapat bertukar-tukar idea dan pendapat. 2) Berpeluang memperolehi dan mempertingkatkan kemahiran diri dalam bidang ICT supaya boleh menjadi guru yang berkebolehan dan mampu mengikuti arus perubahan pada masa kini.

REFLEKSI
3) Aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan memberi peluang untuk mendekati komuniti setempat dan memupuk semangat kerjasama diantara murid dan guru, secara tidak langsung juga dapat menanamkan budaya menghargai peranan antara satu sama lain. ANCAMAN 1) Penggunaan alatan membersihkan taman sains merbahaya kepada murid-murid. Guru perlu memastikan langkah-langkah keselamatan diterangkan kepada murid sebelum menjalankan aktiviti. 2) Sebahagian murid tidak memberikan kerjasama yang baik semasa aktiviti gotongroyong. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1) Senarai alatan dan bahan Sebelum aktiviti dijalankan senaraikan alatan dan bahan yang diperlukan semasa program dijalankan dan meminta semua guru dan murid menyediakannya ketika hadir ke program. 2) Arahan jelas dan tepat Murid perlu diberikan penerangan dan arahan yang jelas dan tepat supaya mereka mudah memahami arahan yang diberikan oleh guru. Ini dapat mengelakkan daripada masa terbuang dan melambatkan kerja-kerja yang sepatutnya. 3) Masa Peruntukkan masa perlu bersesuaian agar dapat memberi peluang kepada guruguru mempelajari banyak lagi tentang program Frog VLE ini. Justeru itu, Program Bengkel Frog VLE dan Khidmat Masyarakat (Gotong Royong) yang merupakan sebahagian dari Program Bina Insan Guru ( BIG ) ini banyak memberi pengalaman yang berharga kepada saya untuk diaplikasikan di sekolah. Disamping itu, program ini juga dapat mewujudkan semangat kerjasama antara guru-guru, rakanrakan PPG IPGK Tuanku Bainun, masyarakat setempat dan murid-murid untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing yang boleh memberi manafaat dalam pendidikan.

REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai