Anda di halaman 1dari 1

Mutakhir ini kebanyakan sekolah mengajar status Sekolah Cemerlang, Berprestasi Tinggi dan sebagainya.

Rata-rata guru besar mempunyai target untuk mencapai cita-cita tersebut. Isunya ialah belum tamat bulan Januari sudah ada murid tahun satu dikeluarkan dari sekolah mereka kerana tidak pandai membaca dan menulis dengan baik. Guru Besar kini sudah pandai promosi kelas Pendidikan Khas kepada penjaga yang ada anak sedemikian. Ini semuanya bertujuan untuk mengecilkan data murid tegar pada pertengahan tahun nanti. Hak murid untuk belajar dan dididik dinafikan kerana mereka belum berpeluang pun untuk merasai suasana persekolahan yang sebenar. Ini kerana pada awal Januari biasanya program transisi dijalankan sebelum mereka disaring dalam ujian LINUS saringa 1, 2 dan 3. Sedangkan pihak kementerian telah mengeluarkan pekeliling mengenai penempatan murid tahun 1 ke kelas Pendidikan Khas hanya selepas saringan ke 3.

Pihak jabatan pula kurang peka dalam hal ini dan kadangkala urusan penempatan pun tidak sesuai dengan Program Integrasi. Pernah berlaku murid cacat pendengaran di tempatkan di kelas masalah pembelajaran. Alasannya ialah atas permintaan penjaga. Seharusnya pihak jabatan perlu memaklumkan kepada penjaga tersebut penempatan yang sesuai untuk anak mereka. Kesilapan yang beginilah yang menyebabkan guru Pendidikan Khas rasa terbeban dan sukar menjalankan proses pengajaran dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai