Anda di halaman 1dari 2

NAMA UNIT

: DINESH A/L MADHAVAN : PJ (SJKT) PISMP SEM 1

TUGASAN : REFLEKSI ISL MINGGU 2

Saya DINESH A/L MADHAVAN dari unit PISMP Pendidikan Jasmani (SJKT) semester 1. Bersyukur saya ke hadrat TUHAN dengan rahmat dan izin-Nya dapat saya siapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu EN. K.RAJA A/L KANAPATHY kerana memberikan bimbingan, sokongan dan mengajar kami dengan penuh dedikasi dan sabar. Tidak lupa kepada para sahabat saya, terima kasih kerana banyak membantu dan berkongsi pendapat dengan saya bagi menyiapkan tugasan ISL ini. Minggu kedua kami telah mempelajari tentang pelbagai alatan yang boleh digunakan dalam pergerakan asas. Selepas mempelajari tentang manipulasi alatan saya dapat

melakukan pergerakan manupulasi alatan yang melibatkan aras, daya, arah dan bahagian tubuh badan. Saya juga dapat menggabungkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manupulasi alatan secara bebas yang melibatkan penggunaan manipulasi alatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, saya juga dapat melakukan dan menguasai kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan teknik yang betul melibatkan konsep pergerakan asas. Selain itu, saya juga dapat melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang melibatkan aras, ekstensi dan perhubungan dengan 3 manipulasi alatan. M seterusnya dapat melakukan gerak edar menggunakan konsep pergerakan asas dan memberi kesedaran kepada saya tentang potensi tubuh badan kita dalam melakukan pelbagai pergerakan. Saya juga dapat memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan saya dalam membuat perancangan dan strategi. Pada masa yang sama, saya juga dapat mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak dan disiplin sebagai seorang bakal guru. Kekurangan yang terdapat terhadap diri saya adalah pada permulaan saya tidak begitu baik melakukan pergerakkan dengan manipulasi alatan. Saya juga tidak selesa dan stabil semasa menggunakan peralatan seperti bola, tali, gelung dan sebagainya. Selepas mempelajari tentang cara manipulasi alatan, saya dapat melakukan pergerakan yang terbaik

dengan menggunakan peralatan. Hal ini telah dapat melahirkan rasa bangga dan keyakinan diri terhadap diri saya. Jadi jelaslah bahawa, kesemua ini amatlah penting bagi seseorang yang bakal bergelar pendidik kerana perlu membuat pelbagai persediaan secara teori dan penguasaan kemahiran untuk menjalankan tugas secara profesional. Penguasaan pelbagai cabang ilmu amatlah penting bagi memantapkan kemahiran sebagai seorang guru atau pendakwah. Hal ini kerana, guru menjadi sumber rujukan dan juga khidmat nasihat kepada pelajar di bawah didikannya. Justeru, individu yang bergelar guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjadi contoh terbaik kepada anak didik mereka kerana bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kesimpulannya, saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat melaksanakan tugasan ini secara kumpulan. Saya sebagai seorang guru pelatih dan guru pada masa akan datang memupuk keyakinan diri bahawa saya akan mempertahankan permainan ini yang mempunyai keistimewaan yang tidak terhingga. Akhir kata, sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.

Anda mungkin juga menyukai