Anda di halaman 1dari 1

BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang miskin, Si Kantan (suami) dan Si Tanjung (isteri). Mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, seorang anak perempuan Si Bunga Melur namanya dan seorang lagi anak laki-laki Si Pekan. Beberapa tahun kemudian, Si Kantan telah meninggal dunia sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung.Suatu hari Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Telur itu sangat sedap. Mak Tanjung pergi menangguk ikan di sungai yang terletak berhampiran dengan rumah mereka.Pulang ke rumah, Melur disuruh menyiang ikan itu untuk dibuat lauk. Mak Tanjung hendak ke hutan untuk mencari akar kayu. Sebelum pergi, dia berpesan kepada Melur supaya mennyimpan telur ikan itu untuknya. Pekan yang tidak sabar meminta kepada kakaknya untuk makan. Melur memujuk adiknya tetapi tidak diendahkan. Siadik terus menangis, merayu-rayu dan merengek-rengek minta tambah. Setelah beberapa lama, sikakak tidak sampai hati, lalu memberi baki telur ikan Temakul bahagian siibu untuk adiknya. Telur ikan itupun habis semuanya. Tidak lama kemudian siibu pun pulang. Alangkah kecewa hatinya apabila didapati telur ikan yang sangat diinginkannya telah habis dimakan oleh anaknya. Ia kecewa, marah dan benarbenar terkilan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar membawa dirinya ke batu belah batu bertangkup untuk ditelan. Dia pun berlari ke tempat batu itu sambil berkata, batu belah batu bertangkup, telanlah aku, ambillah aku aku keempunan telur ikan temakul. Begitu diseru berulang-ulang sambil berlari dengan deras menuju batu belah batu bertangkup. Melihat keadaan itu, sikakak pun mengejar ibunya sambil mengendung adiknya. Ibu, ibu jangan, jangan tinggalkan kami. Pendek cerita, siibupun ditelan batu dan tinggallah kedua anak tadi menjadi yatim piatu.
MORAL : Jangan sesekali kita menyakiti hati ibu bapa kerana mereka banyak berjasa kepada kita. Siibu sepatutnya berlapang dada dengan sikap anak yang belum boleh berfikir secara matang Kita sepatutnya tidak boleh mementingkan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai