Anda di halaman 1dari 8

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Tokoh Pembelajaran Sosial Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember

1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan di sana. Semasa di Universiti British Columbia, beliau menaiki bas awal kerana terpaksa berebut dengan pelajar jurusan lain memandangkan kelas pengenalan psikologii adalah satu satunya kelas yang paling awal diadakan di universiti tersebut. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Lowa dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologi pembelajaran yang terkenal pada ketika itu. Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologi klinik pada tahun 1952. Setahun setelah lulus, beliau bekerja di Standford University. Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen. Beliau kemudiannya berkahwin Virginia Varns, seorang guru di kolej kejururawatan dan seterusnya pindah di Iowa Kansas selepas menamatkan pengajiannya. Selain itu, dalam tahun 1952, selepas mendapat gelaran PH.D, Albert Bandura telah menamatkan praktikum di Wichita Guidance Centre dan seterusnya dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford. Pada tahun 1964, Albert Bandura telah dilantik sebagai profesor dan seterusnya menerima anugerah American Psychological Association untuk Distinguished Scientific Contribution, pada tahun 1980. Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mula meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelaran doktor sebagai pekerja di makmalnya. Bagi pendapat Bandura, walaupun prinsip belajar cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma behaviorisme. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972. Dalam tahun 1977, Bandura menerima gelaran Bapa Teori Kognitif untuk

sumbangan beliau dalam penyelidikan psikologi khususnya, untuk teori pembelajaran sosial dalam bukunya yang berjudul Social Learning Theory.

Pengenalan Teori Pembelajaran Sosial Bandura Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard dalam laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut "Social Learning" ataupun "Pembelajaran Sosial". Tingkahlaku peniruan (imitative behaviour) manusia terjadi kerana manusia merasakan telah memperoleh imiginasi ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya. Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963), telah melaksanakan eksperimen lain yang juga berkenaan dengan peniruan. Hasil eksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku hanya melalui pengamatan terhadap perilaku model (orang yang ditiru) meskipun tanpa sebarang peneguhan. Proses belajar ini disebut "Observational Learning" atau pembelajaran melalui pengamatan. Albert Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori pembelajaran sosial diperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpa memberi pertimbangan terhadap proses mental seseorang. Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity). Menurut Bandura (1977), proses mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar. Eksperimen beliau yang terkenal ialah Eksperimen Patung Bobo, kerana ia melibatkan patung yang dikenali sebagai Bobo. Eksperimen ini menunjukkan bahawa kanak-kanak meniru perlakuan agresif dari orang dewasa di sekitarnya. Perkara yang lebih penting yang didapati daripada eksperimen ini telah menunjukkan pertalian antara teori-teori pembelajaran behaviourisme dan kognitif kerana ia merangkumi aspek-aspek pemerhatian, ingatan dan motivasi.

Teori Pemodelan Bandura (1925) Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak-kanak tadika berumur 3-6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura. Di dalam eksperimen yang pertama, mereka menggunakan dua kumpulan iaitu kumpulan kajian dan kumpulan kawalan. Dalam kumpulan kajian, kanak-kanak disuruh memerhatikan sekumpulan orang dewasa yang sedang menumbuk, menendang sebuah patung besar yang dinamakan Patung Bobo. Manakala kumpulan kawalan pula, kanakkanak tersebut memerhatikan sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung Bobo tersebut. Keduadua kumpulan kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke tempat permainan yang serupa dengan situasi dengan eksperimen tersebut. Didapati kanak-kanak kumpulan kajian bukan sahaja memukul, menumbuk, menendang dan menjerit pada patung tersebut, bahkan juga menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif daripada tingkah laku orang dewasa yang telah diperhatikan melalui video tersebut. Sedangkan kanak-kanak kumpulan kawalan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti yang terdapat dalam kumpulan kajian. Kesimpulannya, didapati bahawa daripada eksperimen yang pertama ini menunjukkan tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan. Di dalam eksperimen yang kedua, Bandura dan Walters membahagikan kanakkanak dalam tiga kumpulan, iaitu dua kumpulan (A dan B) sebagai kumpulan kajian dan satu kumpulan (C) sebagai kumpulan kawalan. Dalam kumpulan A, kanak-kanak memerhatikan sekumpulan orang dewasa menumbuk patung besar dan kemudiannya mendapat hadiah. Kumpulan B pula, kanak-kanak memerhatikan sekumpulan orang dewasa menumbuk patung besar dan kemudiannya mendapat denda. Manakala kumpulan C pula, kanak-kanak disuruh memerhatikan sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar. Selepas pemerhatian, ketiga-tiga kumpulan dibawa ke tempat permainan yang serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Didapati kanak-kanak kumpulan A menunjukkan tingkah laku agresif yang berlipat ganda berbanding dengan orang dewasa yang diperhatikan oleh mereka. Sedangkan, kanak-kanak dari Kumpulan B dan Kumpulan C tidak menujukan sebarang

tingkah laku agresif mereka. Kesimpulannya, didapati daripada eksperimen yang kedua ini jelas menunjukkan tingkah laku peniruan atau pemodelan adalah hasil peneguhan. Berdasarkan rumusan ini, Bandura mengemukakan Teori Pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori pemerhatian Bandura juga dikenali sebagai Teori Peniruan atau Teori Permodelan.

Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi. Pemerhatian Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid-murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri-ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. Reproduksi Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkahlaku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkaraperkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir. Peneguhan/ Motivasi

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkahlaku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan-rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya. Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti syabas. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkahlaku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising semasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.

Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura, pemerhati akan meniru setiap tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti yang diminati oleh pemerhati. Sudah tentu, sebagai seorang guru, kita sewajarnya turut mempunyai sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Ia secara tidak langsung amat berkait

rapat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar norma-norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan manipulasi dan sebagainya. Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada murid-murid secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini. Selain itu, persembahan pengajaran seseorang guru seharusnya tersusun dan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid serta seharusnya dapat dijadikan model untuk diikuti oleh mereka. Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa bersedia dengan kemahiran komunikasi agar setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di dalam kelas jelas,dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat. Contohnya, jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah menerangkan dahulu langkah-langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid secara mudah. Di samping itu, guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar atau contohcontoh yang berkenaan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas agar murid dapat melihat secara terus dan seterusnya lebih memahami dengan apa yang diajar oleh gurunya. Guru juga boleh menjemput seorang murid agar menjadi contoh kepada murid lain berdasarkan kerjanya yang bagus atau pun untuk membuat demonstrasi mengenai hasil kerja yang dihasilkannya yang terbaik itu. Guru juga perlu menyemai nilai-nilai murni dan sentiasa menggunakan psikologi serta simulasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya dilihat dapat membentuk murid ke arah yang lebih proaktif dan produktif. Contohnya, guru boleh membuat aktiviti seperti kuiz, teka-teki, bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan yang mencabar minda kepada murid agar kemahiran kognitif mereka dapat berkembang secara berterusan. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat berimaginasi dan seterusnya dapat memikirkan idea-idea baharu dan bernas sesuai dengan tahap mereka.

Kesimpulan Teori pembelajaran ini dikembangkan untuk menjelaskan bagaimana seseorang mengalami pembelajaran dalam lingkungan sekitarnya. Bandura berpendapat bahawa tingkahlaku

lingkungan dan kejadian-kejadian internal pada pembelajaran yang mempengaruhi persepsi dan aksi adalah merupakan hubungan yang saling berpengaruh. Belajar merupakan interaksi segitiga yang saling berpengaruh dan mengikat antara lingkungan, faktor-faktor personal dan tingkahlaku yang meliputi proses-proses kognitif belajar. Komponen-komponen belajar terdiri dari tingkahlaku, konsekuensi-konsekuensi terhadap model dan proses-proses kognitif pembelajar. Hasil belajar berupa kod-kod visual dan verbal yang mungkin dapat dimunculkan kembali atau tidak (retrieval). Dalam perencanaan pembelajaran kemahiran yang kompleks, disamping pembelajaran-pembelajaran komponen-komponen kemahiran itu sendiri, perlu ditumbuhkan sense of efficacy dan self-regulatory pembelajar. Dalam proses pembelajaran, pembelajar sebaiknya diberi kesempatan yang cukup untuk latihan secara mental sebelum latihan fizik dan pengukuhan dan jauh dari dendaan yang tidak perlu.

Rujukan Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bandura, A. (1971). Psychological modeling: conflicting theories. Chicago: AldineAtherton. Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Cliffs. NJ: Prentice Hall. Bandura, A. (1986). Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory. Englewood Cliffs. N.J.: Prentice-Hall. Bandura, A., & Walters. Richard H. (1959). Adolescent aggression; a study of the influence of child-training practices and family interrelationships. New York: Ronald Press. Bandura, A., & Walters, R. H. (1963). Social learning and personality development. New York: Holt, Rinehart, & Winston. Ee Ah Meng (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (1996). Pendidikan Di Malaysia Untuk Diploma Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Diploma Perguruan Semester 1. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Rohizani & Mohd. Zohir. (2003). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai