Anda di halaman 1dari 7

Disediakan oleh:

Pengenalan Rock Climbing atau mendaki di permukaan batu iaitu pergerakan fizikal dengan menggunakan pelbagai kemahiran, teknik dan peralatan yang dibenarkan. Ia juga salah satu daripada aktiviti lasak, mencabar, menyihatkan dan menyeronokkan. Peralatan

1. Peralatan individu Kasut / rock shoes,Beg kapur, Topi keselamatan / helmet. Tali Kernmantel , Harness, Karabiner, Belay Devices figure of eight.

2. Peralatan asas

3. Peralatan keselamatan Slings, Nuts, Camming Devices.

Teknik pergerakan kaki 1. Smearing

Digunakan di permukaan yang mempunyai darjah kecondongan yang rendah dan kurang edges serta knobs. Tapak kasut smeared pada lekukan, bonggolan atau permukaan batu secara maksima.

2. Edging

Menggunakan bahagian dalam kaki pada tapak berhampiran ibu jari kaki. Sisi kasut diletakkan tepat pada bahagian landas yang paling tajam untuk mendapatkan pijakan yang optima.

3. Toeing- in

Hujung depan kasut menghala ke landas. Memerlukan kekuatan ibu jari kaki, terutama pada landas poket yang kecil.

4. Back stepping

Digunakan khusus pada permukaan yang curam.

Struktur tulang kaki yang fleksibel dan kental merupakan faktor utama bagi menjamin lekatan optima pada kasut di landas.

5. Heel hooking

Sesuai pada permukaan cerun overhang bagi mengelakkan kaki tergantung. Tumit kasut dicangkungkan pada mana-mana bahagian permukaan batu yang sesuai. Memerlukan fleksibiliti badan yang baik kerana kaki bertindak sebagai tangan ke tiga.

6. Chimney

Dua permukaan yang berhadapan atau selekoh - membentuk satu celah yang besar untuk memasukkan tubuh. Cara dilakukan dengan chimney iaitu menyandarkan tubuh pada permukaan yang satu dan menekan atau menolak kaki dan tangan pada dinding yang lain. i. Wriggling- dilakukan pada celah yang tidak terlalu luas hanya cukup untuk tubuh sahaja. ii. Backing up- dilakukan pada celah yang luas, sehingga tubuh dapat menyusup dan bergerak lebih bebas.

iii.

Stemmings/ bridging- dilakukan pada celah yang sangat lebar dan hanya dapat dicapai apabila merentangkan kaki dan tangan selebarlebarnya.

7. Mantelshelf

Dilakukan bila mengharungi suatu tonjolan datar (flat) yang luas sehingga boleh dijadikan tempat berdiri. Menarik tubuh dengan kekuatan tangan dan tolakan kaki sehingga dapat melalui tonjolan tadi.

Teknik pergerakan tangan 1. Palm holds

Berat badan pendaki disokong oleh tapak tangan sama ada menghala ke dalam atau keluar. Pendaki tidak perlu gunakan tenaga yang lebih dari kedua-dua tangan untuk menarik badan ke atas, sebaliknya cuma perlu menolak badan ke atas menggunakan tapak tangan.

2. Flat holds

Menggunakan jari untuk memegang hold- meletakkan sebanyak mungkin jari pada permukaan batu serta melaras bentuk tangan supaya berada dekat dengan landas.

Tekanan diserap oleh buku tangan di mana jari dibengkokkan betul-betul di buku tangan pertama. Pada lubang dan edges yang sempit, pegang dengan menggunakan satu jari sahaja. Pinch grip

2.1.

Digunakan pada permukaan batu yang berbentuk tombol dan membungkah, counter-pressure digunakan: ibu jari dan jari lain

menyepit kuat menghasilkan tekanan dari kedua-dua arah.

2.2.

Underclings

Pegangan terbalik, jari dimasukkan ke dalam hold berlawanan cara pinch di atas. Pegangan ini membantu kaki diluruskan.

2.3.

Side pulls / Laybacking

Rebahkan badan jauh dari hold bagi memindahkan beban. Tangan dan kaki bekerja secara berlawanan di mana tangan menarik edge dan kaki menolak permukaan batu. (Laybacking is a technique that requires the hands and feet to work in unison)

3. Jamming

Pegangan ini dilakukan secara khusus, iaitu dengan menyelipkan tangan sehingga menempel dengan erat. Celah-celah batu jamming boleh dillihat dalam pelbagai saiz seperti berikut; Jamming dengan jari atau tangan (finger and hand jamming) Jamming dengan kepala atau lengan (fist and arm jamming).

4. Traversing

Gerakan ke sisi atau horizontal dari satu tempat ke tempat yang lain. Gerakan ini untuk mencari bidang batu yang baik untuk didaki bagi mencari rute yang memungkinkan menuju ke atas.

Anda mungkin juga menyukai