Anda di halaman 1dari 10

SENARAI TUGAS GURU KELAS

1.Pengurusan dan Organisasi Kelas

Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas,
Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.

Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :

Jadual Waktu

Jadual Bertugas

Motto Kelas

Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi

Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pencedok sampah

Papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dan lain-lain keperluan bilik darjah
mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur.

Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.

Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.

Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid.
Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:

Kebajikan murid

Keceriaan kelas jika perlu dan lain-lain

2. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid

Menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir


dan menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat.

Menentukan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar Kedatangan Murid
Ditulis dengan lengkap.

Memastikan data terkini murid di dalam kelas.


3. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod
Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R

Memastikan setiap murid mempunyai

Rekod Profil / Kemajuan Murid

Kad 001R

Kad Kesihatan

Kad Pergigian

Buku Nilam

4. Kutipan Yuran dan Derma

Mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan murid
membayar kesemua yuran sekali gus.

Mengutip derma PIBG.

Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas peperiksaan

Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.

Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan , insurans Takaful dan
lain-lain derma kepada Guru Penolong Kanan (Pentadbiran).

Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.

5. Buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Mengagihkan Borang SPBT 1 bagi mengenal pasti murid mendapat Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT)

Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku tersebut
dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid.

Mengemas kini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau mengemas kini fail
SPBT dari masa ke semasa.
Memungut kembali SPBT pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid
yang tidak mengembalikan / memulangkan atau merosak dan menghilangkan SPBT pada
akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT

Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan
Melaporkan kepada Guru Kebajikan.

6. Pendaftaran Murid Baru

Menerima kemasukan murid baru.

Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkan Nombor
Pendaftaran Murid dari Buku Kemasukan Murid daripada Penolong Kanan HEM

Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan
memastikan murid ini dapa buku teks.

Menentukan penerimaan Kad Kemajuan / Buku Rekod Profil, Kad 001R, Kad
Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang diperlukan dari sekolah yang
terdahulu.

Menentukan rumah sukan.

7. Murid Keluar

Menentukan Kad Kemajuan / Rekod Profil, Kad 001R telah kemas kini
dan diserahkan kepada murid.

Menentukan Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang


berkaitan diserahkan kepada murid.

Menentukan buku teks (SPBT) telah dipulangkan.

Menentukan semua jenis bayaran seperti yuran sekolah dsb telah selesai dibayar.
8. Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain.

Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan


senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang
dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.

Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum


persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah berakhir.

Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang / tingkap telah
ditutup setelah tamat persekolahan.

Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu
sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera
dan munasabah jika perlu.

Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas dan
kawasan sekolah.

Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.

Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.

Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa
pertukaran guru atau mata pelajaran.

Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
sekolah.

Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform


dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.

Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari /minggu
persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:

kedatangan murid, guru dan staf sokongan

murid ponteng, tidak hadir atau sakit

lawatan-lawatan / pelawat

ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan

laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan

Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu
laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
Perhimpunan

Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan

Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah


disediakan

Memastikan murid telah beratur dengan kemas


SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada
Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.

Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan


mata pelajaran yang berkenaan.

Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai,
iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap
penggal bagi tiap tingkatan.

Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk
tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut
rancangan pelajaran yang disediakan.

Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku
latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.

Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-soalan


dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.

Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.

Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.

Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains Pertanian
serta mengawasi penggunaan peralatan.

Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada
yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD.
Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang
sama.

Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata
pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,


memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas .
Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan
Pusat Sumber Sekolah.

Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

Membantu menguruskan Bank Soalan.

Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan


pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.

Memahami dan mematuhi pekeliling pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan


dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang
harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran yang harus
dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya kepada
Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap minggu.

Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk
tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut
rancangan pelajaran yang ditetapkan.

Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan
memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar kepada
Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki.

Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .

Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa.Merekod
soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod
mengajar.

Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan .

Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

Memastikan buku buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD.
TUGAS GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM / PERSATUAN DAN KELAB /
SUKAN DAN PERMAINAN

Menyusun rancangan gerak kerja bagi satu tahun.


Menyimpan satu perlembagaan atau garis panduan pasukan.
Membentuk jawatankuasa.
Menyimpan statistik penglibatan murid mengikut jantina dan kaum.
Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid.

Semasa pertandingan :
mendaftar pasukannya sebagai satu pasukan yang berdaftar.
berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang mahir dan berkebolehan.
memastikan undang-undang permainan dan pertandingan dipatuhi.
menyimpan rekod, surat-menyurat bagi pasukannya.
menentukan pasukannya diberikan khidmat apabila diperlukan.
memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim.

Aktiviti kokurikulum :
Menganjur pertandingan antara rumah sukan/kelas/sekolah.
Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
Menguruskan surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
Menyemaikan semangat kesukanan di kalangan murid.
Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.
Menentukan ada perkhidmatan pertolongan cemas semasa pertandingan.
Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkannya.
Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/negeri,
wakil Daerah/negeri/Negara).
SENARAI TUGAS GURU DISIPLIN

Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.

Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.

Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.

Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.

Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

Menjadi Pegawai Perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga dalam
menangani masalah disiplin.

Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah di kalangan


pelajar dan guru.

Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ buku
laporan disiplin.

Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan
HEM seminggu sekali.

Anda mungkin juga menyukai