Anda di halaman 1dari 23

Teori Pembelajaran oleh: Kumpulan 4 1.

0 PengenalanTeori Pembelajaran

Pembelajaran adalah satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri seseorang sejak dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk sama ada disedari atau pun tidak disedari. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli-ahli psikologi pembelajaran. Stalling (1973) berpendapat bahawa pengajaran berdasarkan tiga kriteria yang penting. Pertama pembelajaran harus menampakan perubahan dalam tingkah laku. Kedua, pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. Ketiga pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan. Menurut Crow & Crow (1983) pula, pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Pembelajaran merupakan semua perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan dan pemerolehan pengalaman. Pembelajaran juga menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran, dan ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik. Oleh itu, pembelajaran harus diterima sebagai satu proses yang berlaku terhadap murid secara berterusan, iaitu selagi ada berlaku modifikasi atau perubahan terhadap tingkah laku mereka. Proses ini berlaku mengikut tahap tertentu, berperingkat-peringkat secara tersusun dan sistematik. Ia berhubungkait dengan usaha memperoleh pengetahuan dan pengalaman baru. Justeru itu, pembelajaran melibatkan pemerolehan modifikasi pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan, sikap dan tingkah laku. Ia melibatkan kognitif linguistik, motor dan kemahiran sosial. Melalui teori pembelajaran pendidik dapat memahami tentang cara pelajarnya belajar. Selain itu, melalui teori pembelajaran juga pendidik dapat menghubungkait prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang digunakan.

2.0

Teori belajar Humanistik dan Teori Belajar Behaviorisme 2.1 Teori Belajar Humanistik

Teori belajar humanistik yang di pelopori oleh Abraham Maslow mencuba untuk mengkritis teori Freud dan behaveoristik. Menurut Abraham hal yang terpenting dalam melihat manusia adalah potensi yang dimilikinya. Humanistik lebih melihat pada sisi perkembangan kepribadian manusia daripada berfokus pada ketidak normalan atau sakit seperti yang dilihat oleh teori Freud. Pendekatan ini melihat kejadian setelah sakit tersebut sembuh, iaitu bagaimana manusia membangun dirinya untuk melakukan pekara-pekara positif. Kemampuan positif ini disebut potensi yang ada dalam manusia dan pendidik yang beraliran humanistik biasanya memfokuskan pada hal hal positif ini. Kemampuan positif berkait dengan perkembangan emosi positif yang terdapat dalam domain efektif. Sebagai contoh, kemampuan dalam keterampilan kesedaran, kepercayaan, penerimaan, kesadaran, memahami perasaan orang lain, kejujuran interpersonal dan pengetahuan interpersonal lainnya. Oleh itu,elemen berikut adalah mampu meningkatkan kualiti keterampilan interpersonal dalam kehidupan sehari hari. Selain menitikberatkan pada interpersonal, para pendidik juga membuat pembelajaran yang membantu untuk meningkatkan kemampuan dalam membuat gambaran, mempunyai pengalaman serta merasakan dan berfantasi. Pendekatan ini menunjukkan emosi dalam dunia pendidikan sangat penting. Freudian melihat emosi sebagai sebagai hal yang mengganggu perkembangan, sementara humanistik melihat keuntungan pendidikan emosi. Jadi bisa dikatakan bahwa emosi adalah karakteristik yang sangat kuat dan nampak daripara pendidik beraliran humanistik. Karena berfikir dan merasakan saling beriringan, mengabaikan pendidikan emosi sama dengan mengabaikan salah satu potensi terbesar manusia.

2.1.1 Tokoh-tokoh Teori Belajar Humanistik a) Abraham Maslow

Di kenali sebagai aliran humanistik. Maslow percaya bahawa manusia bergerak untuk memahami dan menerima dirinya seboleh mungkin. Teorinya yang paling di kenal adalah teori tentang Hierarchy of Needs . Dia mengatakan bahwa individu berperilaku dalam upaya untuk memenuhi keperluan yang bersifat hirarkis. Pada diri seseorang memiliki rasa takut yang dapat membahayakan apa yang sudah ia miliki dan sebagainya, tetapi di sisi lain memiliki dorongan untuk lebih maju ke arah keperluan. Manusia juga bermotivasi untuk memenuhi keperluan-keperluan hidupnya. Keperluan-keperluan tersebut memiliki hirarki ( tingkatan ) mulai dari yang rendah sehingga yang tinggi. b) Arthur Combs

Bersama dengan Donald Syngg ( 1904 1967 ) mereka mencurahkan banyak perhatian pada dunia pendidikan. Meaning ( makna) konsep sering yang di gunakan. Belajar terjadi bila mempunyai makna bagi individu. Guru tidak bisa memaksakan bahan yang tidak disukai atau tidak relevan dengan kehidupan mereka. Untuk itu guru harus memahami perilaku siswa dengan mencuba memahami dunia persepsi siswa tersebut, sehingga apabila merubah

perilakunya, seorang guru harus berusaha merubah keyakinan atau pandangan siswa yang ada. Combs berpendapat bahwa banyak guru membuat kesalahan dengan beranggapan bahwa siswa mau belajar apabila materi pelajarannya disusun dan disajikan sebagaimana mestinya. Padahal arti tidak menyatu pada materi pelajaran itu. Sehingga yang terpenting adalah bagaimana membawa siswa untuk memperoleh arti bagi kepribadiannya dari materi pelajaran tersebut dan menghubungkan dalam kehidupan. Combs memberikan persepsi diri dan dunia seseorang seperti dua lingkaran ( kecil dan besar ).

d) Bloom dan Krathwohl Dalam pekara ini, Bloom dan Krathwohl menunjukkan apa yang mungkin dikuasai oleh pelajar atau pelaku dalam tiga elemen berikut: 1. Kognitif

Kognitif terdiri dari tiga aras: 2. Pengetahuan Kefahaman Aplikasi (Penggunaan konsep) Analisis Sintesis Evaluasi Psikomotor

Psikomotor terdiri dari lima aras, iaitu : 3. Peniruan Penggunaan Ketepatan Perangkaian Naturalisasi Afektif

Afektif terdiri dari lima aras iaitu : Pengenalan Tindak balas Penghargaan Pengorganisasian Pengalaman

2.2

Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori pembelajaran behaviorisme adalah perspektif tingkah laku terhadap tingkah laku dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam membentuk tingkah laku individu. Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa

pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya

perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas (respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Teori behaviorisme menyatakan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku hasil daripada peneguhan dan maklum balas dan pengajaran. Peneguhan dan maklum balas tersebut akan membimbing pelajar ke arah tujuan yang hendak dicapai .Ciri dari teori ini adalah mengutamakan unsur-unsur dan bagian kecil, bersifat mekanistis, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi atau respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil belajar, mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya perilaku yang diinginkan.

2.2.1 Tokoh-tokoh Belajar Behaviorisme Edward Edward Lee Thorndike (1874-(1874-1949)) Menurut Thorndike belajar merupakan pekara yang terbentuknya keadaan yang disebut stimulus dan respon iaitu Teori Trial dan Error. Antara ciri-ciri Trial dan Error ialah : kepelbagain aktiviti ,kepelbagaian respon terhadap berbagai situasi, dan berbagai eliminasai terhadap berbagai respon yang salah, Ivan Petrovich Pavlo (1849-1936) Teori pelaziman klasik Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov mengasaskan kajiannya pada 'hukum perkaitan' (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau. Teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.

Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan yang dinamakan pelaziman klasik. Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbolsimbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa

Skinner (1904-1990) Skinner menganggap reward (penghargaan) dan rierforcement (peneguhan) merupakan faktor penting dalam pembelajar. Skinner berpendapat bahwa tujuan psikologi adalah meramal dan mengawal tingkah laku. Teori ini juga disebut dengan operant conditioning. Operans conditioning adalah suatu proses penguatan perilaku operans yang dapat mengakibatkan perilaku tersebut dapat diulang kembali atau menghilang sesuai keinginan.

Albert Bandura (1925-sekarang) Ternyata tidak semua perilaku dapat dijelaskan dengan pelaziman. Bandura menambahkan konsep pembelajaran belajar sosial (social learning). Ia

mempermasalahkan peranan ganjaran dan hukuman dalam proses belajar. Behaviorsime memang agak sukar menjelaskan motivasi. Motivasi terjadi dalam
7

diri individu, sedang kaum behavioris hanya melihat pada peristiwa-peristiwa eksternal. Perasaan dan pikiran orang tidak menarik mereka. Behaviorisme muncul sebagai reaksi pada psikologi mentalistik. 2.3 Kesimpulan

Pendedahan mengenai teori-teoripembelajaran di atas, menyimpulkan bahawa terdapat beberapa elemen-elemen yang boleh dilihat seperti pembelajaran adalah akitviti atau satu proses yang melibatkan perubahan tingkah laku (behavioristik), proses mental, bagaimana cara berfikir ,mengingat dan belajar (kognitif), serta belajar mengenai bagaimana menlihat manusia secara keseluruhan , tidak hanya melalui pengamatan penglihatan sahaja tetapi juga pengamatan dari konteks emosi dan perasaan (humanistik) Oleh itu, dapat dilihat bahawa dalam proses pembelajaran hendaklah diterapkan beberapa teori yang relevan atau sepadan dengan sistuasi agar matlamat atau tujuan pembelajaran itu akan tercapai. Ini kerana , untuk meningkatkan kemjuan manusia itu, haruslah melalui sisitem pendidikan yang memacu kepada belajar untuk membuat (learning to do), belajar untuk mengetahui (learning to do) belajar berdikari (learning to do ) dan belajar hidup bersama (learning to live together)

3.0 3.1

Teori Pembelajaran Sosial Tokoh Pembelajaran Sosial

Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan di sana. Semasa di Universiti British Columbia, beliau menaiki bas awal kerana terpaksa berebut dengan pelajar jurusan lain memandangkan kelas pengenalan psikologii adalah satu -satunya kelas yang paling awal diadakan di universiti tersebut.Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Lowa dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologi pembelajaran yang terkenal pada ketika itu. Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologi klinik pada tahun 1952. Setahun setelah lulus, beliau bekerja di Standford University. Beliau banyak terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku manusia dan tertarik pada nilai eksperimen. Beliau kemudiannya berkahwin Virginia Varns, seorang guru di kolej

kejururawatan dan seterusnya pindah di Iowa Kansas selepas menamatkan pengajiannya. Selain itu, dalam tahun 1952, selepas mendapat gelaran PH.D, Albert Bandura telah menamatkan praktikum di Wichita Guidance Centre dan seterusnya dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford. Pada tahun 1964, Albert Bandura telah dilantik sebagai profesor dan seterusnya menerima anugerah American Psychological Association untuk Distinguished Scientific Contribution, pada tahun 1980. Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mula meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelaran doktor sebagai pekerja di makmalnya. Bagi pendapat Bandura, walaupun
9

prinsip

belajar cukup

untuk

menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma behaviorisme. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972.Dalam tahun 1977, Bandura menerima gelaran Bapa Teori Kognitif untuk sumbangan beliau dalam penyelidikan psikologi khususnya, untuk teori pembelajaran sosial dalam bukunya yang berjudul Social Learning Theory.

3.2

Pengenalan Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard dalam laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan ( imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut "Social Learning" ataupun "Pembelajaran Sosial". Tingkahlaku peniruan (imitative behaviour) manusia terjadi kerana manusia merasakan telah memperoleh imiginasi ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya. Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963), telah melaksanakan eksperimen lain yang juga berkenaan dengan peniruan. Hasil eksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku hanya melalui pengamatan terhadap perilaku model (orang yang ditiru) meskipun tanpa sebarang peneguhan. Proses belajar ini disebut "Observational Learning" atau pembelajaran melalui pengamatan.Albert Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori pembelajaran sosial diperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpa memberi pertimbangan terhadap proses mental seseorang. Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara
10

berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain ( observational opportunity). Menurut Bandura (1977), proses mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar. Eksperimen beliau yang terkenal ialah Eksperimen Patung Bobo, kerana ia melibatkan patung yang dikenali sebagai Bobo. Eksperimen ini menunjukkan bahawa kanak-kanak meniru perlakuan agresif dari orang dewasa di sekitarnya. Perkara yang lebih penting yang didapati daripada eksperimen ini telah menunjukkan pertalian antara teori-teori pembelajaran

behaviourisme dan kognitif kerana ia merangkumi aspek-aspek pemerhatian, ingatan dan motivasi. 3.2.1 Teori Pemodelan Bandura (1925) Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak-kanak tadika berumur 36 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanakkanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura. Di dalam eksperimen yang pertama, mereka menggunakan dua kumpulan iaitu kumpulan kajian dan kumpulan kawalan. Dalam kumpulan kajian, kanakkanak disuruh memerhatikan sekumpulan orang dewasa yang sedang menumbuk, menendang sebuah patung besar yang dinamakan Patung Bobo. Manakala kumpulan kawalan pula, kanak-kanak tersebut memerhatikan sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung Bobo tersebut. Keduadua kumpulan kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke tempat permainan yang serupa dengan situasi dengan eksperimen tersebut. Didapati
11

kanak-kanak kumpulan kajian bukan sahaja memukul, menumbuk, menendang dan menjerit pada patung tersebut, bahkan juga menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif daripada tingkah laku orang dewasa yang telah diperhatikan melalui video tersebut. Sedangkan kanak-kanak kumpulan kawalan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti yang terdapat dalam kumpulan kajian.Kesimpulannya, didapati bahawa daripada eksperimen yang pertama ini menunjukkan tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan. Di dalam eksperimen yang kedua, Bandura dan Walters membahagikan kanak-kanak dalam tiga kumpulan, iaitu dua kumpulan (A dan B) sebagai kumpulan kajian dan satu kumpulan (C) sebagai kumpulan kawalan. Dalam kumpulan A, kanak-kanak memerhatikan sekumpulan orang dewasa menumbuk patung besar dan kemudiannya mendapat hadiah. Kumpulan B pula, kanakkanak memerhatikan sekumpulan orang dewasa menumbuk patung besar dan kemudiannya mendapat denda. Manakala kumpulan C pula, kanak-kanak disuruh memerhatikan sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar. Selepas pemerhatian, ketiga-tiga kumpulan dibawa ke tempat permainan yang serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Didapati kanak-kanak kumpulan A menunjukkan tingkah laku agresif yang berlipat ganda berbanding dengan orang dewasa yang diperhatikan oleh mereka. Sedangkan, kanak-kanak dari Kumpulan B dan Kumpulan C tidak menujukan sebarang tingkah laku agresif mereka.Kesimpulannya, didapati daripada eksperimen yang kedua ini jelas menunjukkan tingkah laku peniruan atau pemodelan adalah hasil peneguhan. Berdasarkan rumusan ini, Bandura mengemukakan Teori Pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori pemerhatian Bandura juga dikenali sebagai Teori Peniruan atau Teori Permodelan.

3.2.2 Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan

12

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.

Pemerhatian Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid-murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri-ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. Reproduksi Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkahlaku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciriciri atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh

melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.
13

Peneguhan/ Motivasi Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkahlaku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran

pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan-rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya. Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti syabas. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkahlaku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising semasa kelas pendidikan jasmani di padang
14

tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.

3.3

Implikasi

Teori

Pembelajaran

Sosial

Terhadap

Pengajaran

dan

Pembelajaran Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura, pemerhati akan meniru setiap tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti yang diminati oleh pemerhati.Sudah tentu, sebagai seorang guru, kita sewajarnya turut mempunyai sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Ia secara tidak langsung amat berkait rapat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar norma-norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan manipulasi dan sebagainya. Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada muridmurid secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini.Selain itu, persembahan pengajaran seseorang guru seharusnya tersusun dan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid serta seharusnya dapat dijadikan model untuk diikuti oleh mereka.Tambahan lagi, guru
15

mestilah sentiasa bersedia dengan kemahiran komunikasi agar setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di dalam kelas jelas,dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat. Contohnya, jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah menerangkan dahulu langkah-langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid secara mudah. Di samping itu, guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar atau contohcontoh yang berkenaan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas agar murid dapat melihat secara terus dan seterusnya lebih memahami dengan apa yang diajar oleh gurunya. Guru juga boleh menjemput seorang murid agar menjadi contoh kepada murid lain berdasarkan kerjanya yang bagus atau pun untuk membuat demonstrasi mengenai hasil kerja yang dihasilkannya yang terbaik itu.Guru juga perlu menyemai nilai-nilai murni dan sentiasa menggunakan psikologi serta simulasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya dilihat dapat membentuk murid ke arah yang lebih proaktif dan produktif. Contohnya, guru boleh membuat aktiviti seperti kuiz, teka-teki, bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan yang mencabar minda kepada murid agar kemahiran kognitif mereka dapat berkembang secara berterusan. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat berimaginasi dan seterusnya dapat memikirkan idea-idea baharu dan bernas sesuai dengan tahap mereka. 3.4 Kesimpulan

Teori ini dikembangkan oleh Albert Bandura seorang pensyarah psikologi pendidikan dari Stanford Universiti, USA. Teori pembelajaran ini dikembangkan untuk menjelaskan bagaimana seseorang mengalami pembelajaran dalam persekitaran yang sebenarnya. Bandura (1977) menghipotesiskan bahawa tingkahlaku, lingkungan dan kejadiankejadian internal pada pembelajaran yang mempengaruhi persepsi dan aksi adalah merupakan hubungan yang saling berpengaruh (interlocking). Harapan dan nilai mempengaruhi tingkah laku. Tingkah laku sering dievaluasi, bebas dari timbal balik lingkungan sehingga mengubah kesan-kesan personal. Tingkah laku mengaktifkan kontingensi lingkungan. Karakteristik fizik seperti ukuran, dan atribut sosial menumbuhkan reaksi lingkungan yang berbeza. Pengakuan sosial yang berbeza
16

mempengaruhi konsepsi diri individu. Kontingensi yang aktif dapat mengubah arah aktiviti. Tingkah laku dihadirkan oleh model. Model diperhatikan oleh pelajar (ada penguatan oleh model). Tingkah laku (kemampuan dikod dan disimpan oleh pembelajaran). Pemrosesan kod-kod simbolik Skema hubungan segitiga antara lingkungan, faktor-faktor personal dan tingkah laku,(Bandura, 1976).

4.0

Teori Belajar Konstruktivisme konsep konstruktivisme adalah Giambatissta Vico seorang pakar

Pengasas

epistemologi dari Itali. Konstruktif kognitif muncul dalam penulisan Mark Baldwin & disebarkan oleh Jean Piaget. Konstruktivisme juga mempunyai ramai pengikut antaranya Forman & Pufall (1988), Newman, Griffin dan Cole (1989),

Piaget(1973),Resnick(1989) dan Vygotsky(1978). Menurut Vico ( 1710 ) Tuhan adalah pencipta alam semesta & manusia adalah tuan
dari ciptaan, mengetahui adalah konsep bagaimana membuat sesuatu perkara.

Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan dan lebih dikenali sebagai teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individuyang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.
17

4.1

Tokoh-tokoh Teori Konstruktivisme

McBrien & Brandt (1997) Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkankepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Briner, M (1999) Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Brooks & Brooks (1993) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Sushkin, N (1999) Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru. Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri
18

konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. Nik Azis Nik Pa (1999) Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih

4.2

Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli konstruktivisme berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dimana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau

pengetahuan.Seseorang guru boleh mengamalkan pendekatan konstruktivisme dengan mengambil kira beberapa faktor. Antara faktor-faktornya, guru menggalakan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai merancang pengajaran. Ciri paling penting pembelajaran konstruktivisme ialah murid-murid bertanggungjawab ke atas

pembelajarannya.Guru-guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran
19

mereka. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikann oleh guru-guru. Malah, guru perlu mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid dengan menyokong pembelajaran secara koperatif. Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu murid-murid. Pemahaman sesuatu topic pembelajaran harus dibuat secara menyeluruh dan sebagai kaitan dengan mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Guru juga harus mendorong proses pembelajaran murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka yang sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan murid. Dengan ini dapat menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru, menggalakan hubungan dua hala. Pembelajaran secara konstruktivisme menyokong pembelajaran secara koperatif iaitu menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Teori konstruktivisme tidak menggalakkan pernilaian sumatif yang berpusat, sebaliknya penilaian harus formatif dan berterusan dan dijalankan serentak dengan proses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh yang demikian, penggubal kukirikulum konstraktivis perlu menggalakkan pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubahberubah berdasarkan pengetahuan sedia ada individu serta penyelesaian masalah secara praktikal.

4.3

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Kelebihan kaedah pembelajaran konstruktivisme dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.

20

Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabilamereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahamiapa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebihlama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalammengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

4.4

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, teori pembelajaran konstruktivisme dan kesediaan belajar yang menjadi salah satu faktor pembelajaran dimana teori ini menekankan pembelajaran aktif dan dinamik serta murid-murid sendiri akan berusaha sendiri untuk apa yang mereka ingin belajar berdasarkan refleksi pengetahuan sedia ada dengan persekitaran baharu pembelajaran. Guru perlu menyedia, merancang dan

melaksanakan pengajaran yang boleh membina pengetahuan murid-murid dengan pelbagai alat bantu mengajar untuk meransang murid. Secara kesimpulannya adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

21

Bibliography
Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor Bharu: Cetak Ratu SDN.BHD. Ee Ah Meng (1996). Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd. Mok Soon Sang (1996). Pendidikan Di Malaysia Untuk Diploma Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Diploma Perguruan Semester 1. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA KONSTRUKTIVISME. (2011, August). Retrieved from http://catatannota.blogspot.com/2011/08/pelaksanaan-aktiviti-pengajarandan.html Shahabuddin Hashim, Rohizani & Mohd. Zohir. (2003).Pedagogi : Strategi dan Teknik
22

Mengajar dengan Berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Yahya Buntat, & Amirudin Yusof. (n.d.). PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME. 1-11. ZIN, S. M. (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

23

Anda mungkin juga menyukai