Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan nikmat kesihatan yang telah Dia berikan dapatlah kami

menyiapkan tugasan kerja kursus BMM 3107, Pengantar Linguistik Bahasa Melayu ini. Sepanjang kami menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan baru yang telah kami peroleh dalam menyiapkan kerja kursus ini bersama-sama rakan kelas yang lain. Dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini juga terdapat banyak pengajaran serta pengetahuan yang kami peroleh berkaitan dengan tajuk tugasan yang kami buat iaitu BMM 3107, Pengantar Linguistik Bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Edward Sapir. Tokoh ini merupakan seorang tokoh yang telah mengkaji dengan teliti hubungan antara kajian bahasa dan antropologi. Edward sapir juga merupakan seorang sarjana linguistik dari Amerika pada awal abad ke-10. Kajian yang dilakuan oleh beliau juga merangkumi hubungan antara pemikiran manusia dari aspek psikologi. Beliau juga bukan hanya mengkaji pada struktur bahasa, tetapi juga meliputi kawasan budaya, sastera, mitologi dn agama. Melalui proses menyiapkan tugasan ini juga, saya dapat mengetahui bagaimana tokoh ini menjelaskan pandangannya terhadap bahasa yang mempunyai perkaitan yang sangat erat dengan budaya. Berdasarkan perkaitan antara budaya dengan bahasa ialah, budaya merupakan merupakan sebuah realiti yang ditentukan dengan bahasa, dan bahasa pula merupakan sesuatu yang diwariskan secara semula jadi. Sebagai contoh masyarakat negeri perak menggunakan loghat mike, teman, kome. Ini Merupakan antara contoh bahasa yang diwarisi secara semula jadi. Menurut Edward Sapir juga, bahasa ini sangat penting untuk memahami perspektif budaya kita yang unik. Melalui tugasan ini juga dapat dilihat bahawa peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah agak besar kerana kefahaman murid bergantung kepada

penyampaian guru serta kaedah penyampaian guru kepada murid. Guru merupakan pemudah cara bagi murid dalam melaksanakan aktiviti bagi membantu murid untuk membina pengetahuan dan kemahiran bahasa. Dalam kemahiran berbahasa ini guru tidak terlibat

secara keseluruhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, akan tetapi guru juga perlu berperanan sebagai pereka bentuk dan melakukan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kemahiran serta menguasai kemahiran berbahasa dengan baik.

Seterusnya melalui kajian tokoh ini juga, guru boleh mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajaran dengan tahap pengetahuan murid tersebut melalui teknik , kaedah, dan pendekatan dalam kemahiran berbahasa. Proses pengajaran yang melibatkan murid sepenuhnya membolehkan guru menilai tahap kemampuan seseorang pelajar tersebut. Hal ini kerana melalui penggunaan kaedah yang sesuai untuk mengajar sesuatu kemahiran, pengelibatan murid dapat menyumbang kepada pengetahuan rakan-rakan yang lain. Murid yang lebih luas pengetahuannya akan menjadi lebih aktif dan banyak perkara akan dikongsikan dengan murid yang lain. Akan tetapi pelajar yang kurang pengetahuan dan pengalaman sedia ada akan menjadi seorang yang pasif didalam kelas semasa proses pembelajaran dijalankan. . Sehubungan itu, menurut Edward sapir juga, setiap manusia menggunakan bahasa yang berbeza-beza mengikut kaum dan budaya serta taraf hidup sesuatu masyarakat. Oleh sebab itu, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dengan penyampaian yang dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran yang diajar dan disampaikan dengan baik. Hal ini mempunyai kaitan antara bahasa dengan corak pemikiran dan budaya masyarakat. Edward Sapir juga menyatakan bahawa pemikiran tingkah laku juga ditentukan dan dipengeruhi oleh bahasa. Seterusnya dalam melaksanakan tugasan ini terdapat banyak kesulitan yang kami hadapi memandangkan tugasan ini adalah tugasan berkumpulan. Masalah yang pertama adalah kesukaran untuk membuat perbincangan bersama ahli kumpulan kerana tarikh melaksanakan tugasan ini lebih panjang diwaktu cuti Hari Raya. Oleh itu, kami telah membahagikan tugasan agar waktu cuti kami dapat menyiapkan tugasan bahagian masingmasing dan bertukar pendapat melalui telefon atau laman sosial facebook. Dengan adanya kerjasama setiap ahli kumpulan, tugasan ini dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Dalam proses menyiapkan tugasan ini juga kami mengalami kesulitan mencari buku rujukan untuk mencari bahan yang berkaitan dengan linguistik. Namun demikian kami berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak rujukan yang kami mampu, antaranya melalui internet dan pustakaan negeri. Selain itu, kami juga ada berbincang secara ringkas dengan rakan kelas yang agak mahir dalam subjek Linguistik ini. Dengan membuat banyak rujukan tentang tugasan dan tokoh yang kami pilih ini menjadikan kami lebih memahami dan meningkatkan pengetahuan kami tentang kajian tokoh-tokoh linguistik.

Dalam pada itu, tugasan ini banyak memberi pengetahuan kepada kami tentang bagaimana untuk menyesuaikan isi pengajaran dengan apa yang disumbangkan oleh Tokoh Linguistik iaitu

Anda mungkin juga menyukai