Anda di halaman 1dari 10

Sekapur Sireh Syukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi kerana akhirnya telah berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun

terpaksa menghadapi pelbagai halangan di samping tugasan dan pelbagai aktiviti penting di sekolah . Pada mulanya kami berasa agak sukar untuk memahami kehendak soalan yang dikemukakan . Setelah membuat kajian berkali-kali ke atas soalan di samping merujuk dengan rakan - rakan dan melalui laman web , akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan . Tugasan yang disiapkan ini memerlukan masa mencari bahan - bahan rujukan dari pelbagai sumber seperti buku rujukan dan internet . Namun bahan yang diperlukan itu akhirnya berjaya ditemui dan diaplikasikan di dalam kerja kursus ini . Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Rusdi selaku pensyarah Pendidikan JAkhlak Sekolah (PIM 3107) yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar dalam interaksi sebelum ini untuk membolehkan kami menyiapkan tugasan ini . Tidak lupa juga kepada rakan - rakan sekuliah yang sentiasa bersedia untuk membantu memberikan penerangan untuk kami menyiapkan tugasan ini . Semoga tugasan yang disiapkan ini dapat memenuhi kehendak soalan yang diberikan .

Sekian, terima kasih

Sekapur Sireh Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana akhirnya telah berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan di samping tugasan dan pelbagai aktiviti penting di sekolah. Pada mulanya saya berasa agak sukar untuk memahami kehendak soalan yang dikemukakan. Setelah membuat kajian berkali-kali ke atas soalan di samping merujuk dengan rakan-rakan dan melalui laman web, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Tugasan yang disiapkan ini memerlukan saya mencari bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber seperti buku rujukan dan internet. Namun bahan yang diperlukan itu akhirnya berjaya ditemui dan diaplikasikan di dalam kerja kursus ini.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Rohimi bin Ishak selaku pensyarah Pendidikan Jawi Sekolah (PIM 3108) yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar dalam interaksi sebelum ini untuk membolehkan saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah yang sentiasa bersedia untuk membantu memberikan penerangan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan yang disiapkan ini dapat memenuhi kehendak soalan yang diberikan.

Sekian, terima kasih

Pengenalan Pelajaran Jawi adalah satu bidang pembelajaran di dalam sukatan Pendidikan Islam (KBSR). Jesteru itu, guru-guru Pendidikan Islam perlu memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran Jawi. Penguasai murid terhadap kemahiran Jawi ini akan membantu murid mempertingkatkan kefahaman terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya meningkatkan amalan dan penghayatan mereka dengan ajaran Islam. Pelajaran Jawi mula diajar dan diserapkan dalam Pendidikan Islam pada tahun 1984. Keupayaan menulis dan membaca Jawi dikalangan murid-murid saling kait mengait dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Ini adalah kerana pengantar Pendidikan Islam menggunakan tulisan Jawi. Kelemahan penguasaan Jawi dikalangan muridmurid akan membantutkan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, Penguasai Jawi mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menjamin kelancaran Pendidikan Islam, di samping kepentingannya sebagai warisan bangsa yang perlu dipelihara dan dipertahankan. Seterusnya dalam usaha untuk melaksanakan proses pembelajaran Jawi khususnya diperingkat sekolah rendah, guru-guru perlu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan mengaktifkan daya inovasi dan kreativiti kearah keberkesanan dan kejayaan.

Konsep dan Pelaksanan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Konsep Pelajaran Jawi: Konsep pelajaran Jawi sekolah rendah adalah sebahagian daripada proses

pembelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah. Pelajaran Jawi mula diserap dan diajar melalui pelajaran Pendidikan Islam. Pada peringkat awal ia menjadi mata pelajaran pilihan bagi tahun satu hingga tiga dan diajar oleh guru biasa. Kemudian pelajaran Jawi mula dijadikan sebahagian mata pelajaran Bahasa Melayu bermula dari tahun dua. Seterusnya pelajaran Jawi mula diajar dan diserapkan dalam Pendidikan Islam, tetapi hanya dilakukan sebagai percubaan untuk tahun tiga dan empat. Akhirnya pada tahun 1990 pelajaran Jawi diajar dalam Pendidikan Islam bermula dari tahun satu hingga tahun enam oleh guru Pendidikan Islam selama 30 minit seminggu. Pengajaran dan Pembelajaran Jawi (KBSR) dirancang dan disusun sebagai panduan untuk membantu guru-guru Pendidikan Islam bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Jawi dalam bilik darjah. Dengan adanya pelbagai kaedah yang diperkenalkan penguasaan Jawi dikalangan murid-murid dapat dipertingkatkan dan minat membaca Jawi menjadi budaya dalam kehidupan seharian. Kementerian Pendidikan juga telah berjaya merancang dan menyusun buku panduan Jawi (KBSR) dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan menulis Jawi di kalangan murid dengan lebih berkesan. Melalui buku panduan Jawi (KBSR) juga, ianya dapat membantu guru-guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Jawi dengan lebih efektif dan sistemetik.

Perkembangan Pelajaran Jawi: Dalam melaksanakan pembelajaran Jawi, pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan kurikulum untuk para guru. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan

buku teks khas pelajaran jawi serta buku-buku latihan, buku kerja dan buku-buku bacaan dalam tulisan jawi sebagai bahan sokongan dalam latihan atau pengukuhan pelajaran Jawi. Pelaksanaan Pengajaran Jawi: Kajian pelaksanaan pelajaran Jawi (KBSR) diadakan bertujuan untuk mendapatkan

maklumat mengenai status pelaksanaan pelajaran Jawi dan pencapaian murid dalam pelajaran Jawi. Pada tahun 1992 Kementerian Pendidikan memasukkan pelajaran Jawi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) yang menekankan kemahiran membaca dan menulis Jawi. Satu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran tulisan Jawi telah dibentuk daripada tahun 1 hingga tahun 6. Selain itu, pelaksanaan dalam penyediaan buku panduan juga telah diberi perhatian. Untuk menyediakan buku panduan pengajaran Jawi ini, perancangan telah dibuat dengan begitu teliti. Ahli jawatankuasa pembinaan buku panduan Jawi (KBSR) telah mengadakan mesyuarat, bengkel dan pemurnian hasil bengkel hingga berjaya terbentuk dan terhasilnya buku panduan pengajaran dan pembelajaran Jawi (KBSR). Ini semua adalah untuk memartabatkan pengajaran dan pembelajaran Jawi (KBSR).

Tujuan Pelaksanaan Pelajaran Jawi Kemahiran membaca dan menulis jawi dapat melahirkan semangat cintakan budaya melayu dan patriotik bahasa dan bangsa kita. Disamping itu tulisan jawi mempunyai persamaan dengan huruf-huruf Al-Quran dan ia dapat meningkatkan lagi kefahaman terhadap bacaan AlQuran di kalangan murid-murid. Murid-murid dapat berfikiran kreatif dan kritis dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Dalam melaksanakan pembelajaran jawi, tentu terdapat objektif yang telah difikirkan. Oleh itu, ianya dapat dicapai melalui usaha bersungguh-sungguh khususnya di kalangan guruguru dengan kerjasama ibu bapa. Guru-guru harus menggunakan kaedah dan teknik yang pelbagai dalam usaha untuk menjadikan PDP Jawi dapat dicapai dengan berkesan. Muridmurid perlu diberi latihan dan tugasan kerja rumah untuk memperkuatkan daya ingatan mereka dan mengasah kemahiran mereka untuk membaca dan menulis jawi.

Kaedah Pengajaran Jawi Kedah pengajaran jawi juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk menjadikan PDP berkesan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran jawi perlu dipelbagaikan. Ia bertujuan untuk mengatasi kelemahan murid mengenal huruf tunggal jawi dan kelemahan menyebut huruf jawi tunggal, kelemahan mengeja dan menyebut kata awalan(terbuka), kelemahan mengeja sukukata dan ayat mudah, merangsang pengajaran guru dan mengatasi kelemahan jawi serta memupuk minat murid mencintai pelajaran Jawi. Antara kaedah yang terdapat dalam

pengajaran jawi ialah permainan, nyayian, latih tubi, cerita, sumbangsaran dan beberapa kaedah lain lagi. Satu semakan kedua-duanya telah dibuat pada tahun 2000 untuk dilaksanakan pada tahun 2003. Pengajaran Jawi telah dimasukkan ke dalam Program Jawi-Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) dalam tahun 2003 iaitu sebagai kelas Jawi kepada murid-murid biasa dan kelas pemulihan Jawi kepada yang tercicir Jawi, iaitu 2 waktu seminggu untuk 6 bulan pertama pada tahun 1, dan 1 waktu seminggu seterusnya. Sebenarnya pelaksanaan program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di sekolah rendah sejak 2005 menjadi iltizam kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan sistem pendidikan Islam sesuai dengan keperluan hari ini.Dicetuskan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, program itu membuktikan kesungguhan kerajaan melahirkan modal insan serba boleh dan mahir dalam empat perkara asas dalam pendidikan Islam antaranya pembelajaran jawi. Pelaksanaan Program j-QAF Sebenarnya program j-QAF merupakan suatu usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam khususnya melalui penekanan dalam pelajaran Jawi. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum, model dan modul tersendiri. Pelaksanaannya menggunakan waktu sedia ada yang diajar oleh tenaga guru yang dilantik khusus. Dengan mengguna pakai empat model pengajaran dan satu model kokurikulum, maka proses pengajaran dan pembelajaran jQAF dapat mensasarkan murid yang mampu menguasai bacaan dan tulisan jawi. Pelaksanaan program j-QAF sudah menampakkan kejayaan ketara apabila semakin ramai murid mahir menulis dalam jawi Menerusi konsep pengajaran pemulihan jawi lebih menarik menggunakan kaedah inovasi pembelajaran seperti permainan, lagu dan juga penggunan multimedia. Sasaran program ini adalah murid-murid sekolah rendah . Ia dilaksanakan secara berperingkat mulai

tahun 2005 kepada murid tahun 1 di sekolah-sekolah terpilih. Seterusnya pada tahun 2010 semua sekolah rendah melaksanakan program ini. Melalui program j-QAF juga, selain dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi, ianya dapat membimbing dan memulihkan murid-murid yang keciciran dalam pembelajaran Jawi secara berterusan. Model ini disebut sebagai Model Kelas Pemulihan Jawi. Model Kelas Pemulihan Jawi Melalui model ini, pengajaran dijalankan oleh guru pemulihan untuk memulihkan murid yang keciciran Jawi. Bilangan murid dalam sesuatu kelas Pemulihan Jawi seramai 6 hingga 10 orang yang belum mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka dalam ujian pengesanan khas. Murid akan dipulihkan supaya dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal, suku kata terbuka dan tertutup serta membina perkataan-perkataan mudah. Jumlah maksima 10 murid dalam satu PDP pemulihan Jawi dengan seorang guru pemulihan ditetapkan untuk memberi tumpuan yang lebih berkesan kepada murid. Guru hendaklah membuat ujian pengesanan untuk memastikan hanya murid yang benar-benar lemah sahaja dimasukkan dalam kelas pemulihan Jawi. Walaupun jumlah murid disyaratkan 610 orang bagi setiap PDP. Kelas pemulihan perlu dilaksanakan walaupun jumlah murid pemulihan tidak sampai 6 orang. Kelas pemulihan tidak perlu dijalankan kepada kelas yang keseluruhan muridnya telah mencapai tahap cemerlang dalam ujian pencapaian Jawi. Ujian pencapaian ini hendaklah berdasarkan soalan yang disediakan dalam Buku Panduan Ujian Pencapaian jawi KPM. Bagi ujian bulanan, soalan mesti dibina mengikut aras kemahiran murid pemulihan. Manakala soalan bagi ujian penggal hendaklah menggunakan soalan yang telah diselaraskan. Murid pemulihan Jawi adalah digalakkan menggunakan buku latihan aktiviti jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai latihan tambahan kepada murid. Implikasi Pelajaran Jawi diajar melalui pelajaran Pendidikan Islam, tetapi tidak diberi tumpuan untuk matapelajaran khusus. Ini kerana guru-guru Pendidikan Islam terpaksa memberi tumpuan dan keutamaan terhadap matapelajaran Ulum Syariat yang perlu diberi perhatian lebih.

Para pendidik tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengajar pelajaran Jawi. Oleh itu, kesannya terhadap penguasan pelajaran Jawi tidak begitu memuaskan. Bagi murid sekolah rendah yang terdiri dari sekolah rendah agama, mereka lebih berkesempata dalam usaha untuk memantapkan matapelajaran Jawi, berbanding murid-murid sekolah rendah, yang tiada kesempatan sedemikian yang mungkin akan tercicir. Cadangan Dalam usaha untuk memartabatkan pelajaran Jawi, atau mengangkat tulisan Jawi setaraf dengan tulisan rumi, maka para pencinta tulisan Jawi khususnya guru-guru Pendidikan Islam mestilah berusaha , merancang dan menekankan betapa pentingnya perjuangan ini sekiranya ingin melihat proses pembelajaran Jawi berdaulat tinggi. Kemahiran tulisan Jawi mestilah dimanfaatkan. Banyak khazanah ilmu yang tersimpan dalam tulisan Jawi. Bagi insan yang tidak dapat menguasai Jawi, mungkin kehilangan hamper separuh daripada sumber ilmu selain daripada kesukaran mengenal Bahasa Arab dan Al-quran. Para pendidik mesti berusaha untuk mengadakan pelbagai program bagi menimbulkan minat di kalangan murid-murid terhadap pelajaran Jawi. Seterusnya dapat melahirkan dan meningkatkan rasa cinta kepada pembelajaran Jawi. Pelaksanaan kelas pemulihan Jawi perlu diadakan mengikut agihan kemahiran dan kaedah PDP yang telah ditetapkan. Guru perlu merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya laporkan perjalanan kelas dan hasil pembelajaran kepada ketua panitia dan Guru Besar. Kesimpulan Tugas dan tanggungjawab melaksanakan pengajaran Jawi adalah tanggungjawab bersama, khususnya bagi guru-guru Pendidikan Islam, para perancang pendidikan Negara, media massa dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan hasrat ingin mendidik anak bangsa dan masyarakat untuk mencintai Pengajaran dan pembelajaran Jawi. Dengan adanya kerjasama semua pihak, Insyaallah hasrat dan tugas besar ini akan menjadi mudah untuk direalisasikan. Golongan pendidik juga tidak boleh merasa bosan dan jemu terhadap usaha yang murni ini. Semoga segala pengorbanan yang lakukan akan membuahkan hasil dan akan diberi ganjaran di sisi Allah SWT. Refleksi

Semasa menjalankan pengajaran saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah di buat sebelum memulakan pengajaran ini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran ini. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan

murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti bersoal jawab pada sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang telah diadakan. Saya juga menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Saya juga mendapati penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran saya dapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran yang ingin saya sampaikan, atau tercapainya objektif pengajaran. Selain itu, kelantangan suara juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu disamping dapat mewujudkan disiplin yang baik dalam kelas. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang selaras dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan

panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Kekurangan dan Kelemahan Antara kekurangan dan kelemahan yang dikenal pasti semasa menjalankan pengajaran ini ialah saya tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid. Saya dapati murid yang lemah agak sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Hal ini akan menyebabkan murid tidak tahu apa yang ingin diajar pada pengajaran seterusnya dan mungkinkan menyebabkan murid tidak membawa barang yang diperlukan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu, segala maklum balas yang berlaku diantara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-ola langsung tidak memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Adakalanya saya terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran juga banyak melibatkan kreativiti yang tinggi. Hal ini menyebabkan murid

menganggap bahawa pembelajaran kadangkala menjadi sukar .

Bibliografi

Anda mungkin juga menyukai

  • Jurnal
    Jurnal
    Dokumen6 halaman
    Jurnal
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat
  • Pemimpin Yg Dicintai Allah
    Pemimpin Yg Dicintai Allah
    Dokumen4 halaman
    Pemimpin Yg Dicintai Allah
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat
  • Dokumentasi PKP Padang Besar
    Dokumentasi PKP Padang Besar
    Dokumen16 halaman
    Dokumentasi PKP Padang Besar
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat
  • Nabi Musa
    Nabi Musa
    Dokumen1 halaman
    Nabi Musa
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat
  • Fungsi Masjid
    Fungsi Masjid
    Dokumen11 halaman
    Fungsi Masjid
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat
  • 9 Sebab Hati X Bahagia
    9 Sebab Hati X Bahagia
    Dokumen1 halaman
    9 Sebab Hati X Bahagia
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat
  • Hukum Mad
    Hukum Mad
    Dokumen21 halaman
    Hukum Mad
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat
  • HADIS
    HADIS
    Dokumen3 halaman
    HADIS
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat
  • Maksud Ideologi
    Maksud Ideologi
    Dokumen4 halaman
    Maksud Ideologi
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat
  • Hukum Memegang Al Quran
    Hukum Memegang Al Quran
    Dokumen7 halaman
    Hukum Memegang Al Quran
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat
  • Ust Jo PPG
    Ust Jo PPG
    Dokumen25 halaman
    Ust Jo PPG
    Christopher Rogers
    Belum ada peringkat