Anda di halaman 1dari 11

Masa 10.00 pagi 10.

30 pagi

Cue Kehadiran ibu bapa dan hadirin

Teks Dif-dif jemputan dan para ibu bapa dipersilakan memenuhi tempat duduk yang telah disediakan. Majlis sambutan hari raya akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Masa
11.00 pagi

Cue
Ucapan YDP PIBG

Teks
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Ahli Parlimen Pulai. Ketibaan yang berhormat Dato diiringi oleh Yang Berusaha En Saffrudin Alam Shah, Yang Dipertua PIBG SK Taman Sutera, Yang Dihormati Pn Tuan Rafingah bt Tuan Soh, Guru Besar SK Taman Sutera, Pn Fuziah bt Mohamad, Guru Penolong Kakan Kurikulum, En Teng CHai Heng, Guru Penolong Kanan Hal Ekwal Muri dan Pn Rosilawati bt Masri, Guru Penolong kanan Kokurikulum

Masa
11.00 pagi

Cue
Alu-aluan

Teks
Daun layu di tengah gurun Nampak jalur pohon cemara Tradisi Melayu turun temurun Pantun diatur pembuka bicara. BismilllahirahmannirrahimYang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Ahli Parlimen Pulai. Ketibaan yang berhormat Dato diiringi oleh Yang Berusaha En Saffrudin Alam Shah, Yang Dipertua PIBG SK Taman Sutera, Yang Dihormati Pn Tuan Rafingah bt Tuan Soh, Guru Besar SK Taman Sutera, Pn Fuziah bt Mohamad, Guru Penolong Kakan Kurikulum, En Teng CHai Heng, Guru Penolong Kanan Hal Ekwal Muri dan Pn Rosilawati bt Masri, Guru Penolong kanan Kokurikulum, guru-guru, para ibu bapa, murid-murid serta hadirin dan hadirat sekalian. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum dan salam sejahtera mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.

Masa
11.00 pagi

Cue
Pembukaan

Teks
Yang Berhormat, walau pun telah genap sebulan kita menyambut hari raya hanya kesempatan ini sahaja yang kami ada untuk bersama-sama meraikan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Sesungguhnya pepatah Inggeris ada menyatakan better late than never. Berdasarkan pepatah Inggeris inilah kami mengambil kesempatan yang ada untuk melaksanakan Sambutan Hari Raya pada pagi ini. Kehadiran yang berhormat amat memberi makna kepada kami semua.

Masa
11.00 pagi

Cue
Bacaan Doa

Teks
Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Oleh itu, bagi memberkati majlis pada hari ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh __________________ Majlis dengan ini mempersilakan. Amin..aminamin Ya RabbalAlamin. Semoga majlis kita pada bagi ini mendapat keberkatan hingga ke tirai penutup.

Masa
11.00 pagi

Cue
Ucapan YDP

Teks
Bukan rumput sebarang rumpun, Rumput penghias tepi halaman; Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha En Shaffrudin Alam Shah Yang dipertua PIBG, Sk Taman Sutera untuk memberi ucapan. Dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada En Shaffrudin Alam Shah di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Masa
11.00 pagi

Cue

Teks

Ucapan Pergi ke kota beli selasih, Guru Besar Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. Majlis seterusnya memberi ruang kepada Yang Dihormati Pn Hjh Tuan Rafingah Tuan Soh, Guru Besar SK Taman Sutera untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada puan guru besar di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Masa

Cue

Teks

11.00 pagi Ucapan VIP Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed Ahli Parlimen Pulai, untuk menyampaikan sepatah dua kata bagi menyerikan lagi majlis pada pagi ini. Dipersilakan yang berhormat, Dato. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed atas kesudian beliau memberi ucapan itu tadi. .

Masa

Cue

Teks
Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih.

11.00 pagi Menjemput makan

Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Ahli Parlimen Pulai. Ketibaan yang berhormat Dato diiringi oleh Yang Berusaha En Saffrudin Alam Shah, Yang Dipertua PIBG SK Taman Sutera, Yang Dihormati Pn Tuan Rafingah bt Tuan Soh, Guru Besar SK Taman Sutera, Pn Fuziah bt Mohamad, Guru Penolong Kakan Kurikulum, En Teng CHai Heng, Guru Penolong Kanan Hal Ekwal Muri dan Pn Rosilawati bt Masri, Guru Penolong kanan Kokurikulum, guru-guru, para ibu bapa, muridmurid serta hadirin dan hadirat sekalian menjamu selera. Dipersilakan

Masa

Cue
Marhaban

Teks
Hadirin sekalian, Majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan acara Marhaban beramai-ramai. Telah menjadi kelaziman bagi umat Islam untuk bermarhaban. Marilah kira bersama-sama bermarhaban.

Masa
1.00 ptg

Cue
Penutup

Teks
Majlis kita pada hari ini sampai jua ke tirai penutup. Terima kasih diucapakan kepada Yang Berhormat Dato Nur Jazlan kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami dalam majlis ini. Terima kasih juga kepada hadirin dan hadirat sekalian. Kehadiran tuan puan menyerikan lagi majlis. Sebelum kita berangkat pulang, izinkan saya mengakhiri majlis ini dengan dua rangkap pantun. Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Akhir kata yang baik datangnya dari Allah, dan kurang sempurna datangnya dari saya. Sekian wasalam.

Anda mungkin juga menyukai