Anda di halaman 1dari 15

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

8.0

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni yang abstrak seperti seni muzik, seni sastera dan seni tari. Sifat kanak-kanak di sekolah rendah adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Oleh hal yang demikian, Pendidikan Seni Visual berperanan memperkembangkan sifat-sifat melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Berdasarkan teknik-teknik yang digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, bidang memboleh murid-murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya dapat memperkembangkan perspektif visual murid. Gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang melalui ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan jelas tentang sesuatu objek juga gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.

8.1

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK KANAK

Penyerapan PSV dalam pembinaan bahan bantu mengajar dapat mengembangkan peluang ekspresi dalam diri seorang kanak kanak. Menyediakan kebebasan bersuara melalui bahasa seni sebagai bahasa kedua. PSV ialah wadah untuk membangunkan potensi diri. Menggalakkan kerjasama dan keharmonian kumpulan.
80

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

PSV mengadun kuasa pemikiran kanak kanak dan guru guru. Memberikan kesedaran kepada guru tentang perbezaan keupayaan seorang kanak kanak. PSV menyediakan pelbagai unsur kebenaran dalam kebudayaan bangsa

8.2
8.2.1

TEKNIK-TEKNIK DALAM PSV


LUKISAN

Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan. Lukisan juga menjadi hasil seni dua dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel, arang, pen marker, pensel warna, pastel dan sebagainya. Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan. Proses melakukan garisan, melorek ton dan juga menggosok juga dipanggil lukisan. Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan bergantung kepada penggunaan gaya yang ekspesif dan nyata.

Teknik-teknik Lukisan

Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur. Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran.

81

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Proses Melukis 1. Pilih objek yang hendak dilukis. 2. Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya. 3. Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan. 4. Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut. 5. Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang.

8.2.2

CATAN

Catan ialah proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun abstrak. Catan dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan bahan. Catan juga merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Terdapat empat media biasa untuk catan iaitu cat air, cat minyak, cat tempera dan cat poster. Aliran Gaya Catan

a) Realisme lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar. b) Impresionisme mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan kepada pencahayaan. c) Ekspresionisme menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas digambarkan.

82

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

d) Ekspresionisme Abstrak catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada sifat realistik. e) Kiubsisme mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah serta menimbulkan ilusi 3 dimensi. f) Surealisme menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan.

g) Seni Pop menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial. h) Seni Op (optik) reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk menghasilkan imej gerak pada penglihatan.

Teknik Catan

Teknik catan terbahagi kepada 4 iaitu :a) Teknik Basah Atas Kering. b) Teknik Basah Atas Basah. c)
d)

Teknik Berus Kering.


Teknik Kecatan.

8.2.3

KOLAJ

Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menghasilkan sesuatu imej. Pelbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu permukaan khas seperti kertas lukisan. Kolaj mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.

83

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

8.2.4

MONTAJ

Montaj ialah seni menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan,

kecuaian, peperangan dan alam sekitar. Ia menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana- mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubah suai untuk menghasilkan satu imej. Komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Montaj juga merupakan suatu proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih antara satu sama lain.

8.2.5

CETAKAN

Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Cetakan juga merupakan proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Maksud lain bagi cetakan ialah proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Imej atau gambar dihasilkan dengan menggunakan acuan plat dan imej dihasilkan di atas permukaan rata. Ia juga adalah satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.

84

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

8.2.6

GOSOKAN

Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia juga satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Mengikut Kamus Dewan , gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan tangan, barang dan lain-lain menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.

Teknik Gosokan

Cara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis. Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Ia juga adalah satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.

85

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

8.2.7

RESIS

Resis adalah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Menurut buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Teknik menggunakan lilin ialah krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap .

8.2.8

PERCIKAN

Percikan ialah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus Bahagian bulu berus atau berus gigi yang akan menghasilkan kesan warna. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat dengan pelbagai warna untuk menghasilkan kesan antik.

86

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata. Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan. Menurut buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna lain bagi percikan adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.

8.2.9

MOZEK

Mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek juga ialah sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata untuk menghasilkan pantulan atau kilauan. Mozek merupakan satu imej yang berasingan dan tidak bertindih, disusun secara bersebelahan.

87

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

8.3
AKTIVITI

PELAKSANAAN AKTIVITI
: SET INDUKSI

PERUNTUKAN MASA : 5 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid-murid diberikan satu plastik sampah yang telah diubah suai menjadi sehelai baju yang boleh dipakai bagi melindung pakaian murid daripada sebarang kekotoran. 2. Apabila murid-murid berjaya meneka kegunaan plastik sampah tersebut, maka set induksi yang disediakan berjaya mencapai sasaran pembelajaran. 3. Kemudian, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 orang ahli.

88

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

8.3.1
AKTIVITI

MENGEJA DAN MENYEBUT PERKATAAN BERDASARKAN KARYA KREATIF YANG DIHASILKAN


: ANYAMAN HURUF

PERUNTUKAN MASA : 25 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid-murid diberikan tugasan berdasarkan kumpulan yang telah dibahagikan. 2. Teknik anyaman diajarkan kepada murid-murid bagi membantu mereka menghasilkan sebuah anyaman. Anyaman tersebut akan menghasil satu abjad konsonan. 3. Setiap murid diedarkan sehelai kertas lukisan dan dikehendaki melukis suatu objek berdasarkan huruf yang telah dihasilkan melalui anyaman tersebut. 4. Perbincangan kumpulan hendaklah dilakukan bagi mengelakkan persamaan lukisan antara murid-murid di dalam setiap kumpulan masing-masing. 5. Hasil lukisan akan ditunjukkan kepada kesemua murid bagi menilai kebolehan melukis setiap individu.

89

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

AKTIVITI

: PATUNG SERAGAM

PERUNTUKAN MASA : 25 MINIT PELAKSANAAN :

1. Setiap kumpulan diedarkan dengan sebuah patung kertas yang besar. 2. Ketua kumpulan dikehendaki mencabut undi bagi memilih tugasan yang perlu dilaksanakan dengan menggunakan patung tersebut. 3. Setiap kertas undian mengandungi perkerjaan yang memerlukan pakaian seragam yang lengkap serta menunjukkan identiti pekerjaan tersebut. 4. Murid-murid dikehendaki untuk melukis pakaian seragam yang diberikan di atas patung tersebut. Peralatan mewarna seperti pensil warna, krayon dan warna air dibekalkan kepada setiap kumpulan. 5. Hasil kerja bagi setiap kumpulan dinilai melalui ketepatan warna berdasarkan pekerjaan yang diberikan. Pengetahuan sedia ada murid-murid diuji melalui dapatan karya yang dihasilkan.

AKTIVITI

: KOLAJ BINATANG

PERUNTUKAN MASA : 25 MINIT PERLAKSANAAN :

1. Sehelai kertas lukisan yang besar diedarkan bagi setiap kumpulan. 2. Di atas kertas lukisan tersebut, terdapat satu abjad besar dan kecil berserta gambar binatang yang bersesuaian dengan abjad yang berkenaan. 3. Murid-murid dikehendaki menggunakan kapas dan juga kekacang yang diberikan untuk menghasilkan kolaj tersebut. 4. Sebagai penilaian, setiap kumpulan perlulah menyebut abjad tersebut dengan betul dan mengeja nama bagi binatang tersebut.

90

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

AKTIVITI

: HURUF SPRAY

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT PELAKSANAAN :

1. Sehelai kertas lukisan yang besar diedarkan bagi setiap kumpulan. 2. Di bahagian hadapan bilik darjah, guru telah menyediakan beberapa siri abjad yang mempunyai dua perbezaan bentuk iaitu satu huruf tersebut ditebuk dan satu lagi digunting. 3. Murid-murid diedarkan dengan warna air dan juga berus gigi bagi menjalankan aktiviti ini. 4. Murid-murid diminta untuk membina sebanyak mana perkataan yang boleh berdasarkan hurur-huruf yang telah disediakan. 5. Kumpulan yang berjaya mengumpul sebanyak mungkin perkataan akan dikira sebagai pemenang.

AKTIVITI

: KARYA KREATIF

PERUNTUKAN MASA : 25 MINIT PELAKSANAAN :

1. Sehelai kain putih yang kosong diedarkan kepada setiap kumpulan. 2. Di atas kain tersebut, murid-murid diberi kebebasan untuk mencorakkan kain tersebut mengikut pengetahuan dan kebolehan mereka. 3. Murid-murid dibenarkan menggunakan setiap peralatan warna yang telah disediakan oleh guru seperti warna air, krayon dan pencil warna. 4. Sebagai penilaian, murid perlulah menceritakan kepada rakan-rakan mengenai karya yang telah dihasilkan. Karya yang paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang.

91

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

8.4

RUMUSAN

Kesimpulannya, setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi berdasarkan proses tumbesaran mereka. Maka sifat dinamik seperti kreatif dan perasaan cinta akan keindahan dapat diterapkan melalui kerja seni visual. Kerja seni yang kreatif merupakan satu alat komunikasi yang berkesan di samping sebagai refleksi pemikiran kanak-kanak. Selain daripada membentuk daya kreativiti kanak-kanak, Pendidikan Seni Visual juga mampu memperkembangkan psokilogi kanak-kanak. Pembelajaran kanak-kanak menjadi lebih bermakna dan menarik dengan menggunakan kaedah seni ini.

92

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

8.5 DOKUMENTASI

93

LITERASI BAHASA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

94

Anda mungkin juga menyukai