Anda di halaman 1dari 4

Bahan-bahan: 1 1/2 liter ais krim vanila kek span coklat----->>>>sila lihat resepi DI SINI 450g non-dairy whipping

cream-diputar hingga kental (soft peak) chocolate rice-untuk topping chocolate syrup-untuk topping (boleh guna syrup Hershey atau pun syrup Hoko,Van Houten) Cara Penyediaan Kek Ais Krim Vanila: 1.Adunan kek span coklat dibahagi kepada dua.Satu adunan di bakar dalam Loyang bulat 9" & satu adunan dibakar dalam Loyang 10 1/2" x 7 1/2 " (lihat gambar di bawah).

2.Setelah kek span masak,keluarkan dari oven kemudian biarkan ia sejuk sepenuhnya (lihat gambar di bawah). Setelah itu kek 9" dibahagi kepada dua bahagian yang nipis untuk diguna sebagai dasar dan penutup.Kek span yang empat persegi dipotong memangjang mengikut tinggi loyang. 3.Guna loose tin 9".Letakkan satu lapisan kek span coklat di dasar loyang,kemudian letak juga potongan kek yang panjang di tepi loyang,letak dengan kemas agar ais krim tak mudah meleleh. (lihat gambar di bawah yang berbentuk perigi)

4.Setelah itu,ambil ais krim vanilla dan sudukan ke dalam bekas tadi.Buat kemas-kemas yea. (lihat pada gambar di bawah).Pastikan ais krim yang kita guna tu tak cair sangat agar kek ais krim kita nantinya tidak keras macam batu.

5.Bila semua ais krim sudah diisi penuh ke dalam bekas.Ambil satu lapisan kek lagi dan tutuplah adunan ais krim itu (lihat pada gambar di bawah).

6.Kek kita sudah hampir siap.Tutup kemas yea (lihat gambar di bawah).Kemudian simpan kek ais krim dalam peti sejuk bahagian beku selama 5 jam atau semalaman.

7.Bila kek ais krim dah betul-betul beku.Keluarkan dari peti sejuk.Tanggalkan loyang. Sapu seluruh permukaan dan tepi kek dengan whipping cream.Kemaskan. Tabur chocolate rice di atasnya,kemudian paipkan syrup coklat sesuai kreativiti masing2. Kemudian,kembalikan kek ais krim vanilla ke dalam peti sejuk bahagian beku yea.Biarkan kek betul-betul beku selama 1 malam baru siap dihidang..kalau tak hiding tunggulah pembeli datang dan angkut balik rumahnya.

Anda mungkin juga menyukai