Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER / TAHUN JANUARI/2013 KOD KURSUS HBEF 3503 TAJUK KURSUS PENDIDIKAN INKLUSIF

EOS PN.FAIZAH BT IDRUS

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

NUR RASHIDAH BT YUSOF 740723065486001 740723065486 019-9644142 ara.shidah@yahoo.com KELANTAN LEARNING CENTRE

REFLEKSI
Kesediaan pihak sekolah untuk mengadakan program pendidikan inklusif di Sekolah Kebangsaan Kampong Sepulau belum bersedia kerana kekurangan pendedahan tentang Program Pendidikan Inklusif dan juga kekurangan tenaga pengajar. Walaupun guru pemulihan khas sedang menjalankan tugasnya, tetapi tenaganya adalah terhad.

Selainnya, terdapat juga sokongan daripada ibu bapa khususnya dalam memantau perkembangan yang ditunjukkan oleh anak-anak mereka di rumah, namum ianya masih tidak mencukupi sekiranya program pendidikan inklusif ini tidak mendapat sokongan daripada pihak luar.

Banyak faktor mengapa program inklusif tidak dapat mencapai tahap yang diinginkan. a) Kurang pengetahuan. Guru di aliran perdana kurang atau langsung tidak ada pengetahuan tentang program inklusif. Oleh itu: 1. Guru aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang mengapakah perlu program

inklusif kepada murid-murid bekerpeluan khas. Contoh: Keperluan sosial Keperluan untuk membina keyakinan diri Keperluan untuk berdikari Keperluan untuk diterima sama dalam masyarakat Keperluan menguruskan diri Keperluan belajar dengan guru lain selain daripada guru pendidikan khas sendiri.

2. Guru di aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang tugas lain guru pendidikan khas semasa ketiadaan murid kerana mengikuti progam inklisuf. Ini dapat mengelakkan

prasangka yang tidak diingini berlaku. Contoh: Menjalankan pengajaran individu untuk murid-murid yang severe samada dalam pengurusan diri mahupun pengurusan tingkahlaku. Membina Rancangan Pengajaran Individu

Membuat keceriaan kelas

3. Pentadbiran dan guru-guru lain di aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang pelaksanaan sebenar program inklusif.

Selama saya menjalankan kajian ini impak yang paling terkesan pada diri saya

ialah

mempunyai sifat sabar yang tinggi. Kesabaran ini diperlukan ketika menghadapi karenah murid ini. Hal ini kerana murid berkeperluan khas ini sangat unik dan mempunyai pelbagai karenah dan perangai tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk. Untuk menghadapi situasi ini, seorang guru haruslah sentiasa berupaya mendengar dengan tekun, mengawal perasaan, serta menghargai murid. Jika kesabaran tidak dapat dipraktikkan, maka guru ini akan mengalami situasi yang sangat sukar dalam mengendalikan murid-murid dan kemungkinan guru-guru ini juga akan mengalami kemurungan. Perubahan yang positif dalam diri Muhammad Shahir membuatkan saya terharu dengan kaedah yang saya jalankan keatasnya. Keinginannya dalam menimba ilmu harus di beri sokongan oleh semua pihak agar murid ini boleh setanding dengan murid lain. Dengan keyakinan yang ada pada Mohamad Shahir, saya yakin dia akan beroleh kejayaan. Saya telah mencuba pelbagai teknik untuk membantu Mohamad Shahir dan segala teknik yang dijalankan membuahkan hasil yang saya harapkan. Selain itu, saya juga haruslah bertanggungjawab dalam mendidik murid ini. Sudah diketahui umum bahawa bukan semua murid-murid berkeperluan khas ini mampu membaca, menulis seperti rakannya yang lain tetapi menjadi satu kebanggaan kepada gurunya apabila murid mereka mampu berdikari dan mengurus keperluan diri sendiri. Ia merupakan kejayaan terbesar yang dan hadiah yang tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa yang lama untuk dididik. Justeru itu, guru seharusnya bertanggungjawab menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat murid dalam pembelajaran. Komunikasi antara guru dengan murid dan ibu bapa adalah sangat penting dalam mewujudkan perhubungan yang baik. Ciri positif komunikasi tersebut ialah guru boleh berinteraksi dengan baik. Dengan interaksi yang berlaku akan mewujudkan pelbagai perasaan yang positif seperti kepercayaan, empati dalam diri, penerimaan murid dan sebagainya.

Dengan interaksi dua hala ini ibu bapa senang untuk mengadakan perbincangan dan meluahkan pandangan serta idea. Petikan daripada Khutbah Jakim juga menyatakan bahawa hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru penting supaya usaha mengasuh dan mendidik anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Ibu bapa dan masyarakat perlu menjalin hubungan erat dan berterusan dengan pihak sekolah supaya permasalahan diselesaikan secara muhibah. (Berita Harian, 2011) Untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan, guru haruslah mempunyai ilmu yang cukup dan kecerdasan minda dalam menyelesaikan masalah. Ilmu menjadi sesuatu yang penting untuk guru-guru ini mengenalpasti murid-murid mereka dengan baik dan mencari jalan penyelesaian yang baik dan sesuai untuk setiap murid. Ilmu bukan sahaja melalui pembacaan tetapi guru-guru ini boleh menghadiri kursus, menyambung pengajian dan bertanyakan pakar adalah salah satu daripada ilmu yang diperolehi. Dengan ilmu yang ada, guru-guru dapat menggunakan kecerdasan minda mereka dalam menghadapi muird-murid ini.

Anda mungkin juga menyukai