Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN MATEMATIK TAHUN 6

KLINIK MATEMATIK

1. NAMA PROGRAM : KLINIK MATEMATIK


2. TARIKH PELAKSANAAN : MINGGU 2 JANUARI HINGGA MINGGU 2
FEBRUARI
3. JANGKA MASA : 1 BULAN
4. KUMPULAN SASARAN: SEMUA MURID TAHUN 6

PENDAHULUAN

Program peningkatan MATEMATIK TAHUN 6 yang diberi nama KLINIK


MATEMATIK ini dilaksanakan dengan harapan untuk memastikan peningkatan di
dalam pencapaian UPSR dalam subjek MATEMATIK sebagaimana yang
disasarkan oleh pihak sekolah dan yang juga diharapkan oleh pihak PPD Pasir
Puteh. Dengan pendekatan KLINIK MATEMATIK ini diharapkan ianya akan
dapat mengurangkan bilangan murid yang gagal dalam subjek matematik. Secara
tidak langsung ini bermakna prestasi murid yang gagal akan berkurang dan
seterusnya boleh meningkatkan peratus lulus subjek matematik untuk tahun 6.

OBJEKTIF

Untuk meningkatkan peratus murid yang lulus Mata pelajaran Matematik


UPSR 2017 dan meningkatkan prestasi pembelajaran murid di dalam subjek
Matematik.

RASIONAL

Merancang serta melaksanakan KLINIK MATEMATIK secara sistematik


dan praktikal untuk kepentingan seluruh murid Tahun 6.
MATLAMAT

1. Untuk mengurangkan bilangan murid yang gagal dalam subjek matematik dan
semahunya ingin mencapai SIFAR gagal dalam subjek matematik
2. Menarik minat murid untuk mempelajari Matematik dan dapat merasakan
bahawa mempelajari Matematik adalah satu mata pelajaran yang seronok
dengan slogan MATH IS EASY .
3. Untuk membantu peningkatan pencapaian Matematik yang lebih baik amnya
dan pencapaian yang lebih tinggi Matematik pada peringkat UPSR
khususnya.
4. Untuk mewujudkan suasana yang kondusif kepada murid agar tidak kekok
atau takut untuk mempelajari Matematik

SASARAN

Semua murid tahun 6 bagi tahun 2017.

PIAGAM PELANGGAN

1. Memastikan semua murid Tahun 6 mendapat maklumat, pengetahuan dan


bimbingan yang betul.
2. Memastikan semua murid yang gagal ini akan berjaya meloloskan diri
didalam Latihan Kecemerlangan ( LK ) yang akan datang.
3. Memastikan semua murid sasaran mengikuti KLINIK MATEMATIK
dengan persekitaran dan fizikal sekolah yang ceria sepanjang masa.
4. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk perlaksanaan program.

CARA PELAKSANAAN

1. Murid Tahun 6 dibahagilan kepada 3 kumpulan. Seorang guru Matematik


akan membimbing sekurang-kurangnya 14 @ 15 orang murid pada satu
masa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2. Guru Matematik tersebut akan akan bertindak sebagai pembimbing untuk
mengajar dan membimbing murid mengikut topik yang murid lemah
berdasarkan pencapaian murid pada Akhir tahun 2016
3. Guru dikehendaki membimbing dan memastikan murid di bawah bimbingan
masing-masing akan dapat menguasai kemahiran yang masih belum dikuasai
sebaik mungkin.

Disediakan oleh, Disemak oleh

. .........

( ANIZAN BT CHE MAT ) ( MOHD ZU B. NAWI )


Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Kg Sepulau SK Kg Sepulau

Disahkan oleh,

( WAN ABDULL HAMID B WAN AHMAD )


Guru Besar
SK Kg Sepulau

Anda mungkin juga menyukai