Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN MATEMATIK TAHUN 6

“ 5P ”

1. NAMA PROGRAM : BIJKA SIFIR


TARIKH PELAKSANAAN : APRIL – SEPTEMBER
JANGKA MASA : 6 BULAN
KUMPULAN SASARAN : SEMUA MURID TAHUN 6

2. NAMA PROGRAM : KELAS BIMBINGAN MALAM BERFOKUS


TARIKH : MAC – SEPTEMBER
JANGKA MASA : 7 BULAN
KUMPULAN SASARAN : SEMUA MURID TAHUN 6

PENDAHULUAN

Program peningkatan MATEMATIK TAHUN 6 yang diberi nama “ PROGRAM


5P ” ini dilaksanakan dengan harapan untuk memastikan peningkatan di dalam
pencapaian UPSR dalam subjek MATEMATIK sebagaimana yang disasarkan oleh
pihak sekolah dan yang juga diharapkan oleh pihak PPD Pekan. Dengan pendekatan
“ PROGRAM 5P ” ini diharapkan ianya akan dapat mengurangkan bilangan murid
yang gagal dalam subjek matematik. Secara tidak langsung ini bermakna prestasi
murid yang gagal akan berkurang dan seterusnya boleh meningkatkan peratus lulus
subjek matematik untuk tahun 6.

OBJEKTIF

Untuk meningkatkan peratus murid yang lulus Mata pelajaran Matematik UPSR
2018 dan meningkatkan prestasi pembelajaran murid di dalam subjek Matematik.

RASIONAL
Merancang serta melaksanakan “ PROGRAM 5P “ secara sistematik dan
praktikal untuk kepentingan seluruh murid Tahun 6.

MATLAMAT

1. Untuk mengurangkan bilangan murid yang gagal dalam subjek matematik dan
semahunya ingin mencapai SIFAR gagal dalam subjek matematik
2. Menarik minat murid untuk mempelajari Matematik dan dapat merasakan
bahawa mempelajari Matematik adalah satu mata pelajaran yang seronok
dengan slogan “ MATH IS EASY “.
3. Untuk membantu peningkatan pencapaian Matematik yang lebih baik amnya
dan pencapaian yang lebih tinggi Matematik pada peringkat UPSR khususnya.

SASARAN

Semua murid tahun 6 bagi tahun 2018.

CARA PELAKSANAAN

1. Murid Tahun 6 dibahagilan kepada 8 kumpulan. Seorang guru Matematik akan


membimbing sekurang-kurangnya 14 @ 15 orang murid pada satu masa
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2. Guru Matematik tersebut akan bertindak sebagai pembimbing untuk mengajar
dan membimbing murid mengikut topik yang murid lemah berdasarkan
pencapaian murid pada Akhir tahun 2017
3. Guru dikehendaki membimbing dan memastikan murid di bawah bimbingan
masing-masing akan dapat menguasai kemahiran yang masih belum dikuasai
sebaik mungkin.

Disediakan oleh, Disemak oleh


………………………………. …………………………………….........

( ANIZAN BT CHE MAT ) ( MOHD ZU B. NAWI )


Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Kg Sepulau SK Kg Sepulau

Disahkan oleh,

…………………………………………………
( WAN ABDULL HAMID B WAN AHMAD )
Guru Besar
SK Kg Sepulau

Anda mungkin juga menyukai