Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM PEMANTAPAN MATEMATIK TAHUN 4 & 5

“ SIFIR KOTAK ”

1. NAMA PROGRAM : PEMANTAPAN MATEMATIK TAHUN 4 & 5


2. TARIKH PELAKSANAAN : MINGGU KE 2 & MINGG KE 4 BULAN JULAI
HINGGA BULAN SEPTEMBER
3. JANGKA MASA : 3 BULAN
4. KUMPULAN SASARAN : SEMUA MURID TAHUN 4 & 5

PENDAHULUAN

Program peningkatan MATEMATIK TAHUN 4 & 5 yang diberi nama


“PROGRAM PEMANTAPAN MATEMATIK TAHUN 4 & 5” ini dilaksanakan dengan
harapan untuk memastikan peningkatan di dalam pencapaian dalam subjek
MATEMATIK sebagaimana yang disasarkan oleh pihak sekolah dan yang juga
diharapkan oleh pihak PPD Johor Bahru. Dengan pendekatan “ SIFIR KOTAK ” ini
diharapkan ianya akan dapat mengurangkan bilangan murid yang gagal dalam
subjek matematik. Secara tidak langsung ini bermakna prestasi murid yang gagal
akan berkurang dan seterusnya boleh meningkatkan peratus lulus subjek matematik
untuk tahun 4 & 5.

OBJEKTIF

Untuk meningkatkan peratus murid yang lulus Mata pelajaran Matematik 2018
bagi tahun 4 & 5 dan meningkatkan prestasi pembelajaran murid di dalam subjek
Matematik.

RASIONAL

Merancang serta melaksanakan “SIFIR KOTAK“ secara sistematik dan


praktikal untuk kepentingan seluruh murid Tahun 4 & 5.
MATLAMAT

1. Untuk mengurangkan bilangan murid yang gagal dalam subjek matematik dan
semahunya ingin mencapai SIFAR gagal dalam subjek matematik
2. Menarik minat murid untuk mempelajari Matematik dan dapat merasakan
bahawa mempelajari Matematik adalah satu mata pelajaran yang seronok
dengan slogan “ MATH IS EASY “.
3. Untuk membantu peningkatan pencapaian Matematik yang lebih baik amnya
dan pencapaian yang lebih tinggi Matematik pada peringkat UPSR
khususnya.
4. Untuk mewujudkan suasana yang kondusif kepada murid agar tidak kekok
atau takut untuk mempelajari Matematik

SASARAN

Semua murid tahun 4 & 5 bagi tahun 2018.

PIAGAM PELANGGAN

1. Memastikan semua murid Tahun 4 & 5 mendapat maklumat, pengetahuan


dan bimbingan yang betul.
2. Memastikan semua murid yang gagal ini akan berjaya meloloskan diri
didalam Peperiksaan Akhir Tahun yang akan datang.
3. Memastikan semua murid sasaran mengikuti “SIFIR KOTAK“ dengan
persekitaran dan fizikal sekolah yang ceria sepanjang masa.
4. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk perlaksanaan program.

CARA PELAKSANAAN

1. Murid Tahun 4 & 5 diberikan penerangan tentang sifir kotak dan


penggunaannya mengikut tahun pada setiap 2 minggu. Seorang guru
Matematik akan menjadi Penceramah dan guru matematik yang lain sebagai
fasilitator bagi murid dalam kumpulan yang kecil .
2. Guru Matematik tersebut akan bertindak sebagai pembimbing untuk
mengajar dan membimbing murid dalam membuat sifir kotak dan
menggunakan sifir kotak dalam menyelesaikan masalah matematik.
3. Guru mata pelajaran matematik dikehendaki membimbing dan memastikan
murid di bawah bimbingan masing-masing akan dapat menguasai kemahiran
membina sifir kotak yang masih belum dikuasai sebaik mungkin.

Disediakan oleh, Disemak oleh

……………………………………… ……………………………………...
(EMMA SURYA BT ABU SAMAH) (MOHD ZAKY BIN MOHD ASARI)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Tmn Bukit Indah SK Tmn Bukit Indah

Disahkan oleh,

………………………………
(ABD AZIZ BIN MAHMUD)
Guru Besar
SK Tmn Bukit Indah

Anda mungkin juga menyukai