Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Latar belakang Keluarga dan kanak-kanak Pemulihan Khas Thiyagu a/l Chinnayah adalah murid pemulihan khas yang sedang mengikuti program pemulihan di. Murid ini dikenalpasti sebagai murid pemulihan semasa berada di tahun 1. Thiyagu mempunyai masalah dalam pembacaan. Murid ini juga tidak mengenal huruf. Ini adalah kerana Thiyagu adalah seorang pelupa. Dia tidak mengingat kembali apa yang dibaca. Thiyagu belajar di kelas 2 Barathi ( Kelas arus perdana ). Dia berusia 8 tahun. Latar belakang keluarga thiyagu juga mempunyai kes yang sama. Adik-beradik dia juga mengalami masalah yang sama sehingga mereka juga di hantar ke kelas pemulihan khas. Dalam keluarga Thuyagu, dia adalah anak keempat. Dia anak kembar. Adik dia juga belajar di kelas pemulihan khas. Thiyagu mula melangkah ke sekolah pada tahun 2011. Dia belajar Prasekolah di. Ketika berada di prasekolah thiyagu mengalami masalah yang sama. Saiz badan yang besar menggangu pergerakan dia. Dia pemalu dan tidak suka bergaul dengan orang lain. Dia juga pendiam. Setelah tiga tahun bersekolah, dia masih tidak beruba. Dia masih menyindari diri daripada orang ain dan suka bersendirian. Namun, kawan-kawan Thiyagu tidak menyindari diri daripada dia. Mereka tetap berkawan dengan dia. Thiyagu dijaga oleh bapa saudara dia. Kemiskinan keluarga menyebabkan dia dihantar ke rumah bapa saudara dia. Bapa dia yang bekerja sebagai buruh di kiang tidak dapat menanggung perbelanjaan kelima-lima anaknya. Jadi ibubapa mereka menghantar Thiyagu ke rumah bapa saudaranya. Bapa saudara dia bernama Rajondren juga bekerja di kilang kelapa sawit. Anak Encik Rajonder belajar di Universiti kebangsaan. Kini thiyagu tinggal dalam keadaan keluarga yang stabil. Namun, dia tetap mempunyai masalah dalam pelajaran. Setelah diselidik, bahasa yang digunakan adalah bahasa ibunda iaitu Bahasa Tamil. Kemungkinan besar penggunaan bahasa ibunda di rumah menyebabkan dia tidak dapat menguasai Bahasa Melayu di sekolah. Thiyagu juga berjalan kaki ke

sekolah. Rumahnya terletak berhampiran kawasan sekolah.

2.0. Ciri- ciri masalah 3M yang dihadapi Berdasarkan tinjauan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan, murid ini dilihat tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada guru yang mengajar. Murid lebih suka termenung dan memerhatikan rakan sekelas. Murid juga tidak dapat menyelesaikan latihan-latihan mudah yang diberikan oleh guru. Sebagai jalan penyelesaian, murid ini lebih senang meniru jawapan daripada rakan-rakannya. Ketika proses bimbingan individu juga, murid dilihat tidak menjawab soalan-soalan mudah. Menurut guru pemulihan, beliau mengambil masa yang lama bagi murid ini mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran untuk satu-satu kemahiran. Saya telah mendapat maklumat tentang Ebanesor dari tinjauan dan analisis masalah dan ciri-ciri hasil daripada pemerhatian dan kolabarasi dengan guru-guru yang mengajarnya. Dari segiemosi pula, Ebanesor seorang yang pendiam. Dia mempunyai perasaan sedih dan cepat merendah diri semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Menurut Puan Valliammah iaitu guru kelas yang mengajar matapelajaran Bahasa Tamil, beliau mengatakan bahawa, waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan, Ebaneson tidak suka menjawab soalan- soalan yang ditanya dan juga tidak layan guru serta buat tak tahu sahaja. Ebanesor juga jarang membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru. Dia pula takut apabila guru-guru memarahnya. Dia cepat bosan dan jemu terhadap pelajaran. Anak murid ini mengharapkan pujian dan penghargaan kepada setiap usaha yang dilakukan atau kejayaan yang diperolehi walaupun kecil. Waktu pendidikan jasmani pula, Ebanesor gugup dan tidak yakin pada diri sendiri. Dia terumbang-ambing semasa menjalankan latihan waktu pendidikan jasmani. Ebaneson jarang membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru-gurunya. Pada waktu Sains pula, Ebanesor tidak dapat menumpukan perhatiannya semasa guru Puan.Selvi mengajar. Dia juga tidak dapat menjawab soalan-soalan yang

mudah.Menurut cikgu Revathi, Ebanesor tidak dapat menyelesaikan latihan-latihan mudah semasa waktu matematik. Dia suka meniru jawapan kawan-kawan yang lain.

Saya juga telah berbincang dengan Puan Arayee. Beliau mengajar Bahasa Inggeris dan juga Guru Penolong Kanan Hal Ehwal pelajar di sekolah ini. Beliau menyatakan bahawa, dari segi fizikalnya dia tidak aktif dan kurus disebabkan kekurangan zat makanan. Dari segi mental pula, dia kurang aktif kerana tidak dapat menghayati pelajaran dan kurang kefahaman mengenai perkara yang diajar. Saya juga berbincang dengan penjual kantin tentang makanan-makanan yang dimakan olah Ebaneson. Kakak penjual kantin menyatakan bahawa dia jarang membeli makanan di kantin. Jika dia hanya makan makanan yang diberi di RMT sahaja. Selepas mendengar penyelesan kakak tersebut saya jumpa Ebanesor, katanya dia tidak cukup wang untuk beli makanan pada waktu rehat. Ibu bapanya terpaksa membelanjakan wang untuk adik-beradik yang lain dan juga untuk sewa rumah. Kedatangan juga tidak memuaskan .Setakat bulan Ogos ini, dia mengambil cuti sebanyak 24 hari. Waktu pengajaran dan pembelajaran juga, kesediaan belajar kurang memuaskan. Dia kurang kelengkapan alat-alat tulis. Penglibatan murid ini dalam aktiviti kumpulan juga kurang memuaskan. Dia jarang bergaul dengan rakan-rakannya. Kemahiran pengamatan Ebanesor juga lemah. Menurut kata Puan Valliammah, kemahiran pengamatanya sangat rendah. Dia tidak dapat mengamati isi pelajaran. Dia sukar mengaitkan pelajaran lama dengan pelajaran baru. Dia cepat lupa apa yang diajar sebelum ini. Menurut Cik Revaty iaitu guru Matematik, Ebanesor dapat mengenal saiz, nombor dan bentuk tetapi guru yang mengajar Bahasa Malaysia mengatakan, waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia kemahiran pengamatan dia kurang memuaskan. Dia tidak dapat mengenal huruf. Kelebihan yang ada pada Ebanesor adalah tulisan dia kemas. Menurut guru pemulihan Puan Nor Adillah, guru Bahasa Malaysia memuji Ebanesor kerana tulisan yang kemas.

Anda mungkin juga menyukai