Anda di halaman 1dari 9

Amali 1 Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup.

Contohnya, habitat paus adalah didalam laut, habitat buaya adalah perairan payau, habitat monyet dan harimauadalah hutan, habitat pohon bakau adalah kawasan air pasang surut dansebagainya. Istilah habitat dapat juga digunakan untuk menunjukkan tempatsekelompok organisma dari berbagai spesies yang membentuk suatu komuniti..Daripada keputusan yang diperolehi, tanah dari Lokasi 2 mengandungi lebihmakrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah yang lain. Tanah Lokasi 2diambil dari kawasan bawah pokok mangga yang sedikit lembap. Dalam ekosistemini lantai tanah ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati yangmembuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut. Pokok-pokok di sini hidupdengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini sepertiburung, di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyakmakanan di lantai tanah. Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantumenyeimbangkan sifat fizikal tanah. Makrofauna dan mendapan organik dapatmembantu mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantumeningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilanstruktur tanah dalam kawasan tersebut. Jenis organisma Ciri dan peranan organisma kepada tanah Bakteria Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen,fosforus dan sulfur di dalam tanah. Aktinomisit Penting dalam proses pereputan sisa organik. Kulat Penting dalam pereputan bahan organik :bersimbiosis dengan akar tumbuhan CacingTanah Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah. Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melaluilubang yang digalinya. Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkantanah. Nematod

Membantu pereputan bahan organik Alga Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankanfotosintesis
Organisma-organisma individu dari kompnen biosis berkemandiri sama ada denganmenghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain.Tumbuhan hijau dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesiskerana adanya pigmen klorofil yang dapat memerangkap tenaga dari matahari.Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan jugamembekalkan makanan kepada organisma lain apabila organisma itu memakantumbuhan. Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar,pengguna dan pengurai. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada

organisma yang lain melalui pemindahan ataupengaliran tenaga. Setiap organisma masingmasing menjadi pemangsa danmangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Jaringan makanan pulamerupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaimakanan. Dalam sebarang komuniti, setiap pengguna biasanya mempunyaipelbagai pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagaipemangsa (pengguna) yang lain.Berdasarkan rajah di atas, tumbuhan berperanan sebagai pengeluar atauorganisma autotrof. Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untukmensintesiskan karbohidrat dan protein melalui fotosintesis. Pengeluar biasanyamenduduki aras trof yang pertama. Detritivor pula merupakan heterotrof yangmengambil zat makanan dengan memakan detritus. Dengan itu, mereka telahmenyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. Detritivor hidupdalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik, dan juga hidupdalam ekosistem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukarandengan penghantar bawahan. J ika organisma dibahagian atas iaitu burung dantikus telah mati, tenaga dan nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagimelalui rantai makanan tersebut. Di sini, ulat akan memainkan peranan pentingmereka sebagai pengurai semulajadi. Perpindahan tenaga di dalam ekosistem bolehdikesan dari satu aras kepada aras yang lain. Namun begitu, hampir 85% tenagaakan hilang kepada persekitaran sebagai haba. Tenaga tersebut semakinberkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akanhilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada matahari Kesimpulan : Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah. Lokasi 2 mempunyai lebih banyakbilangan makrofauna berbanding dengan Lokasi 1.

Amali 2

Apakah ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat?Mengapa ciri itu dipilih? Mengapa bukan ciri yang lain? Sewaktu pengelasan haiwan dibuat, ciri-ciri luaran fizikal diberi keutamaan untukmengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor seperti jantina dan genetiktidak diperolehi. Antara ciri luaran yang diambil kira ialah bentuk abdomen, corakpada bahagian tangan, bentuk kepala dan sesungut, jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk ekor. Bentuk badan merupakan ciri yang perbezaan paling utamadan dominan berbanding dengan ciri yang lain. Hal ini kerana bentuk badanmemberikan perbezaan yang paling nyata berbanding bentuk fizikal yang lainseperti bilangan sesungut, panjang ekor ataupun bentuk kepala. Kesemuahaiwan tersebut dibahagikan kepada lima kumpulan spesis iaitu Spesis A,Spesis B, Spesis C, Spesis D dan Spesis E. Adakah kesemua individu di dalam spesis itu serupa antara satu samalain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesistersebut? Individu di dalam sesuatu spesis itu mempunyai ciri-ciri sepunya yang hampirsama. Untuk spesis A, haiwan tersebut memiliki bahagian abdomen yang besar,bagi spesis B, mereka memiliki perut yang bercorak, spesis C mempunyai tangan yang bercorak, spesis D pula memiliki abdomen yang panjang dan spesisE mempunyai bentuk kepala yang berbentuk.

Amali 3 TUGASAN 1 Di dalam satu kumpulan yang tidak lebih daripada tiga orang pelajar, sediakanpersembahan selama 10 minit di mana anda menjelaskan bagaimana survivalsatu haiwan atau tumbuhan yang anda perhatikan yang sedang dibantu olehpemuliharaan ex situ. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah memberifokus kepada pemuliharaan dan pemeliharaan gajah. Pemuliharaan ex situ yangdijalankan di sini adalah bertujuan untuk mengekang berlakunya kepupusan kepadaspesis haiwan tersebut. Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITANadalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktivitipembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan komersil.Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatanhidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan. TUGASAN 1Di dalam satu kumpulan yang tidak lebih daripada tiga orang pelajar, sediakanpersembahan selama 10 minit di mana anda menjelaskan bagaimana survivalsatu haiwan atau tumbuhan yang anda perhatikan yang sedang dibantu olehpemuliharaan ex situ. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah memberifokus kepada pemuliharaan dan pemeliharaan gajah. Pemuliharaan ex situ yangdijalankan di sini adalah bertujuan untuk mengekang berlakunya kepupusan kepadaspesis haiwan tersebut. Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITANadalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktivitipembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan komersil.Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ

memerlukan perkhidmatan rawatanhidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan. Gambar2 Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denakdan liar. Kawasan ini dibina pada tahun 1989 dengan suasana yang menyamai hbitatasal bagi spesis gajah (Gambar 2). Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan KualaGandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalanganorang ramai mengenai ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia.Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitanteknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Dapat dilihat, melalui usahakonservasi ini, gajah-gajah yang terbiar dan yang telah kehilangan habitat dapat dibantudan diselamatkan dari ancaman mangsa pemburuan dan kematian. Sejak 20 tahun yang lalu, sebanyak lebih daripada 450 ekor gajah liar berjayadipindahkan di mana proses pemindahan ini adalah bertujuan untuk meminimumkanrisiko kepupusan yang berterusan. Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatanyang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yangditinggalkan oleh ibunya terus hidup. Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesiesyang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar diSemenanjung Malaysia. Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantumelindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajahtersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadisumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecilumpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walaubagaimanapun disebabkan oleh kekurangan habitat, gajah kini terpaksa mencarimakanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasanperladangan dan penempatan manusia. Di sini, terdapat juga gajah yang dilatih bagimenghiburkan para pelawat (Gambar 3). Di sini, pelawat diberi peluang untuk merasaipengalaman memberi makan (Gambar 4) dan menunggang gajah. Para pelawat jugadigalakkan untuk menonton dokumentari yang berkaitan dengan pemindahan gajah. Gambar2 Melalui program pendidikan sebegini, adalah diharapkan kesedaran untukmemelihara dan memulihara flora dan fauna dapat diterapkan dengan lebih mendalamkepada masyarakat. Alam sekitar turut memainkan peranan yang penting didalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikankita satu suasana yang selesa dan menyegarkan. Di samping memberikeselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskanaktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kitatidak dijaga dengan baik. Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perludijalankan bagi menjamin keharmonian hidup. Justeru, semua lapisanmasyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memeliharaalam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalamkehidupan kita.

TUGASAN 2 Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang mengandungi 300patah perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan pernyataan yang kukuhmengenai tujuan praktikal dan sumber rujukan di dalam teks dan senaraikannyadi bahagian lampiran pada akhir laporan dengan format yang betul.

Apakah julat diversiti yang hadir? Adakah mereka memberi tumpuan kepadasesetngah kumpulan dan mengabaikan kumpulan yang lain? Jelaskan.

Apakah yang dimaksudkan dengan ex situ dan in situ? Apakah meritpemuliharaan ex situ?

Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in situadalah satu-satunya strategi konservasi yang wajar?

Mengapakah ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untukmembawa kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian?Apakah kesan tindakan tersebut? Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurusdan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Menurutlaman web http://www.wildlife.gov.my/ , Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat,pengeluar lesen-lesen tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untukmemberi perlindungan terhadap hidupan liar di Malaysia. Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus,mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yangmenyumbang ke arah konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secaraex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi,pengurusan genetik serta penyelidikan. Pemuliharaan ini dijalankan di beberapa tempatyang telah saya lawati seperti di Institut Biodiversiti, Lanchang, Pusat Konservasi Gajahdi Kuala Gandah dan juga Taman Rusa di Bukit Rengit. Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Pahang.Kuala Gandah menjadi tarikan kerana wujudnya Pusat Pemuliharaan GajahNegara. Di sini terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah yang berumur 70tahun. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawatpeluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan ini sertamemberi pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan. Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar, atau Elephus Maximus yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempatyang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitatsemulajadinya. Gajah-gajah yang ada

di sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidupdengan baik. Antara yang menarik di Taman Rusa ialah semasa sesi memberimakan rusa. Dunia Haiwan di taman ini juga menawarkan tarikan lain seperti burungmerak, burung unta dan sunbear.
Merentasi kawasan perlindungan Rusa, Taman Alam pada laluan pejalan kaki pula terdapat

pelbagai jenis herba dan tumbuh-tumbuhanseperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan 40 lainlain herba yang boleh didapati di hutanhujan. Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupanliar di luar habitat semula jadi mereka. Ia juga merupakan pemuliharaan terhadaporganisma atau spesies flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau daripadahabitat asalnya. Spesies yang diancam kepupusan atau akan mengalamikepupusan akan dilindungi dan dibiakkan semula di dalam kurungan atau habitatbuatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saizpopulasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialahuntuk memelihara flora dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untukpenyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masaakan datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan faedah dalam memastikan sumberbiologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaanini. Pemuliharaan in-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telahsedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan disebabkan olehkeadaan habitat dan ekosistem semulajadi mereka yang semakin hari semakin banyakmengalami perubahan serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberiperhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancarseperti yang dirancangkan. Namun, terdapat juga beberapa orang ahli ekologis yang berpendapat bahawahanya pemuliharaan in-situ adalah cara dan langkah yang terbaik untuk mengekalkankewujudan sesuatu spesis berbanding dengan memulihara haiwan di luar hbitat asalmereka. Ini adalah kerana zoo dan taman-taman pemuliharaan yang lain ialahekosistem tiruan manakala hutan adalah ekosistem semula jadi. Perbezaan antaraekosistem semulajadi dan ekosistem tiruan ialah ekosistem semulajadi bolehdiadaptasi oleh kebanyakakan spesis hidupan tetapi hanya beberapa spesis sahajayang mampu untuk hidup di dalam ekosistem tiruan. Spesis yang tidak mampuberadaptasi akhirnya akan mati dan pupus.Bagi sesetengah spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian,kebanyakkan berpendapat adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula spesistersebut. Ini kerana spesis tersebut dikatakan memberi banyak gangguan kepadamanusia dan akan memberi kesan jika masih wujud. Berkemungkinan juga spesistersebut telah pupus disebabkan perubahan cuaca dan alam yang tidak sesuai lagi bagimereka.

Amali 4 Tujuan : Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan membandingkannya antara tiga buahpulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang. Hipotesis : Semakin tinggi nilai Indeks Simpson D, semakin tinggi nilai kepelbagaian spesies didalam pulau tersebut. Teori : Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas mukabumi ini. Bilangan spesis di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagaitumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Untuk memudahkan kajian,organisma perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkanciri-ciri sepunya yang dimiliki. Biokepelbagaian boleh dianggap sebagai satu kekayaanhidup yang diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku beratus-ratus juta tahundahulu. Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesis baru dihasilkanatau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesis organisma menjadi pupusatau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan.Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbezaiaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesis morfologi di manaindividu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesis yang sama.Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumattentang cara pembiakan sesuatu organisma. Taksonomis merupakan saintis yangpakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Taksonomi amat penting bagipemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau kekeliruan mengenainama-nama spesis. Prosedur : 1. Kesemua kupu-kupu dikelaskan kepada beberapa kumpulan tertentu.2. Operasi unit taksonomi ( operational taxonomic units ) yang telah diberikan bolehdianggap sebagai spesis yang telah dibahagi dan setiap spesis baru itu diberinama yang unik.3. Satu kumpulan spesis kupu-kupu dipilih dan dikumpulkan dari ketiga-tiga pulautersebut. Prosedur yang sama diulang untuk spesis kupu-kupu yang lain.4. Bilangan individu yang hadir dalam sesuatu kumpulan spesis dikira dan datadimasukkan kedalam jadual.5. Kepelbagaian spesis dikira dari setiap pulau dengan menggunakan IndeksKepelbagaian Simpson, D. Jadual Perbincangan : 1 Apakah yang dimaksudkan dengan building blocks atau unit taksonomioperasi di dalam biodiversiti? Jelaskan. Suatu spesis boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbezaiaitu spesis biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak bersama-sama dianggap sebagai spesis yang sama, dan yang kedua ialah spesismorfologi di mana individu yang kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagaispesis yang sama. Kaedah yang kedua sering digunakan apabila kita tidakmempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu

organisma..Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakanantara spesis atau kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomimerupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengajian pengelasan,pengecaman dan tatanama organisma hidup yang wujud di dunia ini.Pengelasan ialah aktiviti mengkategorikan pelbagai jenis organisma dalam duniaberdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang boleh diperhatikan dikalangan organisma hidup. Pengecaman ialah aktiviti mengenal pasti organismadengan menggunakan suatu sistem universal iaitu sistem hierarki Linnaeus .Tatanama ialah aktiviti pemberian nama kepada organisma yang telah diketahuiatau baru ditemui dengan satu sistem universal iaitu sistem Binomial Linnaeus . 2. Secara ringkas, terangkan apakah kekayaan spesis dan kesamarataanspesis? Kekayaan spesies adalah bilangan spesies yang wujud dalam sesuatu sampel.Semakin banyak bilangan spesies dalam sesuatu sampel, semakin kaya sampelitu. Kesamarataan spesies pula adalah bilangan individu yang sama rata atauhampir bagi setiap spesies yang wujud dalam sesuatu sampel. 3. Apakah order pulau tersebut, daripada diversiti yang tertinggi kepada yangpaling rendah? Pulau Sipadan memiliki kepelbagaian yang paling tinggi di mana terdapat 11 jenis spesis kupu-kupu. Seterusnya ialah Pulau Talang yang mempunyai 10 jenisspesis kupu-kupu dan kepelbagaian yang paling rendah ialah di Pulau Redang dimana hanya terdapat 8 jenis spesis kupu-kupu. 4. Bagaimanakah anda menentukan tahap pemuliharaan pulau tersebut?Adakah mengikut nilai diversiti? Apakah faktor lain yang diambil kira untukmenetukan keutamaan pemuliharaan? Nilai diversiti atau nilai kepelbagaian menjadi pengukur yang membawa kepadaproses pemuliharaan. Pemuliharaan sumber alam bermaksud usaha-usaha melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan, terutamasumber yang boleh diperbaharui seperti air dan hutan supaya sumber tersebuttidak pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Faktor lain seperti bilangan spesis yang makin berkurangan boleh membawa kepada proses pemuliharaan. Tujuanpemuliharaan dijalankan adalah untuk memastikan sesuatu spesis itu masihwujud dan berupaya untuk membiak bagi menjamin kewujudannya agar tidakterancam. 5. Jika tiada sumber untuk memulihara keseluruhan spesis, apakah kriteria yang boleh digunakan untuk menentukan fokus usaha pemuliharaan? Usaha pemuliharaan boleh dikenalpasti melalui pencemaran. Sebaik sahajasesuatu tapak disyaki tercemar, penilaian pencemaran perlu dilakukan. Penilaianitu seringnya bermula dengan penyediaanPenilaian Tapak Persekitaran Fasa I.Penggunaan sejarah tapak dan bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan ditapak itu dapat memandu strategi penilaian

serta jenis pensampelan dan analisiskimia yang perlu dilakukan. Tapak-tapak berhampiran yang ditebus guna,diratakan atau diisi dengan tanah juga boleh mengalami pencemaran walaupunguna tanah terkini kelihatan tidak berbahaya. Kesimpulan : Pulau Redang mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi dengan Indeks Simpsonsebanyak 6.5

Anda mungkin juga menyukai