Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SOALAN TUGASAN PROJEK
1.0

MAKLUMAT AM

NAMA
KURSUS
PROGRAM
KUMPULAN
TARIKH MULA

2.0

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN


PEMULIHAN
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN (PISMP)
PISMP PEMULIHAN A
PISMP PEMULIHAN B
22 FEB 2014

KOD KURSUS

PKP 3111

TAHUN/SEM.

2014
SEM. 5
6 MINGGU

TEMPOH
PELAKSANAAN
TARIKH HANTAR

5 April 2014

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


1. Menjelaskan pertimbangan yang perlu diambil dalam pendidikan murid-murid pemulihan.
2. Membuat perbandingan pengurusan Program Pendidikan Pemulihan dengan program- program
lain dalam Pendidikan Khas.
3. Menghuraikan program-program yang berkaitan dengan Pendidikan Pemulihan yang
dilaksanakan di sekolah.
4. Menghuraikan peranan dan penglibatan pelbagai pihak dalam program Pendidikan Pemulihan.
5. Menganalisis isu-isu yang berkaitan dengan murid-murid yang terlibat dalam Pendidikan
Pemulihan.
Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 4 dan 5

3.0

OBJEKTIF TUGASAN PROJEK


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
1. Menganalisis isu-isu yang berkaitan dengan semua pihak yang terlibat dalam Program
Pendidikan Pemulihan.
2. Mengaplikasikan pembelajaran berasaskan kes kepada fasa penulisan, penggunaan dan
penyebaran untuk tujuan perkongsian ilmu.
3. Menghasilkan satu kajian kes hasil dapatan dan penyelidikan berdasarkan isu-isu yang dipilih.
4. Mentransformasikan hasilan kajian dalam bentuk Poster yang boleh dibentangkan di dalam
seminar atau konferens.

4.0

TUGASAN PROJEK (100%)


Melalui kursus Isu dan Trenda dalam Pendidikan Pemulihan, pelajar perlu membincangkan
tentang isu dan cabaran dalam pendidikan pemulihan dari pelbagai aspek seperti; penempatan
murid, prasarana kelas pendidikan pemulihan, profesionalisme guru, keberkesanan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran, isu pelabelan dan pengasingan, pentaksiran, pengurusan kelas,
kepelbagaian kompetensi murid dan penglibatan ibu bapa serta komuniti. Apakah yang menjadi
punca murid lemah dalam kemahiran asas 3M?. Adakah murid, ibu bapa, guru dan pengajaran
guru atau sistem pendidikan?. Faktor-faktor di atas menjadi isu dan cabaran dalam menentukan
keberkesanan program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan.

4.0

TUGASAN INDIVIDU
Kajian kes atau kajian tindakan merupakan suatu program pembudayaan penyelidikan masyarakat
untuk sesuatu isu yang difikirkan boleh memberi manfaat kepada kelompok dalam komuniti.
1.

Berdasarkan kepelbagaian aspek yang terkandung dalam proforma kursus Isu dan Trenda
anda dikehendaki merancang, menganalisis dan menjalankan kajian berdasarkan isu yang
dipilh untuk menghasilkan satu kajian berkaitan isu atau kes yang berlaku dalam
pelaksanaan program pemulihan.

2.

Bagi tujuan perkongsian pengalaman dalam mempertingkatkan keberkesanan program


pemulihan, idea pembelajaran berasaskan isu atau kes perlu disebarluas. Sehubungan itu
sebagai langkah penyebarannya anda diminta menghasilkan laporan kajian tersebut,
dibukukan sebagai koleksi kajian. Anda perlu mengapliksikan pelbagai kaedah
pengumpulan maklumat yang bersesuaian.

3.

Dapatan kajian dan penyelidikan tersebut juga perlu ditransformasikan dalam bentuk
poster yang boleh dibentangkan dalam seminar atau kenferens.

4.

Sediakan laporan kajian berdasarkan perkara-perkara berikut:


a.
b.
c.

Tajuk
Tajuk artikel haruslah ringkas, jelas dan melambangkan perbahasan utama artikel.
Tajuk yang baik seeloknya menarik perhatian ramai untuk membacanya.
Abstrak
Abstrak artikel perlu mengandungi pendahuluan ringkas tentang kajian.(Tidak
lebih 200 perkataan)
Pengenalan

d.

e.

f.

g.
h.

i.

Pendahuluan artikel perlu mempunyai latar belakang kajian serta teori yang
mendasari kajian tersebut. Pengkaji juga perlu menjelaskan kajian-kajian
terdahulu/tinjauan literatur yang pernah membincangkan persoalan yang serupa.
- Tujuan
- Persoalan Kajian
- Kesignifikanan kajian
- Batasan
Metodologi
Pada bahagian ini, pengkaji perlu menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan
seperti kajian tinjauan, kajian kes, action research, kajian campuran metode
(mixed method), analisis dokumen ataupun kajian kepustakaan. Pengkaji juga
harus menerangkan latar belakang populasi/sampel, jumlah bilangan sampel
kajian serta rasional bilangan tersebut, pemilihan responden dan juga lokasi kajian
yang terlibat. Selain itu, penulis juga harus menerangkan bentuk-bentuk instrumen
yang digunakan.untuk pengumpulan maklumat.
Dapatan kajian
Seeloknya, dapatan kajian perlu disusun mengikut susunan persoalan kajian
supaya para pembaca dan penilai dapat mengaitkannya dengan persoalan kajian
yang disebut terlebih dahulu. Persembahan data juga perlu mengikut standard
jurnal. menggunakan standard The American Psychological Association (APA)
Perbincangan
Bahagian ini menunjukkan penguasaan pengkaji dalam membincangkan isu
utama penulisan. Seeloknya perbincangan ini disusun mengikut susunan
persoalan kajian supaya pembaca dapat fokus dan mengaitkannya dengan
dapatan.
Kesimpulan dan cadangan
Penulis harus membuat rumusan secara ringkas
Penutup
Pengkaji harus mengemukakan secara ringkas tentang kajian yang dibuat,
penemuan-penemuan yang penting dan implikasi kajian. Pengkaji harus
mengelakkan diri daripada membuat citation baru.
Rujukan
Terkini

(100 markah)

5.0

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK


1.
2.
3.

Tugasan ini adalah secara individu


Anda perlu mengumpul data secara kolaboratif
Format penulisan tugasan anda adalah seperti berikut:
i.
Font Arial 11

4.
5.
6.
6.0

TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRITERIA BERIKUT:


1.
2.
3.
4.
5.

7.0

ii.
Langkau satu setengah baris
iii.
Rujukan mengikut format APA
iv.
Lampiran/Rujukan terkini
Amalan palagiat tidak dibenarkan sama sekali.
Panjang tugasan antara 10 hingga15 muka surat dan CD
Tugasan ini membawa wajaran 100%

Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


Bukti-bukti, bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan. Analisis orang biasa layman mesti dielak.
Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan
ilmiah.
Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

KRITERIA PENTAKSIRAN
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(JESMA BINTI ISMAIL)


Penyelaras Kursus PKP 3106
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
IPGK Perlis

SME
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
IPGK Perlis

Disah oleh:
Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling

IPGK Perlis

Anda mungkin juga menyukai