Anda di halaman 1dari 7

Huraian teknik/strategi pengajaran dan Aplikasinya. Pengajaran yang dirancang dengan rapi akan menghasilkan pembelajaran cukup berkesan.

Pengajaran yang berbantukan bahan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Guru haruslah berupaya merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Perancangan rapi bermaksud susunatur pengajaran secara berstruktur , sistematik dan berkembang secara berperingkat-peringkat akan memastikan pembelajaran berkesan terlaksana.Justeru itu penyampaian pengajaran perlulah disusun secara berperingkatperingkat. Peringkat-peringkat berkenaan adalah: 1. Tarik perhatian pelajar. 2. Ada objektif pembelajaran. 3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. 4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pengajaran dan pembelajaran. 5. Bimbing pembelajaran pelajar. 6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti. 7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar. 8. Taksir pencapaian pelajar. 9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.

Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media serta dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media dalam bilik darjah.

Model ASSURE Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan pembelajaran.

1. Analyse Learners (Analisis Pelajar) 2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) 3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan) 4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan ) 5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) 6. Evaluate and revise (Nilai dan semak) 1. Analisis Pelajar

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang media pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: 1. Ciri-ciri umum. 2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. 3. Gaya/stail pembelajaran

Ciri-ciri umum. Ciri umum pelajar berkait rapat dengan umur, tahun, kelas, aliran, jantina, tempat tinggal, budaya dan sebagainya.Pelajar yang telah dikenalpasti boleh disesuaikan dengan pemilihan kaedah,sumber dan bahan yang bertepatan. Penyelidik juga mendapati pelajar yang lebih

dewasa lebih berupaya mengendalikan pelbagai bahan pembelajaran dan memerlukan kurang panduan berbanding dengan pelajar yang lebih muda.

Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian dengan mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas untuk mengetahu tahap pengetahuan murid. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya/ stail Pembelajaran Pelajar mempunyai gaya/stail pembelajaran yang tersendiri. Gaya/stail pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa bahan cetak.Pelajar visual lebih suka melukis dan melakar buah fikiran mereka , pelajar audio pula cenderung mendengar dan bercakap berbeza dengan pelajar kinestatik yang didapati belajar dengan lebih berkesan melalui kit pembelajaran yang terdiri daripada model dan latihan yang bersifat fizikal.

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Ianya bukan bertujuan untuk menyekat pelajar belajar tetapi untuk menyatakan tahap minimum yang pelajar perlu pelajari dari pengajaran yang dijalankan. Oleh kerana pelajaran tersebut merupakan sesuatu yang baru kepada pelajar maka objektifnya pula haruslah menfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.Penekanan haruslah ditekankan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran.. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Objektif yang baik seharusnya mengandungi empat kriteria berikut: 1. Kumpulan sasar 2. Apa yang hendak dicapai. 3. Bagaimana hendak dicapai. 4. Standard pencapaian minimum yang harus dicapai

Kumpulan sasar. Kumpulan sasar yang dimaksudkan disini ialah pelajar itu sendiri. Pembelajaran akan berlaku dengan jayanya apabila pelajar terlibat dengan aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apa yang hendak dicapai. Apa yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.

Bagaimana hendak dicapai. Ini bermaksud guru haruslah pandai menyesuaikan media pengajaran, teknik, langkahlangkah pembelajaran,pelajar dan sebagainya sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.

Standard pencapaian minimum yang harus dicapai Standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Pengukuran pencapaian ini akan membolehkan

guru menyediakan tindak susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan.

3. Pilih Kaedah, Media dan Bahan . Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Terdapat 3 langkah dalam proses pemilihan tersebut:

Menentukan kaedah yang paling sesuai . Memilih media yang sesuai . Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Menentukan kaedah yang paling sesuai . Guru haruslah pandai menentukan kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapaiAdalah agak mustahil jika hanya terdapat satu kaedah digunakan dalam satu pengajaran.Inikerana terdapat beberapa peringkat dalam satu pengajaran jadi sudah tentulah kaedah atau teknik nya haruslah berbeza. Kaedah yang sesuai dapat menentukan kejayaan seseorang guru dalam pengajarannya . Memilih media yang sesuai . Terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam memilih media yang sesuai digunakan untuk memastikan pengajarannya berkesan. Pertama memilih media yang telah tersedia atau sediaada dan kedua membina media sendiri.Media yang hendak diguna seharusnya berasaskan kriteria yang tertentu seperti Menepati kurikulum Mempunyai maklumat yang tepat dan terkini. Bahasa yang jelas dan tepat. Mencetuskan motivasi dan minat pelajar. Menggalakkan penglibatan pelajar.

Teknikal dan kualiti yang baik. Terbukti keberkesanannya. Bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak Ada buku panduan yang lengkap.

Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran. Seandainya kita gagal memilih media yang sesuai adalah lebih baik kita mengubahsuaikannya atau pun membinanya sendiri. Perkara yang harus diambilkira ialah Objektif. Pelajar Kos Kepakaran teknikal Peralatan. Fasiliti. Masa.

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

4. Gunakan Media dan Bahan

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran dan pembelajaran. 5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaid, gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai