Anda di halaman 1dari 9

Mackey (1965) sebagai salah seorang perintis dalam pembelajaran berasaskan situasional berpendapat

bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi unsur kefahaman mendengar serta penggunaan bunyi

bahasa dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul,


sebaliknya pemilihan pembelajaran kata-kata dan tersebut turut meliputi infleksi,

elemen-elemen

termasuk penyusunannya supaya tergambar makna yang tepat.

Pembelajaran berasaskan situasional yang berlandaskan


teori bahasa struktural dan behavioris dianggap sesuai untuk pembentukan kemahiran lisan murid.

Langkah

ini

memerlukan

murid

sebagai

penutur

menguasai beberapa kemahiran kecil untuk memahami,


mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur yang betul.

Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh guru. Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya lagi. Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.

Contoh aktiviti: Dialog, nyanyian, latihan pandang sebut.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN

Guru-guru boleh menggunakan permainan sebagai satu pendekatan mengajar yang positif. Bermain biasanya bersifat komunikatif dan menghiburkan.
Murid-murid belajar lebih banyak melalui aktiviti kerana permainan memberi lebih banyak peluang untuk melibatkan diri dalam proses komunikasi. Bagi guru-guru di sekolah, permainan merupakan alat yang amat penting kerana ia boleh digunakan apabila kanak-kanak berhadapan dengan konsep-konsep dan kemahiran yang memerlukan konsolidasi dan peneguhan. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.

Tujuan: memperoleh kegembiraan; melatih keterampilan berbahasa.

Faktor keberhasilan permainan


Situasi Peraturan permainan Pemain Pemimpin

Objektif tersirat dalam permainan bahasa:


Merangsang interaksi verbal murid. Menambahkan kefasihan dan keyakinan. Menyediakan konteks pembelajaran yang luas dan terbuka. Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis kebosanan. Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.

Anda mungkin juga menyukai