Anda di halaman 1dari 2

ISL KE 15 Tajuk : Analisis Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam konteks hubungan etnik.

Tarikh Laporan : 26/04/13 :

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah satu usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk menghasilkan pendidikan berkualiti pendekatan utama telah dikenal pasti sepanjang tempoh RMK-9. Fokus PIPP adalah dalam aspek pendidikan. Pendidikan adalah satu wahana yang baik dan penting untuk membentuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan mampu mewujudkan peluang interaksi kepada semua rakyat yang berbeza kaum, budaya, agama dan bahasa. Pendekatan pertama PIPP adalah menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang pendidikan. Usaha-usaha telah dilaksanakan bagi memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil tanpa mengira kaum, lokasi dan sebagainya. Dengan adanya peluang pendidikan yang adil, maka tidak akan wujudnya perasaan tidak puas hati dan cemburu dalam kalangan kaum. Dengan ini, persefahaman antara kaum dapat dicapaikan dengan lebih mudah. Selain itu, pendekatan kedua PIPP adalah kecemerlangan institusi pendidikan. KPM akan memberi perhatian kusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang. Dengan ini, kualiti sistem pendidikan dapat dipertingkatkan pada setiap masa. Dengan ini, sistem pendidikan negara kita mampu menghasilkan modal insan yang berkualiti. Sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian (SK) yang untuk semua. Dua

menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar harus ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Dengan ini, hubungan etnik antara kaum dapat dicapai dalam kalangan generasi muda. Pelajar-pelajar berbagai kaum yang belajar di SK ini dapat menambahkan peluang interaksi dan menjalinkan hubungan. Salah satu teras strategik yang telah dikenal pasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara adalah membina negara bangsa. Negara bangsa Malaysia dapat dilahirkan melalui sistem pendidikan yang bersepadu. Dengan ini perpaduan antara kumpulan etnik yang berbagai-bagai dapat dicapai.

Refleksi

Pendidikan adalah salah satu wahana yang penting untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Oleh itu, pelbagai usaha harus dilaksanakan bagi menghasilkan satu sistem pendidikan yang dapat membantu mewujudkan negara bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana sistem pendidikan yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang sama dapat membentuk kesamaan antara pelbagai kaum. Dengan ini, jurang perbezaan dan komunikasi dapat dikurangkan.

Disediakan oleh

Disemak oleh

Anda mungkin juga menyukai