Anda di halaman 1dari 5

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Metode Dakwah dalam Kitab Tafsir al-Misbah oleh M. Quraish Shihab


Muhd Najib Abdul Kadir, Mazlan Ibrahim & Kharuddin Mohd Amin Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Abstrak: Kertas ini cuba menyelidiki metodologi dakwah di dalam Tafsir al-Misbah oleh Muhammad Quraish Shihab. Ia melihat bagaimana pendekatan dakwah yang cuba ditonjolkan oleh beliau berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan sebagaimana yang dijelas dan ditafsirkan oleh beliau melalui kitabnya Tafsir al-Misbah. Pendekatan dakwah yang dikemukakan oleh Muhammad Quraish Shihab dalam tafsirnya "Tafsir al-Misbah" ini amat menarik dan jelas pernyataannya di mana pengarang berjaya mengulas ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan tema dakwah dan cara pendekatannya mengikut situasi semasa dan keperluan dakwah masa kini.

PENGENALAN M. Quraish adalah seorang ahli tafsir kontemperari abad ini khasnya di Nusantara. Beliau telah menghasilkan begitu banyak karya dalam berbagai bidang yang harus dimanafaatkan khususnya kepakaran beliau dalam bidang ulum al-Quran dan juga tafsir. Kajian ini akan melihat bagaimana pendekatan dakwah yang cuba ditonjolkan oleh beliau berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan sebagaimana yang dijelas dan ditafsirkan oleh beliau melalui kitab Tafsir al-Misbah. Biografi: Beliau dilahirkan di Rappang, Sulewesi Selatan pada 16 Februari 1944, dan beliau berasal dari keturunan Arab. Ayahnya Prof. KH Abdulrahman Shihab (1905-1986), adalah seorang ulama dalam bidang tafsir. Beliaulah antara yang telah mengasas Universiti Muslim Indonesia (UMI) dan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Alauddin, di Ujung Pandang, dan pernah menjawat jawatan Rektor di dua dua pusat Pengajian Tinggi tersebut iaiti di (UMI) pada 1959-1965, dan (IAIN) pada 1972-1976. Quraish Shihab mendapat didikan peringkat awalnya dari ayahanda beliau, dan seterusnya belajar di Sekolah Dasar dan lanjutan di Kota (Bandar) Malang, Jawa Timur, dan pada masa yang sama belajar di Pondok Pasentren Darul Hadith al-Faqihiyyah. Seterusnya pada tahun 1958 diusia 14 tahun, beliau dihantar melanjutkan pelajarannya ke Mesir dengan memasuki thanawiyyah al-Azhar, seterusnya memasuki Universiti al-Azhar dalam Fakulti Usuluddin (Jabatan Tafsir Dan Hadith). Pada tahun 1969 beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam bidang yang sama. Pada tahun 1973 beliau dipanggil balik oleh ayahandanya untuk membantu pentadbiran di IAIN, dan beliau

telah diamanahkan untuk menjawat jawatan timbalan Rektor sehingga tahun 1980. Pada tahun yang sama beliau menyambung kembali pengajiannya keperingkat Ph.D di Universiti alAzhar. Beliau hanya memerlukan masa selama dua tahun untuk mendapat ijazah Ph.Dnya. Sekembalinya dari Mesir beliau bertugas semula di IAIN, dua tahun kemudian diminta ke Jakarta sebagai Dosen di Jabatan Usuluddin dan Jabatan Psca sarjana IAIN Sharif Hidayatullah, selain menjadi pensyarah utama Pasca Sarjana IAIN Yogyakarta, dan al-Raniri, Aceh. Pada tahun 1997, beliau dilantik oleh Soeharto sebagai pembantu Presiden dan menjawat jawatan menteri di Kementerian Agama Republik Indonesia. Setelah jatuhnya Soeharto (1998), Presidenn Habibi melantiknya sebagai Duta Besar Republik Indonesia ke Mesir. Pengenalan Kitab Tafsir al-Misbah: Karya terbaru beliau ialah Tafsir al-Mishbah. Nama tafsir ini sebenarnya diambil dari ayat 35, Surah an-Nur, dan berkebetulan nama tersebut juga sama dengan nama penerbitnya iaitu lentera hati yang maksudnya juga sama dengan al-Misbah mengikut bahasa Indonesia.1. Tafsir ini adalah tafsir yang lengkap 30 juzuk, mengandungi 15 jilid tebal, setiap satunya mengandungi lebih kurang 600 mukasurat. Tafsir ini sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarangnya sendiri ditulis apabila beliau dilantik menjadi duta besar Indonesia ke Mesir pada masa pemerintahan Bapak Habibi menjadi Presiden Republik Indonesia. Tafsir ini mulai ditulis pada hari Jumaat 4 Rabiul Awal 1420H bersamaan 18 Jun 1999M dan tamat pada 8 rejab 1423H bersamaan 5 September 2003M. Kajian ini nanti akan cuba melihat pendekatan serta pemikiran dakwan M. Quraish Shihab melalui kitab

329

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

tafsir ulung beliau iaitu Kitab Tafsir al-Misbah. Faktor yang mendorong beliau menulis tafsiran tersebut juga adalah disebabkan tidak wujud lagi tafsir terbaru selepas tafsir al-Azhar oleh Prof. HAMKA pada tahun 1979. Selepas itu belum lahir tafsir lain sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk menulis tafsir tersebut. Beliau juga menyatakan mengapa beliau dapat menyiapkan tafsir tersebut dalam masa yang singkat iaitu selama lebih kurang 3 tahun adalah disebabkan telah di 'penjara' oleh Bapak Habibi di bumi Mesir dan secara lebih khusus lagi di Pejabat Kedutaan Besar Indonesia di Mesir, yang memberi banyak ruang kepada beliau untuk menyiapkan tafsir tersebut dan beliau telah memperuntukkan tujuh jam sehari untuk menulis tafsirnya tersebut.2 Metode Penulisan: Berdasarkan kajian terhadap metode penulisan Tafsir al-Mishbah didapati bahawa pengarang menulis terlebih dahulu ayat-ayat dalam setiap surah yang ingin ditafsirkan, kemudian menterjemahkan seluruh ayat tersebut di samping mengemukakan latar belakang turunnya ayat yang bersangkutan serta menyatakan munasabah dengan ayat atau surah sebelumnya. Berikutnya beliau mentafsirkan setiap surah dengan mengikut kumpulan ayat-ayat yang jumlahnya adalah berbeza pada setiap kumpulan. Manakala Metode tafsirannya adalah campuran di antara metode Tafsir bi al-Mathur dengan metode Tafsir bi al-Rayi, tetapi kecenderungan kepada tafsiran akal agak meluas jika dibandingkan dengan tafsiran Tafsir bi al-Mathur. Beliau juga menjelaskan mufradat ayat serta terdedah kepada menganalisis permasalahan fiqh semasa. Dakwah dan Tuntutan Berdakwah: Dakwah secara umum mengandungi pengertian sebagai satu seruan atau ajakan baik samada dalam bentuk lisan, tulisan, tingkah laku dan sebagainya yang dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain baik secara individual maupun secara berkelompok supaya terkesan dalam diri yang di seru tersebut satu kesedaran, sikap, penghayatan serta pengamalan terhadap mesagge yang disampaikan tanpa adanya unsur-unsur paksaan. (Drs. H.M Arifin M.Ed (1977), h. 17). Pengertian dakwah sebagaimana yang dijelaskan di atas sebagai satu ajakan atau seruan sudah pasti memerlukan kepada satu entiti yang dapat memainkan peranan sebagai penyeru dan 'pengajak' tersebut. Di sini sudah semestinya manusialah yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Cuma yang dipersoalkan di sini adakah semua manusia mempunyai tanggungjawab tersebut atau bagaimana. M. Quraish Shihab dalam mengupas persoalan ini menyatakan bahawa dakwah tersebut pada asasnya hendaklah dilaksanakan oleh semua ahli masyarakat, dan sekiranya ini tidak berlaku maka paling kurang

terdapat sebahagian dari golongan masyarakat yang menyeru manusia melakukan perkara baik dan menjauhi perkara-perkara mungkar, faktor ini dikemukakan oleh beliau berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah Ali-Imaran, ayat 104 yang bermaksud:
Dan hendaklah ada diantara kamu golongan ummat yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegh dari mungkar, merekah orang-orang yang beruntung.

M. Quraish Shihab ketika menjelaskan ayat ini menyatakan bahawa mesti ada satu golongan dari masyarakat yang dapat melaksanakan fungsi dakwah, yakni kelompok yang pandangannya mengarah kepadanya untuk diteladani dan di dengar nasihatnya, yang mengajak orang lain secara terus menerus tanpa bosan dan jemu kepada kebajikan menyuruh masyarakat kepada yang makruf yakni nilai-nilai luhur serta adat istiadat yang diakui baik oleh masyarakat selama ianya tidak bertentangan dengan nilai-nilai Ilahiyyah, dan mencegah dari yang mungkar yang dinilai buruk lagi diingkari oleh akal sehat masyarakat.(M. Quraish Shihab (2000), Volume 2, h, 161-162). Jelasnya lagi; Kata ( )pada ayat di atas, difahami oleh sebahagian ulama dengan maksudi sebahagian, sehingga dengan demikian perintah berdakwah yang disarankan oleh ayat ini tidak tertumpu kepada setiap orang, bagi yang memahaminya demikian, maka ayat ini buat mereka mengandungi dua perintah, pertama menyuruh kepada seluruh umat Islam supaya membentuk dan menyiapkan satu kelompok khusus yang bertugas melaksanakan dakwah, manakala perintah kedua adalah kepada kelompok khusus untuk melaksanakan dakwah kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tambahnya lagi; Ada juga ulama yang menyatakan kata Minkum pada ayat di atas dalam erti penjelasan, sehingga ayat ini merupakan perintah kepada setiap orang muslim untuk melaksanakan tugas dakwah masing-masing sesuai kemampuannya. Memang, jika dakwah yang dimaksudkan adalah dakwah yang sempurna, maka tentu sahaja tidak semua orang dapat melakukannya, di sisi lain, kebutuhan masyarakat dewasa ini menyangkut informai yang benar di tengah arus informasi- bahkan perang informasi yang demikian pesat dengan sajian nilai-nilai baru yang seringkali membingungkan, semua itu menuntut adanya kelompok khusus yang menangani dakwah dan membendung informasi yang menyesatkan. Kerana itu, adalah lebih tepat memahami kata Minkum pada ayat di atas dalam erti sebahagian kamu tanpa menutup kewajipan setiap muslim untuk saling ingat mengingantkan, berdasarkan firman Allah di dalam surah al-'Asr yang menilai semua manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh, serta saling ingat mengingatkan tentang kebenaran dan ketabahan. (M.

330

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Quraish Shihab (2000), Volume 2, h, 163). Seterusnya beliau memetik pandangan Sayyid Qutub dalam menjelaskan dua uslub yang berbeza yang digunakan oleh al-Quran dalam menjelaskan keduadua tugas tersebut, iaitu kalimah ( )dan (). Katanya:
Sayyid Qutub dalam tafsirnya mengemukakan bahawa penggunaan dua kata yang berbeza itu menunjukkan keharusan adanya dua kelompok dalam masyarakat Islam. Kelompok pertama yang bertugas mengajak dan kelompok kedua yang bertugas memerintah dan melarang. Kelompok kedua inlah tentunya memiliki kekuasaan di bumi, ajaran Ilahi di bumi ini bukan hanya nasihat, petunjuk dan penjelasan, ini adalah satu sessi, sedangkan sessinya yang kedua adalah melaksanakan kekuasaan memerintah dan melarang agar ma'ruf dapat wujud dan kemungkaran dapat sirna (dihapuskan) (M. Quraish Shihab (2000), Volume 2, h, 163).

Walaupun M. Quraish Shihab memetik apa yang diungkapkan oleh Sayyid Qutub tersebut tetapi beliau menyatakan bahawa beliau agak tidak bersetuju dengan penyataan Sayyid Qutub tersebut bahawa kekuasaan perlu ada dalam merealisasikan suruhan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, dimana M. Quraish Shihab menyatakan bahawa nilai-nilai Ilahi tidak boleh dipaksakan, sebagaimana katanya:
Ada dua hal yang perlu digarisbawahi berkaitan dengan ayat di atas nilai-nilai Ilahi tidak boleh dipaksakan tetapi disampaikan secara persuasif dalam bentuk ajakan yang baik, Hal yang kedua adalah al-Makruf yang merupakan kesepakatan umum masyarakat. Ini sewajarnya diperintahkan, demikian juga alMunkar seharusnya dicegah, baik yang memerintahkan, dan mencegah itu pemilik kekuasaan maupun bukan3 berdasarkan hadith Nabi S.A.W sesiapa diantara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya (menjadikannya makruf dengan tangan/ kekuasaannya, kalau tidak mampu (tidak memiliki kekuasaan maka dengan lidah/ucapanya, kalau yang inipun, tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman. (M. Quraish Shihab (2000), Volume 2, h, 164).

kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan (usaha) dan sebagainya. Dalam Lisan al-Arab, manhaj adalah daripada asal kalimah ", , " dan Masdar Mimi bagi perkataan tersebut ialah Minhaj atau Manhaj iaitu membawa maksud jalan yang terang, atau jalan yang nyata. (Ibn Manzur. (t.t). Lisan al-Arab, j. 6..h. 4554.). Dimaksudkan dengan metod dakwah ialah cara melakukan sesuatu, atau sistem yang digunakan oleh para da'ie dalam usaha mereka mencapai matlamat iaitu menyeru manusia ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t. Dan sebaiknya para da'ie tersebut terlebih dahulu memahami dan berada dalam keadaan terang dan jelas tentang cara atau metod juga gaya dalam menarik minat manusia agar dapat menerima apa yang disampaikan. Dalam menjalankan tugas menyeru dan mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhi keburukan dan kemungkaran terdapat kaedahkaedah serta metod yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran melalui firmanya pada ayat 125, Surah al-Nahl.
Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang terbaik. sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk

M. Quraish Shihab menjelaskan bahawa di dalam ayat ini terkandung tiga gaya atau metod dakwah yang terbaik yang perlu dimiliki oleh setiap individu pendakwah agar dakwah yang dibawa disesuaikan dengan sasaran dakwah atau dapat diterima baik oleh para mad'un. Pertama: Beliau menyatakan bahawa para pendakwah hendaklah dalam menyampaikah dakwah tersebut dapat menyampaikannya dengan cara berhikmah, yakni berdailog dengan kata-kata bijak sesuai dengan tingkat kepandaian mereka. Seterusnya beliau menjelaskan makna hikmah tersebut agar para pendakwah dapat memahami intipati dari perkataan tersebut, katanya:
Hikmah antara lain bererti yang paling utama dari segala sesuatu, baik pengetahuan maupun perbuatan. Dia adalah pengetahuan atau tindakan yang bebas dari kesalahan dan kekeliruan. Hikmah juga diertikan sebagai sesuatu yang bila digunakan/diperhatikan akan mendatangkan kemaslahatan dan kemudahan yang besar atau lebih besar, serta menghalangi terjadinya mudharat atau kesulitan yang besar atau lebih besar ".

M. Quraish Shihab juga ketika mentafsirkan golongan yang menyeru kepada jalan Allah ini membahagikan mereka kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama dan utama tentunya diduduki oleh Rasul S.A.W yang memang digelar oleh Allah sebagai da'iyan ila Allah, disusuli oleh para ulama dan cendikiawan yang tulus dan mengamalkan ilmunya dan yang terjun ke dalam masyarakat membimbing mereka. Semakin luas lapangan bimbingan semakin tinggi pula peringkat da'ie, demikian pula sebaliknya, sehingga setengah ulama menyebut pengumandang azan pun termasuk dalam pengertian kata ini walau yang diajaknya hanya seorang. (M. Quraish Shihab (2004), Volume 12, h, 413). Metode Dakwah: Metode atau manhaj sebagaimana yang dijelaskan di dalam Kamus Dewan ialah membawa maksud cara melakukan sesuatu, atau sistem, manakala metodologi membawa maksud ilmu tentang metode. Ianya juga dapat diertikan sebagai satu sistem yang merangkumi kaedah-

Kedua: Beliau menyatakan bahawa cara seterusnya ialah dengan memberi nasihat, iaitu diambil dari kalimah al-Mau'izah, dari kata Wa'aza yang bererti nasihat, dan ianya bermaksud: Huraian yang menyentuh hati yang menghantar kepada kebaikan. Dan mau'izah atau nasihat tersebut juga hendaklah diberikan dengan cara baik (Hasanah). dan nasihat yang baik tersebut dapat mengena hati sasaran bila ucapan yang disampaikan disertai dengan pengamalan dan keteladanan dari yang

331

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

menyampaikannya, dan inilah yang dimaksudkan dengan sifat hasanah. Ketiga: Kemudian beliau menjelaskan cara berdakwah yang ketiga iaitu al-Jidal, dan ianya terdiri dari tiga macam yang baik, yang terbaik dan yang buruk. yang baik adalah yang disampaikan dengan sopan, serta menggunakan dalil-dalil yang hanya diakui oleh lawan, tetapi yang terbaik adalah yang disampaikan dengan baik, dan dengan arguman yang benar, lagi membungkam (menundukkan) lawan. (M. Quraish Shihab (2004), Volume 7, hlm 385-388). Seterusnya M. Quraish Shihab menyatakan bahawa ketiga macam metode itu sungguh serasi, ia dimulai dengan hikmah yang dapat disampaikan tanpa syarat, disusuli dengan mau'izah dengan syarat hasanah dan yang ketiga dengan jidal, tetapi dengan cara yang terbaik. (M. Quraish Shihab (2004), Volume 7, hlm 388). Kemudian M. Quraish Shihab menjelaskan pandangan sebahagian pendapat ulama terhadap sasaran dakwah mengikut metod-metod tersebut, di mana mereka menyatakan bahawa ketiga-tiga metod tersebut diterapkan kepada siapa pun sesuai dengan kondisi masing-masing, di mana ulama membahagi ketiga metod ini sesuai dengan tingkat kecerdasan sasaran dakwah. Yakni cendikiawan yang memiliki kemampuan berfikir yang tinggi di ajak dengan hikmah. Adapun orang awam yang belum mencapai tingkat kesempurnaan akal, tidak juga telah terjerumus dalam kebejatan moral, maka mereka disentuh dengan Mau'izah. Sedang penganut agama lain dengan Jidal. Tetapi pendapat ini tidak disepekati oleh ulama "Bisa saja ketiga cara ini dipakai dalam satu situasi/sasaran, dikali lain hanya dua cara atau satu, masing-masing sesuai dengan sasaran yang dihadapi". Bisa sahaja cendikiawan tersentuh oleh Mau'izah dan tidak mustahil pula orang awam memperolihi manafaat dari Jidal Hasanah. (M. Quraish Shihab (2000), Volume 7, h, 388). Tingkat dan Kualiti Penyampaian Dakwah: Dalam kita menjalankan usaha menyeru manusia mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya kita hendaklah terlebih dahulu berada dalam keadaan bashirah terhadap apa yang kita seru dan ajak tersebut.Inilah yang cuba diketengahkan oleh M. Quraish Shihab ketika menjelaskan maksud firman Allah S.W.T ayat 108, Surah Yusof yang bermaksud:
Katakanlah wahai Muhammad, Inilah jalanku, aku dan orangorang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan bashirah, dan Maha Suci Allah, aku tidak termasuk di dalam golongan orang-orang yang musyrik.

dan benar serta meneladani aku (Nabi Muhammad S.A.W) mengajak seluruh manusia kapan dan di manapun kepada Allah dengan hujah yang nyata dalam bentuk bukti-bukti rasional dan emosianal. Seterusnya beliau menambah ketika mentafsir perkataan ( )Ittaba'ani dengan memetik pandangan yang dikemukakan oleh Sayyid Qutub bahawa pendakwah juga dalam usaha membawa dakwah ini juga perlu memahami bahawa bahawa agama yang di serunya ini bukanlah hanya sekadar akidah atau syiar semata-mata tetapi ikutan yang sempurna sebagaimana katanya;
Kata ( )Ittaba'ani, terambil dari kata ( )tabi'a, yakni upaya dari seseorang untuk meneladani orang lain dalam langkah dan arah yang ditujunya. dan agama ini bukan sekadar akidah yang bersemi di dalam hati, bukan juga sekadar syiar-syiar agama atau ibadat ritua, tetapi agama ini adalah ikutan secara sempurna kepada Rasulullah S.A.W menyangkut apa yang beliau sampaikan dari TuhanNya dan apa yang beliau syariatkan dan sunnahkan. Beliau menyampaikan syariat Allah dengan ucapan dan perbuatan beliau. Agama Islam tidak lain kecuali ikutan dan keteladanan kepada beliau. Seandainya agama ini semata-mata hanya akidah saja, maka tentu cukup sudah bila dinyatakan dan orang-orang yang percaya kepadaku atau kepada Allah dan kepadaku

Tambahnya lagi:
Penyebutan diri Nabi Muhammad S.A.W terlebih dahulu kemudian pengikut beliau dalam firmannya ( ) mengisyaratkan bahawa Rasulullah S.A.W adalah contoh yang harus diikuti dalam melaksanakan dakwah sekaligus mengisyaratkan perbedaan tingkat dan kualitas penyampaian dakwah itu. Tidak dapat disangkal bahawa Rasul S.A.W mencapai puncak dalam berdakwah dan memenuhi sepenuhnya tuntutan Allah S.W.T dalam menyampaikan semua ajaran. Beliau tidak meninggalkan satu ayatpun dan beliau menjelaskan maknanya secara amat sempurna sambil memberi keteladanan sebaik mungkin. Tentu sahaja yang berdakwah diharapkan agar pengikut-pengikut beliau hendaknya memiliki pula sifat-sifat yang dicakup oleh kata ittaba 'ani itu serta serupa walau tentu tidak mungkin sama dengan Rasul S.A.W yang dakwahnya Ala Bashirah yakni atas dasar-dasar bukti yang jelas serta disertai dengan keikhlasan penuh. (M. Quraish Shihab (2004), Volume 6, h. 522).

KESIMPULAN Pendekatan dakwah yang dikemukakan oleh M.Quraish Shihab dalam tafsirnya "Tafsir alMisbah" ini amat menarik dan jelas pernyataannya. Pengarang berjaya mengulas ayat al-Quran yang berkaitan dengan tema dakwah dan cara pendekatannya mengikut situasi semasa dan keperluan dakwah masa kini. Para pendakwah mesti memahami tuntutan berdakwah, pendekatan serta metode dakwah sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran yang diperincikan maksud dan tafsirannya oleh M.Quraish Shihab agar dakwah yang dibawa merangkumi setiap aspek amalan yang 4telah ditunjuk ajar oleh Rasul S.A.W dan bukan hanya sebagaimana anggapan sesetengah pihak, Islam hanya sekadar akidah yang bersemi di dalam hati, bukan juga sekadar syiar agama atau ibadat ritual semata-mata tetapi ia adalah amalan yang sempurna yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.

M. Quraish Shihab menjelaskan yang dimaksudkan dengan "Bashirah" di dalam ayat ini ialah setiap pendakwah tersebut yakni yang beriman

332

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

NOTA HUJUNG
1

Temuramah dengan M. Quraish Shihab pada 16 hb. Mei 2005 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Selangor sempena lawatan beliau ke Universiti tersebut. Temuramah dengan M. Quraish Shihab pada 16 hb. Mei 2005 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Selangor sempena lawatan beliau ke Universiti tersebut. Apabila diperhalusi, tidak terdapat percanggahan pendapat antara Sayyid Qutub dan Muhammad Quraish Shihab dalam tafsiran ayat tersebut, ini kerana M. Quraish Shihab juga bersetuju pencegahan tersebut boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa atau tidak, dan beliau juga menjelaskan sekiranya tidak mempunyai kuasa (iaitu mengubah dengan tangan), ia boleh mengubahnya dengan lidah, dan jika tidak dengan hati. Apa yang dinyatakan oleh Sayyid Qutub dengan kekuasaan hanyalah menjurus pada mengubahnya dengan tangan atau paling kurang dengan lidah, mahupun mengubahnya dengan doa, bahkan Sayyid Quttub sendiri mengakui ia tidak berhajat kepada kekuasaan. RUJUKAN

Glosari Bahasa Dan Kesusasteraan Arab (1996), e. ke- 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 160). M, Quraish Shihab (2004), Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan Dan Keserasian al-Quran, cet. Ke-2, jilid 1, Jakarta: Lentera Hati. M, Quraish Shihab (2000), Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan Dan Keserasian al-Quran, cet. Ke-2, jilid, 2 Jakarta: Lentera Hati. M, Quraish Shihab (2004), Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan Dan Keserasian al-Quran, cet. Ke-2, jilid 6, Jakarta: Lentera Hati. M, Quraish Shihab (2004), Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan Dan Keserasian al-Quran, cet. Ke-2, jilid, 7, Jakarta: Lentera Hati. M, Quraish Shihab (2004), Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan Dan Keserasian al-Quran, cet. Ke-2, jilid 12, Jakarta: Lentera Hati. Zakiar (2003), Corak Pentafsiran M. Quraish Shihab "Suatu Tinjaun Ke Atas Tafsir Al-Quran Al-Karim: Tafsir Atas Surat Pendek Berdasarkan Urutan Turunnya Wahyu, Disertasi M.A, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. h. 2-7) Drs. H.M Arifin M.Ed (1977), Psikologi Dakwah, cet. 1, Jakarta: Penerbit Bulan Bintang. Temuramah Temuramah dengan M. Quraish Shihab pada 16 hb. Mei 2005 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Selangor sempena lawatan beliau ke Universiti tersebut.

Al-Quran al-Karim. Kamus Dewan (1989), e.ke-3, Kula Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Ibn Manzur. (t.t). Lisan al-Arab, j. 6.Kaherah: Dar al-Ma'arif..h. 4554.

333

Anda mungkin juga menyukai